Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Semua
orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak
sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh
tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang
baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini
rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang
setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa
sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini
adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau
ditinggalkan sesudah mati.
40 HARI
Tanda
ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat
Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke
atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan
terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu
dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
7 HARI
Adapun
tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya
berselera untuk makan.
3 HARI
Pada
ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan
bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan
jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk
ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke
depan dan sukar ditegakkan.
1 HARI
Akan
berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan
di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan
kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan
berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik
ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita
dan sekarang akan mematikan pula.
No comments:
Post a Comment