nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Yakjud Dan Makjud

Kemunculan semula Yakjuj dan Makjuj di akhir zaman adalah salahsatu dari 10 tanda besar hampirnya kiamat. Sebenarnya Zulkarnain punmerupakan satu misteri, siapakah dia sebenarnya dan di manakah tembokyang telah dibina oleh baginda masih tidak mendapat jawapan yang jelas.Kitab suci Al-Qur’an memberitakan semua ini agar umat Islam mengkajiselanjutnya, itu kehendak Allah. Ia adalah keadaan yang lebih baikberbanding “spoon-feeding” kerana ia akan menghidupkan minda danmemajukan pemikiran. Dan kejadian-kejadian terserempaknya manusia diatas muka bumi ini dengan UFO dan alien menyebabkan kita ingin tahulebih lanjut adakah ianya ada kaitan langsung dengan kaum Yakjuj danMakjuj dan adakah sebahagian kecil dari kaum ini telah terlepas ke atasmuka bumi?
Siapakah sebenarnya Yakjuj dan Makjuj? Dari sumber Al-Qur’an dan Hadis,ternyata bahawa mereka ini adalah dari bangsa manusia. Jelasnya, merekaadalah anak-anak Adam juga. Mereka adalah dari keturunan Yafits bin Nuha.s. Umur mereka panjang-panjang dan berkembang biak mengatasi bilanganmanusia di atas muka bumi. Saya berpendapat bahawa mereka ini terkepungatau terpenjara di bawah bumi di planet bumi ini sendiri, dan di bawahbumi terdapat tempat-tempat kediaman selesa yang amat besar (bukansemata-mata bersaiz gua).
Bagaimanakah rupa kaum Yakjuj dan Makjuj menurut sumber hadis? DalamFathul-Bari terdapat berbagai riwayat yang menyebut mengenai rupa kaumini, dan ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu (1) Sebahagiannyapunya ketinggian seperti pokok Arz, iaitu sekitar 120 kaki (2)Sebahagiannya setinggi empat hasta dan selebar empat hasta (3)Sebahagiannya akan jadikan sebelah dari telinganya sebagai hamparanuntuk tidur sementara telinga sebelah lagi sebagai selimut. Ada jugariwayat menyatakan bahawa tinggi mereka 2 hasta dan yang paling tinggiialah tiga hasta. Tapi kesemua riwayat-riwayat itu dianggap lemah dantidak layak dijadikan hujah. Sebuah hadis sahih diriwayatkan olehNawwas bin Saman dalam Hadis Muslim menyatakan bahawa kaum Yakjuj danMakjuj adalah amat kuat dan gagah dan tidak mampu dikalahkan olehmanusia di muka bumi. Diriwayatkan juga bahawa mereka ini punya mukayang lebar, mata kecil, rambutnya kelabu keputihan dan muka merekaadalah seperti perisai yang ditutupi oleh kulit. (Musnad Ahmad).
Berapa ramaikah bilangan kaum Yakjuj dan Makjuj ini? Dari sumber-sumberhadis, ternyata bahawa bilangan mereka amat ramai dan jauh lebih ramaiberbanding manusia yang berada di atas muka bumi. Menurut riwayatAbdullah bin Umar r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda “Allahtelah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialahYakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialahmanusia biasa (yang di atas muka bumi)”. Ini bermakna jika seluruh umatmanusia di atas muka bumi berjumlah 6 bilion orang, jumlah mereka ialahsekitar 54 bilion orang. Dengan bilangan sebegitu ramai, logikkah bagimereka mendiami bawah bumi yang “sempit”? Saya berpendapat bahawasebenarnya manusia di atas muka bumi tidak tahu keadaan sebenar dibawah bumi. Teori magma (bahawa di bawah bumi suhunya amat panas)mungkin ada kebenarannya tetapi teori planet bumi berlubang tidak bolehditolak begitu saja apabila kita mengambilkira faktor kaum YakjujMakjuj dan juga berita mengenai “dabbatul ‘ard”. Sekadar menambahpengetahuan, mungkin anda tahu bahawa California di Amerika ituberlubang di bawahnya, dan seluruh bumi California itu mendap sekitar 3inci setiap tahun. California mungkin akan runtuh dan tenggelam kedalam laut pada satu hari nanti.
Mengapakah Yakjuj dan Makjuj tidak mampu memecahkan tembok Zulkarnainzaman berzaman sedangkan Zulkarnain hanya membina tembok itu dalamjangkamasa yang singkat? Kalaulah kaum Yakjuj dan Makjuj iniberteknologi tinggi, tentulah mereka dapat memecahkan tembok itu denganmudah. Sebenarnya Allah belum menghendaki Yakjuj Makjuj keluar semulake permukaan bumi kerana masanya belum sampai. Abu Hurairah r.a.meriwayatkan bahawa pada setiap hari Yakjuj dan Makjuj cuba menggaliatau memecahkan tembok Zulkarnain hinggalah mereka sampai ke peringkatbila mana mereka sudah nampak cahaya di luar sana. Kemudian merekapulang dengan berkata “Esok kita akan dapat membolosinya”. Tapi Allahtelah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkanmereka terpaksa menggalinya sedari mula. Proses ini berterusan haridemi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. BilaAllah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itumereka berkata “InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya”. Padaesoknya mereka akan dapati tembok itu berkeadaan sebagaimana merekatelah tinggalkan hari semalam, dan setelah memecahkan bakinya itulahmereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah).
Mengenai hadis di atas Ibn Arabi berpendapat bahawa sebenarnya Allahmasih tidak mengizinkan mereka keluar. Dijangka mereka masih bolehbekerja memecah tembok di waktu malam dengan bergilir kerana merekaramai. Menurut riwayat Wahab bin Munabbih, kaum Yakjuj dan Makjuj inimempunyai teknologi (punya banyak jenis peralatan), dan mereka bolehdengan mudah gunakan peralatan mereka untuk keluar. Ibn Arabimenyatakan bahawa perkataan “InsyaAllah” tidak pernah mereka ucapkan,hinggalah sampai pada saat bila mana Allah menghendaki mereka keluar,maka mereka akan mengucapkannya.
Untuk rujukan, berikut petikan hadis dalam bahasa Inggeris: AbuHurayrah (may Allah be pleased with him) reports that the Prophet(peace and blessings be upon him) said: “Every day, Gog and Magog tryto dig a way out through the barrier. When they begin to see sunlightthrough it, the one who is in charge of them says, ‘Go back; you cancarry on digging tomorrow,’ and when they come back, the barrierbecomes stronger than it was before. This will continue until theirtime comes and Allah wishes to send them forth. They will dig untilthey begin to see sunlight, then the one who is in charge of them willsay, ‘Go back; you can carry on digging tomorrow, Insha’Allah.’ In thiscase, he will make an exception by saying Insha’Allah, thus relatingthe matter to the Will of Allah. They will return on the following day,and find the hole exactly as they left it. They will carry on diggingand come out against the people. They will drink all the water, andfind the hole exactly as they left it, and the people will entrenchthemselves in their fortresses. Gog and Magog will fire their arrowsinto the sky, and they will fall back to earth with something likeblood on them. Gog and Magog will say, ‘We have defeated the people ofearth, and overcome the people of Heaven.’ Then Allah will send a kindof worm in the napes of their necks, and they will be killed by it…‘By Him in Whose Hand the soul of Muhammad is, the beasts of the earthwill become fat.’” (Reported by At-Tirmidhi, Ibn Majah, and Ahmad)
Dr. Fauzi Deraman, Pensyarah Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, AkademiPengajian Islam Universiti Malaya pernah menyatakan mengenai kaumYakjuj dan Makjuj. Menurut beliau, Yakjuj dan Makjuj bukanlah haiwanatau spesis lain tapi berasal dari keturunan Adam a.s. Yakjuj danMakjuj adalah dari keturunan Yafits, iaitu salah seorang dari tiga anaklelaki Nuh a.s. Keturunan Yafits ini berkembang biak melewati masasehinggalah Zulkarnain membina tembok yang menghalang mereka keluardari lokasi mereka.
“Selain dari berita Yakjuj dan Makjuj dalam Al-Qur’an, terdapat banyakhadis yang kuat membicarakan mengenai kaum ini. Namun ulama berbezapendapat mengenai ciri-ciri kaum ini. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad,ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj ialah bermuka bulat dan kulit kekuninganseperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. Ada pendapat lainmenyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar danMonggol, dan lokasi tahanan mereka adalah di kawasan pergununganCaucasus yang luas. Kebanyakan ulama menyatakan bahawa kaum Yakjuj danMakjuj terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada duniamanusia oleh Allah dengan tembok yang dibina oleh Zulkarnain.
“Tugas kaum Yakjuj dan Makjuj ini ialah mengorek tembok tersebut untuktembus ke muka bumi tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembalimeneguhkan tembok tersebut sehinggalah hampirnya hari kiamat. Bilahampir kiamat, Allah mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj Makjujbebas ke permukaan bumi. Peristiwa ini menjadi salah satu daripada 10tanda besar kiamat. Yakjuj dan Makjuj akan muncul selepas kematianDajal yang dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Kaum Yakjuj dan Makjuj akanmendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan kaum Yakjuj danMakjuj dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapayang mampu menewaskan mereka.
“Nabi Isa a.s. memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung dipergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj. Kemudianbaginda berdoa ke hadrat Allah lalu Allah membinasakan kaum Yakjuj danMakjuj dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan merekahingga mati. Selepas kaum Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk,Allah mengutuskan burung besar untuk mengangkut dan membersihkanmayat-mayat itu daripada muka bumi.
“Ulama juga cenderung berpendapat bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj berasaldan di kurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran Ayat 90 SurahAl-Kahfi yang menyebut bahawa Zulkarnain sampai “di tempat terbitmatahari” iaitu timur dunia.
“Ketika kemunculan semula, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan akan menujuke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehinggakering. Kaum ini juga dikatakan memiliki zuriat yang ramai dan merekaini tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat (umur merekapanjang sebagaimana umur anak Adam sebelum taufan Nuh a.s.). KaumYakjuj dan Makjuj ini hebat, tiada siapa yang mampu menewaskan mereka,dan mereka hanya binasa dengan kekuasaan Allah.
“Dalam sebuah hadis, Rasulullah ada menyatakan kebimbangan bagindakerana pada zaman baginda, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudahberjaya menebuk benteng Zulkarnain menjadi sebesar bulatan ibu jari danjari telunjuk. (Saya salinkan di sini petikan hadis dalam bahasaInggeris: Zainab-b-Zahash says: “Once the Prophet Peace and blessingsbe upon him awoke from such a sleep that his face was red and thesewords were on his tongue, “There is none worthy of worship but Allah.Destruction is upon the Arabs on account of that evil which has comeclose to them. Today a hole as big as this has opened in the wall ofYajuj and Ma’juj. (The Prophet Peace and blessings be upon himindicated the size of the hole with his finger and thumb)”(Bukhari/Muslim) In the lengthy Hadith of Nawwas-b-Saman it has beenmentioned, “And Allah will send Yajuj and Ma’juj and they will comefrom every lofty place.” (Muslim)
Begitulah hasil temubual seorang pemberita, Nasron Sira Rahim denganDr. Fauzi Deraman. Saya pula telah mencatat semula isi kenyataan beliaumenggunakan gaya bahasa saya sendiri, di mana perlu, tanpa menjejaskanfakta-faktanya yang asal. Saya harap petikan kenyataan dari Dr. Fauziini dapat anda renungkan dan kaitkanlah dengan artikel-artikel yangtelah saya catat sebelum ini.
Kewujudan kaum Yakjuj dan Makjuj ini bukan hanya diberitakan dalamAl-Qur’an, tapi juga dalam kitab-kitab terdahulu iaitu Taurat danInjil. Orang-orang Yahudi menyebut sebagai Gog dan Magog. Merekapercaya bahawa Gog (Yakjuj) adalah nama satu kaum yang berasal darianak-cucu Yafits bin Nuh a.s. tapi mereka berpendapat bahawa Magogadalah nama bagi sebuah tempat atau kawasan. Kaum Nasrani pulaberpendapat bahawa Gog dan Magog adalah nama bagi kaum. Kedua-dua agamaini juga percaya bahawa kaum Gog dan Magog ini adalah ganas lagi jahatserta membuat kerosakan di muka bumi. Al-Qur’an telah memberitakansecara jelas mengenai hal ini, pertamanya ialah bahawa mereka iniadalah kaum dan bukannya tempat, kedua ialah kisah pembinaan tembokpemisah oleh Zulkarnain, dan ketiganya ialah hakikat mereka ini akanmuncul semula ke muka bumi bila kiamat sudah hampir.
Di manakah letaknya tembok yang dibina oleh Zulkarnain? Ada pendapatyang menyatakan bahawa ianya terletak di Derbent di Asia Tengah, iaitudi Daerah Hissar, kira-kira 120 batu di tenggara Bukhara. Kawasan ituamat sempit, dengan batu-batu seperti dinding, dan ia berada di laluanutama antara Turkestan dan India. (latitude 38 degrees N; longitude 67degrees E). Pada masa sekarang ianya dikenali dengan namaTurkish-Buzghol Khana (rumah kambing), tapi di masa silam ia dikenalisebagai Tembok Besi (Babul Hadid dalam bahasa Arab, Dar-i-ahani dalambahasa Parsi dan Tie-men-kuan dalam bahasa China). Pada masa kinitembok besi itu sudah tiada lagi, tapi ianya masih ada pada kurun ke17, bila seorang pengembara China bernama Hiouen Tsiang nampak tembokitu dalam pengembaraannya ke India. Beliau nampak pintu gerbang dibuatdari besi dan padanya ada tergantung loceng. Berhampirannya ada sebuahtasik yang bernama Iskandar Kul, yang mungkin ada kaitan denganIskandar Zulkarnain. Al-Maqdis, seorang pengembara bangsa Arab danpakar geografi, telah menulis sekitar 375 Hijrah (985-986 Masehi)bahawa Khalifah Abbasiyah bernama Al-Wathiq (842-846 Masehi) telahmenghantar satu misi ke Asia Tengah untuk melaporkan mengenai TembokBesi ini. Mereka telah menemukan puing (defile) selebar 150 ela, diatas dua tiang pintu (jambs) yang dibuat dari kepingan-kepingan besiyang telah dipeteri menggunakan timah cair, dan di sana terdapat duapintu gerbang besar yang tertutup rapat. (Saya sendiri berpendapatbahawa tembok Zulkarnain bukan di Bukhara).
Ada pendapat yang meneliti dengan lebih terperinci. SheikhHifzur-Rahman dalam “Stories of the Qur’an” telah menuliskan bahawa“Yakjuj Makjuj melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di kawasanyang luas, dan kerana gangguan mereka ini, banyak tembok dan dindingtelah dibina di zaman dan tempat yang berlainan oleh raja-raja zamansilam. Ada empat yang paling terkenal:
1) Tembok Besar China, dibina oleh Raja China 3,460 tahun selepas Nabi Adam a.s.2) Tembok di Asia Tengah berhampiran Bukhara dan Tirmidh, di tempat bernama Derbent.3) Tembok di Degistan Rusia, juga dikenali sebagai Derbent berhampiran Laut Caspia.4) Tembok yang berada di bahagian barat Derbent di Degistan Rusia itu, iaitu di kawasan Caucasus.
Beliau berpendapat oleh kerana tembok-tembok di atas dibina untuktujuan yang sama (melindungi rakyat dari gangguan kaum yang ganas) makaamatlah sukar untuk menentukan secara tepat di manakah sebenarnyatembok yang dibina oleh Zulkarnain. Tiada siapa yang berpendapat TembokBesar China dibina oleh Zulkarnain kerana ianya berada di bahagiantimur sedangkan Al-Qur’an memberitakan bahawa tembok Zulkarnain beradadi arah utara. Pakar-pakar sejarah seperti Masoodi, Istakhri dan Hamawiberpendapat bahawa tembok Zulkarnain ialah sama ada di Degistan atau diCaucasus. Seorang pakar ilmu hadis, iaitu Allama Anwar Shah Kashmiridalam bukunya Aqeeda-tul-Islam berpendapat bahawa tembok Zulkarnainberada di kawasan Caucasus. Allama Aloosi pula berpendapat bahawakedudukan tembok Zulkarnain tidak dapat diketahui secara tepat, danbesar kemungkinan ia sebenarnya berada jauh di sebalik gunung-ganangyang dipisahkan oleh laut yang luas.
Kesimpulannya. Setelah membaca berbagai sumber hadis dan pendapat ulamadi atas tadi, semakin jelaslah pada kita semua bahawa kaum Yakjuj danMakjuj ini adalah anak Adam juga, iaitu dari keturunan Yafits bin Nuha.s. Mereka ini dikatakan berjumlah begitu ramai, iaitu 9 kali lebihramai berbanding bilangan manusia di atas muka bumi. Umur mereka punpanjang-panjang, membolehkan mereka beranak-pinak begitu ramai sebelummereka mati. Mereka juga dikatakan begitu kuat dan hebat, hinggakanseluruh manusia di bumi tidak terdaya mengalahkan mereka. Namun merekaakhirnya akan mati bergelimpangan akibat serangan “ulat”. Walaupunmereka ini hebat dan kuat (hampir pasti juga mereka ini berteknologicanggih), mereka tidak dapat memecahkan tembok Zulkarnain menggunakansegala kepakaran dan teknologi yang ada selagi Allah tidak mengizinkan.
Saya telah catat dalam artikel sebelum ini mengenai kemajuan teknologikaum-kaum sebelum terjadinya taufan Nuh a.s., dan hakikat bahawa merekaitu, termasuk Nuh a.s. sendiri berumur panjang, sekitar 1,000 tahun.Ada sarjana berpendapat bahawa jumlah mereka pada ketika itu ialah 10bilion orang, tapi kesemua mereka telah pupus ditenggelami banjirbesar. Manusia yang terselamat hanyalah yang beriman, yang menaikibahtera bersama Nuh a.s. Ada kemungkinan bahawa antara yang terselamatini telah mewarisi beberapa teknologi maju kaum yang telah pupustersebut, dan sempat mengajarkan teknologi tersebut kepada anak-cucumereka. Termasuklah juga kepada Yafits iaitu bapa kepada Yakjuj (Gog)iaitu datuk-nenek kaum Yakjuj dan Makjuj ini. Artifak-artifak pesawatterbang silam yang telah ditemui oleh para pengkaji serata dunia,ditambah lagi oleh catatan-catatan dalam kitab-kitab kuno India danChina membuatkan kita dapat menerima hakikat bahawa di zaman silamsudah wujud teknologi yang amat maju, dan sebahagiannya, kalau tidakkesemuanya, tentu telah diwarisi oleh kaum Yakjuj dan Makjuj yang ramaiini.
Saya berpendapat bahawa kekuatan dan kehebatan kaum Yakjuj dan Makjujini adalah bersebab dari teknologi canggih yang ada pada mereka. Merekamungkin punya senjata pemusnah yang hebat (sebagaimana kesan-kesankemusnahan di Mohenjo-Daro dan Harappa - baca artikel sebelum ini) danmungkin lebih hebat dari senjata nuklear yang ada pada manusia di bumipada masa sekarang, kerana pada ketika mereka keluar nanti, merekatidak mampu dikalahkan oleh manusia. Maksudnya pada ketika itukemusnahan yang hebat akan berlaku, dan ramai manusia di muka bumi akanmati. Manusia boleh terselamat jika mereka melarikan diri kegunung-ganang menjauhi kaum ini.
Maka setelah membaca sumber-sumber hadis dan pendapat ulama di atastadi, adakah anda masih anggap bahawa UFO dan alien berasal dariangkasa lepas? Atau, adakah anda anggap UFO itu adalah kenderaan kaumYakjuj dan Makjuj dan alien itu adalah kaum Yakjuj dan Makjuj? Sayasendiri berpendapat bahawa UFO dan alien bukan datang dari angkasalepas. Ia berasal dari planet bumi ini sendiri. Sama ada UFO itukenderaan Yakjuj dan Makjuj dan alien itu adalah Yakjuj dan Makjujbelumlah dapat disahkan oleh mana-mana manusia di atas muka bumi ini.Ini menyedarkan kita bahawa ada banyak lagi misteri yang masih tidakdapat dibongkar oleh manusia, walaupun manusia kini menganggap merekasudah serba canggih. Maka kalau alien itu tidak ada kaitan langsungdengan Yakjuj dan Makjuj, apakah sebenarnya alien itu dan siapakahsebenarnya yang mencipta UFO yang berbagai bentuk itu?
Saya berpendapat bahawa sepatutnya umat Islam mengkaji dan menemukanfakta-fakta berkaitan ini mendahului apa yang terdaya dicapai olehBarat dan agama-agama lain. Ini kerana pada kita ada Al-Qur’an, kitabterakhir dan teragung (The Final Revelation) yang mana ayat-ayatmukjizatnya telah memecahkan persoalan kitab-kitab terdahulu darinya(terutamanya Taurat dan Injil) dan memberikan penjelasan. Kita patutbangkit semula menjadi umat yang menggunakan akal fikiran, bukan hanyapunya akal fikiran. Mengenai persoalan Yakjuj dan Makjuj, masa akanmenentukan jawapannya, jawapannya mungkin diperolehi tidak lama lagi,mungkin juga kita tidak sempat menyaksikannya. Tapi yang pasti ialahbahawa janji Allah itu benar dan pasti akan terjadi.
Semoga siri artikel mengenai Yakjuj dan Makjuj ini dapat menimbulkankeinsafan dan mendorong diri setiap Muslim untuk berjuang memertabatkanilmu ke tahap yang diajarkan oleh Allah dan ke jalan yang diredhaiNya.InsyaAllah.
Wallahua’lam.
sumber : ibnuyusof megasutera

1 comment:

Unknown said...

Admin mari singgah di blog ni sekejap http://yakjujdanmakjuj.com/blog/yakjuj-makjuj-bukan-makhluk/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...