Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin Al Jarrah bin Hilal Al Fihri Al
Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah Al Jarrah. Beliau lahir di
Mekah dari sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Keluarganya dari
kalangan pedangang Arab. Beliau termasuk orang yang awal masuk Islam,
selepas Abu Bakar as Siddiq.
Beliau salah seorang sahabat yang dijamin masuk Syurga. Berperawakan
tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri dan amat
pemalu. Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.
Beliau termasuk orang yang pertama masuk Islam. Kehebatannya dapat
kita ketahui melalui sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya setiap umat
mempunyai orang kepercayaan, dan kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah
bin al-Jarrah.”
Abu Ubaidah bin al-Jarrah ra lahir di Mekah, di sebuah rumah keluarga
suku Quraisy terhormat. Nama lengkapnya adalah Amir bin Abdullah bin
Jarrah yang dijuluki dengan nama Abu Ubaidah. Abu Ubaidah adalah seorang
yang berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, rendah diri
dan sangat pemalu. Beliau termasuk orang yang berani ketika dalam
kesulitan, beliau disenangi oleh semua orang yang melihatnya, siapa yang
mengikutinya akan merasa tenang.
Abu Ubaidah termasuk orang yang masuk Islam dari sejak awal, beliau
memeluk Islam selang sehari setelah Saidina Abu Bakar as-Shiddiq ra
memeluk Islam. Beliau masuk Islam bersama Abdurrahman bin ‘Auf, Uthman
bin Maz’un dan Arqam bin Abu al-Arqam, di tangan Abu Bakar as-Shiddiq.
Saidina Abu Bakarlah yang membawakan mereka menemui Rasulullah s.a.w.
untuk menyatakan dua kalimah syahadat di hadapan Baginda.
Kehidupan beliau tidak jauh berbeza dengan kebanyakan sahabat
lainnya, diisi dengan pengorbanan dan perjuangan menegakkan Agama Islam.
Hal itu tampak ketika beliau harus hijrah ke Ethiopia pada gelombang
kedua demi menyelamatkan aqidahnya. Namun kemudian beliau balik kembali
untuk menyertai perjuangan Rasulullah s.a.w..
Abu Ubaidah sempat mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah
s.a.w.. Beliaulah yang membunuh ayahnya yang berada di pasukan musyrikin
dalam perang Badar. Dalam perang Badar Abu Ubaidah al Jarrah cuba
mengelak dari bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan
Quraisy yang menentang Rasulullah s.a.w..
Tetapi ayahnya telah bersumpah hendak membunuh anaknya sendiri kerana
menjadi pengikut Muhamad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu
ketika dalam peperangan Badar Abu Ubaidah al Jarrah terpaksa berdepan
dengan ayah sendiri. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al Jarrah
terpaksa membunuh ayahnya. Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat
Al-Quran surah Al Mujadalah ayat 22.
Allah menurunkan firman-Nya terhadap tindakan nekad Abu Ubaidah terhadap bapanya sendiri :
“Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang
(perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu
ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara
mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah
menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan
semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke
dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap
kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta
bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong
(agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama)
Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.” (Al Mujadilah:22)
Sifat Mulia
Ketika dalam peperangan Uhud, tatkala pasukan muslimin kucar
kacir dan banyak yang lari meninggalkan medan pertempuran, Abu Ubaidah
berlari untuk mendapatkan Nabinya tanpa takut sedikit pun terhadap pihak
lawan dan rintangan. Apabila didapati pipi Nabi terluka, iaitu
terhujamnya dua rantai besi penutup kepala beliau, segera ia berusaha
untuk mencabut rantai tersebut dari pipi Nabi S.A.W..
Abu Ubaidah mulai mencabut rantai tersebut dengan gigitan giginya.
Rantai itu pun akhirnya terlepas dari pipi Rasulullah s.a.w.. Namun
bersamaan dengan itu pula gigi seri Abu Ubaidah ikut terlepas dari
tempatnya. Abu Ubaidah tidak putus asa. Diulanginya sekali lagi untuk
mengigit rantai besi satunya yang masih menancap dipipi Rasulullah
s.a.w. hingga terlepas. Dan kali ini pun harus juga diikuti dengan
lepasnya gigi Abu Ubaidah sehingga dua gigi depan sahabat ini rongak
kerananya. Sungguh, satu keberanian dan pengorbanan yang tak ternilai.
Dalam riwayat yang lain Abu Ubaidah mencabut anak panah yang terkena pada rahang Baginda s.a.w.
Rasulullah s.a.w. memberinya gelaran “Gagah dan Jujur”. Suatu ketika
datang sebuah delegasi dari kaum Kristian menemui Rasulullah s.a.w..
Mereka mengatakan, “Ya Abul Qassim! Kirimkanlah bersama kami seorang
sahabatmu yang engkau percayai untuk menyelesaikan perkara kebendaan
yang sedang kami pertengkarkan, kerana kaum muslimin di pandangan kami
adalah orang yang disenangi.” Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka,
“Datanglah ke sini petang nanti, saya akan kirimkan bersama kamu seorang
yang gagah dan jujur.”
Dalam kaitan ini, Saidina Umar bin Al-Khattab ra mengatakan, “Saya
berangkat tergesa-gesa untuk menunaikan solat Zohor, sama sekali bukan
kerana ingin ditunjuk sebagai delegasi. Setelah Rasulullah selesai
mengimami solat Zohor bersama kami, beliau melihat ke kiri dan ke kanan.
Saya sengaja meninggikan kepala saya agar beliau melihat saya, namun
beliau masih terus membalik-balik pandangannya kepada kami. Akhirnya
beliau melihat Abu Ubaidah bin Jarrah, lalu beliau memanggilnya sambil
bersabda, ‘Pergilah bersama mereka, selesaikanlah kes yang menjadi
perselisihan di antara mereka dengan adil.’ Lalu Abu Ubaidah pun
berangkat bersama mereka.”
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya dalam setiap kaum terdapat
orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah
al Jarrah.”
Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda lagi.
“Tiap-tiap umat ada orang yang memegang amanah. Dan pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah al Jarrah.”
Beliau juga seorang yang zuhud, tidak tamak kuasa dan harta. Di bawah
pemerintahan khalifah Umar al Khattab, Abu Ubaidah al Jarrah dilantik
menjadi ketua pasukan tentera Islam bagi menakluk kota-kota besar yang
berada di bawah pemerintahan Rom seperti Kota Damsyik, Syria, Syam, Kota
Aleppo, Kota Hims, Kota Antakiah dan Kota al Quds di Baitul Maqdis.
Ketika khalifah Umar al Khattab berkunjung ke Baitul Maqdis, beliau
singgah di rumah Abu Ubaidah al Jarrah. Dilihatnya yang ada dalam rumah
ketua panglima Islam itu hanyalah pedang, perisai dan pelana kuda
sahaja. Lalu Saidina Umar bertanya kepadanya:
“Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu dari harta
rampasan perang sebagaimana orang lain mengambilnya?” Tanya Umar al
Khattab.
“Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah cukup bagiku,” jawab Abu Ubaidah al Jarrah.
Saidina Umar al Khattab melantik Abu Ubaidah al-Jarrah memimpin
tentera Islam bagi merebut kembali kawasan tanah Arab yang dijajah oleh
kerajaan Rom. Beliau berjaya dalam tugas yang diberikan itu sehingga
berjaya menakluk Baitul Maqdis.
Sepeninggalan Rasulullah s.a.w., Umar bin Al-Khattab ra mengatakan
kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah di hari Tsaqifah, “Hulurkan tanganmu!
Agar saya baiat kamu, kerana saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
‘Sungguh dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur
di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah.’ Lalu Abu Ubaidah menjawab: Saya
tidak mungkin berani mendahului orang yang dipercayai oleh Rasulullah
s.a.w. menjadi imam kita di waktu solat (iaitu Saidina Abu Bakar
as-Shiddiq ra), oleh sebab itu kita patut menjadikannya imam
sepeninggalan Rasulullah s.a.w.:.
Peperangan Yang Disertai.
Abu Ubaidah bin al-Jarrah ra ikut serta dalam semua peperangan
Islam, bahkan selalu memperolehi kemenangan besar dalam setiap
peperangan tersebut. Beliau berangkat membawa pasukan menuju negeri
Syam, dengan izin Allah beliau berjaya menakluk semua negeri tersebut.
Ketika wabak penyakit Taun bermaharajalela di negari Syam, Khalifah
Umar bin Al-Khattab ra mengirim surat untuk memanggil kembali Abu
Ubaidah. Namun Abu Ubaidah menyatakan keberatannya sesuai dengan isi
surat yang dikirimkannya kepada khalifah yang berbunyi,
“Hai Amirul Mukminin! Sebenarnya saya tahu kamu memerlukan saya, akan
tetapi seperti kamu ketahui saya sedang berada di tengah-tengah tentera
Muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang
menimpa mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sampai Allah
sendiri menetapkan keputusannya terhadap saya dan mereka. Oleh sebab
itu, sesampainya surat saya ini, tolonglah bebaskan saya dari rencana
baginda dan izinkanlah saya tinggal di sini.”
Setelah Umar ra membaca surat itu, beliau menangis, sehingga para
hadirin bertanya, “Apakah Abu Ubaidah sudah meninggal?” Umar
menjawabnya, “Belum, akan tetapi kematiannya sudah di ambang pintu.”
Sepeninggalan Abu Ubaidah ra, Saidina Muaz bin Jabal ra berpidatu di
hadapan kaum Muslimin yang berbunyi, “Hai sekalian kaum Muslimin! Kalian
sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi
Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh
pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang
memberi nasihat kepada semua orang dari beliau. Oleh sebab itu
kasihanilah beliau, semoga kamu akan dikasihani Allah.”
Menjelang kematian Abu Ubaidah ra, beliau berpesan kepada tenteranya,
Sebelum meninggal dunia Abu Ubaidah al Jarrah sempat berpesan kepada
tenteranya, “Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, puasalah di bulan
Ramadhan, berdermalah, tunaikanlah ibadah haji dan umrah, saling nasihat
menasihatilah. Berilah nasihat kepada pimpinan kamu, jangan menipu,
jangan terpesona dengan harta dunia. Sesungguhnya Allah telah menetapkan
kematian untuk setiap manusia, kerana itu semua manusia pasti akan
mati. Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada
Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat.”. Assalamualaikum”.
Kemudian beliau melihat kepada Muaz bin Jabal ra dan mengatakan, “Ya
Muaz! Imamilah solat mereka.” Setelah itu, Abu Ubaidah ra pun
menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Setelah Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia, Muaz bin Jabal mengambil alih tempatnya lalu berucap di hadapan orang ramai.
“Wahai sekalian kaum Muslimin! Kamu sudah dikejutkan dengan berita
kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada
orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka
terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua
orang. Oleh sebab itu kasihanilah beliau, semoga kamu akan dikasihani
Allah.”
Kematiannya
Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia pada tahun 18 Hijrah di
Urdun dalam wilayah Syam, kerana diserang penyakit taun. Jenazahnya
dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom
dan Parsi. Ketika itu beliau berumur 58 tahun. Beliau di kebumikan di
Urdun (Jordan).
Sumber : Kitab Sirah Rasulullah, 75 gambaran kehidupan sahabat, 10 sahabat yang dijanjikan syurga.
No comments:
Post a Comment