Perbincangan di antara saya dengan komiti perumahan tempoh hari kerana penduduk tidak berpuas hati terdapat home tahfiz beroperasi di kawasan mereka dengan menyewa 2 unit rumah semi D.
Hadir bersama pengerusi dan 2 orang Melayu sebagai timbalan pengerusi dan seccretery membantah kehadiran pusat tahfiz di kawasan mereka yang di anggap elit.
Hairan orang melayu agama Islam sanggup berkompromi dan bertanggung jawab membuat aduan memastikan #hometahfizdarulsiddir tidak beroperasi kononnya di kawasan perumahan yang di anggapnya elit - Cyber Jaya.
Komennya - saya beli rumah ni 1 juta lebih, apa perasan saudara bila ada pondok tahfiz di sini? Fuhhhh komen perempuan Melayu yang merasakan jumlah 1 juta ringgit itu lebih mulia dari pusat tahfiz.
Bulan ramadhan menjaga kesabaran saya. Kalau ikutkan hati pelbagai jawapan boleh diberi
1. Kita ingat rumah semi D kita besar tapi penghuni bungalow mungkin anggap rumah kita rumah kecil sebesar rumah teres
2. Kita rasa 1 juta lebih itu besar tetapi yang pubya wang lebih banyak akan rasa 1 juta levih itu wang belanja cuti mereka
3. Kalau kita tidak mampu menubuhkan home tahfiz dengan percuma seperti yang di tuntut oleh agama bila Allah memberi rezeki jangan halang usaha orang lain. Tolong doakan yang terbaik
4. Kalau setan boleh bercakap dia geleng kepala dan berkata issshhh puan ada orang yang lebih teruk dari saya
Itu lah realiti hidup sekarang. Kemewahan dunia melebihi kepentingan tanggung jawab agama. Yang anehnya tuan rumah beragama kristian berkeras tidak mahu kami sebagai penyewa keluar kerana tiada aktiviti yang kami lakukan melanggar undang undang perumahan. Beliau juga beranggapan penyewa (#hometahfizdarulsiddir) berusaha melakukakan suatu projek amal yang baik mendidik anak anak menghafal quran secara percuma. Bezanya practising christian vs modern moderate islamic malay.
Tujuan menjadikan kawasan ini sebagai tempat mendidik anak anak full time menghafal al quran dan hadith adalah kerana fasiliti sedia ada yang cukop baik -
1. Club house - swimming pool, futsal dan fasiliti riadah lain
2. Gated and guarded
3. Menjadikan contoh kepada Melayu islam yang berwang untok memperbanyakan hometahfiz modern seperti ini dan melahirkan ramai lagi hufaz. Jika ada wang dan kemahuan insyaAllah kita mampu mengangkat profession agamawan
Di samping fully aircond dan rumah yang keluasannya cukop selesa. Kita tidak mahu deprive anak anak yang sudah selesa dengan fasiliti yang mereka telah biasa di rumah. Menghafal quran dan hadith bukan suatu yang mudah. Kenapa kita menghadkan fasiliti keselesaan untok mereka jika mampu.
Kalau mengikut kos operasi mengenakan yuran 3500 sebulan pun tak berbaloi kerana kos tinggi serta masa full time diperlukan untok menyelia anak anak.
Wanita yang mewakili komiti itu seakan tidak percaya yang ianya percuma. Mungkin beranggapan aku yang kaya mampu membeli rumah lebih dari 1 juta ringgit pun tak boleh infaq sebanyak itu. Ini kan pula pak lebai dan pak ustad yang rata rata berpersepsi mereka ini kampung tidak akan mampu berbuat demikian.
Saya sedih kerana yang menyokong untok hometahfiz beroperasi adalah tuan rumah yang beragama kristian manakala yang membangkang adalah sebangsa yang beragama islam. Moga Allah memberi hidayah kepadanya. Malahan tuan rumah ada offer untok rumahnya disewa lebih dari apa yang kami bayar tetapi menolaknya kerana beliau very particular dengan perangai dan sikap penyewa.
Pengajara yang saya dapat -
1. Orang islam yang pentingkan status dan wang ringgit dari agama makin ramai setiap hari
2. Menganggap pengajian menghafal quran dan hadith sebagai usaha kampong yang tiada masa depan
3. Menjadi riak somvong dan takbur bila Allah memberi rezeki yang lebih berbanding dengan orang lain. Memang jelas ramai yang tewas dengan dugaan wang dan kemewahan. Jadi jangan lah bercakap bila aku kaya aku akan buat itu dan ini. Memang mudah bercakap tetapi bila dah kaya syaitan menguasai nafsu kita
4. Lupa daratan yang rezeki itu semua dari Allah. Kerana status sanggup memperlekehkan usaha ke arah agama
5. Berlaku double standard anak anak hometahfiz tidak dibenarkan berbasikal di kawasan perumahan tapi anak mereka boleh berbasikal. Mungkin mereka mengangap pelajar tahfiz adalah orang kampong yang miskin tidak sama darjat dan kaya seperti mereka.
Kami kontrol adab dan akhlak dalam perbincangan untok menunjokan akhlak sebenar Islam. Komiti perumahan tidak mampu memberi alasan konkrit untok memberhentikan sewaan kami. Kerana operasi ini tidak melanggar undang undang atau house rule. Ianya bukan operasi komersial atau operasi yang dianggap jenayah.
Allah bersama kami untok melahirkan 22 orang huffaz sebagai next generation of Malaysian
Bukan cakap kosong tapi berusaha untok mencapainya. Itulah sumbangan kami kepada agama dan negara.
No comments:
Post a Comment