nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM

‘SEJAHTERA BERSAMA ISLAM’

UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
Muktamar Tahunan Ke – 63

الحمد لله الذي أكرمنا بنعمة الإسلام , وفضلنا على كثير من الأمم. والصلاة والسلام على سيدنا محمد نبي الرحمات, وعلى آله وأصحابه أفضل الصلوات وأزكى التسليمات. 

Mukaddimah

Yang dihormati Pengerusi Tetap, Yang Berbahagia Sohibul Fadhilah Tuan Guru Ustaz Hashim Jasin Mursyidul ‘Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), Yang Amat Berhormat Dato Ahmad Yaakob Timbalan Mursyidul ‘Am PAS (YAB Menteri Besar Kelantan Darul Naim), Ashab al Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulama, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Dato’ Setiausaha Agung, Ketua Dewan Ulama – Pemuda - Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS,  seluruh Anggota Dewan Harian, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, Pengarah Muktamar dan ahli Jawatan kuasanya, tetamu jemputan, pimpinan NGO, pengamal media, wakil-wakil Kedutaan Asing, para perwakilan, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekelian.

Saya mewakili Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua para hadirin dan hadirat yang bersama dengan kami pada hari ini. 

Marilah kita menghayati akan firman Allah SWT : 
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۖ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ وَلَهُ ٱلۡحَمۡدُۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ١
Maksudnya :  “Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang di langit dan apa yang di bumi; hanya Allah-lah yang mempunyai semua kerajaan dan semua puji-pujian; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” [at Taghaabun : 1]

Marilah juga pada hari ini, kita sama – sama mendoakan kebaikan berpanjangan, rahmat dan keampunan Allah, kepada sahabat dan pimpinan seperjuangan yang telah meninggalkan kita, murabbi kita al-marhum Tuan Guru Dato Dr Harun Din, mantan Mursyidul ’Am PAS yang meninggalkan kita untuk bertemu dengan Tuhan Rabbul Jalil. Semoga beliau dan sahabat -  sahabat seperjuangan yang lainnya juga mendapat kebahagiaan di sana, dihimpunkan bersama para muttaqin, syuhada dan solihin.
al – Fatihah.                                                                                     

Hadirin-hadirat sekalian,
A. TEMA MUKTAMAR  : SEJAHTERA BERSAMA ISLAM

1. Dunia kini mengeluh kerana dikepung dan dikongkong krisis ekonomi, politik dan moral. Kedengaran rungutan kezaliman di sana-sini, pencabulan terhadap hak asasi manusia, rasuah dan merebaknya pelbagai jenis jenayah dan maksiat.

2. Agama dianggap urusan peribadi tanpa hidayah dan dipisahkan daripada urusan duniawi. Politik pula dianggap urusan dunia dan peluang meraih kepentingan peribadi, keluarga dan puak.

3. Ekonomi negara yang diurus secara tidak adil telah mencetuskan kesusahan hidup rakyat apabila peluang pembahagian harta berpusing di kalangan orang tertentu sahaja, sehingga berlakunya salah guna kuasa dan harta negara diambil secara salah. Maka berlaku kebocoran daripada pendapatan negara, sedangkan majoriti rakyat yang berpendapatan rendah semakin terbeban dengan harga barangan keperluan yang makin meningkat.

4. Kerajaan pula mengambil penyelesaian secara mudah tanpa kajian mendalam dan menyeluruh, lalu meningkatkan kadar cukai sedia ada atau melaksanakan cukai baharu seperti GST dan apa-apa sahaja. Maka berlakunya kesan sampingan dengan peningkatan inflasi, kekurangan pendapatan dan sempitnya peluang pekerjaan sehingga membebankan kehidupan rakyat apabila pendapatan tidak lagi mampu menampung perbelanjaan kos sara hidup yang tinggi, tabungan terjejas, dan hutang isi – rumah melebar.

5. Lebih parah lagi, kadar jenayah berat yang membahayakan komuniti masyarakat semakin meningkat seperti merompak, membunuh, mencuri, menipu dan lain-lain. Masalah jenayah ringan seperti keruntuhan akhlak, merosakkan diri dan keluarga dianggap senarai yang dikemudiankan dan dipandang mudah. Oleh kerana negara kita juga berada dalam dunia, maka kita tidak terlepas daripada wabak ini. Sebabnya manusia sendiri yang melakukan kejahatan.
Firman Allah SWT:
ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤١
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” [ar-Rum: 41]

6. Kebanyakan manusia tidak pedulikan betapa mereka sangat berhajat kepada hidayah Allah Rabbi Al-‘Alamin (Pencipta alam), tidak sedar akan kelemahan diri sebagai makhluk ciptaan Allah yang tetap punya kelemahan. Namun seringkali mereka tidak mengaku salah malah mendabik dada mengaku paling bijak, sehingga melupakan petunjuk Allah Pencipta Alam, Yang Maha Bijaksana dan Maha Adil terhadap seluruh alam. Punca masalahnya apabila manusia meninggalkan petunjuk Allah yang bernama Islam.

Firman Allah SWT:
أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ ٨٣
“Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian oleh umat terdahulu kepada Rasul zamannya) mereka mencari lain daripada Agama Allah (Islam)? Pada hal kepada-Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa (mengikut sifat naluri) dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan” [ali-Imran: 83]

7. Puncanya adalah meninggalkan Islam, lalu merosakkan diri sendiri apabila melawan ciri-ciri fitrah manusia, apabila memisahkan jasad daripada akal dan roh, memisahkan aspek kemasyarakatan, berpolitik, ekonomi dan lain-lain daripada agama, laksana memutuskan mata rantai yang menjadikannya tidak berfungsi dengan betul.

8. Ada pula yang cuba meninggalkan nas yang nyata dari al-Quran dan as-Sunnah, dengan menjadikan alasan maqasid syariah, siyasah syar’iyyah dan fiqh aulawiyat dan seumpamanya untuk mencari alasan meminggirkan Islam dalam kehidupan. Maka di cari lah pandangan dan tafsiran longgar dari kalangan Islam yang berfikiran sebegini untuk dijadikan hujah yang diulang-ulangi di atas nama Islam. Pada masa yang sama kalangan penentang Islam bersorak gembira menumpang sama menyebar-luaskan hujah sebegini tanpa sempadan, tanpa menyedari bahawa tindakan seperti itu adalah bercanggah dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah yang mutawatir.

9. Akhirnya politik juga dipisahkan daripada agama, menjadikan urusan pemerintahan yang menjadi payung dan pengawas kepada cara hidup bermasyarakat terkeluar daripada kawalan petunjuk Allah Pencipta Alam dan terkeluar daripada peranan manusia sebenar. Fitnah berleluasa, yang akhirnya dikutip oleh “pelampau media” seolahnya tiada lagi pertimbangan dosa dan pahala; syurga dan neraka.

10. Di sinilah hikmahnya Islam menjadikan urusan negara adalah amanah yang terbesar dalam melaksanakan petunjuk dan perintah Allah, bukan pada nama dan slogan.

Firman Allah SWT:
۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.)” [An-Nisa’: 58-59]

11. Allah menjadikan kewajipan menegakkan pemerintahan yang adil kepada seluruh manusia dengan petunjuk dan pelaksanaan hukum syariat-Nya (yang mewajibkan kepimpinan orang-orang yang beriman dan para ulama’ yang diringkaskan dengan istilah Ulu Al-Amri, sehingga dikaitkan dengan beriman kepada Allah dan Hari Akhirat menjadi teras kepada segala rukun iman) merupakan satu-satunya penyelesaian yang datang daripada Allah yang dinamakan Islam.

12. Islam berprinsipkan di atas asas-asas terpentingnya iaitu : aqidah tauhid, beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan berkonsepkan taqwa dan adil. 

13. Semua asas-asas ini adalah petunjuk Allah yang dibawa oleh semua para Rasul A.S. sehingga Nabi Muhammad S.A.W, rasul akhir zaman. Para rasul terdahulu yang berpeluang melaksanakannya telah membuktikan akan kebenarannya apabila diimani dan diamalkan telah mencapai kejayaan di zaman masing-masing.

14. Allah telah mengisahkan Nabi Daud A.S, Nabi Sulaiman A.S dan Raja Zulqarnain yang berjaya bersama Islam di zaman masing-masing. Allah juga menceritakan kemusnahan Kaum ‘Aad, Thamud, Babilon dan Firaun yang hancur musnah bersama tamadun kebendaannya yang kaya-raya dibina di atas jahiliyah yang penuh dengan kejahatan dan kezaliman kerana menentang para rasul. Malangnya manusia hari ini semata-mata menjadikannya sebagai tempat pelancongan di kawasan tinggalan sejarah tamadun kerajaan yang dimusnahkan kerana kezalimannya, tanpa mengambil iktibar dari peristiwa yang menjadi bahan sejarah ini. 

15. Walaupun mereka berada di bumi yang tidak ada sumber ekonomi dan kekuatan politik yang bertamadun kebendaan, mereka telah berjaya bersama Islam. Mereka berjaya membawa obor Islam dengan kejayaan di zaman keemasannya, mengumpulkan ilmu wahyu dan ilmu akal manusia yang ditapis daripada tamadun yang dicipta oleh berbagai-bagai kaum dengan mengambil kebijaksanaannya sahaja dan menolak kemungkarannya.

16. Mereka berjaya menjadikan jasadnya berakal, berilmu dan roh yang berhidayah, bersama dengan kemajuan kebendaan yang berkat, untuk melaksanakan perintah beribadat (hubungan dengan Allah dan mematuhi petunjuknya), berkhilafah (mentadbir politik, ekonomi dan lain-lain serta urusannya) dan beramanah (melaksanakan kewajipan syariat yang sempurna). 

17. Berpaksikan tujuan penciptaan manusia ini, maka di atas empat perkara asas iaitu (1) Tauhid, (2) Beriman pada hari Akhirat, (3) Taqwa, dan (4) Adil kepada semua; Islam telah berjaya memimpin dunia dan membina ketamadunan dalam tempoh beberapa abad keemasan sehingga tamadun Islam telah menguasai sebahagian besar benua daripada Timur Jauh sehingga Afrika Utara dan Selatan Eropah.

Hadirin-hadirat sekalian,
Bertunjangkan Aqidah tauhid

18. Aqidah tauhid mengesakan Allah sahaja, tuhan yang diibadatkan kepada-Nya dengan jasad, roh dan akal. Aqidah ini menjadikan manusia itu tidak berlagak menjadi tuhan apabila berkuasa memerintah negara, diberi nikmat kehidupan berpangkat atau berharta.

19. Dengan tegas, aqidah tauhid menolak kesyirikan secara menyeluruh. Bukan sahaja diharamkan beribadat menyembah berhala atau patung, termasuk juga diharamkan menyembah makhluk yang lain dan sesama manusia serta tidak mengadakan undang-undang sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah. 

20. Maka Islam menolak diktator yang bertuhankan pemimpin individu atau bertuhankan kelompok.  Islam menolak bertuhankan rakyat tanpa hidayah yang bertopengkan demokrasi yang kononnya suara rakyat adalah suara keramat, seperti tuhan yang diwarisi daripada demokrasi purba tetapi rakyat yang ditipu.

21. Islam juga menolak teokrasi yang bertuhankan agamawan yang bertopengkan agama. Semuanya menjadikan dirinya seperti tuhan atau memilih wakil rakyat secara menipu rakyat dan menjadikan rakyat sebagai hamba.

22. Islam juga menolak ideologi yang bertuhankan harta, tiba-tiba segala khazanah negara menjadi miliknya, boleh diambil dengan apa jua cara sekalipun dan mengunakannya tanpa batas sempadan halal dan haram, sama ada secara Liberal Kapitalis atau Komunis dan Sosialis.    

23. Aqidah Islam menjadikan tidak ada manusia yang boleh mengatasi undang-undang termasuk raja-raja atau ketua negara sehingga mengharamkan mereka berlagak menjadi tuhan, walaupun dia seorang Rasul.
Allah berfirman:

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤۡتِيَهُ ٱللَّهُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحُكۡمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَادٗا لِّي مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَٰكِن كُونُواْ رَبَّٰنِيِّۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُونَ ٧٩
“Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya dia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya”)”. [ali-Imran: 79]

Firman Allah:
ٱتَّخَذُوٓاْ أَحۡبَارَهُمۡ وَرُهۡبَٰنَهُمۡ أَرۡبَابٗا مِّن دُونِ ٱللَّهِ وَٱلۡمَسِيحَ ٱبۡنَ مَرۡيَمَ وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُوٓاْ إِلَٰهٗا وَٰحِدٗاۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ سُبۡحَٰنَهُۥ عَمَّا يُشۡرِكُونَ ٣١
“Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Mariam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.” [at-Taubah: 31]

Firman Allah:
أَمۡ لَهُمۡ شُرَكَٰٓؤُاْ شَرَعُواْ لَهُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا لَمۡ يَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُۚ وَلَوۡلَا كَلِمَةُ ٱلۡفَصۡلِ لَقُضِيَ بَيۡنَهُمۡۗ وَإِنَّ ٱلظَّٰلِمِينَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ ٢١
“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian) dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.)” [as-Syura: 21]

24. Aqidah beriman kepada Allah menjadikan politik, ekonomi dan segala urusan manusia tunduk kepada perintah Allah yang wajib bersifat adil.

Hadirin-hadirat sekalian,
Istiqamah Dengan Beriman kepada Hari Akhirat

25. Adapun aqidah beriman kepada Hari Akhirat menjadikan semua tindak tanduk manusia tanpa mengira sesiapa, tetap ada perhitungan dosa dan pahala, yang menentukannya mengikut hisab amalannya.

26. Maka yang terlepas daripada dihukum di dunia kerana kedudukannnya yang bijak menipu atau dapat mengatasi undang-undang kerana kuasanya, menjadikan imannya tetap percaya adalah tidak terlepas dari hukuman di Hari Akhirat yang lebih berat.

Firman Allah:

يَوۡمَ نَدۡعُواْ كُلَّ أُنَاسِۢ بِإِمَٰمِهِمۡۖ فَمَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ يَقۡرَءُونَ كِتَٰبَهُمۡ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلٗا ٧١
“(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya (suratan amal , atau nabi atau pemimpin) ; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun.)” [al-Isra’: 71]

Firman Allah:
وَعُرِضُواْ عَلَىٰ رَبِّكَ صَفّٗا لَّقَدۡ جِئۡتُمُونَا كَمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ أَوَّلَ مَرَّةِۢۚ بَلۡ زَعَمۡتُمۡ أَلَّن نَّجۡعَلَ لَكُم مَّوۡعِدٗا ٤٨ وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا ٤٩
“Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): Kamu sekarang telah datang kepada Kami (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan). Dan Kitab-kitab Amal juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya dan mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun.)”. [al-Kahfi: 48-49]

Memahami dan Berpegang Pada Konsep Taqwa Dalam Bernegara

27. Konsep taqwa menggantikan kebanggaan terhadap asabiyah bangsa, kaum, jantina, warna kulit, pangkat dan harta. Taqwa menjadikan manusia bermasyarakat madani secara istiqamah dan tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya kerana perbezaan bangsa, agama, harta, keturunan, pangkat dan jantina.
Firman Allah:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” [ al-Hujurat: 13]

Hadirin-hadirat sekalian,
Pemerintahan Adil Kepada Semua

28. Konsep adil dalam Islam yang lahir daripada konsep taqwa adalah mutlak terhadap semua dan segala aspek kehidupan manusia, termasuk adil terhadap musuh sehingga dikaitkan dengan konsep taqwa. Perkara ini dinyatakan oleh firman Allah SWT :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنََٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan). [al-Maidah: 8]

29. Rasulullah S.A.W. menegaskan keikhlasannya menyelamatkan manusia bersama Islam kepada pemimpin-pemimpin Arab yang mahukan jawatan sebelum menang atau meminta cadangan kabinet bayangan sebelum menang.
Firman Allah:

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُ بِٱلۡعَدۡلِ وَٱلۡإِحۡسَٰنِ وَإِيتَآيِٕ ذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَيَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ وَٱلۡبَغۡيِۚ يَعِظُكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ ٩٠
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya).” [an-Nahl: 90]

30. Setelah Rasulullah S.A.W. selesai menegakkan negara yang dididik kepimpinannya dengan jati diri Islam, maka baginda mengutus surat kepada ketua-ketua kerajaan kuasa besar dan kecil dikelilingnya supaya menerima tawaran penyelesaian Islam.

31. Apabila Raja Habsyah, Raja Oman, Raja Bahrain dan ketua-ketua kaum menerimanya, mereka semua dikekalkan di tempat masing-masing. Adapun yang menolaknya, diturunkan daripada jawatan dan digantikan dengan mereka yang beriman dan bertaqwa bersama Islam dengan jati dirinya mengikut acuan aqidah tauhid, beriman kepada Hari Akhirat, taqwa dan adil.

32. Inilah pendekatan yang wajib dilakukan oleh kita yang menyambung risalah Nabi Muhammad SAW ini. Tugas kita bukan selesai setakat menukar pemimpin, tetapi perlulah menukar jati dirinya dengan aqidah, syariat, akhlak dan pendekatan dengan prinsip dan konsep tersebut.

33. Maka pemimpin wajib bertukar sekiranya berdegil dengan prinsip dan konsep yang salah, demi menyelamatkan umat dan negara. Tegakkan Islam di dalam diri akan menyelamatkan negara. Manakala menegakkan negara tanpa jati diri Islamnya negara tetap tidak selamat.

34. Inilah konsep dan falsafahnya bernegara yang menjadi idaman untuk kita capai di Malaysia, sebagai satu wawasan yang berterusan hingga ke hari Kiamat.

B. PAS dan Siyasah mendepani PRU-14
35. Muktamar kali ini berlangsung dalam suasana parti politik dalam negara kita sarat membicarakan Pilihan Raya Umum ke -14 yang perlu diadakan sebelum penggalnya berakhir pada bulan Jun 2018 nanti.

36. Hiruk pikuk politik pilihanraya di kalangan parti-parti politik dalam negara kita ini menyebabkan semuanya teruja, sehingga dilihat oleh rakyat begitu galak mengagih-agihkan jawatan itu dan ini sekiranya menang dalam PRU-14 nanti. Memang itulah gayanya yang sedang berlaku di luar sana setiap kali sebelum sesuatu pilihanraya umum, menerusi politik moden – liberal – pragmatik – sekular.

37. Bagi PAS, kita ingin mengambil iktibar dari apa yang di sabdakan oleh Rasulullah SAW kepada Bani ‘Amir ketika ditanya siapakah yang akan menjadi pemimpin dalam negara yang akan didirikan oleh Nabi SAW : “ ”.

38. Apa yang kita kesalkan ialah, ada juga di kalangan parti politik yang berlumba – lumba untuk menjadi penentang agenda untuk meninggikan syiar Islam di kalangan rakyat beragama Islam dalam negara kita ini. Mereka saling cabar mencabar, siapa yang lebih dahulu dan paling kuat menentang syiar Islam, seolahnya menjadi kebanggaan baharu di zaman ini.

39. Tindakan sebegini sekiranya berterusan, adalah ancaman terbesar kepada keharmonian dan kebebasan hidup beragama yang dinikmati di Malaysia yang menjadikan “Islam sebagai Agama Persekutuan”.

40. Sebagai sebuah parti yang besar dalam negara ini dan mempunyai jentera yang menyeluruh di serata negara, kita amat menyedari dan memahami realiti halangan dan kelebihan yang ada di hadapan kita, malah PAS amat menyedari kepelbagaian rakyat yang ada dalam negara bernama Malaysia ini.

41. PAS yakin bahawa dengan Malaysia didiami oleh masyarakat plural dan majmuk, berbagai latarbelakang agama dan budaya, dengan bahasa dan loghat yang berbagai-bagai, sudah tentunya kita mesti melihatnya sebagai satu kelebihan dalam merencanakan perubahan, pembangunan fizikal dan spiritual.

42. Rakan – rakan kita yang berada di Sabah dan Sarawak tentunya mempunyai begitu tinggi pengalaman dalam menguruskan hubungan kepelbagian etnik yang wujud sebegitu lama di sana, tentunya ada sesuatu yang boleh dipelajari oleh kalangan masyarakat Malaysia yang lain.

43. Apa yang pentingnya ialah kita tidak tidur dan hanyut dengan politik moden yang meminggirkan panduan al-Quran dan as-Sunnah, atau yang hanya mengambil sekerat-sekerat dari ajaran Islam sehingga menjadi alat mainan kepada pihak yang terang dan nyata menjadi musuh kepada Islam dengan agenda pecah perintah dan penyelewengan ilmu yang dirancangkan terhadap umat Islam.

44. Ada pula dikalangan umat Islam yang terlalu teruja, sehingga tidak sedar menjadi biduk di papan catur yang dipergunakan oleh kalangan yang mempunyai agenda tidak baik terhadap umat Islam, sedangkan umat Islam ingin kembali pada kehidupan beragama sebagai satu cara hidup.
Hadirin-hadirat sekalian,
B.1. Meneruskan Agenda Budaya Politik Matang Dan Sejahtera

45. PAS akan meneruskan pendekatan dengan mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan sebelum ini. Pendekatan ini bukan sahaja lebih berkesan terutama dalam masyarakat Malaysia yang bencikan budaya keras – kasar dan politiking melampau sehingga semua perkara dilihat dalam perspektif negatif dan penuh kebencian, sedangkan rakyat tidak berubah keadaan hidup mereka. Pendekatan ini juga menepati ciri muwajahah silmiyah yang kita amalkan, bahkan lebih menepati sirah perjuangan Islam.

46. Apabila mesej kita bawa menerusi PAS adalah bertujuan untuk menyelamatkan manusia bersama Islam, maka konsep Dakwah Bil Hikmah yang mengutamakan damai atau disebut Muwajahah Silmiyyah hendaklah diutamakan.

47. Allah telah mewahyukan kepada Rasulullah S.A.W. dengan firmanNya yang menjadi petunjuk sehingga akhir dunia ini:

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ ٣٣ وَلَا تَسۡتَوِي ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِي بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُۥ عَدَٰوَةٞ كَأَنَّهُۥ وَلِيٌّ حَمِيمٞ ٣٤ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٖ ٣٥ وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ نَزۡغٞ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٣٦
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang berdakwah (menyeru kepada mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! . Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. [Fussilat: 33-36]

48. Rasulullah S.A.W. menjadi contoh yang wajib diikuti, kerana melaksanakan kewajipan menyelamatkan manusia bersama Islam seberapa ramai. Ini menunjukkan contoh bahawa kumpulan Islam adalah lebih baik daripada yang lain. Ianya menjadikan Islam mudah diterima menjadi penyelamat yang diyakini, bukannya penjajah yang dibenci. Maka kedatangan Islam ke seluruh pelosok dunia dinamakan Futhuhat (pemecah belenggu kezaliman), bukannya Isti’amar (penjajah memperhambakan rakyat dan perampas hartanya). 

49. Kita mesti terus beristiqamah berpegang teguh dengan Islam, sehingga tidak berganjak daripada Islam menjadi dasar dan tujuan. Kita beramal dengan apa yang mampu dan berjuang dengan sabar bagi melaksanakan pelaksanaan Islam yang dihalang.

50. Berhikmahlah tanpa menyeleweng. Mendahulukan kemaafan di masa menghadapi lawan yang zalim sehingga setelah mencapai kemenangan dan berada dalam keadaan paling kuat. Inilah kebijaksanaan yang paling munasabah dengan konsep demokrasi yang mengizinkan dakwah seluas-luasnya dan seberapa ramai manusia.

51. Marilah kita menilai dengan hati yang tenteram dan jujur, mata yang melihat, telinga yang mendengar; bahawa pendekatan BPMS yang kita laksanakan ini mampu untuk meredakan ketegangan di akar umbi rakyat yang sebelum ini begitu kelam dengan suasana politik melampau yang akhirnya akan merugikan ummah.

B.2. Agenda Pemerkasaan dan Transformasi Imej PAS
52. PAS juga sedang melaksanakan pelan pemerkasaan parti terutamanya dari aspek mengukuhkan perjalanan dan organisasi parti, gerakerja yang lebih berperancangan, objektif mampu capai yang lebih jelas, dan pengukuhan imej PAS sebagai parti yang ingin menyumbang dalam pembinaan negara ini.

53. Agenda pemerkasaan dan pembinaan imej ini adalah suatu perubahan ke arah yang lebih baik sebagai parti yang besar dan mampu untuk memerintah dalam negara ini. Untuk itu, PAS juga mestilah berusaha secara berterusan untuk menggamit pengundi di pantai Barat, termasuklah pengundi dari kaum – kaum yang lain dari Melayu – Islam. Tentunya jelas bahawa mereka perlu lebih diberi ruang untuk mendengar mesej yang kita disampaikan dalam bahasa yang paling mudah. Tentunya peranan ahli dan pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) wajar diperkukuhkan dan dibantu dengan sepenuhnya.

54. Sehubungan dengan itu juga, maka PAS bersama – sama rakan yang berada dalam Blok Ketiga melalui Gagasan Sejahtera ini akan terus dimantapkan dengan penyertaan kalangan rakyat awam, pimpinan masyarakat, mantan pegawai tinggi kerajaan, dan NGO sebagai asas untuk mendepani suasana politik yang semakin hangat ini.  Agenda yang lebih sistematik dan kemas mestilah dirangkakan sebaik sahaja selesai Muktamar kita pada kali ini.
Hadirin-hadirat sekalian,
B.3. Agenda Pemacuan Gelombang Tsunami Hijau
55. Tentunya untuk berdepan dalam PRU-14 nanti, kita akan terus memacu Gelombang Tsunami Hijau pada waktu dan saatnya yang paling sesuai, sebagai suatu panggilan kepada seluruh warga negara untuk bersama dengan PAS bagi melakukan perubahan secara harmoni dalam negara kita ini. Tiada siapa boleh memaksa atau mengugut kita untuk menyatakan pendirian, apatah lagi apabila ianya melibatkan strategi yang akan kita laksanakan.

56. Kita juga memerlukan pendekatan yang boleh menyatukan kepelbagaian kaum, dengan mereka juga memahami keperluan masyarakat Islam untuk terus mengamalkan kehidupan beragama di tanah air mereka ini.

57. Kita tidak pernah memusuhi mana – mana kaum yang ada dalam negara kita ini kerana mereka juga adalah menyumbang kepada keharmonian yang berpanjangan di Malaysia. PAS hanya menentang sikap chauvinis dan perkauman sempit parti – parti tertentu ini sahaja. Apa yang penting ialah, kita menyerlahkan keyakinan Islam sebagai penyelesaian dan melibatkan idea – idea bernas dan kritis dari rakyat untuk perubahan di Malaysia.
B.4. Agenda Pelancaran Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS)
58. Seterusnya PAS juga akan melancarkan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) pada waktunya yang paling sesuai, sebelum menghadapi PRU-14 yang akan datang nanti. Pelan ini adalah merangkumi asas – asas kenegaraan yang ingin kita capai, objektif yang ingin dituju, termasuklah kaedahnya.

59. Secara umumnya, kita ingin membina sebuah negara yang mempunyai ciri Keharmonian Dan Keadilan Sosial, Ketelusan dan Kecekapan Urustadbir (Governance), Kemantapan Dan Kemapanan Ekonomi, Keberkesanan Sistem Pendidikan, Kecemerlangan Insan dan masyarakat; dengan menjadikan Islam sebagai asas panduannya sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

60. Perubahan melalui politik pilihanraya yang kita impikan pula mestilah dicapai tanpa konflik yang merosakkan rakyat. Keharmonian mestilah dipertahankan. Oleh yang demikian, politik kebencian, permusuhan kaum, chauvinis, wajar dielakkan.

61. Kita juga sedar bahawa ada juga kalangan yang mengaku beragama Islam, tetapi menolak kehidupan beragama, menyatakan bahawa agama adalah urusan peribadi dan sebagainya. Kita perlulah mendekati mereka, berbicaralah dengan mereka ini dengan hikmah, kerana itulah tugas yang semestinya kita laksanakan.
Hadirin-hadirat sekalian,
C. Isu – Isu Rakyat

62. Sekiranya kita meninjau di bawah, kita akan merumuskan bahawa kebimbangan rakyat dan prospek masa depan negara dipengaruhi oleh beberapa isu yang wajar kita tangani bersama. Antaranya adalah : (1) Masalah Sosial dan kebajikan, (2) Tekanan ekonomi dan kos sara hidup, (3) Tadbir urus dan rasuah, (4) Ancaman kedaulatan serantau.

C.1. Sosial dan kebajikan

63. Isu sosial dan kebajikan rakyat dalam negara ini juga mestilah terus menerus diperjuangkan oleh PAS, terutama dalam menangani isu peluang kehidupan yang lebih terjamin kepada generasi muda yang tentunya nanti akan menggalas tanggungjawab pentadbiran negara ini kelak.

64. Peluang pekerjaan, khidmat kesihatan, bantuan untuk mendapat pendidikan ; adalah antara perkara yang perlu ditekankan terhadap generasi anak muda, dan juga rakyat awam yang terjejas di luar sana. Sudah tentu hal ini adalah besar dan rumit, tetapi PAS akan terus memperjuangkan kebajikan ini menerusi Lajnah – Lajnah yang dipertanggungjawabkan oleh organisasi PAS di berbagai peringkat.

65. Permasalahan di kalangan rakyat desa dengan berbagai latarbelakang pekerjaan : petani, nelayan, pekebun kecil, peniaga kecil -  kecilan, kelompok industri kecil dan sederhana di desa, kakitangan sokongan dan lain lain mestilah terus didekati oleh PAS bagi membawa suara mereka ini.

66. PAS juga akan berterusan memperjuangkan falsafah dan dasar pendidikan negara yang holistik bagi melahirkan insan soleh dan masyarakat madani, pembinaan sistem keluarga yang sejahtera seimbang fizikal dan spiritual, menutup ruang – ruang pengaruh luar yang tidak sihat, dan memperkasa sistem perundangan dalam negara kita.

C.2 Ekonomi

67. Kita sepenuhnya percaya bahawa mengubah minda rakyat di Malaysia, dari aspek pembinaan ekonomi dan lain – lainnya juga perlulah mengikut acuan Islam kerana  acuan selain Islam untuk rakyat majoriti Islam seperti Malaysia akan berakhir dengan kegagalan. Di sinilah cabaran besar yang akan kita hadapi, dan ianya perlu dihadapi secara bersama oleh kita semua.

68. Pertama : kelemahan kita sendiri, di mana kita berdepan dengan ke tidak yakinan kita sendiri terhadap penyelesaian sistem ekonomi Islam; Kedua – kita belum sepenuhnya menggali, mengolah, dan memberikan cadangan yang benar – benar difahami dan praktikal serta dapat diterima oleh masyarakat yang ada dalam negara kita; Ketiga : kita teruja dengan pembangunan ekonomi Barat dan Timur Jauh, tetapi kita gagal memasukkan nilaian akhlak dan ibadah (iaitu ada perkiraan dosa – pahala) dalam kita melaksanakan aktiviti ekonominya.

69. Negara juga mestilah menerokai dan mempunyai strategi yang lebih praktikal dalam menguruskan sumber – sumber baharu hasil negara kerana sumber minyak dan gas tentunya akan berkurangan, dan banyak bergantung pada turun naik pasaran dunia.

70. Pembahagian yang jelas antara kepentingan membangunkan ekonomi rakyat di luar bandar mestilah diperhebatkan berbanding dengan segmen bandar, kerana merekalah yang paling terkesan dengan kegawatan ekonomi yang sedang dialami di waktu ini.
71. Untuk itu, PAS akan berusaha untuk mengemukakan pandangan membangunkan ekonomi masyarakat dan negara berasaskan Islam menerusi satu Jawatankuasa Khas yang akan diperkembangkan di kalangan rakyat dan berbagai pihak, selain dari keanggotaan pakar – pakar ekonomi dari PAS sendiri. Idea – idea itu pula mestilah praktikal dan mampu dicapai dalam meringankan masalah ekonomi rakyat, selain dari mencadangkan penyelesaian untuk berdepan dengan isu liberalisasi ekonomi di waktu ini.

72. Antara cadangan penyelesaian terhadap beberapa masalah ekonomi yang dialami oleh rakyat telah pun dibentang oleh PAS kepada rakyat menerusi pelancaran Dokumen Hijau.
C.3 Tadbir Urus dan Ketelusan

73. Persoalan tadbir urus, ketelusan, akhlak dan sebagainya dalam pentadbiran negara pada waktu ini adalah antara topik yang hangat diperkatakan kerana ianya adalah satu aspek yang sangat penting dalam pembinaan negara Malaysia.

74. PAS akan terus komited memperjuangan Malaysia yang bebas rasuah dan pentadbiran yang telus dengan cara yang membina sebagaimana yang kita tunjukkan selama ini. Selama puluhan tahun ini juga lah PAS telah menentang penyelewengan sumber dan dana negara dalam isu BMF, skandal matawang asing Bank Negara (forex), PKFZ, Skandal MAMINCO, Perwaja Steel, 1MDB dan lain lainnya, dengan cara kita sendiri.

75. Kekurangan integriti, akhlak dan kejujuran, adalah antara masalah yang wujud berakar umbi dalam negara ini. Ianya menyebabkan indeks persepsi rasuah yang buruk, sehingga menimbulkan krisis keyakinan ekonomi kepada persekitaran pelaburan dalam negara kita ini.

Hadirin-hadirat sekalian,
C.4.  Ancaman dan Cabaran Antarabangsa

76. Kita berada dalam dunia yang semakin maju tanpa sempadan dan terus bergolak dengan berbagai konflik serta peristiwa yang berlaku. Penjajahan waktu kini bukan sahaja dalam bentuk geografi, tetapi penjajahan ekonomi dan kuasa.

77. Pada masa yang sama kita melihat terdapat kecenderungan yang amat merbahaya apabila setengah pihak ini secara tersusun telah dan sedang meminggirkan kewujudan politik Islam, yang akhirnya menyebabkan kelangsungan kelompok yang “bermudah – mudah” () dan “ekstrem” () dalam beragama. Akhirnya semua ini menatijahkan kerosakan yang nyata di kala ini. Ini diburukkan dengan kepimpinan negara umat Islam yang mabuk kuasa – takhta – harta sehingga akhirnya umat Islam menjadi biduk di papan catur yang akan menjadi mangsa di makan oleh musuh.

78. Apa yang menjadi kebimbangan kita ialah, kesabaran umat Islam dan masyarakat antarabangsa berbagai etnik di seluruh dunia boleh menjadi tidak terkawal dan merebak kepada masalah lain yang lebih parah sekiranya kezaliman dan kekejaman terhadap umat manusia di merata tempat tidak dirungkaikan dengan segera.

Tindakan segera

79. Islam memberi penyelesaian dengan mendahulukan perdamaian dan mengambil langkah diplomatik dan diplomasi dalam merungkai konflik dari berlarutan.

80. PAS akan terus memperjuangkan isu kemanusiaan yang bertali arus berlaku dalam dunia tanpa sempadan ini dan penindasan terhadap etnik minoriti di mana jua dalam dunia ini, tanpa mengira fahaman politik, agama, kaum, etnik, gender, dan persekitaran kita berada. Ianya juga memerlukan usaha dan tindakan pro-aktif yang drastik bagi memastikan penindasan ini tidak lagi berlaku di depan mata kita.

81. Sehubungan dengan itu, PAS akan berusaha bersama dengan berbagai agensi bantuan kemanusiaan yang ingin berperanan untuk menyampaikan bantuan makanan yang halal, air bersih yang berkekalan, tempat perlindungan, ubatan dan khidmat pemeriksaan kesihatan, pakaian, dan segala bentuk bantuan kemanusiaan.

82. Kerajaan Malaysia juga wajib bersama dengan negara-negara lain dan bekerjasama agar tidak membuka peluang kepada campur tangan kuasa besar dalam menangani isu ini yang akan menyebabkan kemudaratan yang lebih besar.

83. Mendepani suasana ini adalah satu tugas berat, dan ianya memerlukan kerjasama dan kesepaduan di kalangan umat Islam untuk mengharunginya.

Hadirin-hadirat sekalian,
PENUTUP
Marilah sama-sama kita beristiqamah dengan Islam. Marilah sama – sama kita yakin dengan janji Allah S.W.T. kepada sesiapa yang berjuang di jalan Nya sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah SWT :

لَّا يَسۡتَوِي ٱلۡقَٰعِدُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ غَيۡرُ أُوْلِي ٱلضَّرَرِ وَٱلۡمُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡۚ فَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلۡمُجَٰهِدِينَ بِأَمۡوَٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ عَلَى ٱلۡقَٰعِدِينَ دَرَجَةٗۚ وَكُلّٗا وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ وَفَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلۡمُجَٰهِدِينَ عَلَى ٱلۡقَٰعِدِينَ أَجۡرًا عَظِيمٗا ٩٥

Maksudnya :
“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar” [an Nisa’ : 95]

Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan penghargaan terimakasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi, Pengarah dan Jawatankuasa Panitia Muktamar, Badan Perhubungan PAS Kedah, Petugas-petugas, Anggota Amal, pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), wartawan, dan semua pihak yang menghidupkan Muktamar Tahunan PAS ke 63 ini. Mudah-mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.
Saya RASMIKAN Muktamar Tahunan PAS kali ke 63 ini dengan menyebut sabda Rasulullah S.A.W. :
سيروا على بركة الله .
وآخر دعوانا أن الحمدلله رب ا لعالمين .
الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , ولله الحمد .

Kota Sarang Semut, Kedah
2  Syaaban 1438
29 April 2017

Kita jangan takut mati

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

R A H S I A S U J U D K E T I K A S O L A T


Sujud melibatkan 5 anggota badan yang bertumpu pada bumi, iaitu:
- dahi
- hidung
- kedua telapak tangan
- lutut
- kedua hujung kaki (jari).

Sujud adalah konsep merendahkan diri, memuji Allah SWT  dan meminta segala macam permintaan kepada Allah swt.

Sekaligus, mengikis sifat tercela seperti sombong, riya', ujub,  takabur dll.

Dr Fidelma O'Leary, Phd Neuroscience dari St Edward's University, telah menjadi mu'allaf, karena mendapati fakta tentang manfaat sujud bagi kesehatan.

Dalam kajiannya ditemukan bahwa
ada beberapa urat syaraf di dalam otak manusia yg tidak dimasuki darah dan urat ini hanya dimasuki darah ketika manusia bersujud.

Tetapi urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja.
Iaitu pada waktu-waktu solat yang telah ditetapkan (subuh, zuhur, asar, maghrib dan Isya').

SubhanAllah...

Jadi, siapa yang tidak solat maka urat ini tidak menerima darah sehingga otaknya tidak berfungsi secara normal.

Salah satu indikasinya adalah timbul macam-macam gejala sosial di masyarakat yg tidak solat saat ini.

Karena letak otak di atas jantung, maka kata Prof Hembing, jantung hanya mampu membekalkan 20% darah ke otak manusia,
maka dibantu lagi dengan sujud yang lebih lama agar menambah kekuatan aliran darah ke otak.

Hal ini sesuai dengan apa yang disampaikan Rasulullah saw, supaya kita sujud berlama-lama pada raka'at terakhir.

Manfaat sujud berlama-lama ini adalah untuk:

1. Menolak pening

2. Jauhi migrain

3.  Segarkan otak

4.  Tajamkan akal pikiran (peka)

5.  Legakan sistem pernafasan

6.  Betulkan pundi peranakan yang jatuh

7. Betulkan dan kukuhkan kedudukan bayi dalam kandungan

8. Elak kandungan songsang dll.

Dan yang menakjubkan, jika kita memperhatikan, bentuk saraf yang ada dalam otak kita berbentuk seperti orang yang sedang sujud...

SUBHANALLAH..........

Jika anda berkongsi ini kepada 1 orang ertinya anda sudah menyebarkan 10 kebaikan di akhirat.

PERJUMPAAN SYAITAN SEDUNIA

ASSALAMUALAIKUM

Syaitan Bermesyuarat (bacalah meski pun anda berada dalam kesibukan)

Para syaitan telah mengadakan perjumpaan syaitan sedunia dengan diketuai iblis laknatullah

Di awal ucapannya, iblis  berkata,  "Kita  tidak  dapat  menghalang  umat  Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari  membaca Al-Quran dan tahu akan perkara-perkara  yang  benar.

Malah kita  tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim  dengan Allah.

Sebaik sahaja mereka dapat  menjalin  perhubungan  tersebut  maka
pengaruh kita  keatas  mereka  akan terputus."

"Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka;

Biarkanlah  mereka  menikmati  hidangan  makan  malam  mereka, tetapi  curilah  waktu  mereka,  supaya  mereka  tidak mempunyai masa untuk  membina perhubungan dengan  Pencipta."

"Apa  yang  aku  ingin kamu lakukan ialah," kata iblis:  "lalaikan
mereka  dari berhubung dengan Tuhan mereka dan supaya mereka tidak dapat mengekalkan perhubungan yang  penting itu sepanjang hari."

"Bagaimana caranya?" jerit para syaitan.

"Sibukkan  mereka  dengan  perkara-perkara  yang  tidak  berfaedah
dalam kehidupan  dan  rekalah  berbagai-bagai  cara untuk memenuhi minda mereka,"

Sambungnya lagi  "pengaruhi  mereka  untuk  belanja,  belanja, belanja  dan hutang,  hutang, hutang. 

Pujuk  isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat  jangka waktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 -12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka  yang kosong itu."

"Halang  mereka  dari  menghabiskan  waktu dengan anak-anak mereka.

Apabila keluarga  mereka  mula  retak,  tidak  lama  nanti, rumah
mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan  kerja."

"Rangsangkan  minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau kaset sewaktu memandu, biarkan  TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan  pastikan  setiap  kedai  dan  restoran di dunia ini sentiasa memainkan muzik  yang tidak islamik.

Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah."

"Sibukkan mereka bermain dengan game, facebook, twitter, instagram dan media sosial yang lain

Penuhkan  meja-meja  mereka  dengan  majalah  dan akhbar.

Sumbatkan minda mereka  dengan  siaran  berita  24 jam.

Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan.

Penuhkan peti-peti suratmereka dengan mel remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenissuratberita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma; dan impian  palsu."

"Masukkan  gambar  model-model yang cantik dan ramping di dalam
majalah dan TV  agar  para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama dan mereka akan tidak berpuashati dengan  isteri-isteri mereka."

"Buatlah  agar  para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami
mereka di  malam  hari.  Tambahkan  sekali dengan pening kepala!

Jika mereka tidak  bersama  seperti  yang  dikehendaki  oleh 
suami  mereka,  suami  akan  meninjau-ninjau  di  tempat  lain.  Ini
akan memporak-perandakan  keluarga mereka dengan pantas."

"Biarkan  mereka  berlebih-lebihan  meskipun sewaktu  berekreasi. 
Buatlah sehingga  mereka  terlalu letih seusai berekreasi.

Sibukkan mereka sehingga tidak  sempat  untuk  memerhatikan  alam  semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah.

Sebaliknya  hantarlah  mereka  ke  taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."

"Jadikan mereka SIBUK, SIBUK, SIBUK!"

"Dan  apabila  mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian,
libatkan mereka  dengan  umpatan  dan  cakap-cakap  kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!"

Bukan calang-calang perancangan ini!

Para syaitan  dengan  tidak  sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat  Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana  ke  sini.

Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga  mereka. 

Tidak berkesempatan untuk berdakwah dan memperjuangkan agama Allah serta mengerjakan amar makruf dan nahi mungkar

Persoalannya  di  sini,  "Adakah perancangan para syaitan ini
telah berhasil?"

Hakimilah sendiri!

KESILAPAN SOLAT JUMAAT* YANG RAMAI LELAKI TIDAK SEDAR

1. *Datang lewat ke masjid*. Kata Rasulullah SAW: Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup. (Hasan, Ahmad:21756)

2. *Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat*. Kata Nabi SAW: Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran, atau baginda berkata di dalam solat. (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr)

3. *Tidak memenuhkan saf hadapan*. Kata Nabi SAW: Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan] (Shahih, Muslim:439)

4. *Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah*. Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia. (Shahih, Muslim:857)

5. *Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah*. Kata Nabi SAW: Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut. (Shahih, Muslim:875)

6. *Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang*. Firman Allah: Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (Surah al-Jumuah:9)

7. *Bercakap ketika khutbah*. Rasulullah SAW berkata: Jika engkau berkata kepada teman engkau Diam pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia. (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

8. *Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib*. Kata Ibn Masud r.a: Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau. (Hasan, at-Tirmizi:509)

Semuga sedikit perkongsian ini dapat memberi ilmu yang bermanafaat kepada kita untuk mendapat santapan minda setiap hari Jumaat melalui khutbah yang dibaca oleh khatib. Jom azam sama-sama tutup telefon dan jangan layan internet, wassap, facebook dan instagram ketika khutbah kerana talian ALLAH lebih penting dari segala-gala urusan dunia..

Siapa Sebenarnya Ustaz Azhar Idrus Dan Kisah Sebenar Beliau Sebelum Bergelar Ulama


Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus telah mencetus fenomena baru dalam bidang dakwah di Malaysia, Beliau telah berjaya menarik semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia untuk memenuhi masjid bahkan hingga melimpah keluar masjid setiap kali kuliah beliau adakan.

Penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir.

Perkembangan ini telah membuktikan bahawa konsep dakwah yang dibawa oleh Ustaz Azhar Idrus dapat diterima oleh masyarakat bahkan memberi kesan mendalam kepada jiwa mereka seterusnya bertekad untuk hadir dan memenuhi setiap ruang penjuru masjid setiap kali beliau memberi ceramah.

Namun tak ramai yang tahu mengenai kisah sebenar ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar pendakwah bebas.

Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus. Dulu pernah ada satu rancangan Ustaz Azhar Idrus di Astro iaitu Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus. Tapi atas sebab2 tertentu, rancangan ini telah diberhentikan siarannya.

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman.

Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor. Mungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ni, seorang Ustaz yang terkenal buat masa ini terutama di kalangan anak-anak muda..

Setiap kali ceramah atau kuliahnya mesti penuh dengan jemaah yang hadir.. Tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz, Apakah yang dilakukannya? mari baca sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz yang dipetik dari Facebook.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.

Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya.

Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.

# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Biodata Penuh:

Nama:
Ustaz Azhar Bin Idrus

Tarikh Lahir:
12 Februari 1964

Berasal:
Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu

Hobi :
Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.

Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun

Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya

Isteri :
1. Rogayah Binti sulong, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1978 (42 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (26 Tahun)

Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (20 tahun)
2.Nur Farhah (19 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (18 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (16 tahun)
5.Ikhwan Najmi (14 tahun)
6.Khairul Mukmin (7 tahun)
7.Rasydan (6 tahun)

Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya.

Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT.

Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya.

Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang.

Sering sahaja kata-kata UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat.

Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah. Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman anda.

Sama-sama kita doakan semoga ustaz Azhar Idrus sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dapat meneruskan kerja-kerja menyebarkankan dakwah dan kuliah ke segenap lapisan masyarakat. Semoga Allah memberkati usaha dakwah beliau demi mengangkat martabat Syiar Islam di Bumi Malaysia ini.

ORANG SOMBONG TIDAK AKAN MEMBACA INI

Kisah yang diceritakan oleh seorang Hamba ALLAH tentang mimpi Seorang Wali di Pekuburan. Di dalam mimpi, wali itu melihat roh ahli-ahli kubur sedang mengais-ngais rumput seperti mencari sesuatu.

Tetiba beliau terlihat ada seorang roh ahli kubur yg sudah berusia tua duduk istirahat di atas kuburnya sendiri.
Beliau memutuskan untuk bertanya kepada roh orang tua tersebut.

Wali :
Paman, kenapa paman sedang duduk istirahat dengan tenang, sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput di situ?

Roh Org tua:
Jikalau kau mau tahu jawabannya,
esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di situ. Penjual daging itu adalah anakku sendiri.

Wali tersebut lalu beranjak dari situ dan terjaga dari mimpinya.

Keesokan harinya.
Wali itu mencari penjual daging yang masih muda tersebut di pasar.
Setelah ketemu beliau hanya memperhatikan dari jauh kelakuan penjual daging tersebut.

Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca Al Qur'an.
Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk menjumpai pemuda tersebut.

Wali:
Assalammualaikum anak muda, saya ada beberapa pertanyaan untuk anak muda.

Penjual daging:
Waalaikumsalam, ya boleh. Apakah pertanyaan itu?

Wali:
Adakah kamu mempunyai seorang ahli keluarga yang meninggal dunia yang di kubur di kampung ini?

Penjual daging:
Ya ada. Itu adalah Ayahku.

Wali:
Aku ada melihat Roh ayahmu dalam mimpiku. Beliau tenang disana.
Apa yg kau lakukan untuk ayahmu wahai anak muda?

Penjual daging:
Aku membaca Al-Qur'an dan aku berdoa kepada Allah...
Jika bacaanku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkannya untuk ayahku.

* Iktibar dari Kisah ini
Kenapa Roh ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?

*Jawabannya,
Mereka sedang mencari percikan-percikan doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz  "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat".

Mengapa roh orang tua itu hanya duduk istirahat, adalah karena doa anaknya yang selalu dikhususkan untuknya.

Pesan:
Perbanyaklah berdoa untuk kedua orang tua dan saudara kita yang sudah tiada untuk kesenangan mereka di alam barzakh.
Doa seorang anak akan terus sampai kepada ibu bapaknya, terutama anak laki-laki yang mana syurganya di bawah ridho ibunya....

Kemudian laksanakan 7 Sunnah Nabi Muhammad SAW :

Pertama:
Solat Tahajjud.
Karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada sholat tahajjudnya.
Doanya pasti akan mudah terkabul dan membuat kita semakin dekat dengan Allah SWT

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari.
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, kita membaca  Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh penahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Pergilah ke masjid (Khususnya di waktu subuh).
Sebelum melangkahkan kaki kemanapun, langkahkan kaki ke masjid dahulu, karena masjid merupakan pusat keberkahan, bukan karena panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah SWT .

Keempat:
Jaga sholat dhuha.
Karena kunci rezeki terletak pada sholat dhuha.
Yakinlah, kekuatan sholat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat-lipat ganda.

Keenam:
Selalu Jaga wudhu.
Karena Allah SWT menyayangi hamba yang berwudhu.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib,
“Orang yang selalu berwudhu, ia akan senantiasa merasa selalu dalam keadaan sholat walaupun ia belum sholat dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa yaitu
*Ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah SWT*"

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

YA ALLAH JAUHKANLAH KAMI SEMUA DARI SIKSA KUBUR, HARAMKANLAH NERAKA ATAS JASADKU, KEDUA ORANGTUAKU, DAN SEMUA ORANG YG MEMBACANYA.

Semoga bermanfaat. Aamiin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...