nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Jika Ilmu Adalah Dadah

Alhamdulillah syukur rasanya hari, kuliah saya bersama pelajar semester satu berjalan dalam keadaan suasana cukup ceria. Seronok rasanya apabila sesuatu yang disampaikan dapat’ respon’ yang baik daripada para pelajar. Hari ini topik kuliah saya menyentuh tentang sumber-sumber ajaran Islam. Skop perbincangannya mengenai sumber ijtihadi iaitu Ijma’ dan Qias.


Walaupunh topiknya adalah topik asas, tapi agak sukar bagi saya apabila berdepan dengan pelajar yang latarbelakang akedemik masing-masing bukan lah daripada aliran agama.Perbincangan lebih tertumpu pada persoalan Qias, jelas tergambar kerumitan pada pelajar saya dalam memahami definisi Qias dengan baik, sehinggalah apabila saya memberi contoh yang mudah iaitu hukum penggunaan dadah secara berlebihan boleh mendatang haram sebagaimana haramnya meminum arak yang telah jelas pengharamannya dalam al-Quran, berulah terukir senyuman pada wajah masing-masing.



Namun ketika rancak perbincangan itu berjalan, minda saya lebih tertarik dengan satu artikel yang pernah saya jumpa dan masih berada dalam simpanan saya yang ada kaitan dngan persoalan dadah ini.Seorang penulis yang kreatif bernama Mohd Khairulanuar Manshor telah membuat kiasan antara ilmu dan dadah dalam artikel yang bertajuk jika ilmu itu adalah dadah.Beliau mengaitkan bagaimana pentingnya dadah bagi penagihnya akan tetapi pada masa kini ilmu seolah-olah dipandang enteng dan remeh bagi semua orang.


Dadah tidak perlu diperkenalkan lagi dalam masyarakat kita kerana setiap golongan tidak kira muda atau tua, hatta kanak-kanak mengetahuinya kerana publisiti besar-besaran diberikan kepadanya.Mereka yang menggunakan dadah kebanyakannya bermula akibat didorong oleh godaan rasa ingin tahu dan keinginan melakukan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Statistik terkini menunjukkan setiap 25 minit, akan lahir seorang penagih dadah yang baru. Bagi yang terjebak dengan dadah, untuk berhenti amatlah payah. Walaupun sudah keluar masuk beberapa kali dari pusat serenti, kebanyakkan yang pernah terjebak tetap tegar. Begitu hebat penangan dadah.


Jika dadah yang bukan menjadi keperluan dalam hidup boleh memberi impak yang besar kepada semua pihak, mengapa ilmu yang menjadi keperluan tidak sedemikian rupa?.


Semua orang tahu apa itu ilmu tetapi ramai yang terkeliru antara maksud ilmu, maklumat dengan kemahiran. Ada yang mengatakan buku itu adalah ilmu, perpustakaan adalah sumber ilmu dan membaca menambah ilmu. Sedangkan yang sebenarnya ilmu adalah apabila apabila kita dapat memahami segala maklumat yang diperolehi hasil pembacaan, penglihatan dan pendengaran. Berbeza denngan Nabi Muhammad s.a.w yang memperolehi ilmu melalui wahyu Ilahi, buku dan perpustakaan itu adalah sumber maklumat dan membaca akan menjadi ilmu jika difahami isinya. Ilmu akan menjadi ‘masak’ jika diperdalami dan diamalkan. Secara ringkasnya, ilmu = mengetahui + menguasai + mengamali.


Bezakanlah bagaimana hebatnya usaha seorang penagih mencari bekalan dadahnya, berbanding cara seorang pelajar menuntut ilmunya. Seorang penagih sanggup bermati-matian sehingga tergamak mencuri dan membunuh semata-mata mahu mandapat sedikit bekalan dadah. Ada juga berlaku kes isteri dan anak dilacurkan hanya kerana si suami atau bapa mahu melepaskan gian dadah. Bayangkan betapa dasyatnya usaha yang dilakukan oleh penagih dadah ini. Hal ini amat bertentangan kesungguhan cara seorang pelajar dalam mencari ilmu.


Lihatlah betapa kreatifnya penagih dadah mengembangkan penggunaan dadah. Pelbagai cara vang digunakan asalkan diri mereka dapat ‘melihat keindahan syurga’. Adakah sikap begini ada dalam diri pelajar yang mendabik dada mengatakan mereka cerdik dan pintar? Mungkin ada tetapi bilangannya mungkin terlalu sedikit. Yang banyak ialah pelajar yang menelan ilmu yang disuapkan oleh pensyarah. Kalau makanan yang ditelan itu akan menghasilkan zat untuk diserap badan atau mengeluarkan tinja, suapan pensyarah itu hanya dikeluarkan pada kertas-kertas peperiksaan sahaja. Realiti yang berlaku, banyak graduan universiti gagal menunjukkan kecemerlangan ketika berkhidmat walaupun amat cemerlang di alam universiti

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...