nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Aku Si Pengembala Kambing

Kisah benar tentang korban Aidil Adha ini mungkin boleh memberi pengajaran dan keinsafan kepada kita yang mempunyai hati2 yang tidak berapa lembut ini..

Menarik kisahnya, seorang anak dan ibunya yang sudah tua dan uzur bersama seorang pedagang binatang korban..

Alkisah diceritakan oleh seorang pedagang binatang korban tentang pengalamannya..

Suatu hari seorang ibu di usia awal 50an datang perhatikan dagangan saya. Dari penampilan luarannya, nampaknya dia tidak akan mampu membeli haiwan ternakan ini. Namun saya cuba juga menghampiri dan menawarkan kepadanya,

“Silakan makcik…”,
Lalu makcik tadi menunjuk salah seekor kambing termurah sambil bertanya,” ya..kalau yang itu berapa harganya encik?”.

“Yang itu RM700 ibu,”
Jawab saya ringkas.
“Berapa Harga terendah?”,
Tanya makcik tu.

“RM600, harga itu untung saya kecil, tapi tak apalah…

“Tapi,duit saya cuma ada RM500 saja,
boleh encik?”, pintanya.
Aduh.., saya jadi pening, kerana itu harga modalnya, akhirnya saya berbincang dengan kawan dan saya pun bersetuju walaupun tidak untung..

Nah.. tak apalah, ambillah. Lalu saya berikan saja dengan harga modal itu kepada makcik tersebut.

Saya pun menghantar kambing korban tersebut sampai ke rumahnya.
Sebaik sahaja tiba di rumahnya, lalu saya terkejut.

Astaghfirullah……
Allahu Akbar…
Terasa menggigil seluruh badan kerana melihatkan keadaan rumah makcik tu yang sangat uzur.

Rupa2nya makcik itu hanya tinggal bertiga dengan ibunya dan anak lelakinya yang masih kecil di rumah usang yang berlantai tanah tersebut. Saya tidak nampak pun ada tilam, kerusi di ruang tamu, apatah lagi perabut mewah atau barangan elektronik.

Dilihat hanya katil kayu yang beralaskan tikar dan bantal lusuh. Rumah yang tidak ada bilik dan terhalang dari pandangan.

Di atas katil kayu itu, terbaring seorang nenek tua yang kurus.

“Mak….. bangun mak..
Tengok ni, saya bawakan apa di rumah ini?”, kata makcik itu pada seorang nenek yang tidur dan akhirnya terbangun.

“Mak, saya sudah belikan emak seekor kambing untuk dibuat korban, nanti kita hantarkannya ke Masjid ya mak….”, kata makcik itu dengan wajah penuh keceriaan dan puas.

Si nenek tadi sangat terkejut meski nampak bahagia, sambil dia membelai kambing yang berdiri di sebelah katilnya..

Lalu nenek itu mengucapkan rasa syukur “Alhamdulillah, kesampaian juga kalau emak mahu berkorban”.

“Ini cik,, maaf jika saya menawar harga kambing ini terlalu murah, kerana saya hanya tukang cuci di kampung sini. Saya berusaha kumpulkan wang sekian lama untuk membeli seekor kambing yang diniatkan buat korrban atas nama ibu saya….”, kata makcik tadi.

Kaki ini bergetar..
Hati terasa sebak..
Dada terasa sesak..
Sambil menahan titisan air mata, saya berdoa..

“Ya Allah…,
Ampuni dosa hambaMU ini,..Aku malu berhadapan dengan hambaMU yang pastinya lebih mulia ini, seorang yang miskin harta namun kaya imannya.Makcik ini begitu luar biasa”.

“Encik... ini ada sedikit wang upah kerana menghantar kambing ini ke rumah…”, panggil makcik itu,”
Saya tidak melihatnya dan tidak mahu ambil tahu berapa nilaiannya lalu dengan rasa sayu, saya berkata..

"Sudah makcik, biarkan kos hantar saya yang bayar" dengan wajah yang malu dan sayu sambil airmata berlinang.

Saya cepat2 pergi sebelum makcik itu tersedar yang mata ini sudah berair kerana tidak sanggup mendapat teguran dari ALLAH yang sudah mempertemukan dengan hambaNYA yang sangat sabar, tabah dan penuh keimanan ingin memuliakan dan menggembirakan orang tuanya..
Masyaallah..
Allahu Akbar..

*Moral of the story..
Wahai diriku dan sahabat2ku..

Untuk menjadi mulia ternyata...tidak perlukan harta berlimpah dan berjuta2.

Tidak juga perlu punyai gelaran kenamaan Dato, Datin, Tan Sri, Puan Sri, Tun..tidak perlu punya kedudukan yang tinggi sebagai Sultan, Menteri, Ketua Pengarah atau pun Mufti..tidak juga perlu punya kuasa mutlak dan pengaruh yang dibeli dengan wang ringgit...

Cukuplah kita belajar dari sifat keikhlasan yang luhur dari kisah tadi.. demi untuk mencapai erti kemuliaan hidup.

Berapa ramai di antara kita yang diberi kecukupan dan kekayaan serta kemewahan..., namun masih ada sahaja keengganan dan pelbagai halangan untuk berkorban, bersedekah, menginfaqkan sebahagian harta ke jalan Allah...

Kalau pun bukan harta dan wang ringgit,  Sekurang2nya masa dn tenaga untuk pengorbanan di jalan Allah..

Ramai dari kita.. masih tersangat sayang akan harta dunia yang sudah di kumpul setinggi gunung.. masih khuatir simpanan akan berkurangan dan habis di berikan kepada orang lain.

Kita boleh sahaja membeli hp mahal, jam tangan dan beg berjenama, atau pelbagai  aksesoris yang melekat di tubuh kita yang harganya jauh lebih mahal dibandingkan dgn harga seekor haiwan korban atau pun sebahagian 1/7 darinya.

Kenapa kita rasa seperti tidak mampu, atau masih lagi suka tangguhkan melakukan perkara2 dn kerja2 kebajikan dn amal soleh.?

Hakikat sebenarnya..
Kita mampu... kita boleh sahaja sediakan hampir segalanya..Kita mampu melanggani Astro, Mio,Internet wi fi atau Starhub, kita mampu melancong ke dalam dn luar negara.. Kita mampu makan makanan yang mahal2 di restoran dn hotel yang mewah.

Kita mampu membeli atau membayar ansuran motorsikal berkuasa tinggi, ansuran kereta mewah dn ansuran rumah yang mencecah lebih dari harga satu bahagian lembu Qurban....

Namun sering kita sembunyi di sebalik kata "TIDAK MAMPU"  ini. Terimalah hakikat dn kenyataan ini..

Muhasabah diri...
Tanya pada diri kita yang mampu ini, sudahkah kita kerjakan ibadah korrban sebelum Allah menarik sedikit demi sedikit rezeki yang dikurniakannya, sementara kita masih lagi diberi dn dipinjami nafas untuk hidup.!

Renung Renungkanlah
Fikir Fikirkanlah...Terasa sangat keinsafan, sering kali kita mengeluh dn merungut tidak punya wang yang cukup.

Astaghfirullah..
Ambillah ini sebagai iktibar, sebagai nasihat, sebagai peringatan dan muhasabah untuk diri..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...