nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Cerita yang patut di kongsi bersama

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

> >
> > Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
> > mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir
> > waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)
> > .Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan
> > tersebut.
> >
> > Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang
melalaikan
> > sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu
sembahyangnya
> > dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah
> > mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam
> > dengan neraka wail".
> >
> > Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas"
Iaitu
> > orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada
> > waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat
> > Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
> >
> > Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan
dua
> > sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah
> > memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
> >
> > Wallahua'lam
> >
> >
> > SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
> > ------------ --------- --------- --------- --------- ---
> >
> > Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di
> > alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga jenis seksa di
dalam
> > kubur ialah:-
> >
> > 1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih
> > tulang-tulang dada.
> >
> > 2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan
membakar
> > tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
> >
> > 3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu
> > berkata:
> >
> > "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan
> > sembahyang Subuh."
> >
> > Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan
> > dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang
> > Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar,
> > begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak
dan
> > seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan
> > oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.
> >
> > CUAI SOLAT LIMA WAKTU
> > ------------ --------- --------- --------- --
> >
> > Didalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnya adalah
> > ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya
> > sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang
yang
> > tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula
> > menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh
> > daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit
lagi
> > dan begitulah seterusnya.
> >
> > PEMINUM ARAK
> > ------------ --------- ----
> >
> > Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu ditengkuk dan
> > ditangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah
> > suara yang menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua
manusia
> > dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau mulut yang
> > teramat busuk(bau arak), hingga terganggu manusia yang berhimpun di
Padang
> > Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau busuk. Kemudian
mereka
> > dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus ke Neraka Jahanam. Di
> > dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke dalam mulut mereka
> > sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh pula ke atas kaki.
> > Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar dari api selama seribu
> > tahun lamanya. Kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam penjara di
> > neraka di mana ular-ular dan kala yang bisa sentiasa menggigit badan
> > mereka. Di kepala mereka diletakkan mahkota dari api neraka manakala
> > rantai-rantai di tengkuk mereka.
> >
> >
> > MENGKIANATI HARTA
> > ------------ --------- --------- -----
> >
> > Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda
> > yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun
> > ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul,
> > malaikat akan menekan kepada mereka supaya men-yelam
> > semula serta dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur
berkecai.
> > Begitulah diulang-ulang selama mereka di laut itu.
> >
> > AZAB BAGI YANG KEDEKUT
> > ------------ --------- --------- --------- ----
> >
> > Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada di-sedekahkan
> > atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar
yang
> > berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa.
> >
> > SAKSI BOHONG
> > ------------ --------- ---
> >
> > Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung
> > pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan
> > kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur
> > luluh daging dn tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi.
> > Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.
> >
> > MENGUMPAT
> > ------------ ---------
> >
> > Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga
> > putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat
> > sangat. Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih
> > digunting lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Didalam setiap
tingkat
> > neraka ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai
70
> > ribu cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di dalam
> > buah yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya
seperti
> > anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan
> > buah-buah kayu tersebut.
> >
> > Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun
> > perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang.
> > Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor
> > kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.
> >
> > Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar.
> > Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit,
pedih
> > dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil
iktibar
> > daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia
yang
> > kerdil ini tidak mampu menghadapinya.
> >
> > Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan
> > dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah
> > balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan,
> > sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlahtaub at untuk
> > dosa-dosa yang kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah
> > sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di
dalam
> > rahmat dan kasih sayang Allah swt, dan diampunkan dosa kita.
> >
> > Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa
yang
> > kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah akan
> > diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu
> > ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat,
> > menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang
> > berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt.
> >
> > Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan
> > mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi
> > kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.
> >
> > Wallahua'lam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...