part 1:
Mukadimah
Islam mempunyai sistem cukainya yang tersendiri. Sumber kepada sistem
percukaian Islam ialah al-Quran, Sunnah Rasulullah SAW, ijmak dan kias.
Ia telah diturunkan bukan sahaja adil bagi manusia keseluruhan,
tetapi ia juga merupakan sistem yang mengstabilkan ekonomi, khususnya
keseimbangan antara kuasa modal dan kuasa beli rakyat sebagai penjana
produktivi.
Asas Ukuran Keharusan Cukai
Sesuatu hukum dirujuk kepada hukum asal yang telah dinaskan oleh
sumber al-Quran dan al-Hadis. Hukum asal berkaitan harta orang lain
adalah haram diambil melainkan mempunyai sebab yang dibenarkan syariat.
Ini berpandukan kepada firman Allah SWT, bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan)
harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan
sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka
sama suka di antara kamu.”- (An-Nisa’: 29).
Di antara dalil yang lain ialah pesanan Rasulullah sewaktu Haji Wada’
(Haji Selamat Tinggal), antara lain nabi SAW berpesan, bermaksud:
“Wahai orang ramai, sesungguhnya orang yang beriman adalah saudara,
tidak halal bagi seseorangpun (mengambil) harta saudaranya melainkan
dengan kerelaannya.” – Riwayat Bukhari dan Muslim.
Hadis ini memaksudkan selain daripada zakat dan perkara-perkara yang
dinaskan harus atau wajib diambil seperti zakat, yakni zakat bukan milik
si pemunya harta bahkan ia adalah milik si fakir, miskin dan
asnaf-asnafnya. Begitu juga tidak termasuk isteri atau anak dibawah
tanggungannya kerana ia dianggap sebagai seakan-akan sekutu pemilikan.
Adapun selainnya, maka ia adalah milik si pemunya dan tidak boleh
diambil melainkan degan kerelaannya oleh sesiapapun termasuk kerajaan.
Dan sabda nabi SAW, Maksudnya:
“Apabila mereka melakukan demikian (Islam) maka darah dan harta
mereka mereka adalah terpelihara melainkan (harta boleh diambil) dengan
cara-cara yagn dibenarkan oleh Islam.”– Riwayat Bukhari.
Di dalam kitab Fathul Bari, Syarah Sahih Bukhari menyebut, zakat
adalah salah satu cara pengambilan yang dibenarkan oleh Islam (sekalipun
tuannya tidak merestuinya).
Ayat di atas menegaskan memakan harta orang lain adalah haram dan
dikategorikan bentuk memakannya adalah batil. Ayat tersebut seterusnya
menyenaraikan bentuk pengecualian yang mengharuskan mengambil harta
orang, salah satunya ialah perniagaan.
Berdasarkan ayat ini, hukum asal memakan, mengambil dan memiliki
harta orang lain tanpa sebab yang dibenarkan syariat adalah haram
sehinggalah ada sebab dan dalil yang diharuskan syariat. Ia berbeza
dengan hukum asal makanan, minuman dan bentuk muamalat, di mana hukum
asal bagi semua perkara tersebut adalah harus kecuali ada tanda-tanda
yang menunjukkan haram.
Justeru, apabila kita bertransaksi atau memakan sesuatu makanan yang
tiada dalil dan bukti halal atau haram, maka hukum transaksi dan makanan
itu adalah halal justeru merujuk kepada hukum asalnya yang harus.
Tetapi berbeza dengan pengambilan harta atau wang milik orang, yakni
hukum asalnya haram berdasarkan ayat di atas, kecuali ada dalil dan
bukti halal. Justeru, apabila kita mengambil wang milik orang, jika
tiada dalil dan bukti halal atau haram, maka hukumnya adalah haram
justeru merujuk kepada hukum asalnya yang haram.
Sebagai contoh, kita boleh mengambil wang RM50,000 daripada Ahmad
sebab kita jual kereta kepadanya. Sebab keharusan ialah jual beli
(Al-Bai’). Kita boleh ambil wang daripada Ali sebanyak RM10,000 kerana
kita membuat ubah suai rumahnya. Sebab keharusan ialah upah (ujrah).
Kita boleh mengambil jam milik Ah Chong selepas kita membayarnya wang.
Sebab keharusan ialah jual beli. Kita boleh mengambil wang daripada Abu
kerana agihan keuntungan perniagaannya yang bermodalkan wang kita. Sebab
keharusan ialah pelaburan (Mudharabah).
Apabila kita berjalan dan jumpa wang RM50,000, maka kita tidak boleh
mengambilnya kerana tiada jual beli, tiada upahan kerja, tiada
pengeluaran modal, tiada sebab-sebab yang membolehkan, maka hukumnya
haram diambil dan RM50,000 tersebut dianggap sebagai harta laqatah
(barang ciciran).
Maka hendaklah kita bertanya berkenaan GST, apakah sebab yagn
membolehkan kerajaan mengambilnya daripada rakyat? Jika tiada sebab
‘sebenar’, maka hukumnya kembali kepada asal, iaitu haram dan termasuk
di dalam kategori batil. begitu juga jika pemindahan hak berlaku dengan
sebab, tetapi sebab itu tidak diiktiraf oleh Islam, maka ia juga adalah
batil. Contohnya seperti pemenang judi yang mengambil bahagian pemain
judi yang kalah, sekalipun judi adalah sebab pemindahan milik, tetapi ia
tetap dikategorikan sebagai baatil kerana judi itu sekalipun sebab
pengambilannya wujud, tetapi ia tidak diiktiraf oleh syarat.
Adakah Hukum Ini Terlaksana Juga Ke Atas Kerajaan Mengambil Wang Rakyat?
Selepas kita memahami bahawa hukum asal harta orang adalah haram
kecuali dengan sebab yang dibenarkan syariat, maka persoalan
keseterusnya adakah hukum ini terpakai atau terlaksana hanya ke atas
individu dengan individu, manakala kerajaan terkecuali dengan dibolehkan
ambil harta dan wang poket rakyat berhujahkan maslahah?
Di dalam mazhab ahlu sunnah wal jamaah, hukum ini bukan sahaja
terlaksana antara individu dengan individu, tetapi ia juga terlaksana
antara kerajaan dengan rakyat. Dalilnya cukup jelas daripada realiti
berikut:
1. Pesanan nabi kepada Muaz bin Jabal sewaktu beliau diutuskan ke
Yaman sebagai Gabenor. Baginda memberikan pesanan kepada beliau dengann
kata-kata berbunyi: ”Awasilah harta-harta suci yang dimiliki oleh orang
Yaman”. Harta-harta suci yang dimaksudkan ialah harta yang dimiliki
bukan bahagian zakat atau jizyah. Dalam riwayat Bukhari menyebut dengan
lafaz: takutilah (daripada mengambil) harta-harta mereka yang suci.
2. Arahan Umar Abdul Aziz (Khalifah dari tahun 99H-101H) kepada semua
gabenor supaya menghapuskan semua cukai kecuali ia mempunya nas
daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Cukai-cukai zalim ini telah
dikenakan sebelum ini khususnya pada zaman Hajjaj Yusof At-Thaqafi yang
terkenal dengan kezaliman pemerintahannya di Syam, Iraq, Mekah dan
Madinah dari tahun 70H – 95H.
Di dalam kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah karangan Imam Ibnu Kathir
menceritakan, tatkala Saidina Umar Abdul Aziz menjadi Khalifah, beliau
memerangani pemimpin-pemimpin zalim sebelumnya yang telah mengenakan
pelbagai cukai kepada rakyat. Antara salsilah pemerintah sebelum ini
yang sangat dibenci oleh Umar Abdul Aziz ialah Yazid bin Mahlab, iaitu
ipar kepada Hajjaj bin Yusof As-Thaqafi. Yazid bin Mahlab telah
ditangkap oleh Adi bin Arthoh dan menyifatkan Yazid dan keluarganya
(Mahlab dan Hajjaj) sebagai: “Mereka adalah pemerintah kuku besi dan aku
bencikan mereka”. Saidina Umar Abdul Aziz memerintahkan supaya Yazid
dipenjarakan sehingga semua harta orang ramai yang dikutip sebelum ini
dikembalikan semula. (Al-Bidayah: m/s666). Pernah anak kepada Yazid
bernama Makhlad meminta kelonggaran hukuman untuk ayahnya Yazid, tetapi
Umar bertegas menyatakan bahawa ia tidak akan meringankan hukuman
sehingga Yazid menyerahkan semua harta rakyat.
Begitu juga Saidina Umar Abdul Aziz telah menghantar kepada Gabenor
Khurasan Al-Jarah bin Al-Hukmi yang telah mengenakan cukai Jizyah ke
atas non-muslim yang telah memeluk Islam dengan alasan mereka memeluk
Islam kerana ingin lari daripada Jizyah. Saidina Umar Abdul Aziz memecat
Gabenor tersebut dengan menulis, maksudnya:
“Sesunggunyanya Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pendakwah bukan sebagai pengutip cukai.”
Di dalam satu riwayat yang lain, Saidina Umar juga memerangi Gabenor
di Mesir yang telah mengenakan cukai pelabuhan dan mempertikaikan
tindakan Umar Abdul Aziz untuk menghapuskan semua cukai yang tiada nas.
Itulah antara sebab menjadi ‘purchasing power’ rakyat pada zaman Umar
Abdul Aziz meningkat, seterusnya memenuhi Baitul Mal. Kesannya tiada
lagi penerima zakat dan pemberian selepas itu sehingga harta melimpah
ruah. Velocity of Money terbaik berbanding sistem-sistem yang lain
daripada Islam.
Itu antara contoh tindakan dan pendirian Khulafa ar-raasyidun yang
diiktiraf oleh nabi sebagai ikutan (perbuatan mereka adalah hujah),
tidak mengenakan cukai-cukai yang tidak dinaskan oleh al-Quran dan
Sunnah Rasulullah SAW.
Semua dalil di atas adalah berkait dengan kerajaan mengambil wang
rakyat. Jika pengharaman memakan harta orang lain tanpa sebab hanya
diharamkan ke atas individu dan bukan kerajaan, nescaya kisah di atas
tidak akan timbul dalam sejarah.
Apabila kita meneliti pendapat yang mengharuskan pengambilan harta
rakyat tanpa bersumberkan kepada nas, kita dapati mereka keliru antara
pendapat ahlu sunnah wal jamaah dan syiah. Ya, sebahagian syiah
membenarkan pemimpin-pemimpin mereka mengambil harta rakyat sekalipun
tanpa sebab kerana fiqh mereka bersumberkan akidah bahawa Imam
(pemimpin) adalah maksum. Berbeza dengan Ahlu Sunnah wal jamaah, yakni
akidah kita pemimpin tidak maksum, maka pemimpin tidak boleh mengambill
harta orang lain tanpa sebab dan berasaskan maslahah akal semata-mata
tanpa dipandu oleh nas.
Tuntasnya, hujah maslahah seterusnya membolehkan pemimpin negara
mengutip wang rakyat sesuka maslahah, maka itu adalah amalan dalam fiqh
syiah, bukan fiqh sunni.
nuff
Cari laman web
Persidangan dan Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke 3 Mac ini
Saya mengajak pemimpin-pemimpin Gerakan
Islam diseluruh dunia dan para Ulama untuk menyertai Persidangan
Antarabangsa dan Ijtima’ Antarabangsa yang kita anjurkan bagi menyatukan
umat dengan menonjolkan isu selamatkan Baitul Maqdis.kerana kita
melihat kebangkitan Islam yang berlaku kini mengahdapi cabaran luar dan
cabaran dalaman.
Cabaran luar ialah musuh yang tidak akan
memberi peluang sekali-kali kepada umat Islam untuk bangkit semula akan
melakukan apa jua untuk menghalang kemajuan umat Islam dan kemunculan
mereka sebagai pemerintah dan kuasa yang kuat.
Adapun cabaran dalaman ialah wujudnya
dua faktor dalam diri umat sendiri yang pertama disebut dengan tasyahul
dan kedua tasyaddud.
Tasyahul ini ialah sikap bermudah-mudah
terhadap ajaran Islam. Kebangkitan Islam sekadar mengaku sebagai orang
islam tanpa menghayati ajarannya tanpa melaksanakan hukum syariat, yang
tidak memberi apa-apa kesan dan faedah untuk merubah umat khususnya
kalangan yang meringan-ringankan perintah agama dan tidak mengambil kira
dalaman agama.
Golongan Tasyaddud ialah golongan
melampau yang terlalu bersemangat untuk melaksanakan syariat hingga
menimbulkan pertembungan dalaman umat sendiri yang membawa peperangan
seperti berlaku sekarang ini di mana umat Islam berperang sesama
sendiri, menjadi proksi kepada pihak asing dengan menggunakan senjata
kuasa besar, duit orang Islam dan tenaga orang Islam dengan membunuh
orang Islam dengan mengenepikan isu palestin khususnya isu membebaskan
baitul maqdis. Maka kita mengajak pemimpin-pemimpi gerakan Islam dan
ulama yang terlibat dalam menyedarkan umat supaya hadir ke muktamar
untuk mendengar pandangan dan membuat perbincangan bagi menghasilkan
resolusi yang meberi manfaat kepada kita untuk khidmat kepada umat dan
agama kita.
Kesempatan ini juga saya menyeru kepada
seluruh rakyat malaysia untuk menyertai Himpunan Antarabangsa di Rusila
Terengganu, Malaysia pada 20 – 22 Mac 2015, bagi menghimpunkan pimpinan
gerakan islam politik dan para ulama ke arah menyatukan umat dan
memperkenalkan Islam kepada seluruh alam dalam suasana dunia menghadapi
masalah sangat kritikal masalah politik, masalah sosial namun ramai yang
melupai islam adalah wadah yang boleh menyelamatkan mereka.
Islam bukan satu religion sebagaimana difahami orang barat.
Islam adalah satu ajaran yang menyeluruh
merangkumi segala aspek kehidupan manusia bagi menyelesaikan masalah
mereka dengan petunjuk daripada Allah SWT, insyaallah kita menampilkan
pimpimpin gerakan islam dan ulama yang datang dari seluruh pelusuk
dunia, dari asia barat, dari asia tenggara asean rantau kita sendiri,
dari benua india, termasuk dari eropah dan asia tengah tengah.
Kita cuba berusaha menjemput pimpinan
dari black muslim amerika dan pimpinan Islam dari Kanada agar datang
menyertai himpunan ini untuk kita mendengar pandangan-pandangan mereka
yang dibentangkan dan insyaAllah menambahkan pemikiran kita dengan cara
yang subur dan baik.
Hudud Kelantan dilulus sebulat suara
KOTA
BAHRU: Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015)
atau hudud hari ini diluluskan sebulat suara pada persidangan Dewan
Undangan Negeri Kelantan (DUN) Kelantan.
Rang undang-undang itu dipersetujui semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk 12 ADUN Barisan Nasional (BN).
Keputusan itu sekali gus menjadikan 37 pindaan daripada 71 fasal dengan empat pindaan utama itu terpakai.
Terdahulu, seramai empat ADUN membahaskan rang undang-undang berkenaan iaitu ADUN Tawang, Hassan Mahmood, ADUN Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, ADUN Melor, Dr Yusnan Yusof dan ADUN Salor, Datuk Husam Musa.
Rang undang-undang itu dipersetujui semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk 12 ADUN Barisan Nasional (BN).
Keputusan itu sekali gus menjadikan 37 pindaan daripada 71 fasal dengan empat pindaan utama itu terpakai.
Terdahulu, seramai empat ADUN membahaskan rang undang-undang berkenaan iaitu ADUN Tawang, Hassan Mahmood, ADUN Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, ADUN Melor, Dr Yusnan Yusof dan ADUN Salor, Datuk Husam Musa.
Hudud
Hukuman hudud ( حدود ) adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalamAl-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.
Dalil al-Quran
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
| “ | "Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229). Kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud
Rujukan
a) Hukum melaksanakan hudud dan qisas atau syari’at ialah wajib. Dalilnya banyak: antaranya,” dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dgn apa yg diturunkan Allah dan janganlah kamu menurut kehendak hawa nafsu mereka” AQ 5:49
b) siapakah yg bertanggungjawab melaksanakannya? Yang pertama dan utama ialah Penguasa kerana kuasa yg mereka miliki. Kedua ialah rakyat yg beriman melaksanakan syari’at dalam bentuk yg tidak memerlukan penguatkuasaan spt syari’at dalam rumahtangganya. (Dr Qardhawi, Malameh alMujma’ alMuslim allazi nansyuduhuu, ms 287-288) J2. kategori dosanya ialah kafir (AQ 5: 44), zalim (AQ 5:45), fasiq (AQ 5: 49) J3: Oleh kerana hudud dan qisas melibatkan kuasa politik, maka sudah tentu dosa dipikul oleh yg berkuasa. Juga terhadap rakyat yg mengangkat kuasa politik tersebut. Dalil: “hai orang2 beriman, hendaklah kamu menjadi orang yg selalu menegakkan keadilan.” AQ5:8 J4: Allah mengatakan suatu perbuatan yg tidak patut, penderhaka dan orang yg sesat, dalilnya AQ: 33:36 J5. Meninggalkan hudud menjadikan kerajaan itu kafir, zalim dan fasiq (AQ 5: 44,45 &49); manakala meninggalkan solat dgn sengaja menjadikan seseorang itu kafir (Muslim,alIman/82, Termidzi, alIman/2622) dari Jabir ra,”pemisah antara seseorang dgn kekafiran ialah meninggalkan solat.” |
Rezeki Itu Hak Allah
Sebuah basikal tua,
Dinaiki seorang lelaki berusia,
Dengan senyuman terukir di bibirnya,
Membuatkan diri ini memikirkan betapa mulianya dia...
Dalam zaman serba moden ini masih adakah insan yang menggunakan basikal bagi mencari sesuap nasi? Susah nak percaya kan. Tapi percayalah masih ada insan yang menggunakan basikal tua untuk mencari rezeki yang halal.
Pernah suatu ketika semasa saya menunggu bas untuk pulang ke kampus, saya ternampak seorang lelaki berseluar pendek, memakai t-shirt dan bertopi (mungkin mahu melindungi wajah dari terik matahari), memberhentikan basikal tuanya berhampiran dengan perhentian bas. Saya kira dia berbangsa India dari segi pakaian dan warna kulitnya. Di bahagian belakang basikalnya kelihatan terselit kotak-kotak kosong yang sudah dilipat-lipat bagi menjimatkan ruang. Beliau kelihatan tersenyum dengan pekerjaannya itu. Membelek dari satu tong sampah ke satu tong sampah yang lain. Mungkin pada pandangan orang lain kotor tapi itulah pekerjaan yang halal dan tidak meminta-minta pada orang lain. InsyaAllah, Allah memberikan rezeki yang halal kepada mereka yang rajin berusaha. Tapi ingat, matlamat tidak menghalalkan cara.
" Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya ".
( Surah ar-Rad : 11 )
Saya juga pernah melihat seorang makcik yang berbangsa cina semasa zaman persekolahan dahulu. Bertahun-tahun dia mengayuh basikal mininya mencari tin-tin kosong dan kotak-kotak yang tidak digunakan lagi. Selama beberapa tahun saya perasan dan memerhatikan makcik ini yang setia dengan pekerjaannya dengan skirt dan t-shirt lusuhnya. Malahan semasa saya pulang ke kampung baru-baru ini juga saya seakan masih ternampak makcik cina tersebut atau mungkin juga saya silap orang. Setiap hari basikalnya penuh dengan muatan, tak pasti pulak dari mana dia mencari semua bahan terbuang tu. Tapi semangat kentalnya yang tak pernah mengena erti penat membuatkan saya kagum.
Jangan kita ingat bila kita dah tak perlukan sesuatu tu, orang lain juga turut tidak memerlukannya? Jangan berfikiran cetek kerana barangkali kamu tidak suka tapi orang lain suka kerana kejadian Allah ni unik. Teringat pulak kisah dengan adik sewaktu nak beli kain baju kurung. Orang cakap kain A cantik, dia cakap tak cantik. Yang orang tengok tak cantik tulah dia kata cantik. Padahal kami sekeluarga tak berkenan dengan pilihan dia tu. Tapi mata dia kata cantik nak buat macam mana kan. Lagipun dia yang nak pakai. Jadi biarlah dia dengan pilihan hatinya. Tiada manusia yang sama antara satu sama lain. Sedangkan cap jari tidak ada yang pernah sama. Itulah ciptaan yang Maha Agung. Belum bersyukurkah kita???
Saya juga pernah beberapa kali semasa makan, ada dua orang (kadang-kadang lelaki berpasangan dan kadang-kala perempuan berpasangan, yang seorang normal dan sorang lagi tidak boleh melihat dalam erti kata lain buta) bergerak dari satu meja ke meja lain untuk menjual tisu. Kiranya membeli sambil bersedekahlah kan. Kadang-kadang bila ada pelanggan yang menolak, mereka tidak pernah berputus asa untuk bergerak ke meja lain dan tidak ada istilah malu dalam diri mereka. Kadang-kadang saya beli juga walaupun saya jarang guna tisu sebenarnya, sebab saya lebih selesa guna sapu tangan Tisu tu buat spare je, selalu saja ada member tanya "ada tisu tak". Kalau pada masa tu saya ada tisu maknanya saya tidaklah menghampakan orang yang meminta. Betul tak?!
Kadang-kadang kita dengan mudah menghukum golongan sedemikian. Dikatakan menumpang kesenangan orang lain dengan hanya tahu meminta-minta. Tapi kita kena ingat kerana rezeki kurnian Allah itu bukan hak mutlak kita. Ia perlu dikongsi kerana dalam rezeki kita ada nisbah orang lain.
REZEKI adalah sesuatu yang telah dijamin oleh Allah kepada seorang hambanya. Rezeki yang kita dapat tu bukan hak mutlak kita seorang, ada hak orang lain di dalamnya. Allah telah menampakkan anugerah kepada hambaNYA dengan menempatkan harta berfungsi sebagai IBADAH. Sebab tu ZAKAT wajib dibayar. Supaya rezeki yang diberikan berfaedah bagi si pemilik dan bermanfaat pula bagi sesama hamba Allah. Dan sekiranya harta itu tidak memberikan manfaat bagi agama, sesama hamba, dalam hubungannya dengan keagungan nama ALLAH swt maka ALLAH berhak menarik semula rezeki itu kerana ALLAH swt adalah pemilik yang sah bagi semua harta yang ada di dunia mahupun akhirat.
Sebab tu dalam Islam digalakkan bersedekah. Jangan pentingkan diri sehingga kita terlupa, nyawa kita juga hanya pinjaman oleh Yang Maha Esa. Entah esok lusa, jika DIA mahu mengambil balik apa yang dipinjamkan kepada kita, siapa kita untuk menafikan yang bukan hak kita. Cuba letakkan diri kita pada tempat mereka? Cuba selami hati dan perasaan mereka? Bukan mereka mahu jadi begitu, barangkali keadaan memaksa walaupun mungkin ada alternatif lain yang boleh difikirkan oleh kita tapi tidak oleh mereka.
Kita semakin matang setiap hari kerana usia semakin meningkat, jadi belajarlah untuk menerima pendapat dan keinginan orang lain. Biarkan mereka melakukan sesuatu yang mereka suka walaupun kita kurang selesa dengan hal tersebut selagi ia tidak melanggar batasan syarak. Jika sudah melanggar batasan syarak maka wajiblah kita untuk menegur. Bukan niat hanya menegur dirinya tapi niat menegur diri kita sendiri supaya kita sentiasa ditingkatkan iman dan taqwa.
Artikel ini dari -
Syaaban : Bulan Penuh Kemuliaan
Bulan Syaaban adalah bulan mulia iaitu bulan yang terletak di antara bulan Rejab padanya Nabi Muhammad s.a.w. melakukan Isra` dan Mikraj dan bulan Ramadhan di mana padanya seluruh umat Islam diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan dan Lailatul Qadar. Sesungguhnya orang yang mensucikan badannya pada bulan Rejab maka ia akan mensucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang mensucikan hatinya pada bulan Syaaban akan mensucikan rohnya pada bulan Ramadhan.
Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon keampunan dari segala dosa dan bulan Syaaban pula untuk memperbaiki hati dari segala cacat dan bulan Ramadhan pula untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Pertukaran arah kiblat
Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat. Allah s.w.t telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara` bin Azib maksudnya: "Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmaqdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar.”
Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah. Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ``Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ``Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.
Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah s.w.t untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah s.w.t. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah s.w.t pada bulan Syaaban.
Perang zat al-riqa`
Dalam pertempuran ini seramai 400 tentera Islam terdiri daripada berkuda dan berjalan kaki telah menghadapi kekuatan musuh daripada Banu Muharib dan Banu Tha’labah daripada Ghatfan di satu tempat di Najd bernama Zat al-Riqa’. Perang ini berlaku pada bulan Syaaban tahun ke-4 Hijrah. Perang ini berakhir dengan kemenangan di pihak Islam apabila kedua-dua kabilah musuh telah melarikan diri.
Perang banu al-mustalaq daripada khuza`ah
Seramai 1, 000 tentera Islam telah bertembung dengan Banu al-Mustalaq di satu tempat bernama al-Mari’ pada bulan Syaaban tahun ke-5 Hijrah. Pihak musuh telah melarikan diri selepas berlaku peperangan yang pendek.
Malam nisfu syaaban
Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)
Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyebut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata:
“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”
Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon keampunan dari segala dosa dan bulan Syaaban pula untuk memperbaiki hati dari segala cacat dan bulan Ramadhan pula untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Pertukaran arah kiblat
Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat. Allah s.w.t telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara` bin Azib maksudnya: "Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmaqdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar.”
Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah. Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ``Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ``Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.
Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah s.w.t untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah s.w.t. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah s.w.t pada bulan Syaaban.
Perang zat al-riqa`
Dalam pertempuran ini seramai 400 tentera Islam terdiri daripada berkuda dan berjalan kaki telah menghadapi kekuatan musuh daripada Banu Muharib dan Banu Tha’labah daripada Ghatfan di satu tempat di Najd bernama Zat al-Riqa’. Perang ini berlaku pada bulan Syaaban tahun ke-4 Hijrah. Perang ini berakhir dengan kemenangan di pihak Islam apabila kedua-dua kabilah musuh telah melarikan diri.
Perang banu al-mustalaq daripada khuza`ah
Seramai 1, 000 tentera Islam telah bertembung dengan Banu al-Mustalaq di satu tempat bernama al-Mari’ pada bulan Syaaban tahun ke-5 Hijrah. Pihak musuh telah melarikan diri selepas berlaku peperangan yang pendek.
Malam nisfu syaaban
Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)
Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyebut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata:
“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”
TIPS KELUARGA BAHAGIA
Tips Rumahtangga yang bercirikan syurga
- Meningkatkan ilmu pengetahuan pada seisi rumah itu.
- Penghayatan agama yang berterusan.
- Memastikan seisi rumahtangga dalam keadaan sihat sejahtera dan aman damai.
- Perlu adanya pengukuhan ekonomi.
- Komunikasi yang cemerlang.
- Wujudnya kemesraan antara suami dan isteri.
- Suasana rumahtangga yang selesa.
Tips Komunikasi Keluarga Cemerlang
- Berkongsi melakukan tugasan di rumah
- Berbincang dalam membuat perancangan sesama ahli kelaurga atau sebelum membuat keputusan yang memberi kesan kepada keluarga
- Menggunakan humor yang bersesuaian untuk mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh konflik yang mungkin berlaku.
- Meraikan hari ulangtahun perkahwinan dan hari lahir bersama ahli keluarga.
- Makan malam bersama.
- Beribadah secara berjemaah.
- Riadah bersama keluarga atau membawa keluarga pergi bercuti di tempat yang bersesuaian.
Tips Komunikasi ke Arah meningkatkan Kasih Sayang Berkekalan
- Berkongsi impian dan tugasan di rumah.
- Tidak mudah dan tidak sesekali merasa kecewa walaupun menempuh cabaran dan masalah dalam rumahtangga.
- tidak berdendam-kesumat antara satu sama lain.
- Sentiasa memohon maaf dan memaafkan kesilapan masing-masing.
- Sentiasa mencari emas dalam diri pasangan.
- Menganggap pasangan sebagai kawan yang paling akrab.
- Sentiasa bersolat jemaah dan saling doa mendoakan pasangan.
- Berterus terang mengenai perselisihan yang kecil untuk mengelakkan konflik yang lebih besar.
- Memahami kepentingan hubungan seks.
- Mencari perubahan untuk merangsang perubahan dalam rumahtangga.
Tips Komunikasi Cemerlang, Gemilang, Terbilang Pasangan Suami Isteri
- Berdoa kepada Allah S.W.T untuk sentiasa disayangi oleh pasangan.
- Sentuh dan tegur pasangan sebelum menyambung kerja lain apabila pasangan balik ke rumah.
- Berlatih untuk menjadi pendengar yang baik.
- Memberi pujian kepada pasangan mengenai penampilan masing-masing dan memberi galakan kepada perubahan yang cuba dibuat oleh pasangan.
- Memujuk apabila pasangan marah atau berkecil hati
- Ucapkan kata-kata syang atau romantik dua kali sehari.
- Memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan oleh pasangan dengan tekun.
- Peluk pasangan dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari.
- Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yang diberikan oleh pasangan.
- Sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan kemas seperti baru berkahwin.
Subscribe to:
Posts (Atom)