nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Jika Ilmu Adalah Dadah

Alhamdulillah syukur rasanya hari, kuliah saya bersama pelajar semester satu berjalan dalam keadaan suasana cukup ceria. Seronok rasanya apabila sesuatu yang disampaikan dapat’ respon’ yang baik daripada para pelajar. Hari ini topik kuliah saya menyentuh tentang sumber-sumber ajaran Islam. Skop perbincangannya mengenai sumber ijtihadi iaitu Ijma’ dan Qias.


Walaupunh topiknya adalah topik asas, tapi agak sukar bagi saya apabila berdepan dengan pelajar yang latarbelakang akedemik masing-masing bukan lah daripada aliran agama.Perbincangan lebih tertumpu pada persoalan Qias, jelas tergambar kerumitan pada pelajar saya dalam memahami definisi Qias dengan baik, sehinggalah apabila saya memberi contoh yang mudah iaitu hukum penggunaan dadah secara berlebihan boleh mendatang haram sebagaimana haramnya meminum arak yang telah jelas pengharamannya dalam al-Quran, berulah terukir senyuman pada wajah masing-masing.



Namun ketika rancak perbincangan itu berjalan, minda saya lebih tertarik dengan satu artikel yang pernah saya jumpa dan masih berada dalam simpanan saya yang ada kaitan dngan persoalan dadah ini.Seorang penulis yang kreatif bernama Mohd Khairulanuar Manshor telah membuat kiasan antara ilmu dan dadah dalam artikel yang bertajuk jika ilmu itu adalah dadah.Beliau mengaitkan bagaimana pentingnya dadah bagi penagihnya akan tetapi pada masa kini ilmu seolah-olah dipandang enteng dan remeh bagi semua orang.


Dadah tidak perlu diperkenalkan lagi dalam masyarakat kita kerana setiap golongan tidak kira muda atau tua, hatta kanak-kanak mengetahuinya kerana publisiti besar-besaran diberikan kepadanya.Mereka yang menggunakan dadah kebanyakannya bermula akibat didorong oleh godaan rasa ingin tahu dan keinginan melakukan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Statistik terkini menunjukkan setiap 25 minit, akan lahir seorang penagih dadah yang baru. Bagi yang terjebak dengan dadah, untuk berhenti amatlah payah. Walaupun sudah keluar masuk beberapa kali dari pusat serenti, kebanyakkan yang pernah terjebak tetap tegar. Begitu hebat penangan dadah.


Jika dadah yang bukan menjadi keperluan dalam hidup boleh memberi impak yang besar kepada semua pihak, mengapa ilmu yang menjadi keperluan tidak sedemikian rupa?.


Semua orang tahu apa itu ilmu tetapi ramai yang terkeliru antara maksud ilmu, maklumat dengan kemahiran. Ada yang mengatakan buku itu adalah ilmu, perpustakaan adalah sumber ilmu dan membaca menambah ilmu. Sedangkan yang sebenarnya ilmu adalah apabila apabila kita dapat memahami segala maklumat yang diperolehi hasil pembacaan, penglihatan dan pendengaran. Berbeza denngan Nabi Muhammad s.a.w yang memperolehi ilmu melalui wahyu Ilahi, buku dan perpustakaan itu adalah sumber maklumat dan membaca akan menjadi ilmu jika difahami isinya. Ilmu akan menjadi ‘masak’ jika diperdalami dan diamalkan. Secara ringkasnya, ilmu = mengetahui + menguasai + mengamali.


Bezakanlah bagaimana hebatnya usaha seorang penagih mencari bekalan dadahnya, berbanding cara seorang pelajar menuntut ilmunya. Seorang penagih sanggup bermati-matian sehingga tergamak mencuri dan membunuh semata-mata mahu mandapat sedikit bekalan dadah. Ada juga berlaku kes isteri dan anak dilacurkan hanya kerana si suami atau bapa mahu melepaskan gian dadah. Bayangkan betapa dasyatnya usaha yang dilakukan oleh penagih dadah ini. Hal ini amat bertentangan kesungguhan cara seorang pelajar dalam mencari ilmu.


Lihatlah betapa kreatifnya penagih dadah mengembangkan penggunaan dadah. Pelbagai cara vang digunakan asalkan diri mereka dapat ‘melihat keindahan syurga’. Adakah sikap begini ada dalam diri pelajar yang mendabik dada mengatakan mereka cerdik dan pintar? Mungkin ada tetapi bilangannya mungkin terlalu sedikit. Yang banyak ialah pelajar yang menelan ilmu yang disuapkan oleh pensyarah. Kalau makanan yang ditelan itu akan menghasilkan zat untuk diserap badan atau mengeluarkan tinja, suapan pensyarah itu hanya dikeluarkan pada kertas-kertas peperiksaan sahaja. Realiti yang berlaku, banyak graduan universiti gagal menunjukkan kecemerlangan ketika berkhidmat walaupun amat cemerlang di alam universiti

Imam Syafie dan Sikap ...

Seronok melihat perkembangan anak saya yang semakin hari semakin banyak karenah yang dilakukan. Terkadang emosi saya rapuh menahan kesabaran disebalik perkembangan tersebut, namun minda memujuk apalah sangat kenakalan yang dipamer si anak kecil jika hendak dibandingkan kemampuan akalnya berfikir,mereka lakukan semua itu sekadar untuk mencuri pemerhatian kita agar kita tahu yang dia hari ini belajar sesuatu yang baru. “betul juga…” si hati berdetik.

Jika diperhatikan pada situasi kanak-kanak yang berada dalam ‘fatrah’ perkembangan berlaku, mereka sentiasa memerhatikan dengan penuh rasa ingin tahu, sehinggakan terkadang terpancul dibibir mereka yang baru bertatih untuk bercakap dengan pelbagai soalan. Ini yang membuatkan minda saya terfikir bahawa manusia ini sejak kecil lagi telah dianugerahkan oleh Allah dengan fitrah ingin tahu kepada sesuatu yang bermanafaat untuk dirinya. Namun sikap ini makin kita membesar makin kita sia-siakan. Puncanya kerana makin kita membesar minda kita makin dipengaruhi oleh perkara yang membawa keseronokan hawa nafsu kita, bukan lagi sikap ‘self inquiry’ atau perasaan ingin tahu yang memberikan pengetahuan yang bermanfaat pada kita.

“Self-inquiry” adalah satu sikap yang mulia di mana ia ditakrifkan sebagai kemahuan seseorang untuk mengetahui sesuatu ilmu atau maklumat yang belum diketahuinya. Tetapi jangan silap faham bahawa “self-inquiry” bukanlah sejenis meditasi yang diamalkan oleh sesetngah orang di mana mereka menggunakan perkataan “who am I” sebagai usul perbahasan. “Self-Inquiry” yang ingin dibincangkan di sini juga bukan bermaksud sebagai “ a power of meditation that involves tracing the rout of thought to its origin in the heart…” tetapi “self-Inquiry” secara ringkasnya adalah perasaan ingin tahu.


Di dalam islam semangat “self-Inquiry” ini adlah sesuatu yang amat digalakkan. Terdapat satu ayat dalam permulaan surah al-Anbiya’ di mana Allah taala memerintah kita agar bertanya kepada orang yang mengetahui jika kita tidak mengetahui sesuatu. Ayat ini memberikan gambaran yang jelas bahawa semangat “self-inquiry” itu amat dituntut,lebih-lebih lagi jika kita jahil atau ragu-ragu tentang sesuatu perkara. Dalam kitab al-Tafsir al-Munir karangan Dr Wahbah Az-Zuhaily, menjelaskan bahawa ayat ini berkaitan denagan perintah Allah kepada manusia untuk bertanyakan dengan ulama yang alim dengan kitab-kitab terdahulu tentang rasul-rasul sebelum ini adakah mereka di kalangan malaikat seperti yang mereka sangka atau dari kalangan manusia.


Suruhan untuk bertanya ini bertujuan mengelakkan syak atau dalam erti kata lain untuk mendapatkan fakta yang sebenar mengenai sesuatu benda itu, jelas menunjukkan roh “self-inquiry” begitu dituntut dalam Islam.

Dalam sejarah peradaban Islam, akan dijumpai bebrapa tokoh yang mempunyai “self-iquiry” yang begitu kuat boleh dijadikan contoh teladan. Contoh ini diutarakan bagi memudahkan sahabat-sahabat sekalian mengetahu maksud sebenar ‘self-inquiry” dalam bentuk yang lebih praktikal.

Dalam Kitab Tawali at-Ta’nis Bimaali Muhammad Bin Idris karangan Iman Ibn Hajar, dipaparkan betapa hebatnya "self-inquiry” Iman Shafie sehingga beliau ditanya oleh seseorang tentang bagaimanakah “syahwatnya” dalam menuntut ilmu?. Lantas beliau menjawab : “ Apabila saya mendengar satu kalimat yang belum pernah saya dengar, maka seluruh anggota tubuh saya seakan-akan ingin memiliki telinga agar boleh menikmati dan mendengarkan kalimat itu, sebagaimana telinga saya mendengarnya”. Beliau kemudian ditanya lagi mengenai semangatnya dalam menuntut ilmu, beliau menjawab: “ Seperti semangat orang yang mengumpulkan harta untuk mencapai suatu yang menakjubkan dan dia belum pernah mencapainya.”

Tidak hairanlah dengan keluarbiasaan semangat “self-inquiry” nya itu menjadikan beliau seorang ulama yang besar dalam sejarah islam yang mana ketika beliau berumur 15 tahun sudah dibenarkan oleh tuan gurunya untuk mengeluarkan fatwa di Mekah al-Mukarramah. Beliau suatu ketika ditanya lagi tentang bagaimana caranya mencari ilmu, beliau menjawab : “ seperti seorang wanita yang mencari satu-satunya anaknya yang hilang”.

Dalam menyelusuri sejarah keilmuan Islam, ia tidak tandus dengan tokoh-tokoh keilmuan yang begitu kuat semangat “self-inquiry” nya. Contoh yang terbaik ialah Abu Hurairah. Beliau adlah antara sahabat yang lewat memeluk agama Islam. Menurut pendapat yang sahih seperti dinukilkan oleh Imam az-Zahabi dalam kitabnya, bahawa Abu Hurairah sempat bersama Nabi s.a.w hanya 4 tahun dari pembukaan kota Khaibar hingga kewafatan Baginda s.a.w. Namun begitu, Abu Hurairah antara sahabat yang terbanyak meriwayatkan hadis daripada Baginda s.a.w. Ini tidak lain tidak bukan kerana kehebatan “self-inquiry” nya dan selalu berdamping rapat dengan Bginda s.a.w.

Jadi pengajaran daripada seduttan kisah Abu Hurairah ini, 4 tahun di Universiti sebenarnya mampu melahirkan produk ilmuan yang unggul jika benar-benar bersungguh-sungguh dalam ilmu dan mempunyai “self-inquiry” yang luar biasa seperti Abu Hurairah.

Iman nawawi juga seorang ulama tersohor dalam Mazhab Shafie, lihatlah sahaja, beliau belajar 12 pelajarn seharai, menunjukkan kekuatan “self-inquiry” nya. Mereka inilah yang seharusnya para mahasiswa atau mahasiswi contohi untuk tampil menjadi ilmuan ulung umat Islam yang menguasai pelbagai disiplin ilmu akhirat mahupun dunia.

Thomas A. Stewart seorang pemikir Barat pernah menyatakan bahawa bahan mentah masa hadapan adalah ilmu pengetahuan dan bukan lagi getah atau bijih timah!!!!.


Jadi umat Islam memerlukan jaguh ilmuan untuk menimbangi dominasi ilmua-ilmuan Barat yang kebanyakannya memusuhi dan sentiasa menjajahi minda-minda umat Islam dengan keseronokkan hawa nafsu demi untuk menghancurkan Islam. Jadi umat Islam terutamanya golongan mahasiswa adalah digesa untuk memupuk dan meningkatkan semangat “self-inquiry” untuk memenuhi tuntutan di atas.

Antara Penjagaan Syahwat dan Akal

Rasulullah S.A.W bersabda : Barang siapa yang bezina dengan wanita muslimat atau bukan muslimat, baik wanita itu merdeka ataupun hamba orang, kemudian dia meninggal dunia sebelum bertaubat, maka Allah membukakan baginya di dalm kubur tiga ratus pintu neraka, yang dia diseksa di dalam nya sehingga dating hari kiamat. Dan apabila telah dating hari kiamat, maka dia masuk ke neraka bersama dengan mereka yang akan diseksa di dalamnya.

Di ceritakan bahawa Hasan al-Basri, Malik bin Dinar dan Tsabit al-banany, telah datang kepada Rabi’ah A’dawiyah. Petikan perbincangan mereka digambarkan seperti berikut.

Hasan: Wahai Rabi’ah, plihlah salah satu di antara kami, keran pernikahan adalah sunnah Nabi S.A.W

Rabi’ah : Saya mempunyai beberapa masalah. Barang siapa dapat menjawab persoalan itu, sayakan mengambilnya sebagai suami.

Pertanyaan pertama ditujukan kepada Hasan.

Rabi’ah : Pada hari pengukuhan perjanjian (kiamat) di mana segolongan manusia dimasukkan kedalam api neraka. Pada pandangan tuan saya akan berada di dalam golongan yang mana??.

Hasan : Saya tidak tahu

Rabi’ah : Malaikat telah membentuk saya di dalm kandungan ibu saya, apakah saya menjadi orang yang sensara atau orang yang berbahagia??.

Hasan : Saya tidak tahu.

Rabi’ah : Kuburan adakalnya menjadi teman syurga dan adakalanya menjadi liang neraka, bagaimanakah kuburan saya kelak??.

Hasan : Saya tidak tahu.

Rabi’ah : Pada hari akhirat kelak wajah-wajah manusia mamutih cemerlang dan wajah-wajah manusia lainnya hitam muram, bagaimanakah wajah saya kelak??.

Hasan : Saya tidak tahu.

Rabi’ah : Apabila ada suara mengundang di hari kiamat, “ketahuilah, sesungguhnya fulan bin fulan itu berbahagia sekali, sesungguhnya fulan bin fulan itu sengsara sekali.” Pada pandang tuan, saya akan termasuk di dalam golongan yang mana??.

Hasan : Saya tidak tahu.

Maka ketiga-tiga auliya’ itu menangis dan keluar meninggalkan rabi’ah.


Pada kisah yang lain pula dicatatkan bahawa setelah suami rabi’ah meninggal dunia, Hasan Al-Basri bersama-sama sahabatnya telah dating menziarahi Rabi’ah. Setelah diizinkan masuk Rabi’ah memasangkan hijab (tabir kain) dan dia duduk disebalik tabir itu.

Hasan : Sesungguhnya suamimu telah meninggal dunia, maka engkau harus bersuami lagi.

Rabi’ah : Baiklah, dan sesiapa di antara mu yang paling alim saya persiapkan diri sebagai isterinya.

Mereka menjawab yang paling alim adalah Hasan al-Basri.

Rabi’ah : Apabila tuan dapat menjawab empat pertanyaan saya, maka saya rela menjadi isterimu.

Hasan : Kemukakanlah pertanyaan itu, semoga Allah menolong ku.

Rabi’ah : Kalau saya mati dan keluar dari dunia ini, adakah saya akan pergi dengan berbekalkan iman atau tidak??.

Hasan : Itu adalah suatu perkara ghaib an hanya Allah yang Maha Mengetahuinya.

Rabi’ah : Pada pendapat tuan stelah saya dibaringkan di dalam kubur dan di Tanya oleh malaikat Mungkar dan Nakir, saya dapat menjawab atau tidak??.

Hasan : Itu pun masalah yang ghaib dan hanya Allah sahaja yang Maha Mengatahuinya.

Rabi’ah : apabila manusia suadah dipanggil pada hari akhirat kelak, sebahagian lain di neraka, maka saya masuk bahagian yang mana??

Hasan : Itu pun soal ghaib.

Rabi’ah : Kalau seseorang telah samar-samar dalam masalah yang empat ini, maka bagaimana dia akan menyibukkan diri dengan perkahwinan.

Kemudian Rabi’ah berkata lagi : Wahai Hasan, berapakah bahagian Allah mencptakan akal??.

Hasan : Sepuluh bahagian, sembilan bahagian untuk lelaki dan satu lagi untuk kaum wanita.

Rabi’ah : Berapa bahagian pula menciptakan syahwatnya??.

Hasan : Sepuluh bahagian juga, sembilan bahagian untuk wanita dan satu untuk lelaki.

Rabi’ah : Wahai Hasan, saya saja dapat menjaga sembilan bahagian dari syahwat itu dengan satu bahagian akal, tetapi mengapa engkau tidak dapat menjaga satu bahagian syahwat dengan sembilan akal??.

Maka menangislah Hasan dan terus keluar daripada rumah Rabi’ah.

http://www.gadjahmada.edu/
http://oneredpaperclip.blogspot.com/
http://www.amazon.com/
http://www.sumintar.com/

KHALIFAH YANG MISTERI

Pada suatu malam hartawan Abdurrahman bin Auf dipanggil oleh Khalifah Umar bin Khattab untuk diajak pergi ke pinggir kota Madinah.


‘’ Malam ini akan ada serombongan kafilah yang hendak bemalam di pinggir kota, dalam perjalanan pulang,’’ kata Khalifah Umar kepada Abdurrahman bin Auf.


‘’ Lalu maksud anda bagaimana?’’ Tanya Abdurrahman.


‘’ Oleh kerana kafilah itu membawa barang dagangan yang banyak, maka kita ikut bertanggungjawab atas keselamatan barang dari gangguan tangan-tangan usil. Jadi nanti malam kita bersama-sama harus mengawal mereka,’’ sahut Khalifah.


Ajakan itu disambut gembira Abdurrahman. Bahkan dia sudah mempersiapkan jiwa-raganya untuk berjaga semalam suntuk ! Tetapi apa yang terjadi di sana? Ternyata lain dengan yang diduganya semula.


Ketika malam telah mulai sepi, Khalifah Umar bin Khattab berkata padanya. ‘’ Abdurrahman… kau boleh tidur ! Biarlah saya saja yang berjaga-jaga. Nanti kalau ada apa-apa kau saya bangunkan? ‘’


Apakah Abdurrahman lantas berangkat tidur, tidak diceritakan. Tetapi yang terang, Khalifah Umar bin Khattab betul betul menjadi ‘ penjaga malam ‘.
Khalifah Umar bin Khattab memang seorang pemimpin yang suka melakukan perbuatan-perbuatan yang aneh. Bahkan sering mengerjakan perbuatan yang baik secara diam-diam. Akibatnya, orang yang ditolongnya tidak tahu, bahawa penolongnya adakah khalifah yang mereka cintai.


Suatu malam Auza’iy pernah ‘memergoki’ Khalifah Umar masuk rumah seseorang. Ketika keesokan harinya dia datang ke rumah itu, ternyata penghuninya seorang janda tua yang buta dan sedang menderita sakit. Janda itu mengatakan, bahawa tiap malam ada orang yang datang ke rumahnya untuk mengirim makanan dan ubat-ubatan. Tetapi siapakah nama orang itu, janda tua itu tidak tahu ! Padahal orang yang tiap malam datang ke rumahnya, adalah khalifah yang mereka kagumi.


Suatu malam Khalifah Umar berjalan-jalan di pinggir kota. Tiba-tiba didengarnya rintihan seorang wanita dari dalam sebuah khemah yang kumal. Ternyata yang merintih itu seorang wanita yang mahu melahirkan . Di sampingnya, duduk suaminya yang kebingungan. Maka pulanglah Khalifah ke rumahnya untuk membawa isterinya, Ummu Kalsum untuk menolong wanita yang akan melahirkan anak itu.


Tetapi wanita yang ditolongnya itu pun tidak tahu … bahawa orang yang menolongnya dirinya adalah Khalifah Umar, Amirul Mukminin yang mereka cintai...

Maulidur Rasul

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.

Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.

Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.


Rasulullah s.a.w. telah dilahirkan di sini.

Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.

Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Masjid Haiga Sophia di Sepanyol yang telah ditukar menjadi muzium.

Pengumuman :

Segala Isi Kandungan Berkaitan Islam @ Kandungan Web Ini Sila Klik

APRIL 2008 KE BAWAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...