nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Pembinaan Kuil Di Tanah Arab; Kiamat Semakin Hampir?

Semasa berada di Oman, ketika bersama seorang rakyat Malaysia baru-baru ini, beliau yang telah bekerja di negara kesultanan itu ada menyebut dan memberitahu tentang kebimbangannya, terdapat sebuah kuil ditengah-tengah bandar Muscat.
Katanya, pada awalnya, ketika tanah itu mula dibangunkan sebagai kuil, ia berada di pinggir bandaraya itu, namun apabila pembangunan baru dilaksanakan, kini kuil itu terletak ditangah-tengah Muscat.
Seorang rakan misi mencelah, ia adalah bertepatan dengan hadis nabi SAW yang memberikan gambaran, bahawa tidak akan datang har kiamat selagi orang tidak menyembah berhala seperti latta  dan uzza, di semananjung Arab.

Rupanya bukan sahaja di Oman, bahkan di Emiret Arab Bersatu (United Arab Emirate) yang berjiran dengan Arab Saudi, telah didirikan kuil-kuil untuk manusia menyembah berhala
Beberapa laman atas talian telah mencatatkan bahawa, telah diriwayatkan daripada ‘Aisyah r. ‘anha bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Siang dan malam tidak akan tamat selagi Lat dan Uzza tidak disembah.”
Saiyidatina ‘Aisyah r. ‘anha berkata : “Aku memikirkan bahawa Allah Ta’ala telah berfirman di dalam Al Quran bahawa Dia telah mengutus Rasulnya dengan petunjuk dan agama yang benar, maka petunjuk dan agama yang benar ini akan terus hidup menguasai (dunia) sehingga ke Hari Kiamat.”
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Benar agama ini akan terus menguasai jika dikehendaki Allah. Tetapi ketika menjelangnya Kiamat, satu jenis bayu akan bertiup lebih lembut daripada sutera. Apabila ia melalui mana-mana orang Islam, orang itu akan mati. Kemudian hanyalah hidup orang-orang kafir. Maka mereka akan menyembah Lat dan Uzza.” (Muslim, Jilid ii, m.s. 394)
Adalah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r. ‘anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kiamat tidak akan muncul selagi wanita-wanita daripada suku Daus tidak mengelilingi berhala bernama Zil-Khalsah. Berhala itu adalah milik suku Daus.” (Ibid) Lat, Manat dan Uzza adalah berhala-berhala yang masyhur di Tanah Arab.
Selepas penaklukan (pembebasan – alfath) Mekah, Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan supaya jangan ada sebuah patungpun di dalam rumah. Kemudian baginda mengutus Khalid Bin Walid r. ‘anhu bersama sekumpulan Sahabat terdiri daripada 80 orang yang berkuda untuk memusnahkan berhala Uzza.
Apabila Khalid r. ‘anhu kembali selepas memecahkan berhala tersebut, maka Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya samada beliau melihat sesuatu.
Apabila Khalid r. ‘anhu menjawab tidak, baginda menghantarnya semula sambil berkata jika kamu tidak melihat sesuatu bermakna berhala itu tidaklah sebenarnya pecah.

Apabila Khalid r. ‘anhu kembali, beliau lihat seorang wanita hitam bertelanjang dengan rambut yang kusut masai, lalu dipancung oleh Khalid r. ‘anhu dengan pedangnya.
Sami-sami tokong menjerit. Khalid r. ‘anhu pun menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah s.a.w. yang bersabda : “Wanita tersebut adalah Uzza. Sekarang dia tidak akan disembah dan dipuja lagi di negeri kamu.” Uzza adalah berhala golongan Quraisy dan Banu Kananah sedangkan Banu Syaiban adalah sami-saminya. (Assah-al Siyar m.s. 285)
Begitulah juga Zil-Khalsah adalah berhala bagi suku Daus. Rasulullah s.a.w. bermaksud bahawa penyembah-penyembah berhala telah tamat hasil daripada keberkatan Iman, Islam, Wahyu dan juga usaha gigih daripada orang-orang Arab yang buta huruf, maka tidak ada lagi bekas-bekas berhala tersebut.
Tetapi apabila perjalanan sistem dunia akan hancur maka ketiadaan majlis-majlis dan kegiatan ilmu, penyampaian dan khutbah serta terpupusnya sistem Khanqah (pondok, pesanteren dsb), ceramah-ceramah agama dan orang-orang Islam sendiri telah tidak wujud lagi, berhala-berhala tersebut akan mula disembah semula.

Terbuktilah daripada Hadis tersebut bahawa “keajaiban” yang terdapat di rumah-rumah berhala dan tokong-tokong adalah hasil daripada silap mata dan penyulapan ataupun tipudaya syaitan. Begitulah “keajaiban” yang berlaku di kuburan adalah satu tipu helah syaitan untuk menyesatkan orang-orang Islam biasa dan orang-orang lain juga. Tetapi Rasulullah s.a.w. bersabda : “Bahawa Kiamat tidak akan berlaku selagi berhala-berhala tersebut tidak disembah lagi.”

BERGEGAR ARASY ALLAH KETIKA SYAHIDNYA

KENALI SAAD AS-SULAMI :

Saad as-Sulami memiliki kulit yang tersangat hitam, lebih hitam dari Bilal ibn Rabah. Mengenali Islam ketika berusia 31 tahun. Saad as-Sulami ingin berkahwin, namun selalu ditolak pinangannya kerana kekurangan dari segi fizikal yang hitam.

Rasulullah SAW menyuruh Saad as-Sulami  meminang seorang perempuan yang merupakan perempuan paling cantik, Atikah binti Amr, namun Saad enggan kerana rasa kecewa dengan penolakan pinangan sebelum ini. Hanya setelah Rasulullah memberi jaminan, barulah Saad berani pergi meminang.

Sampai di rumah perempuan itu, selepas berbual, Saad menyatakan hasratnya menyebabkan bapa perempuan itu terdiam seketika. Disebabkan terkejut, bapa perempuan itu telah menghalau Saad dari rumahnya. Saad mengadap kembali Rasulullah dengan sedih. Perempuan yang dipinang itu keluar dan bertanya kenapa ayahnya menolak pinangan tersebut, kerana lelaki itu adalah pilihan Rasulullah.

Maka, segera si bapa berlari berjumpa Rasulullah bagi mengelakkan Saad sempat berjumpa Baginda. Kemudian datang bapa gadis tersebut menemui Rasulullah dan memohon maaf kerana menolak pinangan Saad sebelum itu dan menyatakan persetujuaannya di atas pinangan tersebut.

Ditanya Rasulullah kepada Saad, adakah kau mempunyai duit untuk berkahwin? Maka jawab Saad tiada, lalu Rasulullah menyuruh beliau menemui Abdul Rahman bin Auf dan meminta 20 dinar, menemui Abu Bakar dan meminta 10 dinar dan Saidina Ali berjumlah 10 dinar.

Maka, apabila Saad berjumpa dengan sahabat Rasulullah yang tersebut dan mengetahui perintah tersebut,  Abdul Rahman b. Auf telah memberikan 40 dinar, manakala Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali memberikan 20 dinar setiap seorang. Saad telah mempunyai 80 dinar untuk perkahwinannya. Rasulullah menyuruh Saad menggunakan 40 dinar untuk perkahwinannya dan 40 dinar lagi untuk persiapan selepas perkahwinan iatu peralatan memasak dan sebagainya,

Saad as-Sulami pergi ke pasar bagi tujuan membeli peralatan-peralatan tersebut. Sedang beliau memilih dan membelek barang-barang, terdengar  seruan untuk berjihad ke medan peperangan. Maka secara tiba-tiba, terlupalah Saad akan tujuannya yang asal, terlupakan perempuan cantik itu dan perkahwinannya dan beliau telah menggunakan wang tersebut untuk membeli kuda, pedang dan baju perisai bagi menyahut seruan jihad itu.

Ketika sampai di tempat berkumpulnya mereka yang bersedia untuk berjihad, Saad pergi ke depan sekali dan tidak dikenali kerana menutup seluruh muka dan tubuhnya. Para sahabat berbisik-bisik kagum dengan kegagahan beliau dan menganggap mungkin orang Yaman yang turut serta berjuang bersama-sama mereka.

Dalam peperangan itu, kuda yang dinaiki Saad telah dipanah hingga jatuh dan Saad serta-merta bangun dan menyinsing lengannya. Ketika inilah sahabat mengecamnya dari warna kulit beliau itu. Beliau akhirnya telah syahid tanpa sempat menyentuh isterinya.

Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata, “di saat kematian Saad, bergegar Arasy Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi”. Saad as-Sulami   dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam. Tetapi apakah kita yang ketika dilahirkan telah pun Islam akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita?

Berbahagialah kamu wahai Saad, jenazahmu menjadi rebutan Bidadari Syurga.

Aku Si Pengembala Kambing

Kisah benar tentang korban Aidil Adha ini mungkin boleh memberi pengajaran dan keinsafan kepada kita yang mempunyai hati2 yang tidak berapa lembut ini..

Menarik kisahnya, seorang anak dan ibunya yang sudah tua dan uzur bersama seorang pedagang binatang korban..

Alkisah diceritakan oleh seorang pedagang binatang korban tentang pengalamannya..

Suatu hari seorang ibu di usia awal 50an datang perhatikan dagangan saya. Dari penampilan luarannya, nampaknya dia tidak akan mampu membeli haiwan ternakan ini. Namun saya cuba juga menghampiri dan menawarkan kepadanya,

“Silakan makcik…”,
Lalu makcik tadi menunjuk salah seekor kambing termurah sambil bertanya,” ya..kalau yang itu berapa harganya encik?”.

“Yang itu RM700 ibu,”
Jawab saya ringkas.
“Berapa Harga terendah?”,
Tanya makcik tu.

“RM600, harga itu untung saya kecil, tapi tak apalah…

“Tapi,duit saya cuma ada RM500 saja,
boleh encik?”, pintanya.
Aduh.., saya jadi pening, kerana itu harga modalnya, akhirnya saya berbincang dengan kawan dan saya pun bersetuju walaupun tidak untung..

Nah.. tak apalah, ambillah. Lalu saya berikan saja dengan harga modal itu kepada makcik tersebut.

Saya pun menghantar kambing korban tersebut sampai ke rumahnya.
Sebaik sahaja tiba di rumahnya, lalu saya terkejut.

Astaghfirullah……
Allahu Akbar…
Terasa menggigil seluruh badan kerana melihatkan keadaan rumah makcik tu yang sangat uzur.

Rupa2nya makcik itu hanya tinggal bertiga dengan ibunya dan anak lelakinya yang masih kecil di rumah usang yang berlantai tanah tersebut. Saya tidak nampak pun ada tilam, kerusi di ruang tamu, apatah lagi perabut mewah atau barangan elektronik.

Dilihat hanya katil kayu yang beralaskan tikar dan bantal lusuh. Rumah yang tidak ada bilik dan terhalang dari pandangan.

Di atas katil kayu itu, terbaring seorang nenek tua yang kurus.

“Mak….. bangun mak..
Tengok ni, saya bawakan apa di rumah ini?”, kata makcik itu pada seorang nenek yang tidur dan akhirnya terbangun.

“Mak, saya sudah belikan emak seekor kambing untuk dibuat korban, nanti kita hantarkannya ke Masjid ya mak….”, kata makcik itu dengan wajah penuh keceriaan dan puas.

Si nenek tadi sangat terkejut meski nampak bahagia, sambil dia membelai kambing yang berdiri di sebelah katilnya..

Lalu nenek itu mengucapkan rasa syukur “Alhamdulillah, kesampaian juga kalau emak mahu berkorban”.

“Ini cik,, maaf jika saya menawar harga kambing ini terlalu murah, kerana saya hanya tukang cuci di kampung sini. Saya berusaha kumpulkan wang sekian lama untuk membeli seekor kambing yang diniatkan buat korrban atas nama ibu saya….”, kata makcik tadi.

Kaki ini bergetar..
Hati terasa sebak..
Dada terasa sesak..
Sambil menahan titisan air mata, saya berdoa..

“Ya Allah…,
Ampuni dosa hambaMU ini,..Aku malu berhadapan dengan hambaMU yang pastinya lebih mulia ini, seorang yang miskin harta namun kaya imannya.Makcik ini begitu luar biasa”.

“Encik... ini ada sedikit wang upah kerana menghantar kambing ini ke rumah…”, panggil makcik itu,”
Saya tidak melihatnya dan tidak mahu ambil tahu berapa nilaiannya lalu dengan rasa sayu, saya berkata..

"Sudah makcik, biarkan kos hantar saya yang bayar" dengan wajah yang malu dan sayu sambil airmata berlinang.

Saya cepat2 pergi sebelum makcik itu tersedar yang mata ini sudah berair kerana tidak sanggup mendapat teguran dari ALLAH yang sudah mempertemukan dengan hambaNYA yang sangat sabar, tabah dan penuh keimanan ingin memuliakan dan menggembirakan orang tuanya..
Masyaallah..
Allahu Akbar..

*Moral of the story..
Wahai diriku dan sahabat2ku..

Untuk menjadi mulia ternyata...tidak perlukan harta berlimpah dan berjuta2.

Tidak juga perlu punyai gelaran kenamaan Dato, Datin, Tan Sri, Puan Sri, Tun..tidak perlu punya kedudukan yang tinggi sebagai Sultan, Menteri, Ketua Pengarah atau pun Mufti..tidak juga perlu punya kuasa mutlak dan pengaruh yang dibeli dengan wang ringgit...

Cukuplah kita belajar dari sifat keikhlasan yang luhur dari kisah tadi.. demi untuk mencapai erti kemuliaan hidup.

Berapa ramai di antara kita yang diberi kecukupan dan kekayaan serta kemewahan..., namun masih ada sahaja keengganan dan pelbagai halangan untuk berkorban, bersedekah, menginfaqkan sebahagian harta ke jalan Allah...

Kalau pun bukan harta dan wang ringgit,  Sekurang2nya masa dn tenaga untuk pengorbanan di jalan Allah..

Ramai dari kita.. masih tersangat sayang akan harta dunia yang sudah di kumpul setinggi gunung.. masih khuatir simpanan akan berkurangan dan habis di berikan kepada orang lain.

Kita boleh sahaja membeli hp mahal, jam tangan dan beg berjenama, atau pelbagai  aksesoris yang melekat di tubuh kita yang harganya jauh lebih mahal dibandingkan dgn harga seekor haiwan korban atau pun sebahagian 1/7 darinya.

Kenapa kita rasa seperti tidak mampu, atau masih lagi suka tangguhkan melakukan perkara2 dn kerja2 kebajikan dn amal soleh.?

Hakikat sebenarnya..
Kita mampu... kita boleh sahaja sediakan hampir segalanya..Kita mampu melanggani Astro, Mio,Internet wi fi atau Starhub, kita mampu melancong ke dalam dn luar negara.. Kita mampu makan makanan yang mahal2 di restoran dn hotel yang mewah.

Kita mampu membeli atau membayar ansuran motorsikal berkuasa tinggi, ansuran kereta mewah dn ansuran rumah yang mencecah lebih dari harga satu bahagian lembu Qurban....

Namun sering kita sembunyi di sebalik kata "TIDAK MAMPU"  ini. Terimalah hakikat dn kenyataan ini..

Muhasabah diri...
Tanya pada diri kita yang mampu ini, sudahkah kita kerjakan ibadah korrban sebelum Allah menarik sedikit demi sedikit rezeki yang dikurniakannya, sementara kita masih lagi diberi dn dipinjami nafas untuk hidup.!

Renung Renungkanlah
Fikir Fikirkanlah...Terasa sangat keinsafan, sering kali kita mengeluh dn merungut tidak punya wang yang cukup.

Astaghfirullah..
Ambillah ini sebagai iktibar, sebagai nasihat, sebagai peringatan dan muhasabah untuk diri..

Ahli Parlimen Islam wajib sokong pindaan Akta 355: Mufti Wilayah

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Khamis –  Semua Ahli Parlimen beragama Islam tanpa mengira parti wajib menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang  diusulkan Presiden PAS dalam perbahasan Parlimen sesi akan datang.

Mufti Wilayah, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, tindakan memberi sokongan kepada pindaan akta Mahkamah Syariah berkenaan adalah salah satu cara yang unggul demi memartabatkan keadilan Islam.

Ini kerana katanya, seseorang yang beriman wajib baginya memartabatkan perundangan Islam seupaya mungkin termasuk melalui pemerkasaan Mahkmah Syariah dan taqnin (kodifikasi/penggubalan undang-undang) yang diperlukan.

“Dengan RUU pindaan Akta 355, maslahat umat Islam akan terjamin dan dihormati. Ingatlah bahawa sebarang tindakan kita ini adalah sejarah yang pasti dibaca dan diteliti oleh generasi kita akan datang.

“Dengan kedudukan Islam yang begitu tinggi dan terserlah ini, sudah tentu tiada sebab untuk Syariah Islam tidak dapat dilaksanakan atau sekurang-kurangnya diperkasakan dalam konteks perundangan yang sedia ada,” katanya menerusi kenyataan Bayan Linnas Siri 67 : Isu Cadangan Pindaan Akta 355 : Satu Pandangan.

Selain itu, Dr Zulkifli juga menggesa Ahli Parlimen bukan Islam untuk menyokong dengan harapan bahawa pindaan akta ini membawa aspirasi para pengundi Islam yang mahukan pemerkasaan Mahkamah Syariah di Malaysia.

Beliau berkata, hakikat yang sentiasa diulang, RUU ini sama sekali tidak terpakai kepada golongan bukan Islam kerana akta itu sendiri menjelaskan bahawa ia hanya melibatkan orang Islam sahaja.

“Akta itu sudah sedia ada wujud dan hanya akan dipinda dan diberi penambahbaikan.

“Justeru, ia bukan satu usaha ‘jalan belakang’ ke arah pelaksanaan hudud kerana pemerkasaan sistem kehakiman Islam secara menyeluruh yang sangat diperlukan oleh umat Islam dan Malaysia.

“Usaha itu juga menggunakan sistem demokrasi berparlimen yang menjadi tonggak utama negara ini, prinsip itulah yang akan dipegang secara bersama,” katanya lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...