nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

ISTIQAMAH SEHINGGA KEMENANANGAN

Janji Rasulullah sallallahualaihi wasallam betapa perjuangan Islam yang tidak mati dengan wafatnya Baginda sehingga akhir zaman, sama ada mencapai kemenangan dunia berkuasa memerintah atau belum tercapai lagi. Sabda Rasulullah sallallahualaihi wasallam;

Masih ada kalangan umatku, kalangan yang akan bangkit menegakkan perintah Allah, mereka tidak dimudharatkan oleh orang yang mengecewakan mereka dan orang yang menentang mereka, sehingga datangnya keputusan Allah, mereka terus juga dalam keadaan begitu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Allah membawa kisah-kisah umat terdahulu di dalam al-Quran yang menjadi petunjuk di sepanjang zaman. Maka Rasulullah sallallahualaihi wasallam menegaskan bahawa di zaman mutakhir yang tidak ada lagi Rasul, maka adanya kumpulan di kalangan umatnya yang menyambung perjuangan yang tidak boleh dipadamkan cahayanya walaupun dikecewakan oleh manusia yang ramai atau ditentang oleh musuh paling zalim.

Apa yang terpenting bagi pendukung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ialah bahawa  mewarisi perjuangan ini sukar, dan terus beristiqamah bersama Islam yang ditegaskan menjadi aqidah perjuangan, dasar dan matlamatnya.

#Istiqamah
#hingga
#kemenangan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...