Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali dan jurai salasilahnya adalah termasuk dalam Bani Taim iaitu sub keturunan dari Arab Quraisy. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.
Beliau mendapat gelaran as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.
Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis iaitu majlis Syura', yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar.Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan. [2]
Jalaluddin al-Suyuti dalam karyanya al-Khulafa al-Rashidun ('Khalifah al-Rashyidun') menyatakan bahawa semasa perjumpaan Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar orang Islam Ansar di rumah Sa'd ibn Ubadah selepas kewafatan Nabi Muhammad (SAW), Sayidina Abu Bakar pada mulanya mencadang dua calon sebagai Khalifah, yakni Sayidina Umar dan seorang Sahabat lain, Abu Ubaidah ibn al-Jarrah. Perbincangan menjadi hangat sehinggalah Sayidina Umar menyuruh Sayidina Abu Bakar menghulurkan tangannya lalu Sayidina Umar mengambil tangan Sayidina Abu Bakar dan memberi bai'ah kepadanya. Tindakan Sayidina Umar diikuti Muhajirin dan Ansar. Selepas mendapat bai'ah, Sayidina Abu Bakar mencari az-Zubair dan Sayidina Ali yang tiada di pertemuan itu. Kedua-dua mereka dipanggil dan memberi bai'ah kepada Sayidina Abu Bakar apabila mereka tiba.[3]
Peperangan Islam-Riddah
Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim. Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Namun Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam pertempuran.
Ekspedisi ke Utara
Selepas berjaya mengurangkan golongan riddah, Saidina Abu Bakar menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.Pengumpulan al-Quran
Menurut ahli sejarah Islam, selepas siri Peperangan Islam-Riddah ramai orang yang mahir menghafaz al-Quran terbunuh. Saidina Umar Al-Khatab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat al-Quran[5]. Saidina Uthman Affan kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan dengan membukukan al-Quran, iaitu mushaf Uthmani, semasa beliau menjadi khalifah.Kewafatan Saidina Abu Bakar
Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.
Sumbangan Saidina Abu Bakar
Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya murtad, tidak mahu membayar zakat dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh IslamKetaqwaan Saidina Abu Bakar
Tidak
syak lagi bahawa Saidina Abu Bakar r.a. merupakan manusia paling paling
tinggi martabatnya di kalangan para sahabat. Rasulullah s.a.w sendiri
pernah menyampaikan berita gembira mengenai kedudukan yang utama di
antara para penghuni syurga.
Baginda s.a.w bersabda: "Nama
Abu Bakar akan diseru dari segenap pintu syurga dan dialah pengikutku
yang pertama akan memasukinya."
Namun demikian,perasaan takutnya
kepada Allah tetap bertakhta dikalbunya. Dia sering berkata : "Alangkah
bagusnya jika aku menjadi sebatang pokok yang ditebang dan dijadikan
kayu api."
Kadang-kadang beliau berkata :
"Alangkah baiknya kalau aku ini sehelai rumput yang riwayat hidupnya
akan tamat apabila dimakan oleh seekor binatang ternakan."
Pada suatu hari beliau telah
pergi ke sebuah taman di mana dia lihat seekor burung sedang
berciap-ciap. Katanya: "Wahai burung! Sungguh bertuah engkau. Kamu
makan, minum dan berterbangan di bawah naungan pokok-pokok kayu tanpa
sebarang perasaan takut tentang hari perkiraan. Aku ingin menjadi
seperti engkau wahai burung."
Rabi'ah Aslami r.a. telah
bercerita : "Pada suatu hari aku telah bertengkar dengan Abu Bakar.
Semasa pertengkaran itu berlaku, dia mengeluarkan sepatah kata kesat
kepada aku. Dengan serta-merta dia telah menyedari kesilapannya lalu
berkata: "Wahai saudara, gunakanlah perkataan itu terhadapku sebagai
tindakan balas." Aku enggan berbuat demikian. Dia menggesaku supaya
menggunakan perkataan kesat itu dan berkata hendak merujuk kepada Nabi
s.a.w. Aku tidak juga mahu mengalah. Dia pun bangun meninggalkan aku.
Beberapa orang dari ahli puakku yang menyaksikan peristiwa tadi
mencemuh: "Ganjil betul orang ini; dia yang melakukan kesalahan dan dia
pula mengancam hendak mengadukan kepada Nabi s.a.w." Dengan segera aku
menyampuk: "Kamu tahu siapakah dia? Dia adalah Abu Bakar. Menyinggungnya
bererti menyinggung Nabi dan menyinggung Nabi bererti menyinggung
Allah. Kalau perbuatanku menyinggung Allah, siapakah yang akan
menyelamatkan aku?" Aku pun bangun lantas pergi mendapatkan Nabi s.a.w,
kepadanya aku bercerita apa yang telah berlaku. Baginda s.a.w bersabda:"
Keenggananmu mengeluarkan kata-kata kesat itu sudah kena pada
tempatnya. Tetapi untuk mengurangkan penderitaan batinnya (Abu Bakar),
sekurang-kurangnya kamu berkatalah: "Semoga Allah mengampunimu, wahai
Abu Bakar."
Begitulah ketaqwaan yang telah
ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar r.a. Keenggananya menerima pembalasan
di akhirat menyebabkan dia mendesak Rabi'ah Aslami supaya mengambil
tindakan balas ke atasnya. Kekesalannya dan penderitaan batinnya akibat
kesalahannya itu demikian rupa sehingga beliau sanggup menceritakan
segala-galanya kepada Nabi s.a.w dengan harapan Nabi dapat menolongnya
Dari saudagar menjadi Khalifah Pertama
Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah dilantik menjadi Khalifah Islam yang pertama iaitu selepas kewafatan Rasulullah SAW pada tahun 632 Hijrah. Sebelum dilantik sebagai Khalifah Islam pertama, Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan seorang pedagang dan usahawan Islam terbilang yang kaya-raya, terpelajar serta disanjung tinggi oleh kaum Quraisy.
Antara perniagaan beliau adalah penjualan kain di pasar, di samping turut memiliki kebun kurma, membiak banyakan unta-unta dan berbagai-bagai jenis perniagaan lain lagi. Beliau telah memeluk agama Islam selepas Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul dan beliau adalah lelaki pertama yang memeluk agama Islam.
Mengapa digelar As-Siddiq?
Gelaran “As-Siddiq” telah diberikan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq adalah kerana sikap dan pendiriannya yang begitu teguh dalam membenarkan kata-kata Rasulullah SAW ketika berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj.
Ketika itu, sebaik saja Rasulullah SAW selesai melakukan Israk dan Mikraj dari Masjidil al-Haram ke Masjidil al-Aqsa, seterusnya naik ke Tujuh Petala Langit di Sidratul Muntaha dan kemudiannya kembali semula ke Baitul Makmur di Mekah pada malam yang sama pada 27 Rejab tahun ke-11 selepas baginda dilantik menjadi Rasul iaitu 3 tahun sebelum hijrah.
Segolongan orang yang tidak mempercayai apa yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW kemudiannya telah pergi menemui Saidina Abu Bakar As-Siddiq untuk mendengarkan dan mengetahui pendapat beliau sendiri mengenai dakwaan yang dibuat oleh Rasulullah SAW itu samada benar atau sebaliknya.
Mereka menyangka bahawa Saidina Abu Bakar Radiallahuanhu kali ini akan turut mendustakan kisah yang langsung tidak masuk akal itu pada fikiran mereka. Setelah pertanyaan itu disampaikan kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq, maka beliau pun bertanya…
Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah dilantik menjadi Khalifah Islam yang pertama iaitu selepas kewafatan Rasulullah SAW pada tahun 632 Hijrah. Sebelum dilantik sebagai Khalifah Islam pertama, Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan seorang pedagang dan usahawan Islam terbilang yang kaya-raya, terpelajar serta disanjung tinggi oleh kaum Quraisy.
Antara perniagaan beliau adalah penjualan kain di pasar, di samping turut memiliki kebun kurma, membiak banyakan unta-unta dan berbagai-bagai jenis perniagaan lain lagi. Beliau telah memeluk agama Islam selepas Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul dan beliau adalah lelaki pertama yang memeluk agama Islam.
Mengapa digelar As-Siddiq?
Gelaran “As-Siddiq” telah diberikan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq adalah kerana sikap dan pendiriannya yang begitu teguh dalam membenarkan kata-kata Rasulullah SAW ketika berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj.
Ketika itu, sebaik saja Rasulullah SAW selesai melakukan Israk dan Mikraj dari Masjidil al-Haram ke Masjidil al-Aqsa, seterusnya naik ke Tujuh Petala Langit di Sidratul Muntaha dan kemudiannya kembali semula ke Baitul Makmur di Mekah pada malam yang sama pada 27 Rejab tahun ke-11 selepas baginda dilantik menjadi Rasul iaitu 3 tahun sebelum hijrah.
Segolongan orang yang tidak mempercayai apa yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW kemudiannya telah pergi menemui Saidina Abu Bakar As-Siddiq untuk mendengarkan dan mengetahui pendapat beliau sendiri mengenai dakwaan yang dibuat oleh Rasulullah SAW itu samada benar atau sebaliknya.
Mereka menyangka bahawa Saidina Abu Bakar Radiallahuanhu kali ini akan turut mendustakan kisah yang langsung tidak masuk akal itu pada fikiran mereka. Setelah pertanyaan itu disampaikan kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq, maka beliau pun bertanya…
- ”Adakah Muhammad berkata begitu?”
- lantas sahut mereka “Benar!”
- Saidina Abu Bakar As-Siddiq pun lantas berkata… ”Jika Muhammad berkata begitu, maka sungguh benarlah apa yang telah diceritakannya itu,”
- “Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa Muhammad sampai ke Tanah Syam lebih sebulan perjalanan dan pulang pada malam semalam?”
- Maka Saidina Abu Bakar pun menyahut dengan tegas membalas soalan kaum yang tidak mempercayai kerasulan nabi itu. “Benar, Aku percaya! Malah lebih daripada itu aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dan langit yang diberitakannya itu, baik pada waktu siang mahupun pada waktu malam.”
No comments:
Post a Comment