nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Kedatangan dan Penyebaran Islam di Nusantara

Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-bukti lain yang bertaburan di rantau ini.

Contoh penting termasuk batu nisan yang ditemui di Champa sekitar awal abad ke 11M, batu nisan di Gresik, Jawa bertarikh akhir abad ke-11M dan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303, rekod penempatan orang Islam di Majapahit dan kumpulan pedagang Islam di utara Tanah Melayu, serta pengislaman raja Pasai pada tahun 1282.

Pada akhir abad ke-15, Islam sudah mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu, Sumatera, bahagian utara Pulau Jawa, Brunei dan Utara Borneo. Islam juga menembusi Maluku dan Sulu.
Teori Kedatangan Islam di Nusantara Tidak ada jawapan yang tepat bagi memastikan siapakah yang pertama sekali menyebarkan Islam di Nusantara kerana tiada bukti sahih yang ditemui bagi memastikan bilakah tarikh kedatangan mereka dan golongan manakah yang terlebih dahulu menyebarkan Islam.

Walau bagaimanapun, dengan berpandukan beberapa penemuan batu bersurat dan catatan sejarah yang dibaca, ahli-ahli sejarawan tempatan telah membuat pelbagai teori kedatangan Islam ke Nusantara . Berikut adalah teori yang dikatakan ahli sejarawan tempatan.

Teori Kedatangan Islam Secara Langsung Dari Tanah ArabBerdasarkan catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7 Masihi, orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa.Pada tahun 684, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera.

Menurut satu catatan lagi, pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang dari kalangan mereka berketurunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Apabila mereka sampai di Perlak, mereka mengadap Raja Perlak, Acheh dan berjaya mengislamkan baginda.Baginda Raja Perlak mengahwinkan puterinya itu denagan mubaligh Quraish itu tadi sementara mubaligh lain berkahwin dengan wanita biasa. Hasl perkahwinan mubaligh Quraish dengan puteri raja tersebut,Allah kurniakan mereka seorang putera lalu diberi nama Syed Abdul Aziz yang kemudian menjadi Sultan Perlak.

Terdapat juga dalam satu catatan Barat menyebut bahawa pada tahun 1717 Masihi, sebuah angkatan laut Islam yang terdiri dari 35 buah kapal berlayar dari Tanah Arab menuju ke China. Dalam perjalanan ke China,kapa-kapal itu telah berhenti sebentar di Ceyloon di Sri Lanka, Srivijaya dan Palembang.Ketika mereka berhenti , mereka telah berdakwah dan menyebarkan agama Islam di situ.

Teori Kedatangan Islam Melalui IndiaHubungan India dengan beberapa negara di Nusantara telah lama terjalin.Pada abad ke-13 Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan Gujerat sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat.

Dengan adanya kemudahan tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari Gujerat dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Ada pendapat menyatakan kedatangan Islam ke Nusantara ialah melalui daerah Bengal yang terletak di Malabar, India bukan Gujerat.

Bengal jatuh ke tangan umat Islam pada abad ke-13 Masihi lalu dijadikan pusat pengajian dan penyebaran ajaran Islam terulung di India. Ramai pelajar yang lulus di pusat pengajian tersebut merantau ke Nusantara untuk mengembangkan ajaran Islam bermazhab Syafie.Ramai daripada mereka berkahwin dengan wanita tempatan lalu menjadikan rumah mereka sebagai tempat mengaji Quran dan fardhu ain.

Teori Kedatangan Islam Melalui China Islam telah sampai ke Tanah Besar China sejak zaman Khalifah Uthman bin Affan lagi. Baginda telah menghantar seorang sahabat nabi yang bernama Saad bin Abi Waqas ke sana untuk menyebarkan agama Islam di negara China yang luas itu.

Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyyah, Khalifah Al-Walid telah menghantar pasukan tenteranya ke sempadan Negeri China. Ketua pasukan tentera tersebut telah menghadap raja China dan berunding dengannya. Menurut catatan Cina, pada abad ke-9, ramai penduduk di sebelah selatan negara China khususnya Yunan,China telah memeluk Islam.

Pada suatu masa, berlaku huru hara di daerah Yunan tersebut, lalu ramai Muslim berhijrah ke Asia Tenggara. Antara mereka ada yang menetap di Champa,Kemboja dan ada juga yang menetap di Negeri Pantai Timur Tanah Melayu.Oleh sebab itulah,sesetengah seni bina masjid lama di Kelantan dan Demak,Indonesia mempunyai senibina Cina.

Sesetengah ahli sejarawan tempatan berpendapat kedatangan Islam ke Nusantara melalui China telah berlaku pada akhir abad ke-10 dengan awal abad ke-11.

Penyebaran Islam sebelum kebangkitan Melaka Sebelum kebangkitan Melaka, Islam terbatas di pelabuhan-pelabuhan di Sumatera. Bukti kehadiran Islam di kawasan pelabuhan-pelabuhan ini termasuk catatan pada 1292 oleh Marco Polo mengenai negeri-negeri Pasai dan Perlak yang mempunyai pemerintah-pemerintah Islam, dan batu nisan seorang raja Pasai yang meninggal dunia pada tahun 1297 yang mempunyai nama Islam Malek-al-Salleh.

Penduduk di sekitar pelabuhan-pelabuhan ini adalah antara yang paling awal dalam Asia Tenggara memeluk Islam. Sebab pemelukan Islam awal ini termasuk jarak kawasan ini yang jauh daripada pengaruh kerajaan Hindu Majapahit, dan hubungan dagang yang lama antara kawasan ini ada dengan pedagang-pedagang India yang telah memeluk Islam.

Sabar menurut Islam

“...Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. ” (QS. Ar-Ra’d [13]:23-24) Sabar termasuk akhlak yang paling utama yang banyak mendapat perhatian Al-Qur’an dalam surat-suratnya. Imam al-Ghazali berkata, “Allah swt menyebutkan sabar di dalam al-Qur’an lebih dari 70 tempat.” Ibnul Qoyyim mengutip perkataan Imam Ahmad: “Sabar di dalam al-Qur’an terdapat di sekitar 90 tempat.” Abu Thalib al-Makky mengutip sebahagian perkataan sebahagian ulama: “Adakah yang lebih utama daripada sabar, Allah telah menyebutkannya di dalam kitab-Nya lebih dari 90 tempat. Kami tidak mengetahui sesuatu yang disebutkan Allah sebanyak ini kecuali sabar.” Sabar menurut bahasa berarti menahan dan mengekang. Di antaranya disebutkan pada QS.Al-Kahfi [18]: 28 “Dan tahanlah dirimu bersama dengan orang-orang yang menyeru Rabbnya di pagi dan di senja hari dengan mengharap keredhaanNya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka.” Kebalikan sabar adalah jaza’u (sedih dan keluh kesah), sebagaimana di dalam firman Allah QS. Ibrahim [14]: 21, “...sama saja bagi kita mengeluh ataukah bersabar. Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri.” Macam-macam Sabar Dalam al-Qur’an Aspek kesabaran sangat luas, lebih luas dari apa yang selama ini dipahami oleh orang mengenai kata sabar. Imam al-Ghazali berkata, “Bahwa sabar itu ada dua; pertama bersifat badani (fisik), seperti menanggung beban dengan badan, berupa pukulan yang berat atau sakit yang kronis. Yang kedua adalah al-shabru al-Nafsi (kesabaran moral) dari syahwat-syahwat naluri dan tuntutan-tuntutan hawa nafsu. Bentuk kesabaran ini (non fisik) beraneka macam; Jika berbentuk sabar (menahan) dari syahwat perut dan kemaluan disebut iffah Jika di dalam musibah, secara singkat disebut sabar, kebalikannya adalah keluh kesah. Jika sabar di dalam keadaan serba berkucukupan disebut mengendalikan nafsu, kebalikannya adalah kondisi yang disebut sombong (al-bathr) Jika sabar di dalam peperangan dan pertempuran disebut syaja’ah (berani), kebalikannya adalah al-jubnu (pengecut Jika sabar di dalam mengekang kemarahan disebut lemah lembut (al-hilmu), kebalikannya adalah tadzammur (emosional) Jika sabar dalam menyimpan perkataan disebut katum (penyimpan rahasia) Jika sabar dari kelebihan disebut zuhud, kebalikannya adalah al-hirshu (serakah) Kebanyakan akhlak keimanan masuk ke dalam sabar, ketika pada suatu hari Rasulullah saw ditanya tentang iman, beliau menjawab: Iman aadalah sabar. Sebab kesabaran merupakan pelaksanaan keimanan yang paling banyak dan paling penting. “Dan orang-orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa” (QS. Al-Baqarah [2]: 177) Dari itu kita dapat memahami mengapa al-Qur’an menjadikan masalah sabar sebagai kebahagiaan di akhirat, tiket masuk ke surga dan sarana untuk mendapatkan sambutan para malaikat. Dalam surat Al-Insan [72]: 12 “Dan Dia memberi balasan kepada mereka atas kesabaran mereka dengan surga dan (pakaian) sutera”. Dalam surat Ar-Ra’d [13]:23-24 “...Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”

Khalid Al-Walid tidak syahid di medan perang

Dulu pendapat mengapa Saidina Abu Bakar tidak mati syahid telah saya ketengahkan,post kali ini,saya akan tunjukkan bukti kukuh kenapa Saidina Khalid Al-Walid juga tidak mati syahid.Walaupun pada post sebelum ini,ada saya sentuh tentangnya tapi pada post kali ini,saya akan terang dan ceritakan secara terperinci kenapa Khalid Al-Walid juga tidak mati syahid.

Dipercayai Pedang Milik Rasulullah

Sebelum kita terus kepada jawapannya,jom kita kenali dulu siapa Si Pedang Allah ini dan sebenarnya,selain daripada Rasulullah,beliau adalah tokoh utama dalam hidup saya sebagai seorang muslim.

Khali Al-Walid merupakan sepupu Saidina Umar Al-Khatab.Sewaktu kecil lagi,mereka sering beradu tenaga melalui permainan gusti dan setiap kali perlawanan diadakan,Khalid sentiasa menjadi juara.Kehebatannya terserlah apabila dia berjaya mematahkan tangan Saidina Umar dalam satu perlawanan gusti,maka tidak hairanlah kalau Khalid dan Umar sangat disegani dan ditakuti oleh penduduk Makkah.

Khalid tidak pernah mengenal erti kekalahan dalam hidupnya walaupun sekali.Setiap peperangan yang dia sertai,baik sebelum dia memeluk Islam dan selepas dia memeluk Islam,dia tetap juara.

Perang Uhud VS Perang Muktah

Perang Uhud tercetus daripada kekalahan tentera Quraisy dalam perang Badar.Pada awal perang ini,Islam kelihatan seakan-akan telah memenangi peperangan apabila tentera kafir Quraisy berundur.Natijah daripada tidak menurut perintah Rasulullah supaya tidak turun dari bukit untuk mengambil harta perang(ghanimah),Islam telah kalah.Khalid yang begitu cakna dengan perubahan persekitaran,sedar akan tentera Islam telah turun ke kaki bukit.Mengambil peluang yang ada, Khalid dengan tentera pimpinannya telah berpatah balik ke Uhud dan menguasai gunung Uhud.Akhirnya,dia berjaya mengalahkan tentera Islam.

Manakalah Perang Muktah pula berlaku selepas Khalid memeluk Islam.Perang Muktah menyaksikan kematian tentera Islam yang begitu ramai antaranya Zaid Bin Harithah,Jaa’far Bin Abi Talib dan Abdullah Bin Rawahah(Kisah 3 Sahabat yang Syahid kerana mendahulakan sahabat dari dirinya-kIsah kongsi Air).Tentera Rom ketiak itu 20,000 orang ramainya dan tentera Islam tidak mencecah 10 000 orang pun.Atas persetujuan ramai,Khalid telah dilantik untuk menggantikan komandan(3 orang di atas) sebelumnya yang telah Syahid dan dia mengarahkan tentera Islam berundur setapak demi setapak.Berundur bukan bererti kalah kerana selepas berundur,beliau menyusun semula strategi dari awal dan menyerang balas Rom dan akhirnya,dia berjaya menawan Rom.

Dilucutkan Jawatan

Semasa Khalifah Abu Bakar memerintah,Khalid dinaikkan pangkat sebagai panglima perang.Perang menentang nabi palsu,Musailamah Al-Kazab pun diketuai oleh Khalid dan dia berjaya mengalahkan Musailamah dan sekutunya. Perang demi perang disertai oleh Khalid sebagai panglima dan suatu ketika semasa perang sedang berlansung,Saidina Umar dilantik menggantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah kedua Islam dan telah memecat Khalid dari menjadi panglima perang.Tempat Khalid digantikan dengan Abu Ubaidah.Mendengar berita tersebut,Khalid tanpa rasa kecewa telah menanggalkan serban yang melambangkan panglima perang dan menyerahkan kepada Abu Ubaidah.

Saat Roh Ingin Berpisah dengan Jasad

Ketika Khalid sedang uzur,Umar datang kepadanya.

“Khalid Saifullah(pedang Allah),aku sesekali tidak pernah berdendam dengan mu,jauh sekali dari hatiku untuk menjatuhkan kedudukan mu.Aku turunkan jawatanmu semasa kamu menjadi panglima perang bukan sebab aku cemburu dengan mu wahai sahabat,tetapi engkau tidak tahu,tatkala engkau keluar berperang sebagai panglima perang, penduduk Madinah telah tersenyum gembira dan ada di antara mereka seakan-akan mengagungkan mu,jika kau pimpin pasti kemenangan milik Islam,kata sesetengah dari mereka.Aku tidak ingin engkau menjadi sebab mereka syirik kepada Allah lalu aku turunkan jawatan mu wahai Sahabat,”ujar Saidina Umar Al-Khattab,mereka yang terdengar ucapan ini terus menangis.

Suatu ketika,seorang sahabat datang kepadanya.Walaupun dalam keadaan yang tersangat uzur,dia bingkas bangun dan membuka bajunya, “Wahai Sahabat,perhatikan badanku,adakah ada tempat yang tiada parut?”

“Tiada Wahai Khalid,”jawab sahabat tersebut.

“Jadi, bagaimanakah aku tidak bersedih? Kenapa ALLAH tidak menerima ku sebagai salah seorg syuhada’nya? Adakah taubat ku dulu tidak diterima?”Soal Khalid.

Mendengar keluhan Khalid itu,sahabat itu terus menangis dan kemudian dia berkata, “kau tidak boleh syahid,Khalid. Kau telah dilantik sebagai pedang Allah oleh Rasulullah dan pedang Allah tidak boleh patah di medan perang.”

Kata-kata sahabat itu benar-benar menggembirakan hati Khalid,dia tidak menyesal lagi dan akhirnya dia menghembuskan nafas nya yang terakhir dengan perasaan gembira dan redha terhadap ketentuan Ilahi.

Kata Nabi Itu Pasti

Ya,Khalid Al-Walid tidak syahid disebabkan kata-kata yang keluar dari mulut Rasulullah.Rasulullah telah berjanji apa-apa perang yang disertai oleh Khalid,pasti Islam akan menang,jadi jika Khalid syahid di medan perang,bagaimana Islam akan menang?

Percayalah,apa yang keluar dari mulut Rasulullah walaupun sekecil-kecil perkara akan jadi realiti.Mungkin anda tidak kenal dengan Suraqah Bin Malik tapi sekarang anda akan kenal siapakah Suraqah Bin Malik.

[jika anda berkesempatan,sila dengar lagu ini kerana nama Suraqah ada disebut dalam lagu ini]

Suraqah Bin Malik menerima tawaran Abu Jahar untuk membunuh Rasulullah dan Abu Bakar semasa peristiwa Hijrah. Di suatu tempat,dia telah berjumpa dengan unta yang ditunggang oleh Rasulullah dan Abu Bakar tetapi dengan tiba-tiba unta yang ditungganginya duduk.Dia memukul-mukul belakang unta,unta itu bangun tetapi duduk semula.Kejadian itu berulang-ulang sehingga Rasulullah datang kepadanya dan menawarkan kebebasan kepadanya dan dia menerima tawaran tersebut.Lalu Rasulullah membisikkan sesuatu di telinganya,Abu Bakar lansung tidak tahu apa yang dibisikkan oleh Rasulullah.

Semasa pemerintahan Saidina Umar,Khalifah telah menakluk Parsi dan tentera Islam berjaya merampas banyak harta benda Parsi termasuk istananya.Saidina Umar mengambil pakaian diraja Parsi yang ditakluk dan memanggil Suraqah,lalu dia memakaikan Suraqah dengan pakaian tersebut dan mendudukkan Suraqah di atas singgahsana Raja Parsi.

Lantas,Suraqah menangis dengan kuatnya.Umar pelik lalu bertanya adakah dia tidak suka dipakaikan dengan pakaian Raja Parsi yang sangat mewah dan duduk di singgahsana yang digilai ramai ini.Suraqah menggeleng kepala dan mula berkata-kata, “aku menangis bukan kerana aku tidak suka pakai pakaian ini dan duduk di singgahsana ini,tetapi aku menangis kerana ini adalah janji Rasulullah kepadaku,tiada siapapun tahu janji ini melainkan aku dengannya sahaja. Semasa aku memburunya sewaktu hijrah,dia telah membebaskan ku dan berjanji aku akan memakai pakaian diraja parsi dan duduk di singgahsana raja parsi.”

Islam Akan Menang!

Dulu,Rasulullah telah menjanjikan kemenangan Islam,Rasulullah telah menceritakan plot naik jatuhnya Islam dan pada akhirnya Islam akan menang.Ya,Islam akan menang walau semua manusia tidak memeluknya,walau semua manusia mengkejinya,walau semua manusia menghinanya.Cuma,apa yang perlu kita tanya kepada diri kita,apakah kita ini salah satu askar yang akan memenangkan Islam,adakah kita salah seorang yang menyokong Islam tatkala Islam menang, adakah kita mampu bangga kepada Rasulullah di akhirat nanti,”Ya Rasulullah,aku adalah umat mu yang memenangkan agama Allah tatkala manusia yang lain mengkejinya.”Mampukah kita?Tepuk dada tanya iman.

Khalid Al-Walid Pedang Allah

Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru….Beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam, ini membuktikan bahawa beliau memang layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera iaitu anugerah 'Pedang Allah'

Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu.

Khalid al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H bersama-sama Uthman b Talhah dan Amru b Al-As. Setelah itu, beliau adalah pahlawan yang berjuang menentang orang-orang yang menentang Rasulullah SAW.

Berbicara tentang Khalid, tentunya tidak lengkap kalau tidak menceritakan tentang peristiwa dalam peperangan Muktah yang memang terkenal itu.

Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada'. Lantas bendera bertukartangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid al-Walidpun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.

Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk mengahpuskan golongan murtad. Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik"

Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya : "Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing"

Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata : "Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".

Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab : "Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari"

Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang beerteriak dengan kuatnya sambil bertakbir "Allahu Akbar" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga". Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.

Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a.sambil berkata : "Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid, adakah engkau mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah SAW, kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya (di Syurga)"

Jawab Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a : "Ya ! Katakan kepadanya : "Wahai Rasulullah SAW ! Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar". Lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'.

Dalam suasana perang tersebut Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima Romawi yang bernama George lalu terjadilah dialog antara keduanya.

George bertanya : "Wahai Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada Nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan kalah"

Khalid b Al-Walid menjawab : "Tidak"

George bertanya lagi : "Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?"

Khalid b Al-Walid berkata : "Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya. Rasulullah terus menyatakan : "Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah"

George bertanya lagi : "Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"

Khalid b Al-Walid menjelaskan : "Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam"

George seterusnya berkata : "Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?"

Khalid b Al-Walid menjawab : "Ya, itulah yang lebih utama"

George berkata : "Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?"

Khalid b Al-Walid menjawab : "Kamu hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu"

Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid, belajar cara solat dan sempat solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada' perang Yarmuk............. !!! dan tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.

Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan cedera. Mereka yang cedera parah, apabila seorang diberikan air, lantas dia berkata rakannya di sebelah lebih memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya, tiba-tiba orang yang keduapun bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang lain..........begitulah seterusnya sehinggakan orang memberi air berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya...Maka, kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut ! Ini membuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri sendiri memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...