nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

RUNDINGAN DAMAI PERLU TERUS DIBUAT DAN MESTI DIBUAT BAGI MENGELAKKAN DARAH DARI TERUS MENGALIR

Revolusi Syria bermula Mac 2011. Dr Yusof Qardawi menfatwakan wajib berjihad dengan senjata menentang pemerintah Bassyar Asad sebagaimana fatwa beliau untuk rakyat Mesir bangkit dengan senjata sebaik kejatuhan Mursi dan jihad bersenjata menentang Ghaddafi di Libya.

Tokoh ulamak Syria, Dr Ramadhan Buti mengambil pendirian agar rakyat bersabar bagi mengelakkan pertumpahan darah. Suara beliau lantang menegur pemerintah Syria yang mengambil jalan bersenjata memerangi rakyat. Beliau kemudiannya dibunuh dengan penuh misteri pada 2013.

2 tokoh Ulamak Syam, Dr Wahbah Zuhaili dan Dr Mustafha Bugha mengambil pendirian berdiam diri bagi mengelakkan api fitnah. Mereka menolak kekejaman Basyar tetapi tidak secara terbuka menyokong revolusi kerana ingin menjaga darah agar tidak terus tumpah ke bumi.

Syeikh Usamah Rifaei, Khatib Masjid Rifaei, Syeikh Kurayim Rajih, tokoh Qira'at Syam dan Syeikh Sobuni antara yang lantang mendokong Revolusi. Rabitah Ulamak Syam ditubuhkan oleh Syeikh Usamah bagi mendokong revolusi.

ISIS kemudiannya masuk ke Syria sehingga menimbulkan pertembungan sesama tentera Revolusi. ISIS menjadi fitnah kepada gambaran Islam yang sebenar. ISIS hanya menjadi alat untuk mengurangkan sokongan rakyat Syria terhadap revolusi Syria.

Rusia dan Iran pula secara terbuka mendokong Basyar dan membantu dengan senjata dan ketenteraan bagi mengelakkan kejatuhan Basyar. Kepentingan Iran ialah Syria merupakan laluan mereka untuk membantu Hizbullah di Lubnan. Sudah tentu yang mendapat keuntungan dari peperangan ini ialah rejim Zionis.

Amerika mahu perang ini terus berlangsung agar Zionis sekurnag-kuranya tidak lagi berhadapan dengan Syria. Amerika membekalkan senjata kepada tentera revolusi. Bantuan Amerika juga Syria adalah proksi kepada Rusia.

Gerakan Islam bersidang membuat keputusan untuk menghantar wakil berunding melibatkan kerajaan Syria, Iran, Rusia dan Turki. Masing-masing diberi tugasan. Tugasan PAS ialah meredakan Iran. Tugasan Parti Saadat ialah berunding dengan kerajaan Turki dan Syria.

Hamas yang mendokong revolusi daripad awal tetapi akhiran ini mula melihat perlunya rundingan dibuat. Sebelumnya mereka mendapat bantuan Syria bagi memerangi Zionis. Mereka keluar dari Syria kerana membantah tindakan Basyar memerangi rakyat secara bersenjata. Terkini, selepas beberapa tahun berlalu perang, bagi mereka senjata perlu diarahkan kepada Zionis yang membantai umat Islam Palestin. Hamas bekerjasama dengan Hizbullah bagi menetnag zionis sedangkan Hizbullah juga turut mempertahankan Basyar.

Sehingga kini perang telah memakan jiwa umat Islam Syria yang sangat ramai. Zionis paling mendpaat keuntungan daripada peperangan ini. Amerika mahu ia dilanjutkan bagi kepentingan Zionis juga kerana Syria adalah promsi Rusia musih tradisi merek. Namun, Donald Trump dalam kempen mebuat cadangan agar bantuan amerika kepada tentera revolusi mesti dihentikan dan rundingan pelru dibuat dengan Rusia bagi mengelakkan ISIS terus berkembang di Syria.

Rusia dan Iran tidak akan berhenti mempertahankan Basyar kerana mereka ada kepentingan tersebdiri.

Yang menjadi mangsa ialah rakyat Syria yang tidak berdosa. 

Dr Khairuddin Takiri
23hb disember 2016

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...