nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Turki mengejutkan dunia: arahkan armada perangnya mengutip semua pelarian Rohingya

TAHNIAH EMINE ERDOGAN DAN SELURUH RAKYAT TURKI

Kerajaan Turki dilaporkan turut menghulurkan bantuan bagi menyelamatkan pelarian Rohingya yang terdampar di perairan Asia.

Memetik laporan laman web Eramuslim.com, sebuah kapal tentera Turki sudah menjalankan tugas mencari dan menyelamatkan pelarian Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu berkata, “kerajaan telah mengarahkan kapal tentera Turki di wilayah tersebut.”

Beratus-ratus pelarian Rohingya dilaporkan berlayar ke perairan wilayah Thailand di Laut Andaman sejak awal bulan ini.
 
 Erdogan, Presiden Turki mengejutkan dunia apabila mengarahkan armada perangnya mengutip semua pelarian Rohingya yang terlantar di perairan kita. Bukan itu sahaja, Erdogan malah menghulurkan bantuan segera 1 juta Dolar kepada badan penyelamat antarabangsa untuk pelarian Rohingya.

Perasan kita bercampur baur antara gembira, terharu, malah sedih dan j...uga malu sewaktu menerima berita mengejutkan ekoran tindakan berani dan pantas ketua kerajaan Turki itu.

Rasa syukur, gembira dan terharu kerana dalam pada kita kesedihan melihat saudara kita Rohingya disiksa, masih ada rasa insaf atas dasar persaudaraan dan kemanusiaan dari sebuah kerajaan Islam dari Timur Tengah.

Telah sekian lama kita memerhatikan sifat tidak perduli di kalangan kerajaan negara Islam yang melihat pembunuhan dan penindasan terhadap umat Islam di rantau itu. Lebih menyedihkan lagi melihat umat islam sendiri saling bercakaran dan berbunuhan sesama sendiri.

Rasa malu dan kesal sebagai umat Islam di rantau ini kerana kita ‘terlalu berkira-kira’ dalam usaha memberikan pertolongan dan perlindungan kepada saudara kita. Sudahlah berita kesengsaraan dan penindasan terhadap mereka kurang mendapat perhatian dunia, malah kita juga sukar untuk menghulur bantuan ke sana.

Rasa kesal pula terbit kerana saudara kita yang berjaya mengharungi lautan untuk lari dari penindasan itu dan telah pun berada di perairan kita tidak ‘segera’ kita bantu. Semakin lama kita 'termenung berkira-kira' semakin ramai yang terkorban dan sengsara di lautan samudera.

ERINE ERDOGAN - USWAH SRIKANDI WIRAWATI TURKI

Alhamdulillah. Dalam pada ramai first lady atau isteri pemimpin negara-negara dunia memasang badan bermegah-megah dan bermuka-muka, kita dapat saksikan jiwa prihatin Erine Erdogan, seorang srikandi contoh dari negara Islam.

Ketika kami kongsikan gambar-gambar lawatan beliau ke Myanmar bersama Menteri Luar dan Pasukan Palang Merah Turki, ramai yang tidak menyangka bahawa itu adalah isteri seorang Presiden negara Islam yang ada nama.

Beliau yang banyak menangis di sepanjang lawatan itu berjaya menampilkan bahasa badan yang tulus dan ikhlas. Berita dan pemerhatian dari lawatan itu tentunya dibawa pulang bagi menggantikan rasa simpati dengan tindakan suaminya yang berbentuk empati.
 
 Erine dan Erdogan juga banyak membuat lawatan dan menghulurkan bantuan kemanusiaan di kem-kem pelarian negara-negara bergolak seperti Somalia, Syria, Palastine dan sebagainya.

Inilah contoh isteri pemimpin yang diidam-idamkan oleh seluruh umat manusia, khususnya oleh umat Islam. Sudahlah berwajah ayu dan redup, malah penuh dengan ciri keibuan dan keprihatinan. Pasti peranan Erine Erdogan menjadi sumber inspirasi dan penguat semangat kepada kejayaan kepimpinan Presiden Turki itu.

Tidak dapat kami bayangkan sebanyak mana doa rakyat Rohingya yang sekian lama terbiar tertindas itu untuk pemimpin dan kerajaan Turki ini.

APA YANG TELAH MALAYSIA DAN INDONESIA SELAKU NEGARA ISLAM ASEAN LAKUKAN?

Daripada lebih 4 juta pembaca artikel Rohingya melalui video kompilasi yang kami upload beberapa hari lepas, kebanyakannya mencemuh kerajaan masing-masing kerana tidak bergegas membantu pelarian Rohingya.

Majoriti pembaca menyarankan agar kita bertindak balas secara diplomatik sebagai membantah penindasan kerajaan Myanmar terhadap umat Rohingya.

Ramai sekali menyarankan agar Malaysia menghantar pulang semua pekerja Myanmar yang sedang bekerja di negara ini dan digantikan dengan warga Rohingya. Yang kurang sabar pula asyik meluahkan marah dengan ungkapan ingin membalas dendam dengan membunuh rakyat Myanmar yang beragama Budha.

Segelintir masyarakat Malaysia mempertahankan kerajaan dengan mengatakan bahawa selama ini pun kita telah banyak menolong mereka. Ada yang mengutuk sikap pengotor dan pemalas pelarian Rohingya yang telah sekian lama berada di sini. Ada kalanya mereka ini turut dikatakan kurang ajar kerana tidak menghormati rakyat tempatan.

Tidak kurang yang menyatakan kebimbangan bahawa jika sudah terlalu ramai pelarian Rohingya di sini, apa yang telah terjadi kepada kebanjiran rakyat asing yang dibawa masuk waktu zaman British dahulu bakal berulang kembali. Akhirnya rakyat pribumi akan kehilangan hak dan terpaksa bersaing dengan mereka dalam serba serbi.

Ada pula yang mengecam pelarian Rohingya ini sebagai pengecut kerana tidak mahu mempertahankan hartabenda, kaum keluarga dan kedaulatan agama bangsa mereka di sana. “Berterusan menolong mereka akan membuatkan mereka manja dan akan membebankan kita. Lagipun masih ramai rakyat kita yang memerlukan perhatian kita” ujar mereka.

APA YANG SEWAJARNYA KITA LAKUKAN ?

Satu kelemahan yang paling ketara ialah kita agak lembab dalam urusan kemanusiaan begini. Kita seharusnya meletak ke tepi dahulu segala sentimen agama, bangsa dan fahaman politik apabila berhadapan dengan isu ini.

Cuba sorot kembali kronologi tragedi Tsunami di Aceh 26 Disember 2004 dahulu. Hanya 3 hari selepas tragedi itu, dikhabarkan sudah ada kapal asing yang 'singgah'. Ribuan anak-anak dan warga Acheh dibawa keluar 'secara senyap' atas dasar kemanusiaan oleh masyarakat antarabangsa. Waktu itu kerajaan Indonesia baru terhegeh-hegeh mahu menubuhkan jawatankuasa bencana.

Atas dasar itu jugalah hari ini kita lihat Acheh begitu bermurah hati untuk menghulurkan bantuan. Padahal mereka sendiri bukan dalam kecukupan dalam serba serbi. Semuanya atas dasar pelajaran yang mereka ambil berpandukan pengalaman mereka sendiri yang pernah tersiksa dan menerima bantuan antarabangsa. Orang kata hanya Jauhari yang kenal Manikam.

Soal sikap pengotor, malas, kolot dan sebagainya bagi kami adalah masalah kecil. Kita harus pertimbangkan juga tahap kehidupan mereka yang kekurangan dalam serba serbi. Mereka ketinggalan lebih 50 tahun di belakang kita.

Dengan pendekatan pendidikan dan penguatkuasaan, kami yakin cara hidup mereka boleh dibentuk agar tidak jauh ketinggalan untuk hidup macam kita. Dengan itu mereka mungkin boleh kita jadikan saudara untuk sama-sama memainkan peranan membangun negara. Kebetulan negara juga amat memerlukan tenaga kerja.

Dalam kebimbangan kepada isu kebiadaban dan ancaman politik serta ekonomi terhadap pribumi negara ini, kami yakin ia boleh dibendung melalui kaedah penguatkuasaan dan sekatan politik. Paling utama ialah pendekatan pendidikan samada melalui sekolah, media, dan sebagainya. Kita boleh ulangi tausiah untuk mengingatkan semula asal usul mereka secara istiqomah, samada secara formal atau kasual agar mereka ini tidak mudah lupa diri.

Apapun, mereka ini lari ke mari kerana teraniaya. Lagipun mereka kita bantu atas dasar persaudaraan seagama dan atas simpati sesama manusia. Oleh itu kebimbangan tentang ancaman kepada penduduk setempat itu agak tipis kerana situasi mereka tidak sama dengan kemasukan warga asing ketika zaman British dahulu.

Ungkapan untuk membunuh rakyat Myanmar yang beragama Budha adalah tidak wajar kerana itu bukan ajaran Islam. Beberapa Sami Myanmar juga membantah penglibatan para Sami dalam mempromosi kebencian dan pembantaian kerana itu bukan ajaran agama mereka. Kita juga tidak suka orang luar bunuh saudara ISLAM kita yang tidak berdosa hanya kerana perbuatan segelintir yang menyimpang dari ajaran agama kita.

PERANAN KERAJAAN

Tindakan menteri Luar Turki dan Isteri Erdogan melawat Myanmar telah memberi kesan yang amat baik sekali. Mereka bukan sahaja melawat umat muslim Rohingya, malah turut juga melawat warga Myanmar beragama Budha. Mereka telah menzahirkan misi kemanusiaan dan kedamaian sejagat yang adil, murni dan saksama.

Alangkah baiknya jika ramai lagi pemimpin negara dan isteri masing-masing mengambil langkah yang sama. Sekurang-kurangnya ia memberikan tekanan diplomatik kepada kerajaan dan rakyat Myanmar. Sekurang-kurangnya ada perasaan malu dan berhati-hati kerana mereka sedar bahawa dunia Islam sedang ‘memerhati’ tindak tanduk mereka.

Kami ada menawarkan bantuan untuk menerima beberapa ratus pelarian ini. Oleh itu, ramai yang mendesak WARGA PRIHATIN menganjurkan tabung bantuan kemanusiaan untuk Rohingya. Malangnya, kami tidak dapat lakukan itu buat masa ini selagimana tidak nampak jalan yang sah bagaimana dana sumbangan itu boleh disalurkan untuk membantu mereka secara legal.

Oleh itu, kami saran agar kerajaan membuat tawaran khas dan membantu pengambilan mereka melalui satu proses dokumentasi yang mudah. Buat sementara waktu, kami harap dapat dihimpunkan mereka di satu tempat khas seperti di kem, pulau dan sebagainya. InsyaAllah akan ada banyak NGO dan syarikat yang sanggup mengambil mereka bagi mengurangkan beban kerajaan. Yang penting bagi kerajaan ialah melakukan inisatif untuk izinkan mereka mendarat di negara kita dahulu.
(tulisan warga prihatin)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...