nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

DOA SUPAYA ANAK KECIL TIDAK MENANGIS DI WAKTU MALAM


Adapun untuk mengelak dari gangguan syaitan, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan. Antaranya

1. Membaca Surah Al Fatihah dan mengulang-ulanginya.
2. Membaca Ayat Al Kursi ,membaca Surah Al Ikhlas, Surah Al Falaq dan Surah An Nas.
3. Membaca doa berikut sebanyak 3 kali

بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

4. Doa dan ayat Al Quran di atas boleh dibacakan pada air dan dipercikkan kepada mereka yang sakit. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW kepada Thabit bin Qais.

Amalan ini boleh diamalkan dan in shaa Allah dengan izin Allah SWT dapat menghilangkan rasa sakit serta gangguan terhadap anak kecil. Juga boleh dibacakan Surah Al Baqarah di rumah setiap setiap malam jadikan ia amalan.

Wallahu a’lam.

RUJUKAN

1. Ini berdasarkan hadis Riwayat Al-Bukhari.
2. Ini berdasarkan hadis Riwayat Al-Bukhari.
3. Ini berdasarkan hadis Riwayat Ibn Majah.
4. Ini berdasarkan hadis Riwayat Abu Daud.

TOLONG SHARE BIAR SEMUA TAHU..!!

*Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya di lahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorg India Muslim & mak saya org Banting, Selangor.*

Bapa saya telah pulang ke India & emak saya berada di Kedah, Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru utk mencari kerja bersama2 Kawan2 tetapi gagal. !
Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dgn seorg paderi bernama Father Chong.
(Terkenal di Johor Bahru)

Kami diberi :-
layanan istimewa,
tempat tinggal,
makan, minum &
tinggal selama 2 thn.
Kami diajar sembahyang dlm bahasa Inggeris.

*Pada 1974, saya telah bertemu dgn seorg paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad.* Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14,Jalan Gasing, Petaling Jaya.

*Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jln Gasing & dibina khas utk org Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).*

Setelah satu thn saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara utk : -
sembahyang org mati, talkinkan org &
macam-macam lagi dlm Bahasa Malaysia.Saya belajar sekali dgn Ibu Tien Suharto yg menjadi :-
Pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia &
Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia.

*Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.* Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1bulan, belajar selok belok Kristian dlm bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia kerana terdapat org Malaysia, Singapura & org Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah : -
dibayar $60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 org.

Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz org Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura.

Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja & memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore.

*Saya, ketua dakwah bersama 6 org kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh,* *dibekalkan duit RM$1,400.00,* *bersama 2 org kawan & sebuah kereta utk mengkristiankan pelajar2 & pemuda2 Negeri Perak.*

Pada bulan Januari tahun lepas saya berasa tak tenteram & telah bertemu dgn Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh & Membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak & En Azlan, Pengarah Jabatan Agama & saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 org telah dikristiankan, terutama penduduk :-
Negeri Perak
Manjoi dan Rapat Setia (Perak) &
Johor Bahru.

*Senang utk mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher Hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00) & Perempuan - Berbaju putih skirt hitam & reben hitam.*
*Lokasi :-*
*Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya & Sg Wang Plaza.*

Cara-cara berdakwah:

Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan :-
belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal
(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dgn kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dgn diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water).

*Astaqhfirullah...*

Setelah diberi minum - 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap & mendengar azan macam menutup telinga, hal dakwah Islam tidak mahu. *Air itu khusus utk org Islam sahaja.*

Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak,Filipina & Singapura.

*Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang & Senawang).*

Senawang terlibat seramai 200 org, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat &
Hj Ismail org Sg Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dgn Kristian.

Sekolah yg paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 org telah Kristian.
susah utk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri & datuk-datuk.

Di Ipoh :-
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR) - 2 org. Sekolah teknik seorg pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat,
Bila saya tanya, katanya utk main-main saja, akhirnya dia bertaubat.

Di Banting
Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorg guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari). En Salleh Omar yg menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Noor utk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib!

*Punca terjebak dalam Kristian :*
1. *Desakan hidup*
2. *Kurang agama*

En Salleh telah dapat menarik  300-400 org masuk Kristian. Beliau sekarang bekerja dgn Badan Kebajikan Islam Perak(walau pun dah beragama kristian secara rahsia)

Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 utk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian.
Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya &
saya sebagai timbalan padri itu!

*Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam & bilal utk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 org pendakwah, tidak sampai sebulan 400 org telah masuk Kristian di Melaka!*

Target Kristian:
Pemuda yg tidak faham agama, ada yg tidak tahu Fatihah!

Cara utk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah,
Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (utk menyedarkan umat Islam)

Seorg bekas padri
Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat:

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda2 berdarah
4. Tidak boleh kahwin!

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yg menyediakan air ini. Percetakan buku2 Kristian di Cheras telah disiasat & mereka ada lesen!
Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad Berkata, dakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasukI Kristian iaitu : - Kelantan,
Kedah &
Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan!
> > > > >> > *PENGUMUMAN* - *HARAP DISAMPAIKAN KPD ORG ISLAM KITA*
"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah Memperbaiki bagimu amalan-amalanmu & mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Ny na,  maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yg besar." (Surah Al- Ahzab:71)
Copy paste dr group lain...👍👍👍👆👆👆

*Kisah benar dan nyata!!! Awasilah sanak saudara kita jangan sampai mereka terjebak sama!!!!*

Kisah seorang anak menghafal Al Quran

Kisah ini panjang kalau rajin baca...bacalah sebagai

Teladan buat Semua

Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al- Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok.

Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun. Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”

“Ya,” jawab anak itu singkat.

”Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz.

Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)

Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu,meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada. Dia pun cuba bertanya lebih jauh,

“Kamu hafal surat An-Nahl?”

Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dengan surah-surah yang lebih panjang.

“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”

Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir,

“Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”

“Ya,” jawabnya dengan jujur.

Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, “Subhanallah wa masyaallah tabarakkallah”

Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,”

Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah terkejut kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai. Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu,

“Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki.

Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.

“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”

Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,

“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,
“Siapa yang paling cepat mengulangi
hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti,"

Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah. Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas.

Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”

Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sabar dlm membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang-orang yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.

Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.

Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).

Perempuan yang kita hayati dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.

Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ni hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.

Semoga dari kisah diatas dapat kita ambil ibrah dan jadikan teladan.

In shaa Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...