nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Gadis melampau menerima padah

Baca dulu… kejap jer …
Sekadar renungan.............
Subject: Gadis melampau menerima padah
Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadistersebut sangat menjolok mata.
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal beradadi syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tuaitu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di nerakajahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadisyang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang anehmenimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segalasesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw denganmempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulahorang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikananda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatanagar sentiasa dapat menjaga lidah kita. *Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ...
Manusia - Eh, dah subuh dah?Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. .Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipanSyaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lainMalaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ...Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2
Wassalam. ...

Malam itu ialah MALAM PERTAMA

Malam pertama ............





Malam itu ialah MALAM PERTAMA









MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR! Pernahkah engkau melihat kuburan?Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu? Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu
nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang
sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang
yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu
kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan
ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada
malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang
akan terjadi padamu di sana?"
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak,
keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu
yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai
makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada
keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam
gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang
kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,
segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang
sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita
mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah
sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut,
adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur
di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang
kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan
ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:
"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat
berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)."
(Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)
Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke
dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim
didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah
dan bertaqwa kepada Allah!
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan
sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah
engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan
hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau
menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?
Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan
kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah
(kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.
"Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Meninggalkan Solat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A. S.
Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam .
" Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa.. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...
Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..
Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu."
jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak

TAUBAT SEORANG LELAKI

Suatu malam yang hening, kelihatan seorang lelaki
berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar.
Dia berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau
makanan. Imannya belum cukup kuat untuk membuat
pertimbangan yang waras dalam menyuluh tindak
tanduknya. Kerana terliur dengan makanan itu, dia
menyusup masuk ke dalam rumah tanpa izin tuan rumah
tersebut.
Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut
rumah, dia segera mencapainya. Tetapi tiba-tiba dia
teringatkan sesuatu. Kata-kata yang didengarnya
daripada Rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di
Masjid Nabi siang tadi terlintas dibenaknya. Rasulullah
berpesan, "Barangsiapa meninggalkan yang haram, dia
akan mendapat yang halal." Mengingatkan kata-kata itu,
dia tidak jadi untuk mengambil makanan tadi. Dia hendak
segera beredar, tetapi ada godaan lain pula. Telah
terlihat olehnya barang kemas. Kalau dia ambil, tentu
tidak ada siapa tahu. Segera barang kemas itu
digenggamnya. Namun sekali lagi niat jahatnya
dimatikan. Teringat lagi dia kepada pesan Rasulullah
s.a.w, "Tinggalkan yang haram, dapat yang halal."
Diletak kembali barang yang berharga itu. Haram
mengambil barang milik orang lain. Namun, sebelum dia
beredar...datang lagi satu godaan yang lebih besar.
Dadanya berdebar kencang apabila melihat seorang wanita
cantik sedang lena tidur di kamar peraduannya. Pintu
kamar itu dilangkah masuk. Wanita itu dirapatinya.
Tangannya menggeletar, peluh memercik membasahi tubuh.
Nafsu membisikkan kata-kata indah untuknya. Berlaku
perebutan nafsu dan bisikan kata-kata Rasulullah s.a.w,
" Tinggalkan yang haram, akan dapat yang halal."
Akhirnya dia beristighfar dan perlahan-lahan
beredar. Berkat pesanan Rasulullah s.a.w yang melekat
di sanubarinya, dia berjaya mematahkan keinginan
nafsunya. Kelegaan yang amat sangat terasa di hatinya
apabila keluar dari rumah wanita tadi dan kemudian
memijakkan kaki di Masjid Nabi.
Kerana berjaya dalam peperangan sengit mengalahkan
nafsu yang mengajak kepada yang haram, dia diberi
ketenangan yang luar biasa oleh Allah SWT.Seketika
kemudian, subuh tiba. Selepas solat subuh berjemaah,
lelaki itu merebahkan diri di masjid kerana terlalu
mengantuk akibat berjaga semalaman. Apabila matahari
telah meninggi, seorang wanita datang bertemu dengan
Rasulullah s.a.w di masjid. Dia mengadu rumahnya
dimasuki orang. Dia takut diganggu lagi, lalu memohon
mendapakan seorang pengawal yang dapat menjaga harta
bendanya. Setelah ditanya, rupanya si wanita itu
seorang janda. Baginda memandang sekeliling kalau-kalau
ada orang yang dapat menjaga wanita itu. Melihat lelaki
yang sedang lena di suatu sudut masjid, baginda
menemuinya. Ditanyakan siapakah gerangannya dan adakah
dia telah beristeri. "Saya seorang duda," jawab lelaki
itu yang hidupnya kurang terurus selepas kematian
isterinya. Baginda bertanya apakah kedua-dua janda dan
duda itu bersetuju untuk dijodohkan. Mereka berdua
tersipu malu.
Kerana terharu dengan pilihan Rasulullah s.a.w dan
teringat perbuatannya malam tadi, lelaki itu tidak
dapat menahan diri daripada menangis lalu menceritakan
apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita tersebut.
Lalu, dia bertaubat. Akhirnya Rasulullah s.a.w berkenan
menikahkan lelaki dan wanita itu dengan disaksikan oleh
para Sahabat. Demikianlah, berkat meninggalkan yang
haram, dia mendapat yang halal sebagai gantinya. Kini,
wanita cantik itu dan segala di dalam rumah itu menjadi
halal baginya.

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh
itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak
mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji
Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah
salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a
turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100
X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang
mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak
tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan,
dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga
menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa
meminta maaf perlu sebutkan. 6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan
sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-
rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku
sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu
malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di
dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok
aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut
sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga
keesokan harinya
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari
melakukan perkara-perkara kejahatan. 9. Cuba ingat ten tang mati (Sekiranya hendak melakukan
sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang
akan mati bila- bila masa).10. Kekalkan wuduk.11. Bersedekah.12. Belanja orang makan.13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat. 14. Berkawan dengan ulama.15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).16. Pesan pada orang, jadi baik.17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb),
jangan dengar orang mengumpat.
"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...