nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Niat Tayammum Dan Tata Cara Bertayammum



Niat Tayammum Dan Tata Cara Bertayammum


1. Syarat-Syarat Tayammum
  • Tidak ada air dan sudah berusaha mencarinya, tetapi tetap tidak menemuinya.
  • Berhalangan menggunakan air, seperti sedang sakit, apabila terkena air penyakitnya akan bertambah parah
  • Telah masuk waktu Shalat
  • Dengan tanah atau debu yang suci


2. Fardu Tayammum
  • Niat dalam hati (untuk shalat) Lafadz niat Tayammum adalah : Nawaitut-tayammuma li istibaahatish-shaalati fardhal lillahi ta'aalaa.  Kemudian meletakan kedua belah telapak tangan diatas debu untuk diusapkan ke muka.
  • Mengusap muka dengan telapak tangan dengan dua kali usapan
  • Mengusap dua belah tangan hingga siku-siku dengan tanah atau debu dua kali
3. Sunah Tayammum
  • Membaca basmalah (Bismillaahir-rahmaanir-rahiim)
  • Mendahulukan anggota yang kanan dari pada yang kiri
  • Menipiskan debu 
4. Perkara Yang Membatalkan Tayammum
  • Segala hal yang membatalkan wudhu
  • Melihat air sebelum shalat, kecuali yang bertayammum karena sakit
  • Murtad, keluar dari Islam 

NAMA NAMA TENTERA ALLAH

1) SUJAUL AQRA adalah ular dari neraka untuk menyeksa umat yang tidak solat. -Lebarnya besar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.

2) HURAISY adalah Kala Jengking dari neraka Jahannam, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"

Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

- Orang yang tidak mengerjakan solat.
- Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
- Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
- Orang yang suka minum arak.
- Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.

3) MALAIKAT ZABANIAH ialah tentera Allah yang sangat gagah dan bengis yang ditugaskan menyeksa umat manusia di neraka. Khilaf berpendapat bahawa bilangan Malaikat adalah 19 dan pendapat yang lain mengatakan bilangan malaikat Zabaniah adalah 70,000. Malaikat Zabaniah juga antara yang ditugaskan menghukum dan memukul Iblis dengan rantai dari neraka.

4) HAMALATUL ARSY ialah 4 malaikat penanggung Arasy, ada pendapat mengatakan bilangannya bertambah kepada 8 malaikat di hari kiamat kelak. Makhluk ALLAH yang paling besar. Sejarah Malaikat makhluk Allah yang besar:

-Peristiwa Israk dan Mikraj menampakkan Rasulullah kepada rupa asal para malaikat iaitu Malaikat Jibril, Mikail dan Hamalatul Arsy. Semua malaikat memiliki sayap.

a. Satu sayap Jibril seluas permukaan bumi, pendapat kedua mengatakan satu sayap seluas langit pertama. Malaikat Jibril punyai 600 sayap.
b. Satu sayap Mikail seluas 600 sayap Jibril. Mikail mempunya 1000 sayap.
c. Satu sayap Hamalatul Arsy seluas 1000 sayap Mikail. Malaikat penanggung Arasy mempunyai 1000 sayap.

5) ABABIL iaitu burung dari neraka, apabila datangnya tentera itu dilangit seperti awan hitam yang besar datang menutup bumi dengan laju.

Surat Al-Fill menceritakan kisah tentara bergajah yang menyerang kota Mekkah di tahun kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Dalam kitab At-Tafsiru Kabir karya Fahru razy menjelaskan, nama pemimpin pasukan itu adalah Abrahah bin As-Shabah Al-Ashrami, raja Yaman.tujuannya ingin meruntuhkan Ka'bah lalu mengalihkan peribadatan haji orang-orang arab ke kuil besar(Gereja) bernama Al-Qulais yang baru dibangun di kota San'a. Tafsir itu juga secara terperinci menyebutkan bahawa ada 9 atau 12 ekor gajah yang ikutserta dalam penyerangan,yang terbesar bernama mahmud. Namun rencana itu gagal kerana datangnya burung-burung yang melemparkan pasukan tersebut dengan batu-batu kecil sampai binasa.

Dihuraikan dari pendapat bahawa Tentera Ababil membawa 3 ketul batu terbakar, 1 di paruhnya dan 2 di kedua2 kakinya. Ada pendapat lain mengatakan bahawa batu2 itu dari neraka. Mereka melemparkan batu berapi itu ke arah pasukan bergajah yang mahu meruntuhkan Ka'abah. Yang terkena batu dari arah kepalanya, akan terus keluar dari duburnya. Yang terkena dari depan, batu itu keluar dari punggungnya. Akibatnya ,tubuh gajah dan orang-orang itu berlubang seperti daun yang dimakan ulat.

سبحان الله والحمد لله ولااله الا الله والله اكبر ولاحول ولاقوه الابالله العلي العظيم استغفرك ربي واتوب اليك

Inilah Kisah SI TUKANG BATU Yang Tangannya Telah Dicium Oleh Rasulullah S.A.W


Menurut riwayat, Rasulullah Muhammad SAW hanya mencium tangan 2 manusia saja, yaitu putri Beliau Fatimah Az Zahra dan seorang tukang batu. Lalu apa istimewanya si tukang batu tersebut hingga Manusia Paling Terpuji dan Nabi Akhir Zaman mencium tangannya?

Diriwayatkan, sepulangnya dari Tabuk selepas peperangan dengan bangsa Rom, Rasulullah dan rombongan berhenti sejenak di salah sudut jalan yang mengarah ke Madinah. Rasulullah Muhammad SAW tampak menghampiri seorang tukang batu.

Rasulullah yang sangat memperhatikan umatnya tersebut tampak memperhatikan tangan si tukang batu tersebut. Tangan si tukang batu itu kelihatan melepuh, kulitnya legam merah kehitaman kerana terpanggang sinar matahari yang panas.

Lantas Rasulullah bertanya kepada si tukang batu, “Kenapa dengan tanganmu?”

Si tukang batu akan menjawab soalan Manusia Agung yang ada di hadapannya.”Wahai Rasulullah, saya bekerja membelah batu setiap harinya. Batu-batu itu kemudian saya jual ke pasar, wangnya saya gunakan untuk memberi nafkah keluarga saya. Kerana itulah tangan saya kasar dan melepuh seperti ini. ”

Dalam sekejap, Rasulullah meraih tangan kasar si tukang batu tersebut dan menciumnya. Kemudian Beliau bersabda, “inilah tangan yang tidak akan pernah disentuh oleh api neraka selama-lamanya”.

Rasulullah Muhammad SAW ingin memberi pengajaran, bahawa jika hamba Allah bekerja keras untuk menyara isteri dan anak-anaknya dan tidak mengharapkan hal yang lain selain keredhaan Allah SWT, maka hamba tersebut digolongkan sedang berjihad Fi Sabilillah.

Rasulullah sangat prihatin dengan para pemalas. Mereka yang pasif dan malas menjemput rezeki dari Tuhannya sesungguhnya tidak menyedari bahawa mereka telah kehilangan sebahagian dari harga dirinya, yang lebih jauh menyebabkan kehidupannya menjadi mundur. Berikut beberapa ayat dan hadits mengenai keutamaan bekerja:

“Maka apabila telah dilaksanakan shalat, bertebaranlah kam di muka bumi dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”. (QS. Al-Jumu’ah 10)

“Dan Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan, supaya kamu menjalani jalan-jalan yang luas di bumi ini”. (QS Nuh 19-20)

“Siapa saja pada malam hari bersusah payah dalam mencari rezeki yang halal, malam itu ia diampuni”. (HR. Ibnu Asakir dari Anas)

“Siapa sahaja pada petang hari bersusah payah dalam bekerja, maka petang itu ia diampuni”. (HR. Thabrani dan Ibnu Abbas)

“Tidak ada yang lebih baik bagi seseorang yang makan sesuatu makanan, selain makanan dari hasil usahanya. Dan sesungguhnya Nabi Allah Daud, selalu makan dan hasil usahanya “. (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya di antara dosa-dosa itu, ada yang tidak dapat terhapus dengan puasa dan shalat”. Maka para sahabat pun bertanya: “Apakah yang dapat menghapusnya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Bersusah payah dalam mencari nafkah.” (HR. Bukhari)

“Barangsiapa yang bekerja keras mencari nafkah untuk keluarganya, maka sama dengan pejuang dijaIan Allah ‘Azza Wa Jalla”. (HR. Ahmad)

CARA MEMBUAT AIR PENAWAR

Cara-cara membuat air penawar.

1. Sebelum mula tentukan diri anda bersih dan berwudhuk.
2. Lelaki atau wanita asalkan bacaannya baik dan betul bacaannya.
3. Sebaiknya lakukan selepas solat asar.
4. Mengadap kiblat kerana selepas solat asar.
5. Air mineral dan buka tudungnya.

Surah-surah yang dibaca.

Sebelum mula, Istighfar 10 kali serta salawat Nabi 10 kali.
Baca Al-Fatihah - 10x.
Baca Ayatul Kursi - 1x.
Baca Surah Al-Ikhlas - 3x.
Baca Surah Al-Falak - 1x.
Baca Surah An Naas - 1x.
Baca Surah Yunus - 11x. Mula bacaan seperti ditunjukkan. (Surah Yunus ayat 81).
Zikir  "Ya-Naafi" - 100x.
Penutup - Salawat Nabi 10x.

Maksudnya:

81. Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya" Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan.

Simpan ditempat yang tinggi. Jangan dilangkah air penawar itu. Kegunaan air penawar sekiranya ada ahli keluarga yang terkena sihir, dirasuk oleh makhluk halus. Bagi minum dan mandikan. Tuang dan campurkan ke dalam baldi yang sudah ada air mandi. Jika kurang sihat dan demam, minum waktu pagi dan petang. Nak diterangkan kegunaan air penawar untuk berbagai penyakit zahir dan batin, terlalu banyak. Segala ilmu ini dihalalkan kepada pembaca.

Petua Untuk Menjadi Wanita Cantik

1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.

2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut.

3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.

4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.

5. Selepas solat Isya’, amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan.

“Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku”

6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi.

7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan.

8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.

9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud.

Amalkan hari-hari….in sha Allah kelihatan ‘cantik’.

UJIAN - UJIAN BESAR BUAT PARA IMAM

RENUNGAN BERSAMA IHYA ASSUNNAH SOLUTION 

*IMAM SYAFIE -*
Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

*IMAM HANAFI -*
Ditangkap, dipenjara, disebat, diseksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

*IMAM MALIKI -*
Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

*IMAM HAMBALI -*
Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

*SUFYAN ATH-THAURI -*
Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

*SAID BIN JUBAIR -*
Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

*ABU YAZID AL-BUSTAMI -*
Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

*ABUL HUSIN AN-NURI -*
Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

*IMAM NAWAWI -*
Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

*Kita???*

Dijentik sikit dah lemah semangat... Dicela dan dikutuk pun dah terasa hati,  Come on guys !!!

Sayang,Nanti kita Jumpa Di Syurga...

Ptg itu,sye menerima satu panggilan tel. pemanggil trsebut meminta sye mngururuskan Jenazah ibunya.
Apabila sudah di amanahkan, tnpa berlengah sye bergegas kerumah pemnggil trsebut yg letaknya tidak jauh dri kediaman sye.Sye tiba ketika hari sudah lewat ptg.org ramai yg brdiri daripada sanak saudara,jiran tetangga dn knlan, sudah memenuhi kediaman tersebut.

Sye melangkah msuk, bertemu dgn suami dn ank2 Allahyarhamah. Selepas berbicang,kami mndpt kata spkat. Jenazah akn diuruskan keesokan hari nya krana hari sudah lwat ,brtukar mlm.
Ptg itu,Jenazah hnya dibersihkan dgn mengelap tubuh nya menggunakan kain sambil dibntu ank2 nya sramai empat org,dua lelaki dua org prmpuan. kesemuanya sdah bsar dn ada di antaranya sdah berkahwin.

Esoknya seawal pagi, sye tiba semula ke rumah trsebut.Apabila mahu memndikan jenazah,slh sorang ank dtg pda sye."Boleh x kami nk mandikan sendiri jenazah ibu kami?"tnya si ank tdi.
"blh"jwb sye, snang hati mndengar prmintaan si ank.
Memang itulah sebaik baiknya.lebih afdal ank sndiri yg uruskan jenazah ibu bapa mereka.

"Tapi Ustazah,kami ni xpandai.kami xthu apa2,Ustazah ajarlh kami".berithu seorang lagi ank prempuan.
"Tak ada masalah.sye blh bgu tunjuk ajar,jwb sye.
Ingatkan ank prmpuan sje,rupanya dua org ank lelaki dan suami Allahyarhamah mahu turut serta memndikan.
Sudah itu prmintaan mreka, sye brsetuju,lagipun Islam xmelarang, memang seorang suami blh memndikan jenazah istrinya dan begitulah sebalik nya.

Namun disbbkn ank2 lelaki mahu memandikan sama2,sye trpksa brbahgikan tugas.Si suami sye minta bersihkan bahagian kepala,Ank lelaki dibahagian kaki,dan ank prempuan dari bahagian bdan membawa ke paha.
"Ambil sarung tangan ni sorang satu".Ujar sye smbil menghulurkan srung tngan getah utk digunakan bgi memndikan jenazah.tapi,Suami dan ank2 menolak.

"Masa kecil,ibu mandikan kami xprnah pkai srung tangan.kami xmahu pakai"tolak si ank lembut.
Sye sdikit trsntak mndgr kata2 itu. kagum dgn jwapan si ank. terharu sye mndgrnya.
Kemudian, sye pegang paip getah dn lalukan air ke muka jenazah. Si Suami mula bersihkan wajah istrinya. ketika Si suami membrsihkan wjah istrinya,satu drama yg mnyayat hati dn pnuh emosi brlaku.
Sambil menggosok lembut wajah jenazah istrinya.si suami tdi mengungkap kmbli satu prsatu segala knangannya ketika mereka hidup brsama.

"Syang...inilah wjah mnis yg abg tatap masa hidup.inilah wjah yg abg prnah syg.wjah yg prnah jadi istri abg",tutur suami sambil tnganya lembut membrsihkan wajah jenazah istri tercinta.
Selesai muka,suami tdi beralih pula ke mulut,skli lagi ungkapan mnis trpacul dri mulut si suami.
"Syang...inilah mulut yg slalu senyum pd abg.inilh mulut yg slalu brbual dgn abg,hiburkan abg slama ni. mulut yg brikan abg smngat ketika brdepn masalah", ungkapnya dgn linangan air mata.
Sye yg menyaksikan tindakan spontan suami itu turut mnjadi sbak.trharu mndgr kata2 ikhlas dri suaminya.sye thu si suami bnar2 sygkan istrinya.
Selesai bahagian si ayah,dua org ank prmpuannya pula mngambil tmpat.skli lagi hati sye trsentuh hingga jdi sbak. smbil membrsihkan tangan si ibu, anknya meluahkan sgala jasa2 ibu mreka.

"Ibu,inilah tngan yg bsarkan kami,didik kami, tangan inilah yg suapkan mknan ke mulut kami.ini lah tngan yg dodoikan kami,jari jemari ini yg kesatkan airmata kami.tngan ini juga yg dukung kmi sewaktu kecil,ibu jasa ibu amat besar",tutur seorang ank prmpuannya.Air mata nya masih mengalir.
Apabila smpai ke perut,seprang lgi ank prmpuan nya brsuara,
"Ibu,inilh prut yg mngandungkan kami, trimakasih ibu, lahirkan kami, didik dn bsarkn kmi"ungkap si ank trsebut,Air mata mereka trus berjejeran.
Bukan hnya mreka,saudara mara yg mnyaksikan nya trut mnangis,apatah lagi sye yg brada di sisi mereka.
Sungguh,waktu itu trasa bgitu hening.suasana sangat pilu.menyaksikan smua kata ikhlas ini dri suami dn ank2 si mati.
Apabila selesai tugas ank prmpuan,ank lelaki pula melunaskan bahgian mreka.smbil membersihkan kaki,mereka meluah kn sgala jasa2 wanita yg melahirkan mreka itu.
"Ibu,inilh kaki yg brjln mncari rezeki utk kami.kaki inilh yg besar kn kmi.kaki inilh yg bawa kmi brsiar2,hiburkan kami,jasa ibu xterbls.trima kasih ibu",ujar ank lelaki dgn suara trsekat2.
Menyaksikan smua itu, air mata sye xdpt dibendung lgi.sesekali sye bepling ke arah lain,mengesat air mata yg kian laju mengalir.
Sudah bnyk jenazah yg sye uruskan,tpi inilah kali prtama sye saksikan adegan yg mruntum jiwa.hati sye trsentuh hiba.
Apabila smua ank sdh slesai,sye mengambil giliran semula,sye mahu membrsihkan bhagian dubur.tapi si suami menolak krana dia mahu lakukan sndiri.

"Ni istri sye,biar sye yg buat.ustazahl ajarkan sye",tutur si suami.
Skli lagi sye akur dgn khndaknya.sye arahkan si suami supaya menekan prut secara prlahan2 utk mengeluarkan njis di dubur.
Semasa si suami melakukannya ,sekali lagi jiwa sye bagai di robek2.jiwa sye trsentuh mndgr lafaz ikhlas suaminya.smbil menekan lembut prut istri nya si suami brsuara lagi..
"Syang,ini rahim yg melahirkan ank2 kita,memberi kn zuriat pd kita,terima kasih syang", tutur si suami lembut dgn matanya brkaca2.

Skli lgi air mata sye trtumpah.di luar pula,air mata saudara mara yg mnyaksikan drama itu smkin laju.
Sye thu smua yg mnyaksikan nya trharu.sye sndiri sbgai seorang ank trut trsntuh dgn sikap kluarga ini.sungguh suaminya memng seorang yg baik dn sngat menghormati jasa seorang wanita bergelar istri.
Selesai dimndikan dgn drama2 mruntun jiwa,jenazah dibawa ke ruang tamu utk dikapankn pula.
Pun sama,krja ini dilakukan oleh ank2 dn suami arwah dgn tunjuk ajar sye.walaupun mengambil masa agak lama smuanya selesai dgn mudah sblum jenazah dibawa ke tnh prkuburan.

Tugas ini sye serah kn pula pd suami sye.slepas kubur dikambus dn suami sye hndak memulakan bacaan talqin,suami Allahyarhamah dtg meminta izin.
"Ustaz,blh ke sye nk bacakan talqin utk istri sye?.tnyanya pd suami sye.
Suami sye mengangguk dn si suami tdi mengambil tmpt di seblh nya.dlm keadaan suara yg serak krana msih brsedih,si suami tdi memulakan bacaan.bacaan kali ini memng lain skli dri kebiasaannya.
"Syang,hari ini adalh hari terakhir kamu dimuka bumi ini.kamu berpisah dgn ank2, kamu berpisah dgn abg.syang ,mlm ini abg akn berteman,hnya dgn ank2 di sisi abg.
" Syang,nnti akn dtg malaikat mungkar dan nakir brtanya.Siapa tuhan kamu? Siapa Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Siapa kah saudara2 kamu?

"  Abg minta tlg dgn syang jawablh dgn tnang,dgn lidah lancar,Bahawa  Allah Tuhanku,Muhammad Nabiku,Islam Agamaku,Alquran Petunjukku, Org islam adalah saudara2 ku,tutur si suami dgn sbak.
Si suami tdi menyambung,Nanti kita akn jumpa di syurg syang tunggu abg di syurga.Abg akn tetap merindui hingga akhir hayat abg.
Sungguh wktu itu skli lgi air mata sye bederai,bkn sye shaja,hdirin lain pun skli lgi mnangis.sye thu mreka mnangis dn brsdih bkn krana prmergian Allahyarhamah ,tpi trsntuh mlihat kejadian trsbut.
Satu drama yg bnr2 brlaku, memprlihatkan ksih syang ,kjujuran,kesetiaan, dan cinta yg tulus ikhls dri seorang suami kpada istri.kisah kasih syang antara ank2 dan ibu dlm kluarga ini.
Sye bnar2 kagum dn trharu dgn kluarga trsebut.si ank bkn lh brpindidikan tinggi atau brlatarblakang kn agama sprti brgelar ustaz atau ustazah,tpi mereka smua mempunyai budi perkrti dn akhlak yg tinggi.

Lihat bgaimne mreka menghargai jasa seorang ibu sehingga ke akhir hayat.; Bagi sye mereka jdi begitu hasil kejayaan didikan seorang ibu yg brjaya memberikan kasih syang dn didikan dgn smpurna.
Sungguh,jenazah wanita itu seorang yg brtuah memiliki suami dan ank2 seperti itu:.....
Allahuakbar....

Teringat masa mandikan arwah emak 4tahun yg lalu.tak terasa begitu cepat masa berlalu.
Kata arwah emak dulu..klu org pegi menunaikan hj.kita tunggu pulangnya..
Tpi klu org dh pergi meninggalkan kita ( dunia) semakin hari semakin jauh.
Rindu emak....

TENANG DALAM DAKAPAN RAHMAT-NYA

Ingatlah, syaitan tidak suka akan jiwa cinta dan kasih sayang. Ia akan meleraikan tali itu dan menghubungmu dengan tali kebencian.

Maka apabila hati telah disihir olehnya, kesilapan yang kecil dilihat besar, kebaikan tertutup bahkan keaiban yang terbuka, ditiup bara kemarahan sehingga menjadi api yang marak menyala. Akhirnya ia menjadi dendam kesumat yang berpanjangan.

Jangan engkau larut dalam permusuhan. Jika engkau bersalah, pohonlah keampunan kepada mereka dan tiada perkara yang mulia melainkan merendah diri mengakui kesilapan. Jika engkau benar, hadapilah fitnah itu dengan sabar dan redha.

Jangan engkau menyalakan api kemarahan dengan kemarahan, kebencian dengan kebencian, cercaan dengan cercaan. Tenggelamkan dirimu dalam dakapan ar-Rahman Tuhanmu.
Hadapilah api dengan air, kemarahan dengan kesabaran, kebencian dengan kasih sayang, kekerasan dengan lemah lembut.

Engkau akan selamat jika engkau bersama dengan Allah, engkau akan menang jika engkau bergantung padaNya dan berakhlak batin yang mulia.

Segala fitnah, cercaan dan kebencian akan padam. Yakinlah bahawa Allah akan membantumu.

Kamu tidak binasa dan hancur walaupun seluruh manusia berhimpun menfitnah kamu.

‎وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا لَا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا ۗ

“.. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun…” (Ali-‘Imran: 120)
Bersihkan dirimu, banyak berzikir dan berdoa dengan doa yang bersungguh-sungguh.

Jangan berharap kepada sesiapa, munajatkan sungguh-sungguh hajatmu dengan suara yang mendayu-dayu agar dikembali akan kasih sayang dan terangkatnya segala khianat dan fitnah.

Tawakal kepadaNya dengan sepenuh hati. Buangkan fikiran yang merencana untuk membalas dengan jalan yang buruk.

Usah dilayan gerak hati yang liar. Insya Allah akan datang bantuan dariNya dari jalan yang tiada kamu sangka-sangka. Engkau akan melihat bagaimana kehancuran itu berlaku.

Sesungguhnya jika jalan penyelesaian ini yang engkau pilih, engkau mendapat dua keuntungan, iaitu pertama memperolehi pahala dan kemenangan di akhirat kerana kesabaranmu.

Kedua, kemenangan di dunia dimana kebencian akan tersungkur di pintu kasih sayang.

Namun jika ditakdirkan semua mereka terus memusuhimu, redhalah… Setiap yang berlaku dalam takdirNya dan setiap takdirNya memiliki ribuan hikmah.

Biarkan dirimu berseorangan, ubatilah dirimu dengan mendampingi diriNya, berkhidmatlah kepada agamaNya dengan ikhlas.

Maafkan segala kesalahan mereka, nescaya kekosongan akan terisi, kekecewaan akan terubat. Allah akan mengganti kepadamu dengan teman atau pembantu yang lebih baik.

Percayalah, jangan diragui lagi, bahawa Dialah sebaik-baik tempat kamu mengadu dan memohon perlindungan.

‎ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَلِيًّا وَكَفَىٰ بِاللَّهِ نَصِيرًا

“… dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong.” (An-Nisaa’: 45)

Malam Al Qadar

Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri.

Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri.

Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah?

Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar.

Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail.

Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah.

Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu.

Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat.

Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas.

Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.

Firman Allah:“Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams 91: 9-10)

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya.

Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya.

Mujahadahnya akan terbantu.

Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin.

Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan.

Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar.

Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya.

Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk.

Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya.

Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah.

Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu.

Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu.

Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir.

Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’.

Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini  atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan.

Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa?

Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat.

Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!

Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku... kasihanilah aku Ya Allah.... 😭😭

@Dakwah_Itu_Cinta 🌹

Huzaifah al-Yaman ~ Pembanteras Munafiq ~

SAHABAT DI SISI RASULULLAH
(SIRI 14)

Beliau daripada keturunan Bani Abs daripada Mekah, tetapi menetap di Madinah. Bapanya, al-Yaman antara yang terawal memeluk Islam. Justeru itu Huzaifah juga menjadi antara pemuda terawal memeluk Islam di Madinah, lama sebelum baginda berhijrah ke sana lagi.

Oleh kerana belum pernah melihat Rasulullah, beliau sangat teringin untuk bertemu baginda. Setiap kali mendengar khabar Rasulullah dari bapanya yang berulang-alik antara Mekah dan Madinah, hatinya semakin rindu dengan batang tubuh manusia agung itu.

Dek kerinduan yang tidak tertahan, akhirnya pada suatu hari pergilah beliau ke Mekah bagi bertemu baginda. Alangkah gembiranya tatkala dapat berjumpa insan yang sangat dirindui itu. Antara soalan pertama yang ditanya:
"Ya Rasulullah. Aku ini orang Mekah. Tapi tinggal di Madinah. Apakah aku Muhajirin atau Ansar?"

Jawab baginda:
"Kamu pilihlah, mahu jadi muhajirin atau ansar."

Huzaifah membalas:
"Aku mahu jadi Ansar."

Tatkala Rasulullah berhijrah ke Madinah, beliau mendampingi Nabi sepanjang masa. Hasilnya Rasulullah SAW mendapati beliau dikurniakan 3 kelebihan iaitu kepintaran akal yang hebat sehingga mampu menyelesaikan masalah rumit, mudah faham dan pantas menyahut setiap arahan, serta pandai menyembunyikan rahsia.

Di era Madinah, umat Islam menghadapi suatu masalah besar iaitu ramai orang-orang munafiq di dalam saf umat Islam. Nabi memilih Huzaifah sebagai satu-satunya sahabat yang diberitahu semua nama-nama orang munafiq. Tujuannya supaya beliau mengawasi gerak geri munafiqin dan bertindak dengan sewajarnya bagi menghalang tipudaya mereka.

Beliau menyimpan rahsia ini sehingga mati. Acap kali dia ditanya oleh sahabat siapakah orang munafiq, tapi dia tidak pernah membocorkannya. Apabila berlaku kematian dikalangan sahabat, saidina Umar akan melihat adakah Huzaifah pergi solat jenazah atau tidak. Jika tidak, beliau juga tidak ikut solat kerana menganggap dia seorang munafiq.

Dalam perang Khandaq, Rasulullah menugaskan beliau untuk menjadi pengintip. Beliau berlakon menjadi tentera musuh dan masuk ke kawasan musuh secara senyap bagi mengambil maklumat yang dikehendaki Rasulullah sebelum memutuskan strategi seterusnya.

Ketika sampai dalam kawasan musuh, tiba-tiba pemimpinnya Abu Sufyan bangun berucap:
"Wahai kaumku. Ada satu perkara penting yang ingin aku katakan. Tetapi aku bimbang jikalau perkara ini diketahui Muhammad. Maka perhatikan setiap orang di sebelah kalian, pastikan tiada seorangpun yang mencurigakan."

Sebelum dirinya disedari, cepat-cepat Huzaifah memegang tangan seorang lelaki yang berada di sisinya lalu berkata:
"Siapa kamu?"

Lelaki itu berkata aku fulan bin fulan. Dengan cara itu, beliau selamat dari disoal siasat oleh orang lain.

Selain itu, beliau juga seorang panglima perang yang hebat. Ramai yang tidak mengetahui bahawa Kota Nahwand, Dainawar, Hamazan dan Rai yang sebelum ini dibawah pemerintahan Parsi berjaya dibebaskan olehnya. Saidina Umar sewaktu menjadi khalifah amat mempercayainya sehingga menyerahkan kuasa mutlak kepada beliau dalam membuat apa-apa keputusan ketika menjadi gabenor, berbeza dengan gabenor lain yang perlu mengikut arahan Saidina Umar.

Saidina Umar pernah bertanya Huzaifah:
"Apakah terdapat orang munafiq dikalangan kakitanganku?"

Huzaifah menjawab: "Ya. Ada seorang."

Saidina Umar bertanya siapakah dia, namun Huzaifah tidak memberitahu. Tidak lama selepas itu kata Huzaifah, orang tersebut telah dipecat oleh Saidina Umar, seolah-olah Allah memberi petunjuk kepada beliau.

Nabi pernah bersabda: "Setiap apa yang dikatakan oleh Huzaifah maka percayailah."

Walaupun beliau bijak dan hebat, tetapi hatinya amat takutkan Allah. Sebelum wafat beliau berpesan agar berpada-pada menggunakan kain untuk kafankan jasad beliau, dan mendermakan lebihannya kepada orang lain supaya tidak dipersoal di hari akhirat.

Kata beliau ketika sedang nazak:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha mengetahui aku lebih cintakan kemiskinan dari kekayaan, kehinaan dari kemuliaan, dan kematian dari kehidupan.."

Beberapa saat sebelum menghembus nafas terakhir, beliau sempat berkata:
"Kekasihmu sedang tiba penuh kerinduan.."

Huzaifah adalah watak penting dalam perjuangan awal Islam. Keberadaannya menjamin keselamatan gerakan Islam di era Nubuwwah. Beliau berperanan menyekat ancaman musuh dalam selimut. Beliau juga menjalankan tugas-tugas berprofil tinggi dalam mencari maklumat sulit yang tidak diketahui umum.

Dalam konteks gerakan Islam, watak Huzaifah mungkin tidak digemari sesetengah ahli yang tidak bermaklumat, kerana bersikap dingin terhadap saudara sendiri. Tetapi oleh kerana beliau memiliki maklumat dalaman bahawa orang tersebut sebenarnya satu ancaman, beliau tetap menjalankan peranannya demi Islam yang dikasihi.

Kisah Huzaifah mengajar bahawa sifat hazar perlu sentiasa ada pada sesebuah gerakan Islam. Semakin besar gerakan itu, semakin ramailah pengkhianat dan ejen musuh di dalamnya. Sehingga ke baginda SAW wafat, munafik masih wujud dalam saf Islam. Maka begitulah halnya mana-mana gerakan Islam, pasti tidak akan suci dari golongan tersebut selama-lamanya.

Allahumma, sesungguhnya ayat-ayat munafiq dalam al-Quran tidak pernah dimansuhkan!

14 Ramadhan 1438
9 Jun 2017

(Alang Ibn Sukrimun

HAMZAH BIN ABDUL MUTTALIB - Singa Allah Penghulu Syuhada

SAHABAT DI SISI RASULULLAH
(SIRI 13)

Sudah tentu ramai mengenali sosok tubuh ini. Beliau terkenal sebagai Asadullah bermakna singa Allah. Hal ini kerana kepahlawanan dan keberaniannya terhadap musuh, yang membuatkan umat Islam menumpang bangga dengannya. Beliau adalah antara pembesar Quraisy. Seorang yang gagah perkasa, berbadan sasa dan tidak takutkan sesiapa.

Walaupun Hamzah merupakan bapa saudara kepada Nabi SAW, umur mereka boleh dikatakan sebaya. Mereka membesar bersama dan menyusu dari ibu susuan yang sama. Nabi SAW amat kasih kepada teman sepermainannya itu sejak kecil lagi.

Walaubagaimanapun, Hamzah tidak menerima dakwah Nabi SAW daripada awal. Bukan kerana benci, tetapi tidak mahu mempedulikan hal-hal rumit sedemikian. Beliau lebih suka menghabiskan masa dengan minatnya memburu. Walaupun tahu apa yang berlaku, beliau langsung tidak mengendahkan seruan Nabi untuk beriman dan bersama Islam.

Sehinggalah pada suatu hari, ketika beliau pulang dari memburu, datang seorang lelaki mengadu tentang apa yang telah dilakukan oleh Abu Jahal terhadap anak saudaranya Muhammad SAW. Hamzah bertanya adakah ada lagi orang lain melakukan perkara sama? Jawab lelaki itu, ya, bahkan ramai.

Hamzah menjadi marah tiba-tiba. Beliau terus meluru ke Safa, tempat biasa Abu Jahal berkumpul bersama konco-konconya. Tanpa apa-apa mukaddimah, beliau terus menerpa ke arah Abu Jahal dan menghentak kepala Abu Jahal dengan busur yang ada di tangannya, menyebabkan kepala Abu Jahal koyak dan berdarah.

Hamzah kemudian melaungkan:
“Hari ini aku umumkan bahawa aku telah memeluk Islam! Kalau ada sesiapa berani membuat aku kembali berpaling dari Islam, cubalah!”

Namun tiada siapapun yang berani menyentuh Hamzah.

Dalam masa yang pantas, tersebarlah berita keislaman Hamzah ke seluruh kota Mekah. Ia menjadi tamparan hebat dan malapetaka besar buat orang musyrikin. Adapun bagi orang Islam, ia adalah satu rahmat yang cukup besar. Bagi mereka, tiadalah hari-hari yang lebih menggembirakan ketika di Mekah melainkan dua hari; hari Islamnya Umar al-Khattab dan hari Islamnya Hamzah bin Abdul Muttalib.

Kedua mereka juga begitu teruja selepas memeluk Islam. Pernah mereka menyuarakan hasrat kepada Rasulullah SAW untuk keluar ke hadapan Kaabah secara terang-terangan bersama Rasulullah, dan solat di hadapan Baitullah disaksikan oleh semua penduduk Mekah.

Nabi SAW bersetuju lalu keluarlah mereka bertiga ke Baitullah. Baginda berjalan penuh haibah bersama dua orang pengawalnya. Seorang di hadapan baginda dan seorang di belakang.

Sampai di hadapan Kaabah, mereka menunaikan solat Zohor dengan tenang tanpa diganggu sesiapa. Setelah selesai mereka berjalan pulang ke rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Mata para musyrikin memerhatikan setiap tindak-tanduk mereka, dengan hati yang panas membara dan penuh dendam, tetapi tidak berani berbuat apa-apa.

Tidak lama selepas itu, Allah memerintahkan umat Islam berhijrah ke Madinah. Kesemua orang Islam berhijrah dalam keadaan sembunyi dan berkumpulan, kerana bimbang ancaman musyrikin. Tetapi ada tiga orang sengaja berhijrah secara terangan, bagai mencabar keberanian musyrikin. Mereka adalah Umar, Hamzah dan Zubair bin Awwam. Sekali lagi musyrikin hanya berani melihat tanpa bertindak apa-apa.

Ketika perang Badar, Hamzah antara pahlawan terulung yang sangat digeruni musyrikin Quraisy. Beliau sengaja meletakkan tanda merah di dadanya, supaya dikenali oleh semua musuh. Ramai cuba membunuhnya, tetapi semuanya menemui ajal di hujung mata pedang Hamzah.

Dalam Perang Uhud, kepahlawanan Hamzah juga mengujakan. Ketika umat Islam dalam keadaan kelam kabut setelah diserang hendap dari belakang, Hamzah bersuara lantang:
“Aku singa Allah dan singa Rasulullah. Aku berlepas diri apa yang dilakukan oleh musyrikin. Dan aku memohon ampun dari apa yang dilakukan oleh orang Islam (berpecah dari Nabi.)”

Beliau kemudian meluru ke arah musuh, menghayunkan pedang kiri dan kanan, terus maju tanpa mundur, dan akhirnya rebah menemui syahid diserang hendap oleh seorang bernama Wahsyi.

Kali ini giliran musyrikin bergembira dengan kematian orang yang paling mereka benci. Jasad para syuhada dipotong-potong, dibelah perut dan diperlakukan dengan begitu dahsyat, terutama jasad Hamzah bin Abdul Muttalib. Hindun membelah dada Hamzah dan meratah hatinya, tetapi tidak mampu ditelan.

Umat Islam terutama Rasulullah SAW pula tersangatlah sedih. Sehingga baginda SAW bersumpah akan melakukan perkara sama terhadap 70 orang musyrikin di masa akan datang. Walaubagaimanapun pantas turun wahyu Allah berfirman:
إِنْ عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُوا بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُم بِهِ ۖ وَلَئِن صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِّلصَّابِرِينَ
Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.
[al-Nahl:126]

Rasulullah menarik balik sumpahnya dengan kaffarah. Kemudian baginda memerintahkan jasad-jasad umat Islam dikumpul dan dikebumikan sekaligus. Yang paling banyak menghafal al-Quran diletakkan paling hadapan. Selesai mengebumikan semuanya, baginda bersabda:

“Aku menjadi saksi kepada semua mereka, bahawa tidak ada satu luka pun yang terjadi di jalan Allah, melainkan luka itu akan terus berdarah di hari mereka dibangkitkan. Warnanya masih warna darah, tetapi baunya berbau kasturi.”

Perjuangan Islam memerlukan watak anggotanya yang pelbagai supaya melengkapi antara satu sama lain. Perlu ada orang yang mewarisi kepahlawanan dan keberanian singa Allah seperti Hamzah di setiap zaman. Orang seperti beliau menjadi pembakar semangat untuk umat Islam turut merasa izzah dalam apa jua keadaan, tidak takutkan sesiapa kecuali Allah.

15 Ramadhan 1437
10 Jun 2017

(Alang Ibn Sukrimun)

JULAIBIB Bulan Madu di Syurga

SAHABAT DI SISI RASULULLAH (SIRI 12)

Julaibib merupakan seorang Ansar. Ketika Nabi sampai ke Madinah, beliau masih kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Akan tetapi hatinya telah terpaut dengan Islam dan diri Rasulullah SAW sejak kali pertama baginda sampai ke Madinah lagi. Beliau meninggalkan segala keseronokan alam kanak-kanak bersama rakan sebaya, kerana hatinya telah dipenuhi kecintaan terhadap baginda SAW.

Julaibib hidup sebatang kara. Beliau tak punya keluarga atau harta. Tempat tinggal beliau adalah masjid Rasulullah. Beliau adalah ahli suffah. Makan dan minum hanya sedikit, hasil pemberian orang kepadanya.

Julaibib adalah budak yang disenangi semua orang. Gelagatnya menghiburkan dan keberadaannya menyenangkan. Dia bebas keluar masuk rumah sesiapa sahaja di Madinah. Tiada yang menutup pintu kepada beliau. Para wanita juga tidak merasa segan, kerana Julaibib masih budak.

Apabila Julaibib meningkat remaja dan akil baligh, suatu hari Rasulullah bertanya kepadanya.
"Inginkah kamu untuk berkahwin wahai Julaibib?"

Beliau menjawab:
"Siapalah yang mahukan aku. Aku budak miskin, tak mampu beri nafkah dan apa-apa mahar."

Baginda menjawab:
"Aku akan carikan kamu perempuan solehah. Dan Allah akan mencukupkan rezeki kamu berdua."

Beberapa tempoh selepas itu, Rasulullah SAW bertemu seorang lelaki Ansar lalu berkata:
"Kahwiniku akan anakmu si fulanah."

Lelaki itu dengan gembira berkata:
"Ya wahai Rasulullah. Ya. Semoga Allah menambah kemuliaanmu dengan hubungan ini."

"Bukan aku inginkan anakmu untuk diriku". Balas Rasullah SAW

Tersenyap lelaki itu.

"Lalu untuk siapa?" Soal lelaki itu kebuntuan.

"Untuk Julaibib." Jawab baginda ringkas.

Tatkala itu terus hilang kegembiraan di wajah lelaki tersebut. Beliau berkata:
"Nanti dulu wahai Rasulullah. Aku mahu berbincang dengan ibunya dahulu. Aku tak mahu buat keputusan besar ini tanpa bertanya padanya."

Lalu lelaki itu pulang dalam hati yang gundah gulana. Dia tahu isterinya pasti tak mahu bermenantukan orang seperti Julaibib. Dalam waktu yang sama beliau tidak tergamak mahu menolak lamaran Rasulullah.

Sampai di rumah, beliau menyampaikan hasrat Rasulullah. Seperti dijangka, isterinya menolak keras. Berlaku pertikaman lidah yang agak hebat sehingga keduanya meninggikan suaranya.

Akhirnya si suami mengalah. Beliau tidak mampu memujuk isterinya. Si isteri tetap berkeras tidak mahu bermenantukan Julaibib.

Dalam keadaan hampa, lelaki itu bersiap untuk menuju Rasulullah SAW. Sebelum berangkat keluar, anak gadisnya yang mendengar pertengkaran kedua ibubapanya keluar dari bilik dan bertanya:
"Siapakah sebenarnya yang meminangi diriku?"

Si Ibu pantas menjawab:
"Rasulullah pinang kamu untuk Julaibib. Tapi aku tolak pinangan itu."

Gadis solehah itu terus bersuara:
"Kenapa begitu? Sampai hati ibu. Sanggup menolak permintaan Rasulullah. Demi Allah. Aku tak akan sekali-kali sanggup menolak sebarang permintaan Rasulullah.

Penuhilah permintaan baginda. Sesungguhnya Nabi lebih utama menentukan urusan orang beriman dari diri mereka sendiri.

Berikan aku pada Julaibib. Percayalah bahawa Allah tak akan sekali-kali sia-siakan nasibku."

Si ibu senyap tidak terkata. Si bapa terus menuju Rasulullah dan menyampai khabar gembira itu. Baginda SAW turut bergembira dengan berita tersebut lalu berdoa:
"Ya Allah. Limpahkanlah kebaikan untuk si gadis itu. Jangan kau susahkan hidupnya."

Maka termeterailah ikatan kasih kedua mereka. Julaibib dan isteri selamat diijab kabulkan. Cinta dari dua insan yang saling tidak mengenali, tetapi disatukan oleh sebaik-baik manusia.

Belum sempat Julaibib menikmati hari-hari bahagia bersama, tiba seruan jihad dari Rasulullah kepada umat Islam, untuk bersama keluar berperang di jalan Allah. Julaibib meninggalkan tempoh bulan madunya, menyarungkan baju perang dan menyahut seruan baginda SAW.

Ditakdirkan Allah, umat Islam memenangi peperangan tersebut. Rasulullah SAW mengumpul tenteranya sebelum pulang dan dipastikan agar tidak ada yang tertinggal. Setelah semua sahabat dikumpulkan, baginda bersabda:
"Ada sesiapa lagi yang masih belum jumpa?"

Para sahabat menjawab: "Dah tiada wahai Rasulullah."

Nabi berkata:
"Tapi aku masih tidak jumpa di mana Julaibib. Tolong carikan beliau."

Maka sahabat kembali ke medan perang dan mencari di setiap sudut tanah, di manakah perginya Julaibib.

Akhirnya di kawasan tentera musuh, mereka menjumpai satu jasad menyerupai Julaibib. Terbujur kaku berlumuran darah di sisi tujuh bangkai musuh.

Para sahabat segera menyampaikan berita itu kepada Rasulullah. Rasulullah bergegas ke depan jenazah Julaibib lalu berkata:
"Tujuh orang ini telah dibunuh oleh Julaibib. Dan mereka juga membunuhnya. Julaibib sebahagian daripada diriku, dan aku sebahagian daripadanya. Julaibib sebahagian daripada diriku, dan aku sebahagian daripadanya."

Rasulullah memerintahkan para sahabat menggali kubur di kawasan itu. Baginda sendiri yang mendukung jasad Julaibib, menurunkannya ke kubur, membaringkannya di lahad, dan menimbus sang syahid itu dengan tanah.

Sungguhpun Julaibib baru sahaja merasai kehangatan cinta bersama isteri yang baru dikenali, semua itu tak menghalang dirinya dari melupakan tanggungjawab sebagai hamba Ilahi. Kasih Julaibib kepada makhluk tidak sekuat kasihnya kepada Allah dan Rasul. Kedua pemuda syurga dan gadis solehah itu wajib dijadikan contoh buat semua yang sedang kemaruk berkasih. Jangan tenggelam dalam lamunan cinta, sehingga terabai tanggungjawab untuk agama.

Usah sedih dengan nasib Julaibib. Beliau kini sedang bahagia bersama bidadari syurga. Sudah tentu isterinya sendiri menjadi ketua para bidadari. Mereka mungkin tak sempat menghabiskan bulan madu. Tetapi tuhan mengganjarkan pakej berbulan muda di syurga, selama-lamanya. Apakah ada yang lebih indah dari itu?

Usah risau dengan nasib balu Julaibib. Beliau telah menjadi buruan ribuan jejaka beriman. Doa Rasulullah terhadap wanita itu menjadikan dirinya amat berharga di mata setiap yang mencari keberkatan hidup.

Tapi risaulah dengan nasib kita. Apakah perhubungan kita diredhai Allah? Apakah ia direstui Rasulullah? Apakah bahagia ini akan kekal hingga ke syurga?

14 Ramadhan 1438
9 Jun 2017

(Alang Ibn Sukrimun)

PETUA MENYEMBELIH BINATANG

(Baca sampai habis, jangan ambil ilmu sekerat-sekerat)

1. Supaya daging tidak berlemak:
a) Ada wudhuk ketika sembelih binatang.
b) Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita.
c) Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya.
d) Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan.
2. Supaya daging binatang menjadi lembut;
a. Mata pisau diletak dekat butir halkum binatang
b. Kedudukan seluruh badan kita jangan berbetulan dengan mata pisau
c. Tahan nafas sewaktu hendak sembelih dan semasa sembelih maka nafas dilepas secara perlahan-lahan.
3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang supaya daging tidak berbau busuk;
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحَمْدُاللّهُمَّ هَذَا هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا كَمَا تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبِيْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّة
َ
4. Selesai sembelih binatang maka sapukan hujung mata pisau kepada pipi binatang tadi supaya lalat tidak datang menghurungi daging.
5. Supaya mencukup atau memadai daging bagi setiap jamuan;
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ِلإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ إِيلاَفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ
Hembus dan sapu kepada badan binatang bermula bahu hingga punggungnya.
6. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehingga binatang sembelihan benar-benar telah mati.
- Sebaiknya tukang sembelih tidak menjadi tukang yang memandikan mayat kerana biasanya boleh membawa kepada daging menjadi keras.

Jangan lupa pula adab2 dan syarat2 penyembelihan yang telah ditetapkan oleh syarak..

Wallahu a'lam...

Makan dulu atau solat dulu?

Soalan: Ramai orang menyangka bahawa sekalipun makanan sudah terhidang, yang terbaik itu solat dahulu, selepas itu barulah makan. Sehingga ada yang apabila mereka duduk di keliling hidangan, kemudian bangun meninggalkannya dan pergi menunaikan solat. Amalan seperti itu dirasakan oleh sesetengah pihak sebagai lebih mengikut kehendak agama. Apakah pandangan?

Jawapan: Sebenarnya, jika kita merujuk kepada hadis-hadis Nabi s.a.w kita akan dapati itu amalan yang tidak tepat. Fahami perkara-perkara berikut;

1. Antaranya hadis daripada Anas bin Malik r.a.: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِذَا قُدِّمَ العَشَاءُ، فَابْدَءُوا بِهِ قَبْلَ أَنْ تُصَلُّوا صَلاَةَ المَغْرِبِ، وَلاَ تَعْجَلُوا عَنْ عَشَائِكُمْ
“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah semasa makan malam kamu.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

2. Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, baginda s.a.w. bersabda:
إِذَا وُضِعَ عَشَاءُ أَحَدِكُمْ وَأُقِيمَتِ الصَّلاَةُ، فَابْدَءُوا بِالعَشَاءِ وَلاَ يَعْجَلْ حَتَّى يَفْرُغَ مِنْهُ» وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ: «يُوضَعُ لَهُ الطَّعَامُ، وَتُقَامُ الصَّلاَةُ، فَلاَ يَأْتِيهَا حَتَّى يَفْرُغَ، وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ قِرَاءَةَ الإِمَامِ
“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai.” Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan sekalipun beliau mendengar bacaan imam. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

3. Hikmah daripada arahan Nabi s.a.w agar mendahulukan makan ialah agar pemikiran kita tidak diganggu ketika solat dengan ingatan kepada makanan yang telah kita lihat terhidang di hadapan mata sebelum bersolat tadi. Ini boleh mengganggu kekusyukan solat seseorang. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Ini merangkumi semua solat, bukan khusus pada solat Maghrib sahaja. Kata al-Imam an-Nawawi (meninggal 676H) dalam Sharh Sahih Muslim mengulas hadis-hadis berkaitan: “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk”.

4. Ini bukan bererti kita mengutamakan makan dari solat. Sebaliknya kita makan terlebih dahulu kerana ingin menjaga kekusyukan solat.
Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) dalam Fath al-Bari memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H): “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”

5. Dengan itu, makan dahulu setelah makanan terhidang kemudian baru bersolat adalah sunnah Nabi s.a.w. Maka apabila makanan terhidang, ibubapa hendaklah memberikan anak-anak makan terlebih dahulu ketika berbuka, sehingga mereka selesai maka barulah bersolat. Inilah sunnah.

6. Melakukan susunan yang seperti itu, mendapat pahala. Namun makanlah dengan kadar yang diajar oleh Islam, bukan makan sehingga mengah lalu gagal bersolat dengan sempurna.

7. Di sana ada cara untuk mengelakkan kemakruhan ini, iaitu elakkan menghidangkan makanan terlebih dahulu sebelum solat. Elakkan mata terpandang kepada makanan yang telah dihidangkan. Selepas selesai bersolat barulah dihidangkan. Namun, jika kelaparan itu kuat, bau makanan telah masuk ke hidung, sehingga ingatan kepada makanan sangat kuat sekali belum melihatnya, hendaklah dia makan terlebih dahulu.

8. Juga sudah pasti tidak makruh bersolat sekalipun makanan sudah terhidang jika keinginan kepada makanan tiada. Ini kerana punca (‘illah) larangan bersolat semasa makanan terhidang ialah agar tidak mengganggu kusyuk. Jika seseorang memang tiada k
einginan kepada makanan, sudah pasti tidak menggangu kusyuk sekalipun makanan sudah terhidang.

Apakah kelebihan malam nisfu sya’ban?

Banyak kelebihan malam nisfu sya’ban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan do'a.

Malam Nisfu Sya'ban juga dipanggil:

Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
Lailatul Baraah (malam pelepasan),
Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembagian dan penentuan)
Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
Lailatul Ijabah (malam diperkenankan do'a),
Lailatul Syafaah (malam syafaat)
Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
Lailatul Hayat (malam hidup),
yaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

*Kelebihan malam Nisfu Sya’ban*

1. Dari sayyidina Ali: Bersabda baginda Rasulullah SAW maksudnya:

Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.

2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda Rasulullah SAW maksudnya:

pada malam nisfu sya’ban Allah akan menurunkan rahmatNyA dan para malaikatNya maka Allah akan mengampuni dosa-dosa hambanya.

Di riwayatkan bahwa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar. diserahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril, urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.

3. Daripada sayyidah Aisyah  berkata:

Malam nisfu sya’ban aku terbangun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya

4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:

Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat.

Was-was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah.

Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: ”tahukah kamu malam apakah ini?”

Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu

Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.

5. Dari Naufal al bakali bahwasanya:

sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a, tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.

6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:

Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan  dihiaskan syurga.

Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.

7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.

Faedah amalan pada Nisfu Sya’ban

Disunahkan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sholat sunah tasbih, Baca Alquran, Berzikir, Solawat, dan Berdo'a dengan niat:

1. Panjang umur sehat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.

2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabah penyakit.

3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah.

4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Sholat Isya' berjama'ah dan Sholat Subuh berjama'ah.

Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…

*AAMIIN*

Kita Melayu Kena Tipu Dengan British

Ulama Dah Buka Jalan Nak Ambik Balik
Namun Hanya Sejarah Yang Tinggal

*Perjuangan Ulama*

Pulau Pinang  pada asalnya adalah sebahagian daripada negeri Kedah yang telah diserahkan kepada Inggeris  sebagai cagaran kerana bimbang diserang oleh siam pada 1786 .Namun Inggeris telah mengkhianati Kedah dengan menyebelahi Siam sewaktu perang 1820.Kekalahan Kedah telah menyedarkan ulama Kedah bahawa tidak boleh berharap kepada orang kafir.

Ekoran itu,Mufti kedah Sheikh Abdul Qadir Abdul jalil pada tahun 1826 telah mengirim berita kepada ulama melayu di makkah tentang penjajahan kuffar terhadap pattani,Kedah,Kelantan dan Terengganu.Ia telah menyebabkan ulama2 melayu di Makkah telah kembali ke Tanah Melayu untuk mengetuai Jihad.

Sheikh Abdul Samad Falembani yang merupakan sepupu Mufti Kedah telah menghasilkan 2 buah kitab jihad iaitu NasihatuL Muslimin wa tazkiratul mukminin fi fadhail aljihadi wa karaamat almujahidina fisabilillah dan mulhiqun fi bayani fawaidin nafiah fi jihadi fi sabilillah untuk meransang semangat jihad dalam jiwa orang melayu.Beliau sebelum ini pernah terlibat dalam perang melawan Belanda di Palembang dan betawi.

Sheikh Daud Alfathoni pula telah mengeluarkan fatwa jihad melalui kitab furuul masail pada tahun 1824.Beliau  turut memebincangkan perihal kewajiban berjihad dan kepimpinan islam dalam "jumul fawaid",tuhfatul gharibin dan munyatul musolli (dibahagian belakang kitab).

Antara kitab yang paling keras dlm membincangkan kewajiban menegak kerajaan islam ialah "semangat perajurit muslimin" yang dikarang oleh maulana Abdullah noh ,seorang ulama dari kelantan dan 2 kitab karangan Sheikh Abdul Qadir mandili iaitu "bahaya ideologi " dan "islam agama dan kedaulatan"
Kitab2 ini telah diharamkan oleh british.

Ini membuktikan ulama telah memimpin kebangkitan sejak dahulu lagi.

Apa yang dapat diperhatikan bahawa ulama2 melayu semenjak bermulanya penjajahan barat bukan sekadar menjadi ahli sufi, ahli ilmu atau pengarang kitab2 sahaja,tetapi mereka bersedia untuk turun berjihad fi sabilillah bagi mempertahankan bumi islam.

Ia bukan sekadar ulama nusantara sahaja ,bahkan ulama dari istanbul,makkah,india , jawa, champa juga turut serta.Sheikh Nuruddin arraniri dari Gujerat,sheikh abdullah kan'an dari makkah,sheikh Kurtoglu dari Istanbul antara nama2 ulama dari luar yg tercatat dalam lipatan sejarah berkesanggupan turun kemedan jihad di bumi nusantara sewaktu melawan  barat.

Inilah yang diistilahkan kini sebagai ulama haraki.wallahualam..

#sejarahku

DOA PAGI JUMAAT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ampunilah dosa kami, kedua ibubapa kami, pasangan hidup dan anak2 kami, zuriat dan keturunan kami, guru2 kami,  sahabat2 kami, jiran tetangga kami, masyarakat dan saudara2 seIslam kami...

Ya Allah..
Jadikanlah hari JUMAAT ini bg kami lebih baik drpd semalam...
Ya  Allah..
Jika hari ini ada diantara kami..
Yang sedang sakit,
Mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...
Berikanlah kesembuhan untuknya..
Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami,
Yang kesulitan rezeki
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya
ya Allah..
Karena hanya Engkau Yang Maha Pemberi Rezeki..

Ya Allah..
Jika hari  Jumaat ini ada di antara kami
Yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam menerima dan menghadapi ujian-Mu...
Mohon Kuatkanlah dia utk dapat bertahan dan bersabar..
Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu.

Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kemudahan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya..
Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ia ya Allah..

Ya Allah.. 
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa tersakiti dan terzalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja..
Bukakanlah pintu hatinya..
Agar memaafkan kami.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM

‘SEJAHTERA BERSAMA ISLAM’

UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
Muktamar Tahunan Ke – 63

الحمد لله الذي أكرمنا بنعمة الإسلام , وفضلنا على كثير من الأمم. والصلاة والسلام على سيدنا محمد نبي الرحمات, وعلى آله وأصحابه أفضل الصلوات وأزكى التسليمات. 

Mukaddimah

Yang dihormati Pengerusi Tetap, Yang Berbahagia Sohibul Fadhilah Tuan Guru Ustaz Hashim Jasin Mursyidul ‘Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), Yang Amat Berhormat Dato Ahmad Yaakob Timbalan Mursyidul ‘Am PAS (YAB Menteri Besar Kelantan Darul Naim), Ashab al Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulama, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Dato’ Setiausaha Agung, Ketua Dewan Ulama – Pemuda - Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS,  seluruh Anggota Dewan Harian, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, Pengarah Muktamar dan ahli Jawatan kuasanya, tetamu jemputan, pimpinan NGO, pengamal media, wakil-wakil Kedutaan Asing, para perwakilan, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekelian.

Saya mewakili Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua para hadirin dan hadirat yang bersama dengan kami pada hari ini. 

Marilah kita menghayati akan firman Allah SWT : 
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۖ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ وَلَهُ ٱلۡحَمۡدُۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ١
Maksudnya :  “Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang di langit dan apa yang di bumi; hanya Allah-lah yang mempunyai semua kerajaan dan semua puji-pujian; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” [at Taghaabun : 1]

Marilah juga pada hari ini, kita sama – sama mendoakan kebaikan berpanjangan, rahmat dan keampunan Allah, kepada sahabat dan pimpinan seperjuangan yang telah meninggalkan kita, murabbi kita al-marhum Tuan Guru Dato Dr Harun Din, mantan Mursyidul ’Am PAS yang meninggalkan kita untuk bertemu dengan Tuhan Rabbul Jalil. Semoga beliau dan sahabat -  sahabat seperjuangan yang lainnya juga mendapat kebahagiaan di sana, dihimpunkan bersama para muttaqin, syuhada dan solihin.
al – Fatihah.                                                                                     

Hadirin-hadirat sekalian,
A. TEMA MUKTAMAR  : SEJAHTERA BERSAMA ISLAM

1. Dunia kini mengeluh kerana dikepung dan dikongkong krisis ekonomi, politik dan moral. Kedengaran rungutan kezaliman di sana-sini, pencabulan terhadap hak asasi manusia, rasuah dan merebaknya pelbagai jenis jenayah dan maksiat.

2. Agama dianggap urusan peribadi tanpa hidayah dan dipisahkan daripada urusan duniawi. Politik pula dianggap urusan dunia dan peluang meraih kepentingan peribadi, keluarga dan puak.

3. Ekonomi negara yang diurus secara tidak adil telah mencetuskan kesusahan hidup rakyat apabila peluang pembahagian harta berpusing di kalangan orang tertentu sahaja, sehingga berlakunya salah guna kuasa dan harta negara diambil secara salah. Maka berlaku kebocoran daripada pendapatan negara, sedangkan majoriti rakyat yang berpendapatan rendah semakin terbeban dengan harga barangan keperluan yang makin meningkat.

4. Kerajaan pula mengambil penyelesaian secara mudah tanpa kajian mendalam dan menyeluruh, lalu meningkatkan kadar cukai sedia ada atau melaksanakan cukai baharu seperti GST dan apa-apa sahaja. Maka berlakunya kesan sampingan dengan peningkatan inflasi, kekurangan pendapatan dan sempitnya peluang pekerjaan sehingga membebankan kehidupan rakyat apabila pendapatan tidak lagi mampu menampung perbelanjaan kos sara hidup yang tinggi, tabungan terjejas, dan hutang isi – rumah melebar.

5. Lebih parah lagi, kadar jenayah berat yang membahayakan komuniti masyarakat semakin meningkat seperti merompak, membunuh, mencuri, menipu dan lain-lain. Masalah jenayah ringan seperti keruntuhan akhlak, merosakkan diri dan keluarga dianggap senarai yang dikemudiankan dan dipandang mudah. Oleh kerana negara kita juga berada dalam dunia, maka kita tidak terlepas daripada wabak ini. Sebabnya manusia sendiri yang melakukan kejahatan.
Firman Allah SWT:
ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤١
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” [ar-Rum: 41]

6. Kebanyakan manusia tidak pedulikan betapa mereka sangat berhajat kepada hidayah Allah Rabbi Al-‘Alamin (Pencipta alam), tidak sedar akan kelemahan diri sebagai makhluk ciptaan Allah yang tetap punya kelemahan. Namun seringkali mereka tidak mengaku salah malah mendabik dada mengaku paling bijak, sehingga melupakan petunjuk Allah Pencipta Alam, Yang Maha Bijaksana dan Maha Adil terhadap seluruh alam. Punca masalahnya apabila manusia meninggalkan petunjuk Allah yang bernama Islam.

Firman Allah SWT:
أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ ٨٣
“Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian oleh umat terdahulu kepada Rasul zamannya) mereka mencari lain daripada Agama Allah (Islam)? Pada hal kepada-Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa (mengikut sifat naluri) dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan” [ali-Imran: 83]

7. Puncanya adalah meninggalkan Islam, lalu merosakkan diri sendiri apabila melawan ciri-ciri fitrah manusia, apabila memisahkan jasad daripada akal dan roh, memisahkan aspek kemasyarakatan, berpolitik, ekonomi dan lain-lain daripada agama, laksana memutuskan mata rantai yang menjadikannya tidak berfungsi dengan betul.

8. Ada pula yang cuba meninggalkan nas yang nyata dari al-Quran dan as-Sunnah, dengan menjadikan alasan maqasid syariah, siyasah syar’iyyah dan fiqh aulawiyat dan seumpamanya untuk mencari alasan meminggirkan Islam dalam kehidupan. Maka di cari lah pandangan dan tafsiran longgar dari kalangan Islam yang berfikiran sebegini untuk dijadikan hujah yang diulang-ulangi di atas nama Islam. Pada masa yang sama kalangan penentang Islam bersorak gembira menumpang sama menyebar-luaskan hujah sebegini tanpa sempadan, tanpa menyedari bahawa tindakan seperti itu adalah bercanggah dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah yang mutawatir.

9. Akhirnya politik juga dipisahkan daripada agama, menjadikan urusan pemerintahan yang menjadi payung dan pengawas kepada cara hidup bermasyarakat terkeluar daripada kawalan petunjuk Allah Pencipta Alam dan terkeluar daripada peranan manusia sebenar. Fitnah berleluasa, yang akhirnya dikutip oleh “pelampau media” seolahnya tiada lagi pertimbangan dosa dan pahala; syurga dan neraka.

10. Di sinilah hikmahnya Islam menjadikan urusan negara adalah amanah yang terbesar dalam melaksanakan petunjuk dan perintah Allah, bukan pada nama dan slogan.

Firman Allah SWT:
۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.)” [An-Nisa’: 58-59]

11. Allah menjadikan kewajipan menegakkan pemerintahan yang adil kepada seluruh manusia dengan petunjuk dan pelaksanaan hukum syariat-Nya (yang mewajibkan kepimpinan orang-orang yang beriman dan para ulama’ yang diringkaskan dengan istilah Ulu Al-Amri, sehingga dikaitkan dengan beriman kepada Allah dan Hari Akhirat menjadi teras kepada segala rukun iman) merupakan satu-satunya penyelesaian yang datang daripada Allah yang dinamakan Islam.

12. Islam berprinsipkan di atas asas-asas terpentingnya iaitu : aqidah tauhid, beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan berkonsepkan taqwa dan adil. 

13. Semua asas-asas ini adalah petunjuk Allah yang dibawa oleh semua para Rasul A.S. sehingga Nabi Muhammad S.A.W, rasul akhir zaman. Para rasul terdahulu yang berpeluang melaksanakannya telah membuktikan akan kebenarannya apabila diimani dan diamalkan telah mencapai kejayaan di zaman masing-masing.

14. Allah telah mengisahkan Nabi Daud A.S, Nabi Sulaiman A.S dan Raja Zulqarnain yang berjaya bersama Islam di zaman masing-masing. Allah juga menceritakan kemusnahan Kaum ‘Aad, Thamud, Babilon dan Firaun yang hancur musnah bersama tamadun kebendaannya yang kaya-raya dibina di atas jahiliyah yang penuh dengan kejahatan dan kezaliman kerana menentang para rasul. Malangnya manusia hari ini semata-mata menjadikannya sebagai tempat pelancongan di kawasan tinggalan sejarah tamadun kerajaan yang dimusnahkan kerana kezalimannya, tanpa mengambil iktibar dari peristiwa yang menjadi bahan sejarah ini. 

15. Walaupun mereka berada di bumi yang tidak ada sumber ekonomi dan kekuatan politik yang bertamadun kebendaan, mereka telah berjaya bersama Islam. Mereka berjaya membawa obor Islam dengan kejayaan di zaman keemasannya, mengumpulkan ilmu wahyu dan ilmu akal manusia yang ditapis daripada tamadun yang dicipta oleh berbagai-bagai kaum dengan mengambil kebijaksanaannya sahaja dan menolak kemungkarannya.

16. Mereka berjaya menjadikan jasadnya berakal, berilmu dan roh yang berhidayah, bersama dengan kemajuan kebendaan yang berkat, untuk melaksanakan perintah beribadat (hubungan dengan Allah dan mematuhi petunjuknya), berkhilafah (mentadbir politik, ekonomi dan lain-lain serta urusannya) dan beramanah (melaksanakan kewajipan syariat yang sempurna). 

17. Berpaksikan tujuan penciptaan manusia ini, maka di atas empat perkara asas iaitu (1) Tauhid, (2) Beriman pada hari Akhirat, (3) Taqwa, dan (4) Adil kepada semua; Islam telah berjaya memimpin dunia dan membina ketamadunan dalam tempoh beberapa abad keemasan sehingga tamadun Islam telah menguasai sebahagian besar benua daripada Timur Jauh sehingga Afrika Utara dan Selatan Eropah.

Hadirin-hadirat sekalian,
Bertunjangkan Aqidah tauhid

18. Aqidah tauhid mengesakan Allah sahaja, tuhan yang diibadatkan kepada-Nya dengan jasad, roh dan akal. Aqidah ini menjadikan manusia itu tidak berlagak menjadi tuhan apabila berkuasa memerintah negara, diberi nikmat kehidupan berpangkat atau berharta.

19. Dengan tegas, aqidah tauhid menolak kesyirikan secara menyeluruh. Bukan sahaja diharamkan beribadat menyembah berhala atau patung, termasuk juga diharamkan menyembah makhluk yang lain dan sesama manusia serta tidak mengadakan undang-undang sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah. 

20. Maka Islam menolak diktator yang bertuhankan pemimpin individu atau bertuhankan kelompok.  Islam menolak bertuhankan rakyat tanpa hidayah yang bertopengkan demokrasi yang kononnya suara rakyat adalah suara keramat, seperti tuhan yang diwarisi daripada demokrasi purba tetapi rakyat yang ditipu.

21. Islam juga menolak teokrasi yang bertuhankan agamawan yang bertopengkan agama. Semuanya menjadikan dirinya seperti tuhan atau memilih wakil rakyat secara menipu rakyat dan menjadikan rakyat sebagai hamba.

22. Islam juga menolak ideologi yang bertuhankan harta, tiba-tiba segala khazanah negara menjadi miliknya, boleh diambil dengan apa jua cara sekalipun dan mengunakannya tanpa batas sempadan halal dan haram, sama ada secara Liberal Kapitalis atau Komunis dan Sosialis.    

23. Aqidah Islam menjadikan tidak ada manusia yang boleh mengatasi undang-undang termasuk raja-raja atau ketua negara sehingga mengharamkan mereka berlagak menjadi tuhan, walaupun dia seorang Rasul.
Allah berfirman:

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤۡتِيَهُ ٱللَّهُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحُكۡمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَادٗا لِّي مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَٰكِن كُونُواْ رَبَّٰنِيِّۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُونَ ٧٩
“Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya dia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya”)”. [ali-Imran: 79]

Firman Allah:
ٱتَّخَذُوٓاْ أَحۡبَارَهُمۡ وَرُهۡبَٰنَهُمۡ أَرۡبَابٗا مِّن دُونِ ٱللَّهِ وَٱلۡمَسِيحَ ٱبۡنَ مَرۡيَمَ وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُوٓاْ إِلَٰهٗا وَٰحِدٗاۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ سُبۡحَٰنَهُۥ عَمَّا يُشۡرِكُونَ ٣١
“Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Mariam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.” [at-Taubah: 31]

Firman Allah:
أَمۡ لَهُمۡ شُرَكَٰٓؤُاْ شَرَعُواْ لَهُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا لَمۡ يَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُۚ وَلَوۡلَا كَلِمَةُ ٱلۡفَصۡلِ لَقُضِيَ بَيۡنَهُمۡۗ وَإِنَّ ٱلظَّٰلِمِينَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ ٢١
“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian) dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.)” [as-Syura: 21]

24. Aqidah beriman kepada Allah menjadikan politik, ekonomi dan segala urusan manusia tunduk kepada perintah Allah yang wajib bersifat adil.

Hadirin-hadirat sekalian,
Istiqamah Dengan Beriman kepada Hari Akhirat

25. Adapun aqidah beriman kepada Hari Akhirat menjadikan semua tindak tanduk manusia tanpa mengira sesiapa, tetap ada perhitungan dosa dan pahala, yang menentukannya mengikut hisab amalannya.

26. Maka yang terlepas daripada dihukum di dunia kerana kedudukannnya yang bijak menipu atau dapat mengatasi undang-undang kerana kuasanya, menjadikan imannya tetap percaya adalah tidak terlepas dari hukuman di Hari Akhirat yang lebih berat.

Firman Allah:

يَوۡمَ نَدۡعُواْ كُلَّ أُنَاسِۢ بِإِمَٰمِهِمۡۖ فَمَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ يَقۡرَءُونَ كِتَٰبَهُمۡ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلٗا ٧١
“(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya (suratan amal , atau nabi atau pemimpin) ; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun.)” [al-Isra’: 71]

Firman Allah:
وَعُرِضُواْ عَلَىٰ رَبِّكَ صَفّٗا لَّقَدۡ جِئۡتُمُونَا كَمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ أَوَّلَ مَرَّةِۢۚ بَلۡ زَعَمۡتُمۡ أَلَّن نَّجۡعَلَ لَكُم مَّوۡعِدٗا ٤٨ وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا ٤٩
“Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): Kamu sekarang telah datang kepada Kami (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan). Dan Kitab-kitab Amal juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya dan mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.)”. [al-Kahfi: 48-49]

Memahami dan Berpegang Pada Konsep Taqwa Dalam Bernegara

27. Konsep taqwa menggantikan kebanggaan terhadap asabiyah bangsa, kaum, jantina, warna kulit, pangkat dan harta. Taqwa menjadikan manusia bermasyarakat madani secara istiqamah dan tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya kerana perbezaan bangsa, agama, harta, keturunan, pangkat dan jantina.
Firman Allah:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” [ al-Hujurat: 13]

Hadirin-hadirat sekalian,
Pemerintahan Adil Kepada Semua

28. Konsep adil dalam Islam yang lahir daripada konsep taqwa adalah mutlak terhadap semua dan segala aspek kehidupan manusia, termasuk adil terhadap musuh sehingga dikaitkan dengan konsep taqwa. Perkara ini dinyatakan oleh firman Allah SWT :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنََٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan). [al-Maidah: 8]

29. Rasulullah S.A.W. menegaskan keikhlasannya menyelamatkan manusia bersama Islam kepada pemimpin-pemimpin Arab yang mahukan jawatan sebelum menang atau meminta cadangan kabinet bayangan sebelum menang.
Firman Allah:

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُ بِٱلۡعَدۡلِ وَٱلۡإِحۡسَٰنِ وَإِيتَآيِٕ ذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَيَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ وَٱلۡبَغۡيِۚ يَعِظُكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ ٩٠
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya).” [an-Nahl: 90]

30. Setelah Rasulullah S.A.W. selesai menegakkan negara yang dididik kepimpinannya dengan jati diri Islam, maka baginda mengutus surat kepada ketua-ketua kerajaan kuasa besar dan kecil dikelilingnya supaya menerima tawaran penyelesaian Islam.

31. Apabila Raja Habsyah, Raja Oman, Raja Bahrain dan ketua-ketua kaum menerimanya, mereka semua dikekalkan di tempat masing-masing. Adapun yang menolaknya, diturunkan daripada jawatan dan digantikan dengan mereka yang beriman dan bertaqwa bersama Islam dengan jati dirinya mengikut acuan aqidah tauhid, beriman kepada Hari Akhirat, taqwa dan adil.

32. Inilah pendekatan yang wajib dilakukan oleh kita yang menyambung risalah Nabi Muhammad SAW ini. Tugas kita bukan selesai setakat menukar pemimpin, tetapi perlulah menukar jati dirinya dengan aqidah, syariat, akhlak dan pendekatan dengan prinsip dan konsep tersebut.

33. Maka pemimpin wajib bertukar sekiranya berdegil dengan prinsip dan konsep yang salah, demi menyelamatkan umat dan negara. Tegakkan Islam di dalam diri akan menyelamatkan negara. Manakala menegakkan negara tanpa jati diri Islamnya negara tetap tidak selamat.

34. Inilah konsep dan falsafahnya bernegara yang menjadi idaman untuk kita capai di Malaysia, sebagai satu wawasan yang berterusan hingga ke hari Kiamat.

B. PAS dan Siyasah mendepani PRU-14
35. Muktamar kali ini berlangsung dalam suasana parti politik dalam negara kita sarat membicarakan Pilihan Raya Umum ke -14 yang perlu diadakan sebelum penggalnya berakhir pada bulan Jun 2018 nanti.

36. Hiruk pikuk politik pilihanraya di kalangan parti-parti politik dalam negara kita ini menyebabkan semuanya teruja, sehingga dilihat oleh rakyat begitu galak mengagih-agihkan jawatan itu dan ini sekiranya menang dalam PRU-14 nanti. Memang itulah gayanya yang sedang berlaku di luar sana setiap kali sebelum sesuatu pilihanraya umum, menerusi politik moden – liberal – pragmatik – sekular.

37. Bagi PAS, kita ingin mengambil iktibar dari apa yang di sabdakan oleh Rasulullah SAW kepada Bani ‘Amir ketika ditanya siapakah yang akan menjadi pemimpin dalam negara yang akan didirikan oleh Nabi SAW : “ ”.

38. Apa yang kita kesalkan ialah, ada juga di kalangan parti politik yang berlumba – lumba untuk menjadi penentang agenda untuk meninggikan syiar Islam di kalangan rakyat beragama Islam dalam negara kita ini. Mereka saling cabar mencabar, siapa yang lebih dahulu dan paling kuat menentang syiar Islam, seolahnya menjadi kebanggaan baharu di zaman ini.

39. Tindakan sebegini sekiranya berterusan, adalah ancaman terbesar kepada keharmonian dan kebebasan hidup beragama yang dinikmati di Malaysia yang menjadikan “Islam sebagai Agama Persekutuan”.

40. Sebagai sebuah parti yang besar dalam negara ini dan mempunyai jentera yang menyeluruh di serata negara, kita amat menyedari dan memahami realiti halangan dan kelebihan yang ada di hadapan kita, malah PAS amat menyedari kepelbagaian rakyat yang ada dalam negara bernama Malaysia ini.

41. PAS yakin bahawa dengan Malaysia didiami oleh masyarakat plural dan majmuk, berbagai latarbelakang agama dan budaya, dengan bahasa dan loghat yang berbagai-bagai, sudah tentunya kita mesti melihatnya sebagai satu kelebihan dalam merencanakan perubahan, pembangunan fizikal dan spiritual.

42. Rakan – rakan kita yang berada di Sabah dan Sarawak tentunya mempunyai begitu tinggi pengalaman dalam menguruskan hubungan kepelbagian etnik yang wujud sebegitu lama di sana, tentunya ada sesuatu yang boleh dipelajari oleh kalangan masyarakat Malaysia yang lain.

43. Apa yang pentingnya ialah kita tidak tidur dan hanyut dengan politik moden yang meminggirkan panduan al-Quran dan as-Sunnah, atau yang hanya mengambil sekerat-sekerat dari ajaran Islam sehingga menjadi alat mainan kepada pihak yang terang dan nyata menjadi musuh kepada Islam dengan agenda pecah perintah dan penyelewengan ilmu yang dirancangkan terhadap umat Islam.

44. Ada pula dikalangan umat Islam yang terlalu teruja, sehingga tidak sedar menjadi biduk di papan catur yang dipergunakan oleh kalangan yang mempunyai agenda tidak baik terhadap umat Islam, sedangkan umat Islam ingin kembali pada kehidupan beragama sebagai satu cara hidup.
Hadirin-hadirat sekalian,
B.1. Meneruskan Agenda Budaya Politik Matang Dan Sejahtera

45. PAS akan meneruskan pendekatan dengan mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan sebelum ini. Pendekatan ini bukan sahaja lebih berkesan terutama dalam masyarakat Malaysia yang bencikan budaya keras – kasar dan politiking melampau sehingga semua perkara dilihat dalam perspektif negatif dan penuh kebencian, sedangkan rakyat tidak berubah keadaan hidup mereka. Pendekatan ini juga menepati ciri muwajahah silmiyah yang kita amalkan, bahkan lebih menepati sirah perjuangan Islam.

46. Apabila mesej kita bawa menerusi PAS adalah bertujuan untuk menyelamatkan manusia bersama Islam, maka konsep Dakwah Bil Hikmah yang mengutamakan damai atau disebut Muwajahah Silmiyyah hendaklah diutamakan.

47. Allah telah mewahyukan kepada Rasulullah S.A.W. dengan firmanNya yang menjadi petunjuk sehingga akhir dunia ini:

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ ٣٣ وَلَا تَسۡتَوِي ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِي بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُۥ عَدَٰوَةٞ كَأَنَّهُۥ وَلِيٌّ حَمِيمٞ ٣٤ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٖ ٣٥ وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ نَزۡغٞ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٣٦
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang berdakwah (menyeru kepada mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! . Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. [Fussilat: 33-36]

48. Rasulullah S.A.W. menjadi contoh yang wajib diikuti, kerana melaksanakan kewajipan menyelamatkan manusia bersama Islam seberapa ramai. Ini menunjukkan contoh bahawa kumpulan Islam adalah lebih baik daripada yang lain. Ianya menjadikan Islam mudah diterima menjadi penyelamat yang diyakini, bukannya penjajah yang dibenci. Maka kedatangan Islam ke seluruh pelosok dunia dinamakan Futhuhat (pemecah belenggu kezaliman), bukannya Isti’amar (penjajah memperhambakan rakyat dan perampas hartanya). 

49. Kita mesti terus beristiqamah berpegang teguh dengan Islam, sehingga tidak berganjak daripada Islam menjadi dasar dan tujuan. Kita beramal dengan apa yang mampu dan berjuang dengan sabar bagi melaksanakan pelaksanaan Islam yang dihalang.

50. Berhikmahlah tanpa menyeleweng. Mendahulukan kemaafan di masa menghadapi lawan yang zalim sehingga setelah mencapai kemenangan dan berada dalam keadaan paling kuat. Inilah kebijaksanaan yang paling munasabah dengan konsep demokrasi yang mengizinkan dakwah seluas-luasnya dan seberapa ramai manusia.

51. Marilah kita menilai dengan hati yang tenteram dan jujur, mata yang melihat, telinga yang mendengar; bahawa pendekatan BPMS yang kita laksanakan ini mampu untuk meredakan ketegangan di akar umbi rakyat yang sebelum ini begitu kelam dengan suasana politik melampau yang akhirnya akan merugikan ummah.

B.2. Agenda Pemerkasaan dan Transformasi Imej PAS
52. PAS juga sedang melaksanakan pelan pemerkasaan parti terutamanya dari aspek mengukuhkan perjalanan dan organisasi parti, gerakerja yang lebih berperancangan, objektif mampu capai yang lebih jelas, dan pengukuhan imej PAS sebagai parti yang ingin menyumbang dalam pembinaan negara ini.

53. Agenda pemerkasaan dan pembinaan imej ini adalah suatu perubahan ke arah yang lebih baik sebagai parti yang besar dan mampu untuk memerintah dalam negara ini. Untuk itu, PAS juga mestilah berusaha secara berterusan untuk menggamit pengundi di pantai Barat, termasuklah pengundi dari kaum – kaum yang lain dari Melayu – Islam. Tentunya jelas bahawa mereka perlu lebih diberi ruang untuk mendengar mesej yang kita disampaikan dalam bahasa yang paling mudah. Tentunya peranan ahli dan pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) wajar diperkukuhkan dan dibantu dengan sepenuhnya.

54. Sehubungan dengan itu juga, maka PAS bersama – sama rakan yang berada dalam Blok Ketiga melalui Gagasan Sejahtera ini akan terus dimantapkan dengan penyertaan kalangan rakyat awam, pimpinan masyarakat, mantan pegawai tinggi kerajaan, dan NGO sebagai asas untuk mendepani suasana politik yang semakin hangat ini.  Agenda yang lebih sistematik dan kemas mestilah dirangkakan sebaik sahaja selesai Muktamar kita pada kali ini.
Hadirin-hadirat sekalian,
B.3. Agenda Pemacuan Gelombang Tsunami Hijau
55. Tentunya untuk berdepan dalam PRU-14 nanti, kita akan terus memacu Gelombang Tsunami Hijau pada waktu dan saatnya yang paling sesuai, sebagai suatu panggilan kepada seluruh warga negara untuk bersama dengan PAS bagi melakukan perubahan secara harmoni dalam negara kita ini. Tiada siapa boleh memaksa atau mengugut kita untuk menyatakan pendirian, apatah lagi apabila ianya melibatkan strategi yang akan kita laksanakan.

56. Kita juga memerlukan pendekatan yang boleh menyatukan kepelbagaian kaum, dengan mereka juga memahami keperluan masyarakat Islam untuk terus mengamalkan kehidupan beragama di tanah air mereka ini.

57. Kita tidak pernah memusuhi mana – mana kaum yang ada dalam negara kita ini kerana mereka juga adalah menyumbang kepada keharmonian yang berpanjangan di Malaysia. PAS hanya menentang sikap chauvinis dan perkauman sempit parti – parti tertentu ini sahaja. Apa yang penting ialah, kita menyerlahkan keyakinan Islam sebagai penyelesaian dan melibatkan idea – idea bernas dan kritis dari rakyat untuk perubahan di Malaysia.
B.4. Agenda Pelancaran Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS)
58. Seterusnya PAS juga akan melancarkan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) pada waktunya yang paling sesuai, sebelum menghadapi PRU-14 yang akan datang nanti. Pelan ini adalah merangkumi asas – asas kenegaraan yang ingin kita capai, objektif yang ingin dituju, termasuklah kaedahnya.

59. Secara umumnya, kita ingin membina sebuah negara yang mempunyai ciri Keharmonian Dan Keadilan Sosial, Ketelusan dan Kecekapan Urustadbir (Governance), Kemantapan Dan Kemapanan Ekonomi, Keberkesanan Sistem Pendidikan, Kecemerlangan Insan dan masyarakat; dengan menjadikan Islam sebagai asas panduannya sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

60. Perubahan melalui politik pilihanraya yang kita impikan pula mestilah dicapai tanpa konflik yang merosakkan rakyat. Keharmonian mestilah dipertahankan. Oleh yang demikian, politik kebencian, permusuhan kaum, chauvinis, wajar dielakkan.

61. Kita juga sedar bahawa ada juga kalangan yang mengaku beragama Islam, tetapi menolak kehidupan beragama, menyatakan bahawa agama adalah urusan peribadi dan sebagainya. Kita perlulah mendekati mereka, berbicaralah dengan mereka ini dengan hikmah, kerana itulah tugas yang semestinya kita laksanakan.
Hadirin-hadirat sekalian,
C. Isu – Isu Rakyat

62. Sekiranya kita meninjau di bawah, kita akan merumuskan bahawa kebimbangan rakyat dan prospek masa depan negara dipengaruhi oleh beberapa isu yang wajar kita tangani bersama. Antaranya adalah : (1) Masalah Sosial dan kebajikan, (2) Tekanan ekonomi dan kos sara hidup, (3) Tadbir urus dan rasuah, (4) Ancaman kedaulatan serantau.

C.1. Sosial dan kebajikan

63. Isu sosial dan kebajikan rakyat dalam negara ini juga mestilah terus menerus diperjuangkan oleh PAS, terutama dalam menangani isu peluang kehidupan yang lebih terjamin kepada generasi muda yang tentunya nanti akan menggalas tanggungjawab pentadbiran negara ini kelak.

64. Peluang pekerjaan, khidmat kesihatan, bantuan untuk mendapat pendidikan ; adalah antara perkara yang perlu ditekankan terhadap generasi anak muda, dan juga rakyat awam yang terjejas di luar sana. Sudah tentu hal ini adalah besar dan rumit, tetapi PAS akan terus memperjuangkan kebajikan ini menerusi Lajnah – Lajnah yang dipertanggungjawabkan oleh organisasi PAS di berbagai peringkat.

65. Permasalahan di kalangan rakyat desa dengan berbagai latarbelakang pekerjaan : petani, nelayan, pekebun kecil, peniaga kecil -  kecilan, kelompok industri kecil dan sederhana di desa, kakitangan sokongan dan lain lain mestilah terus didekati oleh PAS bagi membawa suara mereka ini.

66. PAS juga akan berterusan memperjuangkan falsafah dan dasar pendidikan negara yang holistik bagi melahirkan insan soleh dan masyarakat madani, pembinaan sistem keluarga yang sejahtera seimbang fizikal dan spiritual, menutup ruang – ruang pengaruh luar yang tidak sihat, dan memperkasa sistem perundangan dalam negara kita.

C.2 Ekonomi

67. Kita sepenuhnya percaya bahawa mengubah minda rakyat di Malaysia, dari aspek pembinaan ekonomi dan lain – lainnya juga perlulah mengikut acuan Islam kerana  acuan selain Islam untuk rakyat majoriti Islam seperti Malaysia akan berakhir dengan kegagalan. Di sinilah cabaran besar yang akan kita hadapi, dan ianya perlu dihadapi secara bersama oleh kita semua.

68. Pertama : kelemahan kita sendiri, di mana kita berdepan dengan ke tidak yakinan kita sendiri terhadap penyelesaian sistem ekonomi Islam; Kedua – kita belum sepenuhnya menggali, mengolah, dan memberikan cadangan yang benar – benar difahami dan praktikal serta dapat diterima oleh masyarakat yang ada dalam negara kita; Ketiga : kita teruja dengan pembangunan ekonomi Barat dan Timur Jauh, tetapi kita gagal memasukkan nilaian akhlak dan ibadah (iaitu ada perkiraan dosa – pahala) dalam kita melaksanakan aktiviti ekonominya.

69. Negara juga mestilah menerokai dan mempunyai strategi yang lebih praktikal dalam menguruskan sumber – sumber baharu hasil negara kerana sumber minyak dan gas tentunya akan berkurangan, dan banyak bergantung pada turun naik pasaran dunia.

70. Pembahagian yang jelas antara kepentingan membangunkan ekonomi rakyat di luar bandar mestilah diperhebatkan berbanding dengan segmen bandar, kerana merekalah yang paling terkesan dengan kegawatan ekonomi yang sedang dialami di waktu ini.
71. Untuk itu, PAS akan berusaha untuk mengemukakan pandangan membangunkan ekonomi masyarakat dan negara berasaskan Islam menerusi satu Jawatankuasa Khas yang akan diperkembangkan di kalangan rakyat dan berbagai pihak, selain dari keanggotaan pakar – pakar ekonomi dari PAS sendiri. Idea – idea itu pula mestilah praktikal dan mampu dicapai dalam meringankan masalah ekonomi rakyat, selain dari mencadangkan penyelesaian untuk berdepan dengan isu liberalisasi ekonomi di waktu ini.

72. Antara cadangan penyelesaian terhadap beberapa masalah ekonomi yang dialami oleh rakyat telah pun dibentang oleh PAS kepada rakyat menerusi pelancaran Dokumen Hijau.
C.3 Tadbir Urus dan Ketelusan

73. Persoalan tadbir urus, ketelusan, akhlak dan sebagainya dalam pentadbiran negara pada waktu ini adalah antara topik yang hangat diperkatakan kerana ianya adalah satu aspek yang sangat penting dalam pembinaan negara Malaysia.

74. PAS akan terus komited memperjuangan Malaysia yang bebas rasuah dan pentadbiran yang telus dengan cara yang membina sebagaimana yang kita tunjukkan selama ini. Selama puluhan tahun ini juga lah PAS telah menentang penyelewengan sumber dan dana negara dalam isu BMF, skandal matawang asing Bank Negara (forex), PKFZ, Skandal MAMINCO, Perwaja Steel, 1MDB dan lain lainnya, dengan cara kita sendiri.

75. Kekurangan integriti, akhlak dan kejujuran, adalah antara masalah yang wujud berakar umbi dalam negara ini. Ianya menyebabkan indeks persepsi rasuah yang buruk, sehingga menimbulkan krisis keyakinan ekonomi kepada persekitaran pelaburan dalam negara kita ini.

Hadirin-hadirat sekalian,
C.4.  Ancaman dan Cabaran Antarabangsa

76. Kita berada dalam dunia yang semakin maju tanpa sempadan dan terus bergolak dengan berbagai konflik serta peristiwa yang berlaku. Penjajahan waktu kini bukan sahaja dalam bentuk geografi, tetapi penjajahan ekonomi dan kuasa.

77. Pada masa yang sama kita melihat terdapat kecenderungan yang amat merbahaya apabila setengah pihak ini secara tersusun telah dan sedang meminggirkan kewujudan politik Islam, yang akhirnya menyebabkan kelangsungan kelompok yang “bermudah – mudah” () dan “ekstrem” () dalam beragama. Akhirnya semua ini menatijahkan kerosakan yang nyata di kala ini. Ini diburukkan dengan kepimpinan negara umat Islam yang mabuk kuasa – takhta – harta sehingga akhirnya umat Islam menjadi biduk di papan catur yang akan menjadi mangsa di makan oleh musuh.

78. Apa yang menjadi kebimbangan kita ialah, kesabaran umat Islam dan masyarakat antarabangsa berbagai etnik di seluruh dunia boleh menjadi tidak terkawal dan merebak kepada masalah lain yang lebih parah sekiranya kezaliman dan kekejaman terhadap umat manusia di merata tempat tidak dirungkaikan dengan segera.

Tindakan segera

79. Islam memberi penyelesaian dengan mendahulukan perdamaian dan mengambil langkah diplomatik dan diplomasi dalam merungkai konflik dari berlarutan.

80. PAS akan terus memperjuangkan isu kemanusiaan yang bertali arus berlaku dalam dunia tanpa sempadan ini dan penindasan terhadap etnik minoriti di mana jua dalam dunia ini, tanpa mengira fahaman politik, agama, kaum, etnik, gender, dan persekitaran kita berada. Ianya juga memerlukan usaha dan tindakan pro-aktif yang drastik bagi memastikan penindasan ini tidak lagi berlaku di depan mata kita.

81. Sehubungan dengan itu, PAS akan berusaha bersama dengan berbagai agensi bantuan kemanusiaan yang ingin berperanan untuk menyampaikan bantuan makanan yang halal, air bersih yang berkekalan, tempat perlindungan, ubatan dan khidmat pemeriksaan kesihatan, pakaian, dan segala bentuk bantuan kemanusiaan.

82. Kerajaan Malaysia juga wajib bersama dengan negara-negara lain dan bekerjasama agar tidak membuka peluang kepada campur tangan kuasa besar dalam menangani isu ini yang akan menyebabkan kemudaratan yang lebih besar.

83. Mendepani suasana ini adalah satu tugas berat, dan ianya memerlukan kerjasama dan kesepaduan di kalangan umat Islam untuk mengharunginya.

Hadirin-hadirat sekalian,
PENUTUP
Marilah sama-sama kita beristiqamah dengan Islam. Marilah sama – sama kita yakin dengan janji Allah S.W.T. kepada sesiapa yang berjuang di jalan Nya sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah SWT :

لَّا يَسۡتَوِي ٱلۡقَٰعِدُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ غَيۡرُ أُوْلِي ٱلضَّرَرِ وَٱلۡمُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡۚ فَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلۡمُجَٰهِدِينَ بِأَمۡوَٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ عَلَى ٱلۡقَٰعِدِينَ دَرَجَةٗۚ وَكُلّٗا وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ وَفَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلۡمُجَٰهِدِينَ عَلَى ٱلۡقَٰعِدِينَ أَجۡرًا عَظِيمٗا ٩٥

Maksudnya :
“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar” [an Nisa’ : 95]

Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan penghargaan terimakasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi, Pengarah dan Jawatankuasa Panitia Muktamar, Badan Perhubungan PAS Kedah, Petugas-petugas, Anggota Amal, pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), wartawan, dan semua pihak yang menghidupkan Muktamar Tahunan PAS ke 63 ini. Mudah-mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.
Saya RASMIKAN Muktamar Tahunan PAS kali ke 63 ini dengan menyebut sabda Rasulullah S.A.W. :
سيروا على بركة الله .
وآخر دعوانا أن الحمدلله رب ا لعالمين .
الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , ولله الحمد .

Kota Sarang Semut, Kedah
2  Syaaban 1438
29 April 2017

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...