nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Malaysia Negara Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Bukan Negara Syiah

- Ustaz Tauran

Menyebut tentang Syiah di Malaysia, banyak desas desus yang berbunyi akan perkembangannya di rantau Asia Tenggara ini khususnya di Malaysia dan Indonesia. Dan turut berbunyi akan bahayanya Syiah kepada negara.

Isu Syiah selama ini dipandang sepi dan sunyi dan seolah-olah tidak memberikan implikasi sebesar mana, namun setelah negara-negara seperti Syria, Irak dan Yaman bergolak dengan perang menentang Syiah maka barulah sebahagian orang mula membuka mata, melihat dan menyedari akan bahayanya Syiah ini.

Yang lebih menerujakan apabila Ketua Ulama Sedunia Syeikh Dr. Qardawy sendiri memberikan kenyataan bahawa beliau telah tertipu dengan Syiah. Namun sangat disayangkan apabila masih ada lagi segelintir ulama-ulama dunia yang seakan masih lagi boleh menerima pendekatan antara Sunni dan Syiah.

Kita tidak tahu apakah perancangan mereka, adakah untuk mendamaikan perang yang sedang bergolak ini ataukah memang mereka benar-benar mahukan pendekatan antara mazhab itu terjadi.

Daripada pelbagai peristiwa yang telah terjadi setakat ini, jelas menunjukkan bahawa "taqrib bainal mazhab" ini merupakan agenda Syiah sendiri dalam rangka menyebarkan fahaman-fahaman mereka ke seluruh dunia.

Dengan senjata taqiyyah mereka itu, maka tidak ada apa yang dapat dipersetujui antara Sunni dan Syiah.

Antara Non Goverment Organization (NGO) di Malaysia kini yang kuat menentang Syiah adalah (Pertubuhan Kebajikan Asatizah Kebangsaan) P.A.S.A.K atau lebih dikenali sebagai Pertubuhan Anti Syiah Kebangsaan. P.A.S.A.K merupakan pertubuhan berdaftar yang giat menentang kehadiran Syiah di Malaysia.

Di samping itu wujud juga pertubuhan-pertubuhan lain yang menentang Syiah di Malaysia.

Antara kegiatan utama P.A.S.A.K adalah mengadakan ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah agama bagi menerangkan akan bahayanya Syiah ini dalam masyarakat.

Kini mereka sudah semakin berani, dan kalau di Indonesia dikatakan bahawa Syiah sudah mendominasi politik di sana, maka tidak mustahil perkara tersebut juga akan berlaku di Malaysia sekiranya kegiatan mereka tidak dikekang dan dihalang di Malaysia.

Kerajaan Malaysia sendiri sebelum ini agak agresif dengan isu Syiah dengan melibatkan Kementerian Dalam Negeri dalam menghalang upaya Syiah di Malaysia. Dan kita berharap supaya upaya ini diteruskan dan tidak berhenti di pertengahan jalan. 

Isu Syiah ini bukan hanya isu politik semata bahkan lebih daripada itu. Ini adalah isu bersama, baik kerajaan ataupun pembangkang. Kerajaan dan pembangkang seharusnya duduk semeja atas isu Syiah ini bagi mencari jalan keluar yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini.

Dan sebelum ini juga kerajaan dan pembangkang pernah duduk semeja membincangkan isu Palestin satu ketika dahulu.

Ustaz Ahmad Tauran Hj.Yahya
Kita harap isu tidak ada parti politik yang mengambil kesempatan dari isu Syiah ini dan wajib menolak anasir-anasir Syiah daripada meresap ke dalam parti masing-masing.

Negara kita adalah negara yang umat Islamnya majoriti ahlus sunnah waljamaah di bawah mazhab Syafie dan bukannya umat yang menganut fahaman Syiah seperti Syiah Imamiah, Syiah Imam 12, Syiah Zaidiyyah ataupun Syiah Jaafari. Apa juga alasannya, Syiah tidak dapat dibenarkan bertapak di Malaysia.

Wallahu 'alam.

Ahmad Tauran Hj.Yahya
Penulis adalah PSU Agung P.A.S.A.K

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...