nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Hasan al-Basri

Hasan al-Basri (642 - 728 atau 737) ialah ahli teologi Arab terkenal dan Cendekiawan Muslim.
Hasan al-Basri dilahirkan di Madinah pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Beliau pernah menyusu dengan Ummu Salamah, isteri Rasulullah S.A.W. Hasan al-Basri juga pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasulullah S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai Ulama terkemuka dalam peradapan Islam. Hasan al-Basri telah meninggal dunia di Basrah, Iraq, pada hari jumaat 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi), pada umur 89 tahun. Beliau pernah hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik b. Marwan. 

Biografi

Bapa beliau bernama Pirouz (Parsi: پيروز, kemudiannya dikenali Abol Hasan, atau bapa kepada Hasan), adalah tuan tanah Parsi (دهگان) di sebuah kampung Khuzestan dan menjadi hamba semasa kempen ketenteraan di zaman Khalifah Umar. Pirouz kemudiannya dibawa balik ke Madinah sebagai seorang mawali. Dalam kekacauan perang, Pirouz bersama dengan seorang perawan dari kampungnya, diberikan kepada Ummu Salama. Ummu Salama menghadiahkan mereka berdua kepada saudara terdekat beliau dan kedua-duanya berkahwin dengan tuan mereka dan dibebaskan. Dikatakan Ummu Salama selalu menyusukan Hasan. Hasan kemudiannya dipanggil Tabi'in (generasi selepas sahabat).
Hasan menjadi guru di Basrah, (Iraq) dan menubuhkan madrasah di sana. Antara pengikutnya yang terkenal adalah Amr ibn Ubayd dan Wasil ibn Ata, pengasas mazhab Muktazilah.
Hasan adalah penyokong kuat nilai tradisional (orthodox) dan cara hidup zuhud. Menurut beliau takut adalah asas kepada moral dan kesedihan adalah ciri agama; kehidupan hanyalah perjalanan untuk ke akhirat, dan kesenangan hendaklah dinafikan untuk menewaskan nafsu. Hasan al-Basri juga dipandang tinggi oleh ahli sufi kerana sikap zuhudnya. Walau bagaimanapun, beliau bukanlah seorang sufi.
Hasan dikenali sebagai seorang yang suci jiwanya menyamai para sahabat. Dalam politik, beliau menentang sistem pewarisan khalifah dalam dinasti Umayyah tetapi percaya kepada pemilihan khalifah. Walau pun mempunyai pandangan kritis mengenai pemerintahan Umayyah, beliau tidak menyokong pemberontakan terhadap pemerintahan tidak adil khalifah Umayyah. Khutbah beliau mengandungi antara contoh terbaik dan terawal sastera Arab.
Beliau berkahwin dengan seorang wanita dari Ahli Kitab.

GENGKHIS KHAN : PENGAJARAN UNTUK UMAT ISLAM


SEJARAH PECAH DAN PERINTAH


🏹Ketika umat Islam diserang tentera Tatar, hampir seluruh wilayah Islam dijajah. Antara yang terawal adalah wilayah Khurasan yang berjiran dengan Mongol.

Pada satu peringkat di Khurasan, Tatar tidak berdaya menghadapi umat Islam di kota Bukhara. Lalu pemimpinnya Genghis Khan menulis surat kepada umat Islam:
"Sesiapa yang menyerahkan senjatanya dan menyertai tentera Tatar, mereka akan selamat. Namun barangsiapa yang enggan, mereka pasti akan menerima penyesalan."

Surat tersebut menyebabkan umat Islam yang sedang terancam itu berpecah kepada dua pihak. Pihak pertama menolak keras tawaran Genghis Khan dengan berkata:
"Seandainya mereka mampu memerangi kita, tak mungkin mereka menawarkan sedemikian. Ini menandakan peluang kita cerah. Teruskan perjuangan, pasti kita akan beroleh salah satu antara dua kebaikan; menang ke atas mereka atau syahid penuh bahagia!"


Namun pihak kedua cenderung untuk menerima tawaran tersebut. Mereka berkata:
"Wajarkah kita sengaja menumpahkan darah sendiri, dalam keadaan kita tahu bahawa kita tidak akan mampu menentang mereka? Tidakkah kalian lihat bilangan dan kelengkapan mereka?"


Genghis Khan terus mengambil peluang dari pertelingkahan ini. Dia mengutus surat berikutnya khusus kepada pihak kedua yang sanggup menerima tawaran. Dalam surat tersebut, dia berjanji akan memberikan tampuk kekuasaan Bukhara kepada pihak tersebut dengan syarat mereka menumpaskan pihak pertama.

Tawaran itu menyebabkan pihak kedua rambang mata. Terus mereka menyahutnya tanpa rasa bersalah. Sanggup mereka memerangi saudara sendiri bagi pihak Tatar.
Pertempuran pun berlangsung. Akhirnya tumpaslah pihak yang teguh mempertahankan prinsip di tangan pihak yang menjual agama dengan habuan dunia.

Apa yang menyedihkan, pihak yang menerima tawaran Tatar itu tidak dianugerahkan apa yang dijanjikan. Sebaliknya senjata mereka dirampas, mereka ditangkap dan diarahkan supaya disembelih kesemuanya.

Genghis Khan mengungkap satu kata-kata yang sangat masyhur:
"Kalaulah mereka boleh dipercayai, mustahil mereka sanggup memerangi saudara sendiri demi kita. Padahal kita orang asing bagi mereka..!"


🏹10 pengajaran dari cerita di atas:
🔴1. Taktik pecah dan perintah, strategi ampuh menghadapi Islam zaman berzaman.
🔴2. Aqidah perjuangan yang lemah punca tidak yakin dengan janji kemenangan dari tuhan.
🔴3. Habuan takhta dan harta mudah menggugat keikhlasan perjuangan.
🔴4. Pabila dunia menguasai diri, saudara sendiri pun sanggup dikhianati.
🔴5. Mempercayai bulat-bulat kata-kata musuh adalah kebodohan yang membinasakan.
🔴6. Islam tidak kalah kerana ajaran agama ini. Sebaliknya kalah kerana penyelewengan orang Islam terhadap agama sendiri.
🔴7. Dedak musuh itu beracun. Dan racunnya mampu membunuh jamaah.
🔴8. Pengkhianat tidak akan bahagia. Nikmat mereka hanya sementara.
🔴9. Pentingnya untuk berpegang kepada prinsip. Walau menyusahkan (tampak syadid), ia perisai pertahanan yang utuh!
🔴10. Tidak ada kerjasama dengan pihak luar dalam menentang sesama sendiri.


🏹Tiga kata-kata hikmah yang perlu diambil iktibar:

⛯1. ما أشبه اليوم بالأمس
"Alangkah samanya hari ini dengan semalam."

⛯2. لا تقتلوا أسودكم فتأكلكم كلاب عدوكم
"Jangan kamu bunuh singa di kalanganmu, nescaya kamu akan dimakan oleh anjing di kalangan musuhmu."

⛯3. من لا يتعلم التاريخ يعلمه التاريخ
"Barangsiapa tidak belajar dari sejarah, maka sejarah akan mengajarkannya kembali."
(Alang Ibn Shukrimun)

Saifuddin Muzaffar al-Qutuz

Saifuddin Muzaffar al-Qutuz

Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz dilahirkan dalam kalangan keluarga beraja Mamluk Mesir. Baginda telah menaiki takhta kerajaan pada 1259 dan mangkat akibat dibunuh pada Oktober 1260. 

Jasa

Antara jasa beliau yang tercatit di dalam sejarah Islam ialah berjaya menewaskan tentera Mongol pimpinan Kitbuqa di dalam peperangan Ain Jalut. Ketika itu, seluruh kota Islam (Baghdad, Syria dan Asia Tengah) sudah ditakluki tentera Mongol. Hanya yang tinggal adalah 3 kota Islam iaitu Makkah, Madinah dan Mesir.
Dengan kerjasama daripada panglima beliau iaitu Panglima Baibars, Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz mengisytiharkan perang terhadap tentera Mongol dengan membunuh empat orang utusan perangnya (ada sebahagian ahli sejarah menyatakan empat orang utusan perang Mongol adalah perisik). Pembunuhan ini menyebabkan kemarahan pihak Mongol. Pada 3 September 1260, berlakulah pertempuran antara tentera Islam dengan tentera Mongol di tempat yang bernama Ain Jalut yang mana pertempuran ini dimenangi oleh tentera Islam seterusnya menyebabkan tentera Mongol menghentikan usaha untuk menakluk negeri lain akibat kerugian dan kekalahan yang dialaminya.

Strategi Menghadapi Tentera Mongol

Setelah membuat risikan, Qutuz mendapat maklumat bahawa kekuatan tentera Mongol adalah berasaskan tentera berkuda ringkasnya yang mana mampu membuat serangan yang cepat dan pantas tanpa sempat memberi peluang kepada musuhnya untuk menyerang balas. Untuk itu, Sultan Qutuz memperlengkapkan tentera berkudanya dengan kelengkapan senjata-senjata berat yang mana fungsinya mampu menahan serangan pantas dan menyerap ketangkasan tentera berkuda Mongol.
Ketika peperangan di Ain Jalut, Sultan Qutuz menyembunyikan sebahagian besar tentera berkudanya di sebalik pokok-pokok di lembah Ain Jalut. Ketika ini, Panglima Baibar mengetuai pasukan kecil untuk menahan gempuran tentera Mongol yang diketuai oleh Kitbuqa. Baibar bersama tentera berkuda bersenjata beratnya berjaya mengasak tentera Mongol dan setelah beberapa ketika, Sultan Qutuz mengarahkan tentera berkuda yang bersembunyi di sebalik lembah melancarkan serangan mengejut. Dengan itu, tentera Mongol diserang dan dikepung di dalam lembah Ain Jalut. Taktik ini berjaya dan dapat mencegah kemaraan tentera Mongol dan seterusnya dapat melumpuhkan kekuatan tentera Mongol di Timur Tengah. Malah Kitbuqa sendiri mati dibunuh.

Keperibadian

Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz mempunyai keperibadian yang baik dan sanggup berkorban demi kemaslahatan umat Islam. Diceritakan para sejarawan Islam bahawa Sultan Saifuddin sanggup menggadai barang-barang istana beliau termasuk harta para pembesar Mamluk tanpa mengenakan cukai tambahan terhadap rakyatnya dalam usaha untuk mengumpul kewangan dalam persiapan menentang tentera Mongol.
Isteri beliau juga turut sama berjuang di medan pertempuran Ain Jalut & terkorban syahid.

Salahuddin al-Ayyubi

Salahuddin al-Ayyubi (bahasa Arab: صلاح الدين الأيوبي / Ṣalāḥ al-Dīn al-Ayyubīy‎, bahasa Kurdi: سه‌لاحه ‌دينێ ئه ‌يووبى / Silhedînê Eyûbî, bahasa Parsi: صلاح الدین ایوبی‎, bahasa Turki: Selahaddin Eyyubi) atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub (1137 -1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurdi di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Beliau juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.


Ṣalāḥ al-Dīn Yūsuf ibn Ayyūb
Sultan Mesir dan Syria
Saladin green dashinvaine.jpg
Pemerintahan 1174–1193
Pertabalan 1174, Kaherah
Nama penuh Ṣalāḥ ad-Dīn Yūsuf ibn Ayyūb
DimakamkanMasjid Umayyad, Damsyik, Syria
PendahuluNur ad-Din Zangi
PenggantiAl-Afdal (Syria)
Al-Aziz Uthman (Mesir)
DinastiAyubiyyah
AyahandaNajm ad-Dīn Ayyūb
AgamaSunni Islam

Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdi di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya, Najm ad-Din Ayyub, ialah gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik di kawasan istana milik Nur ad-Din. Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. 

Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I. Kemampuan Salahuddin diragui pada peringkat awal perlantikkannya sebagai panglima. 

Tiada sesiapa yang menyangka beliau dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid. 

Apabila khalifah itu meninggal dunia pada bulan September 1171, Salahuddin mengarahkan para imam mengumumkan nama Khalifah Al-Mustadi (Khalifah Abbasiyyah di Baghdad) semasa solat Jumaat. Sekarang, walaupun Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil Nur ad-Din. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan perubahan terhadap ekonomi Mesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Beliau menunggu sehingga Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. 

Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke atas tentera Salib. Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunnah Waljamaah di Mesir.


Timur Tengah, c. 1190. Empayar Salahuddin Al-Ayubbi dan wilayah kuasaannya ditunjukkan dalam waarna merah; wilayah yang berjaya ditawan daripada tentera Salib dalam warna merah jambu. Warna hijau muda menandakan wilayah yang masih dikuasai tentera Salib.


Dalam dua peristiwa berbeza iaitu pada tahun 1171 dan 1173, Salahuddin berundur setelah satu siri serangan oleh tentera Salib. Salahuddin berharap bahawa kerajaan Salib ini tidak diganggu selagi beliau tidak menguasai Syria. Nur ad-Din dan Salahuddin hampir-hampir berperang akibat daripada peristiwa tetapi dengan wafatnya Nur ad-Din pada 1174, perang ini dapat dielakkan. 

Waris Nur ad-Din iaitu as-Salih Ismail al-Malik hanya seorang kanak-kanak ketika dilantik bagi menggantikan ayahnya. Walau bagaimanapun dia meninggal dunia pada tahun 1181. Sejurus selepas Nur ad-Din meninggal dunia, Salahuddin berarak ke Damsyik, dan setibanya beliau di sana, dia diberi sambutan sambutan yang meriah. Dia mengukuhkan kedudukannya dengan mengahwini balu Nur ad-Din. 

Walaupun Salahuddin tidak memerintah Aleppo dan Mosul (dua bandar yang pernah dikuasai Nur ad-Din), beliau dapat menggunakan pengaruhnya dan menguasai kedua bandar itu pada tahun 1176 (Aleppo) dan 1186 (Mosul). Sementara Salahuddin Al-Ayubbi menumpukan perhatiannya ke atas wilayah-wilayah di Syria, negeri-negeri Salib dibiarkan bebas, walaupun begitu beliau sering mencatatkan kemenangan ke atas tentera Salib di mana saja kedua-dua belah pihak bertempur. Beliau bagaimanapun tumpas dalam Perang Montgisard yang berlaku pada 25 November, 1177. Dia ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari Baitulmuqaddis, Raynald dari Chatillon dan Kesatria Templar.

 Keamanan di antara Salahuddin dan negeri-negeri Salib tercapai pada 1178. Salahuddin meneruskan serangannya pada 1179 selepas daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard, dan dalam serangannya ke atas sebuah kubu kuat tentera Salib beliau berjaya menumpaskan tentera Salib. Walau bagaimanapun, tentera Salib terus menyerang orang-orang Muslim. Raynald dari Chatillon mengganggu laluan perdagangan dan haji orang Islam dengan kapal-kapal laut di Laut Merah. Raynald juga mengancam menyerang kota suci Islam yakni Kota Mekah dan Madinah menjadikannya orang paling dibenci dalam dunia Islam. Sebagai tindak balas, Salahuddin Al-Ayubbi menyerang Kerak, sebuah kubu Raynald pada tahun 1183 dan 1184. Raynald kemudian menyerang dan membunuh kabilah yang dalam perjalanan untuk menunaikan haji pada tahun 1185. Dalam bulan Julai tahun 1187, Salahuddin menyerang negeri-negeri Salib. Pada 4 Julai 1187, beliau bertempur dalam Pertempuran Hattin menentang gabungan kuasa Guy dari Lusignan (sebutan gi bukan guy), raja negeri-negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli. Tentera Salib yang letih dan dahagakan air mudah ditumpaskan oleh tentera Salahuddin. Kekalahan tentera Salib ini membei tamparan yang besar buat mereka dan menjadi satu titik perubahan dalam sejarah Perang Salib. 

Salahuddin berjaya menangkap Raynald dan beliau sendiri memancung kepala Raynald akibat kesalahannya. Raja Guy juga berjaya ditangkap tetapi beliau tidak dipancung. Timur Tengah, c. 1190. Empayar Salahuddin Al-Ayubbi dan wilayah kuasaannya ditunjukkan dalam waarna merah; wilayah yang berjaya ditawan daripada tentera Salib dalam warna merah jambu. Warna hijau muda menandakan wilayah yang masih dikuasai tentera Salib. Selepas tamatnya Perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas kembali hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib (lihat Kepungan Baitulmuqaddis). 

Makam Salahuddin Al-Ayubbi berdekatan dengan Masjid Ummaiyyah, Damsyik, Syria.

Kecuali bandar Tyre tidak ditawan Salahuddin. Salahuddin membenarkan tentera dan masyarakat Kristian pergi ke sana. Kota itu sekarang diperintah oleh Conrad dari Montferrat. Dia mengukuhkan pertahanan Tyre dan berjaya menahan dua kepungan yang dilakukan oleh Salahuddin. Pada tahun 1188, Salahuddin membebaskan Guy dari Lusignan dan menghantar beliau kembali kepada isterinya iaitu Sibylla dari Baitulmuqaddis. 

Perang Hattin dan kejayaan tentera Islam menawan semula Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai "Cukai Salahuddin". Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Salahuddin bertempur dengan tentera Raja Richard I dari England (Richard Si Hati Singa) dalam Perang Arsuf pada 7 September 1191. Kedua-dua belah pemimpin baik Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard, Joan dari England kepada adik lelaki Salahuddin, Al-Adil, dengan kota Baitulmuqaddis menjadi hantarannya. 

Rundingan ini gagal ekoran kebimbangan berhubung hal-hal agama di kedua-dua belah pihak. Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan dalam Perjanjian Ramla pada tahun 1192 yang mana kota Baitulmuqaddis akan terus berada dalam tangan orang Islam tetapi dibuka kepada penganut-penganut Kristian. Perjanjian itu menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaffa. 

Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar) . Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. 

Makamnya yang terletak di Masjid Ummaiyyah merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal. Makamnya adalah antara makam yang sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia. 

Sungguhpun menerima tentangan hebat dari masyarakat Kristian Eropah, Salahuddin mendapat reputasi besar di Eropah sebagai seorang kesatria yang berjaya, sehinggakan wujudnya pada abad ke-14 sastera epik mengenai kejayaannya, dan Dante meletakkannya di kalangan roh baik dalam Limbo. Salahuddin muncul sebagai sebuah watak dalam karya tulisan Sir Walter Scott iaitu The Talisman (1825). 

Walaupun disebalik peristiwa penyembelihan orang-orang Islam termasuklah wanita dan kanak-kanak semasa tentera Salib menawan Baitulmuqaddis pada tahun 1099, Salahuddin memberi jaminan keselamatan perjalanan dan nyawa kepada semua masyarakat Kristian Katolik dan juga kepada tentera salib Kristian yang kalah (masyarakat Greek Ortodoks dilayan dengan lebih baik kerana mereka menentang tentera Salib). Satu pandangan menarik tentang Salah al-Din dan dunia yang didiaminya dapat dibaca dalam novel Buku Salahuddin Al-Ayubbi (London: Verso, 1998) karya Tariq Ali. Walaupun berbeza kepercayaan, Salahuddin Al-Ayubbi amat dihormati di kalangan para bangsawan Kristian terutamanya Raja Richard. 

Watak Salahuddin dimainkan oleh Ghassan Massoud dalam filem Kingdom of Heaven (2005)

Raja Richard pernah memuji Salahuddin sebagai seorang putera agung dan merupakan pemimpin paling hebat dalam dunia Islam. Salahuddin juga memuji Richard dengan berkata bahawa beliau lebih rela Baitulmuqaddis jatuh ke tangan Richard daripada jatuh ke tangan orang lain. Selepas perjanjian damai ditandatangani, Richard dan Salahuddin bertukar-tukar hadiah di antara satu sama lain sebagai lambang kehormatan. Walau bagaimanapun kedua-dua pemimpin ini tidak pernah bersua muka.

Salahuddin Al-Ayubbi telah dikebumikan di sebuah makam yang terletak di taman sebelah luar Masjid Ummaiyyah di Damsyik, Syria. Maharaja Wilhelm II dari Jerman mendermakan batu marmar baru kepada makam tersebut. Jenazah Salahuddin bagaimanapun tidak ditempatkan di situ. Sebaliknya makam itu mempunyai dua kubur iaitu satu kubur kosong diperbuat daripada marmar dan satu kubur mengandungi jenazah Salahuddin yang diperbuat daripada kayu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...