nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Peperangan Al-Asful Ma'kul (العصف المأكول)

7 Julai 2014
Satu tahun yang lalu. Masihkah anda ingat?

Sedar atau tidak sedar, hari ini merupakan hari ulang tahun pertama bagi sebuah peperangan yang penuh bersejarah bagi rakyat Palestin dan seluruh umat Islam moden, iaitu peperangan Al-Asful Ma'kul (العصف المأكول) yang bermaksud 'dedaunan hancur yang dimakan ulat' (rujuk surah Al-Fil ayat 3-5) yang bermula pada 7 Julai 2014.

Pada hari ini, saudara-saudara kita di Palestin sedang memperingati ulang tahun pertama peperangan Al-Asful Ma'kul yang telah banyak merakamkan kejayaan perjuangan dan ketabahan seluruh rakyat Palestin serta kepahlawanan dan keberanian para pejuang Palestin yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam usaha menegakkan Islam dan menghancurkan para musuh Zionis Israel. Peperangan yang penuh sejarah ini telah memakan masa selama 51 hari.

Selain itu, hari ini juga adalah hari yang sangat menyedihkan bagi mereka yang telah kehilangan orang-orang yang tersayang selama dalam tempoh peperangan berlangsung. Peperangan ini juga telah merakamkan pelbagai kisah duka dan air mata. Mana tidaknya, bilangan penduduk Palestin yang menjadi mangsa keganasan dan kerakusan pihak Zionis adalah sangat ramai. Bilangan mereka yang syahid adalah seramai kira-kira 2,200 orang. 302 orang daripada mereka adalah wanita dan 544 daripada mereka adalah kanak-kanak. Bilangan mereka yang tercedera pula mencecah angka 11,000 orang termasuk 2089 wanita dan 3258 kanak-kanak.

Dari segi infrastruktur pula, sebanyak 16,002 buah rumah telah terkesan oleh serangan-serangan serta bedilan-bedilan meriam dan peluru berpandu yang dilancarkan pihak Zionis Israel. 13,644 buah rumah dilaporkan hancur sebahagian binaannya manakala sebanyak 2,358 buah rumah didapati hancur sepenuhnya. Hancur sepenuhnya meninggalkan puing-puing dan debu. Selain sebanyak 169 buah masjid juga telah menjadi mangsa bedilan pihak Zionis, 61 daripadanya telah hancur sepenuhnya manakala 108 yang lain mengalami kerosakan pada bahagian-bahagian binaannya.
Pada pihak musuh Zionis Israel pula, mereka telah mengisytiharkan bahawa bilangan anggota tentera mereka yang terkorban adalah seramai 68 orang manakala 5 orang penduduk Israel turut menjadi mangsa peperangan menjadikan angka korban pada pihak Zionis Israel seramai 73 orang. Ratusan yang lain tercedera. Angka ini adalah berdasarkan apa yang pihak Zionis Israel telah isytiharkan, dan kita semua tahu dan sedia maklum bahawa pihak mereka tidak pernah dan tidak akan mendedahkan angka korban sebenar dalam peperangan yang berlangsung selama 51 hari tersebut. Itulah sifat mereka.

Selain daripada itu, pihak Zionis Israel telah mengisytiharkan bahawa sebanyak lebih daripada 4,500 roket telah dilancarkan dan jatuh menghentam bumi Israel, bumi yang terjajah sepanjang dalam tempoh peperangan yang berlaku, dimana sebanyak 220 roket telah mengenai bangunan-bangunan di Israel secara langsung. Manakala hanya sebanyak kira-kira 700 roket sahaja yang berjaya dipintas oleh sistem pertahanan anti-roket milik Israel, Iron Dome. Berikut adalah senarai jenis roket dan bilangan yang digunakan oleh Briged Al-Qassam dalam peperangan ini :
1. 11 roket R160
2. 22 roket J80
3. 5 roket Fajr 5
4. 64 roket Sijjil 55
5. 185 roket M75
6. 3,334 roket Qassam, Katyusha, & Grad

Statistik ini adalah berdasarkan statisitik yang dimiliki oleh Briged Al-Qassam sahaja kerana tidak didapati statistik oleh fraksi-fraksi pejuang Palestin yang lain.
Lain-lain Info menarik mengenai peperangan Al-Asful Ma’kul :
Senarai operasi-operasi penyusupan dari belakang barisan musuh yang telah dilaksanakan oleh Briged Al-Qassam dalam peperangan Al-Asful Ma’kul :
1. Operasi Zikkim, 8/7/2014 (Dilaksanakan melalui jalan laut oleh Unit Amfibia Briged Al-Qassam)
2. Operasi Safa, 17/7/2014
3. Operasi Abu Mutaibaq, 19/7/2014
4. Operasi Mauqi’ 16, 21/7/2014
5. Operasi Nahal Oz, 28/7/2014

Senarai jentera-jentera ketenteraan milik Zionis Israel yang berjaya dihancurkan oleh Briged Al-Qassam dalam peperangan Al-Asful Ma’kul :
1. 5 buah jip tentera
2. 16 buah kenderaan pengangkut tentera
3. 13 buah Bulldozer tentera
4. 57 buah kereta kebal jenis Merkava

Sebanyak 28 buah operasi penembak tepat/sniper telah berjaya dilaksanakan oleh Briged Al-Qassam dalam peperangan Al-Asful Ma’kul.
Senarai jenis-jenis roket yang telah digunakan oleh para pejuang Palestin dalam peperangan Al-Asful Ma’kul :
1. Roket Fajr 5
2. Roket R168
3. Roket J88
4. Roket M75
5. Roket Buraq 78
6. Roket Katyusha
7. Roket 187
8. Mortar
9. Roket Qassam
10. Roket Grad

Senarai kawasan-kawasan utama yang telah dihentam dengan roket-roket Briged Al-Qassam dalam peperangan Al-Asful Ma’kul :
1. Haifa
2. Gush Dan
3. Lapangan Terbang Ben Gurion
4. Reaktor Dimona
5. Jerusalem
6. Pangkalan Tentera Udara Palmachim
7. Pangkalan Tentera Udara Niftem
8. Pangkalan Tentera Udara Ramon
9. Pangkalan Nuklear Kanaf 2

Sumber : Shehab News Agency
Sumber : AmanPalestinOfficial

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...