nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Siapa Sebenarnya Ustaz Azhar Idrus Dan Kisah Sebenar Beliau Sebelum Bergelar Ulama


Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus telah mencetus fenomena baru dalam bidang dakwah di Malaysia, Beliau telah berjaya menarik semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia untuk memenuhi masjid bahkan hingga melimpah keluar masjid setiap kali kuliah beliau adakan.

Penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir.

Perkembangan ini telah membuktikan bahawa konsep dakwah yang dibawa oleh Ustaz Azhar Idrus dapat diterima oleh masyarakat bahkan memberi kesan mendalam kepada jiwa mereka seterusnya bertekad untuk hadir dan memenuhi setiap ruang penjuru masjid setiap kali beliau memberi ceramah.

Namun tak ramai yang tahu mengenai kisah sebenar ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar pendakwah bebas.

Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus. Dulu pernah ada satu rancangan Ustaz Azhar Idrus di Astro iaitu Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus. Tapi atas sebab2 tertentu, rancangan ini telah diberhentikan siarannya.

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman.

Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor. Mungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ni, seorang Ustaz yang terkenal buat masa ini terutama di kalangan anak-anak muda..

Setiap kali ceramah atau kuliahnya mesti penuh dengan jemaah yang hadir.. Tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz, Apakah yang dilakukannya? mari baca sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz yang dipetik dari Facebook.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.

Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya.

Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.

# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Biodata Penuh:

Nama:
Ustaz Azhar Bin Idrus

Tarikh Lahir:
12 Februari 1964

Berasal:
Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu

Hobi :
Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.

Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun

Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya

Isteri :
1. Rogayah Binti sulong, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1978 (42 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (26 Tahun)

Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (20 tahun)
2.Nur Farhah (19 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (18 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (16 tahun)
5.Ikhwan Najmi (14 tahun)
6.Khairul Mukmin (7 tahun)
7.Rasydan (6 tahun)

Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya.

Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT.

Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya.

Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang.

Sering sahaja kata-kata UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat.

Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah. Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman anda.

Sama-sama kita doakan semoga ustaz Azhar Idrus sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dapat meneruskan kerja-kerja menyebarkankan dakwah dan kuliah ke segenap lapisan masyarakat. Semoga Allah memberkati usaha dakwah beliau demi mengangkat martabat Syiar Islam di Bumi Malaysia ini.

ORANG SOMBONG TIDAK AKAN MEMBACA INI

Kisah yang diceritakan oleh seorang Hamba ALLAH tentang mimpi Seorang Wali di Pekuburan. Di dalam mimpi, wali itu melihat roh ahli-ahli kubur sedang mengais-ngais rumput seperti mencari sesuatu.

Tetiba beliau terlihat ada seorang roh ahli kubur yg sudah berusia tua duduk istirahat di atas kuburnya sendiri.
Beliau memutuskan untuk bertanya kepada roh orang tua tersebut.

Wali :
Paman, kenapa paman sedang duduk istirahat dengan tenang, sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput di situ?

Roh Org tua:
Jikalau kau mau tahu jawabannya,
esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di situ. Penjual daging itu adalah anakku sendiri.

Wali tersebut lalu beranjak dari situ dan terjaga dari mimpinya.

Keesokan harinya.
Wali itu mencari penjual daging yang masih muda tersebut di pasar.
Setelah ketemu beliau hanya memperhatikan dari jauh kelakuan penjual daging tersebut.

Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca Al Qur'an.
Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk menjumpai pemuda tersebut.

Wali:
Assalammualaikum anak muda, saya ada beberapa pertanyaan untuk anak muda.

Penjual daging:
Waalaikumsalam, ya boleh. Apakah pertanyaan itu?

Wali:
Adakah kamu mempunyai seorang ahli keluarga yang meninggal dunia yang di kubur di kampung ini?

Penjual daging:
Ya ada. Itu adalah Ayahku.

Wali:
Aku ada melihat Roh ayahmu dalam mimpiku. Beliau tenang disana.
Apa yg kau lakukan untuk ayahmu wahai anak muda?

Penjual daging:
Aku membaca Al-Qur'an dan aku berdoa kepada Allah...
Jika bacaanku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkannya untuk ayahku.

* Iktibar dari Kisah ini
Kenapa Roh ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?

*Jawabannya,
Mereka sedang mencari percikan-percikan doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz  "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat".

Mengapa roh orang tua itu hanya duduk istirahat, adalah karena doa anaknya yang selalu dikhususkan untuknya.

Pesan:
Perbanyaklah berdoa untuk kedua orang tua dan saudara kita yang sudah tiada untuk kesenangan mereka di alam barzakh.
Doa seorang anak akan terus sampai kepada ibu bapaknya, terutama anak laki-laki yang mana syurganya di bawah ridho ibunya....

Kemudian laksanakan 7 Sunnah Nabi Muhammad SAW :

Pertama:
Solat Tahajjud.
Karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada sholat tahajjudnya.
Doanya pasti akan mudah terkabul dan membuat kita semakin dekat dengan Allah SWT

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari.
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, kita membaca  Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh penahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Pergilah ke masjid (Khususnya di waktu subuh).
Sebelum melangkahkan kaki kemanapun, langkahkan kaki ke masjid dahulu, karena masjid merupakan pusat keberkahan, bukan karena panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah SWT .

Keempat:
Jaga sholat dhuha.
Karena kunci rezeki terletak pada sholat dhuha.
Yakinlah, kekuatan sholat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat-lipat ganda.

Keenam:
Selalu Jaga wudhu.
Karena Allah SWT menyayangi hamba yang berwudhu.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib,
“Orang yang selalu berwudhu, ia akan senantiasa merasa selalu dalam keadaan sholat walaupun ia belum sholat dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa yaitu
*Ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah SWT*"

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

YA ALLAH JAUHKANLAH KAMI SEMUA DARI SIKSA KUBUR, HARAMKANLAH NERAKA ATAS JASADKU, KEDUA ORANGTUAKU, DAN SEMUA ORANG YG MEMBACANYA.

Semoga bermanfaat. Aamiin...

DOA SUPAYA ANAK KECIL TIDAK MENANGIS DI WAKTU MALAM


Adapun untuk mengelak dari gangguan syaitan, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan. Antaranya

1. Membaca Surah Al Fatihah dan mengulang-ulanginya.
2. Membaca Ayat Al Kursi ,membaca Surah Al Ikhlas, Surah Al Falaq dan Surah An Nas.
3. Membaca doa berikut sebanyak 3 kali

بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

4. Doa dan ayat Al Quran di atas boleh dibacakan pada air dan dipercikkan kepada mereka yang sakit. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW kepada Thabit bin Qais.

Amalan ini boleh diamalkan dan in shaa Allah dengan izin Allah SWT dapat menghilangkan rasa sakit serta gangguan terhadap anak kecil. Juga boleh dibacakan Surah Al Baqarah di rumah setiap setiap malam jadikan ia amalan.

Wallahu a’lam.

RUJUKAN

1. Ini berdasarkan hadis Riwayat Al-Bukhari.
2. Ini berdasarkan hadis Riwayat Al-Bukhari.
3. Ini berdasarkan hadis Riwayat Ibn Majah.
4. Ini berdasarkan hadis Riwayat Abu Daud.

TOLONG SHARE BIAR SEMUA TAHU..!!

*Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya di lahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorg India Muslim & mak saya org Banting, Selangor.*

Bapa saya telah pulang ke India & emak saya berada di Kedah, Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru utk mencari kerja bersama2 Kawan2 tetapi gagal. !
Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dgn seorg paderi bernama Father Chong.
(Terkenal di Johor Bahru)

Kami diberi :-
layanan istimewa,
tempat tinggal,
makan, minum &
tinggal selama 2 thn.
Kami diajar sembahyang dlm bahasa Inggeris.

*Pada 1974, saya telah bertemu dgn seorg paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad.* Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14,Jalan Gasing, Petaling Jaya.

*Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jln Gasing & dibina khas utk org Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).*

Setelah satu thn saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara utk : -
sembahyang org mati, talkinkan org &
macam-macam lagi dlm Bahasa Malaysia.Saya belajar sekali dgn Ibu Tien Suharto yg menjadi :-
Pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia &
Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia.

*Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.* Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1bulan, belajar selok belok Kristian dlm bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia kerana terdapat org Malaysia, Singapura & org Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah : -
dibayar $60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 org.

Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz org Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura.

Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja & memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore.

*Saya, ketua dakwah bersama 6 org kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh,* *dibekalkan duit RM$1,400.00,* *bersama 2 org kawan & sebuah kereta utk mengkristiankan pelajar2 & pemuda2 Negeri Perak.*

Pada bulan Januari tahun lepas saya berasa tak tenteram & telah bertemu dgn Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh & Membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak & En Azlan, Pengarah Jabatan Agama & saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 org telah dikristiankan, terutama penduduk :-
Negeri Perak
Manjoi dan Rapat Setia (Perak) &
Johor Bahru.

*Senang utk mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher Hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00) & Perempuan - Berbaju putih skirt hitam & reben hitam.*
*Lokasi :-*
*Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya & Sg Wang Plaza.*

Cara-cara berdakwah:

Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan :-
belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal
(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dgn kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dgn diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water).

*Astaqhfirullah...*

Setelah diberi minum - 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap & mendengar azan macam menutup telinga, hal dakwah Islam tidak mahu. *Air itu khusus utk org Islam sahaja.*

Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak,Filipina & Singapura.

*Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang & Senawang).*

Senawang terlibat seramai 200 org, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat &
Hj Ismail org Sg Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dgn Kristian.

Sekolah yg paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 org telah Kristian.
susah utk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri & datuk-datuk.

Di Ipoh :-
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR) - 2 org. Sekolah teknik seorg pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat,
Bila saya tanya, katanya utk main-main saja, akhirnya dia bertaubat.

Di Banting
Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorg guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari). En Salleh Omar yg menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Noor utk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib!

*Punca terjebak dalam Kristian :*
1. *Desakan hidup*
2. *Kurang agama*

En Salleh telah dapat menarik  300-400 org masuk Kristian. Beliau sekarang bekerja dgn Badan Kebajikan Islam Perak(walau pun dah beragama kristian secara rahsia)

Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 utk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian.
Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya &
saya sebagai timbalan padri itu!

*Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam & bilal utk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 org pendakwah, tidak sampai sebulan 400 org telah masuk Kristian di Melaka!*

Target Kristian:
Pemuda yg tidak faham agama, ada yg tidak tahu Fatihah!

Cara utk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah,
Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (utk menyedarkan umat Islam)

Seorg bekas padri
Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat:

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda2 berdarah
4. Tidak boleh kahwin!

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yg menyediakan air ini. Percetakan buku2 Kristian di Cheras telah disiasat & mereka ada lesen!
Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad Berkata, dakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasukI Kristian iaitu : - Kelantan,
Kedah &
Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan!
> > > > >> > *PENGUMUMAN* - *HARAP DISAMPAIKAN KPD ORG ISLAM KITA*
"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah Memperbaiki bagimu amalan-amalanmu & mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Ny na,  maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yg besar." (Surah Al- Ahzab:71)
Copy paste dr group lain...👍👍👍👆👆👆

*Kisah benar dan nyata!!! Awasilah sanak saudara kita jangan sampai mereka terjebak sama!!!!*

Kisah seorang anak menghafal Al Quran

Kisah ini panjang kalau rajin baca...bacalah sebagai

Teladan buat Semua

Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al- Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok.

Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun. Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”

“Ya,” jawab anak itu singkat.

”Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz.

Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)

Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu,meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada. Dia pun cuba bertanya lebih jauh,

“Kamu hafal surat An-Nahl?”

Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dengan surah-surah yang lebih panjang.

“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”

Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir,

“Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”

“Ya,” jawabnya dengan jujur.

Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, “Subhanallah wa masyaallah tabarakkallah”

Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,”

Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah terkejut kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai. Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu,

“Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki.

Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.

“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”

Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,

“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,
“Siapa yang paling cepat mengulangi
hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti,"

Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah. Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas.

Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”

Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sabar dlm membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang-orang yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.

Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.

Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).

Perempuan yang kita hayati dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.

Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ni hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.

Semoga dari kisah diatas dapat kita ambil ibrah dan jadikan teladan.

In shaa Allah

MAULANA ILYAS KANDHALAWI : ULAMA SUFI, DAIE & MUJADID LUAR BIASA

Maulana Ilyas Kandhalawi (1885- 1944), Badi’uzzaman Said Nursi (1877- 1960), Syeikh Umar Mukhtar (1858- 1931) & Syeikh Izzuddin Al Qassam (1882- 1934) adalah ulama sufi yang hidup sezaman. Persamaan keempat2 mereka adalah berakidah Asya’irah wal Maturidiyah, bermazhab dengan salah satu mazhab fiqh yang empat & bertasawuf dengan tarekat2 muktabar.

Keempat2 mereka hidup di ambang kejatuhan Daulah Uthmaniyah, satu zaman yang sangat mencabar bagi umat Islam. Jika Syeikh Umar Mukhtar & Syeikh Izzuddin Al Qassam bergelumang di medan jihad, Maulana Ilyas & Said Nursi pula bergelumang di medan tarbiah & islah umat. Inilah kemuliaan hidup yang Allah SWT kurniakan pada mereka.

Maulana Ilyas Kandhalawi adalah seorang ulama besar di India. Beliau lahir dalam keluarga ulama. Beliau juga seorang ulama bertarekat Chistiyah, iaitu satu tarekat yang masyhur di kalangan para ulama India. Beliau sangat warak & tawadu'. Akhlaknya dipuji oleh semua orang yang pernah bertemu dengannya.

Sejak dari usia mudanya lagi, keilmuan beliau dalam pelbagai bidang diakui oleh para ulama India. Ketika dianjurkan perhimpunan para ulama besar di India di Kandahla, mereka meminta Maulana Ilyas untuk mengimamkan solat mereka. Antara ulama besar yang hadir pada ketika itu ialah Maulana Asyraf Ali At Tanwi, Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri & Maulana Abdur Rahman Ar Raipuri.

Di India pada ketika itu, umat Islam di bandar sangat teruja & mengagungkan cara hidup British. Manakala umat Islam di kampung pula mencampur adukkan amalan Hindu dalam kehidupan mereka sehari-hari. Keadaan ini sangat menyedihkan Maulana Ilyas. Maka beliau meninggalkan madrasahnya di Nizamuddin lalu pergi ke Mewat & membina madrasah (maktab) di sana.

Mewat adalah sebuah daerah yang dihuni oleh suku Meo. Major Powlett pernah menulis tentang keadaan suku Meo di Mewat sebelum kedatangan Maulana Ilyas seperti berikut:-

“Orang Meo semuanya Islam, tetapi hanya pada nama…Mereka menyambut hari kebesaran Hindu di samping hari kebesaran Islam..Ketika berkahwin, Brahmin Hindu akan melaksanakan upacara perkahwinan. Manakala majlis akad nikah pula dilaksanakan oleh Kadi. Sangat sedikit yang melaksanakan solat di kalangan mereka…Masjid2 juga jarang kelihatan…Hanya terdapat 8 buah masjid dalam 50 buah kampung…Mereka benar2 jahil terhadap agama mereka…”

Di Mewat, Maulana  Ilyas menawarkan pengajian percuma di madrasahnya berserta wang saku kepada orang2 Meo. Namun usaha Maulana Ilyas ini gagal menarik minat mereka untuk mendalami ilmu agama. Maulana Ilyas berasa sangat sedih.

Pada  tahun 1931, ketika mengerjakan haji di Mekah, Allah SWT mengurniakan ilham kepada Maulana Ilyas, bahawa untuk menarik manusia kepada Allah SWT, mestilah dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW sepertimana pada permulaan dakwah Islam iaitu berjumpa manusia dari pintu ke pintu & dari hati ke hati. Maka cara dakwah Nabi SAW dihidupkan kembali.

Apabila pulang ke Mewat, Maulana Ilyas bersama anak2 muridnya memulakan dakwah dengan jaulah dari rumah ke rumah. Setiap hari berpuluh2 batu lembah Mewat dilalui oleh Maulana Ilyas. Tidak sedikit ancaman & kecederaan yang dialami oleh Maulana Ilyas. Namun beliau tetap sabar & istiqamah. Ketika berhadapan dengan orang2 Mewat, beliau menunjukkan akhlak yang sangat baik hatta kepada para samseng.

Lama-kelamaan, usaha dakwah beliau mula diterima. Penduduk Mewat sangat terkesan dengan akhlak & kesungguhan Maulana Ilyas. Mereka mula minat pada agama. Masjid2 mula didatangi & mereka mula menghantar anak2 mereka  belajar di madrasah.

Suasana Mewat bertukar. Dari masyarakat yang meninggalkan amalan2 agama kepada msyarakat yang taat beragama. Maulana Ilyas mula mengutuskan jemaah dakwah dari Mewat ke tempat2 lain di India. Dari sinilah bermulanya gerakan jemaah tabligh. Berapa ramai yang begitu jauh dari agama, berubah menjadi seorang yang sangat mencintai Islam. Setelah itu, ulama2 besar India juga turut melibatkan diri dalam usaha dakwah ini.

Sebagai seorang ulama sufi, beliau sangat menitik beratkan ilmu, zikir, ibadat & khidmat pada karkun2 jemaah Tabligh. Pada beliau, amalan2 tersebut tidak boleh dipisahkan dari dakwah, begitu juga sebaliknya. Berkat usaha yang dijalankan oleh Maulana Ilyas, hari ini jutaan umat Islam dapat diislahkan. Tidak sedikit juga orang2 kafir yang mendapat hidayah dari usaha dakwah yang dijalankan oleh Jemaah Tabligh.

Kini, jutaan Jemaah Tabligh bergerak di seluruh dunia atas maksud dakwah. Selain dari gerakan Islam yang bersifat antarabangsa, perhimpunan tahunan Jemaah Tabligh diiktiraf sebagai perhimpunan kedua terbesar umat Islam selepas perhimpunan Haji di Mekah. Maulana Ilyas Kandhalawi memang layak digelar “Mujadid yang Luar Biasa’.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara

ISTIQAMAH SEHINGGA KEMENANANGAN

Janji Rasulullah sallallahualaihi wasallam betapa perjuangan Islam yang tidak mati dengan wafatnya Baginda sehingga akhir zaman, sama ada mencapai kemenangan dunia berkuasa memerintah atau belum tercapai lagi. Sabda Rasulullah sallallahualaihi wasallam;

Masih ada kalangan umatku, kalangan yang akan bangkit menegakkan perintah Allah, mereka tidak dimudharatkan oleh orang yang mengecewakan mereka dan orang yang menentang mereka, sehingga datangnya keputusan Allah, mereka terus juga dalam keadaan begitu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Allah membawa kisah-kisah umat terdahulu di dalam al-Quran yang menjadi petunjuk di sepanjang zaman. Maka Rasulullah sallallahualaihi wasallam menegaskan bahawa di zaman mutakhir yang tidak ada lagi Rasul, maka adanya kumpulan di kalangan umatnya yang menyambung perjuangan yang tidak boleh dipadamkan cahayanya walaupun dikecewakan oleh manusia yang ramai atau ditentang oleh musuh paling zalim.

Apa yang terpenting bagi pendukung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ialah bahawa  mewarisi perjuangan ini sukar, dan terus beristiqamah bersama Islam yang ditegaskan menjadi aqidah perjuangan, dasar dan matlamatnya.

#Istiqamah
#hingga
#kemenangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...