nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Kewajipan Menyokong Produk Muslim


1. Antara tindakan terawal yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ dalam membangunkan Negara Islam Madinah adalah dengan membina pasar perniagaan bagi orang-orang Muslim. Ketika itu ekonomi Madinah dikuasai oleh Yahudi.

2. Pasar Yahudi Bani Qainuqa’ telah menjadi tumpuan aktiviti perdagangan ketika itu. Namun, amalan perniagaan Yahudi tidak selari dengan prinsip Islam. Mereka terkenal dengan konsep riba yang dianjurkan dalam transaksi jual beli mereka sehingga hari ini. Malah di pasar inilah seorang wanita Muslimah telah diganggu kehormatannya.

3. Bagi memecahkan monopoli penguasaan Yahudi terhadap ekonomi Madinah, Rasulullah ﷺ membangunkan pasar buat muslim sebagai pusat perdagangan kaum Muslimin di Madinah. Tindakan Bagindaﷺ ini menimbulkan kemarahan Yahudi lalu mereka menghantar Kaab Bin Asyraf, seorang pembesar Yahudi. Kaab datang lalu merobohkan khemah perniagaan yang dibangunkan oleh Baginda Nabi.

4. Bertegas dengan tindakan Kaab yang merobohkan khemah perdagangan pasar kaum Muslimin, Rasulullah ﷺ menegaskan:

لا جرم لأنقلنّها إلى موضع هو أغيظ له من هذا

“Baiklah, kita akan bina pasar yang lebih dimarahi (yang lebih dibimbangi oleh Yahudi) daripada tempat ini!” (al-Samhudi, Wafa al-Wafa’, 2/257)

5. Menurut riwayat Ibn Usayd, seorang sahabat mencadangkan tapak yang lebih luas untuk pasar Muslim. Bahkan menurut riwayat Ibn Syabah, Rasulullah ﷺsendiri yang menyumbang ke arah pembangunan pusat perdagangan Muslim. Kata beliau:

أن رسول الله صلّى الله عليه وسلّم تصدق على المسلمين بأسواقهم

“Sesungguhnya Rasulullah sendiri menyumbang (melaburkan wang kepada pembangunan) pasar-pasar perdagangan kaum Muslim.” (al-Samhudi, Wafa al-Wafa’, 2/257)

6. Tindakan Rasulullah ﷺini dilihat sebagai usaha bagi membantu ekonomi Muslim. Baginda bahkan menjalankan dasar-dasar baharu bagi menggalakkan kaum Muslimin supaya menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan pertanian.

6. Saidina Uthman juga dikatakan melaburkan sejumlah wang yang banyak bagi membeli “Telaga Rumah,” iaitu salah satu telaga yang menjadi punca air di Madinah. Ini semua adalah bagi menjaga kepentingan sumber dan ekonomi orang Islam.

7. Kesannya, ekonomi Madinah yang sebelum itu dimonopoli oleh Yahudi berjaya dipecahkan. Kaum Muslim bersatu dalam membangun dan menyokong ekonomi orang Islam.

8. Begitulah juga keadaan pada hari ini. Kaum Muslim disarankan agar membantu dalam usahah membangunkan dan menyokong produk Muslim. Dalam masa yang sama, peniaga Muslim juga wajib menjaga kualiti produk mereka disamping mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Mari sokong produk Muslim.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Petugas Korban Jangan Jadi Pencuri

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لَا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

Daripada Ali RA ia berkata; "Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri." (Sahih Muslim No: 2320) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Daging serta apa-apa sahaja daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak seperti fakir miskin juga jiran tetangga.

2.  Mengambil daging korban oleh penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah dilarang kerana ia termasuk dalam hukum jual beli, iaitu menjual tenaga kerja untuk membeli  daging kecuali yang diberi oleh pengorban. Pemberian disebabkan  jiran atau orang miskin seperti jumlah orang lain dapat.

3. Untuk upah sebagai penyembelih atau petugas boleh diberi dalam bentuk wang atau lain-lain.

4.  Antara kesalahan yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban tanpa izin dari empunya korban. Biasanya hal ini dilakukan oleh pelapah dan petugas yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Kadang-kala mereka merasa berhak kerana menolong atau kerana AJK. Sedangkan daging korban tidak boleh dijadikan upah.

5.  Biasanya, mereka akan meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan dan mengambil apabila selesai urusan korban. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan.  Ingatlah Firman Allah:

ياأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ

“Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).

6.  Ingatlah, dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, seorang yang menyertai misi jihad bersama Rasulullah SAW telah dibunuh. Orang ramai mengucapkan tahniah kerana beliau telah mati syahid. Namun Nabi SAW menyebut:

كلا الذي نَفْسِي بيَدِهِ إنَّ الشَّمْلَةَ الَّتي أخَذَها يَومَ خَيْبَرَ مِنَ المَغانِمِ لَمْ تُصِبْها المَقاسِمُ لَتَشْتَعِلُ عليه نارًا فَلَمّا سَمِعَ ذلكَ النّاسُ جاءَ رَجُلٌ بشِراكٍ - أوْ شِراكَيْنِ - إلى النبيِّ ﷺ فَقالَ: شِراكٌ مِن نارٍ  أوْ: شِراكانِ مِن نارٍ.

Tidak! Sesungguhnya selendang dari harta rampasan perang yang dia ambil pada hari Peperangan Khaibar tanpa pembahagian (yang betul) sedang menyalakan api neraka ke atasnya”. Apabila orang ramai mendengar  kenyataan tersebut,  maka seorang lelaki datang membawa seutas  atau dua utas tali (yang diambil tanpa pembahagian yang diizin)  kepada Nabi s. a. w . Baginda bersabda: Seutas atau dua utas tali juga  (menyebabkan masuk) dalam neraka.

7.  Jika mengambil seutas tali atau sehelai selendang tanpa pembahagian yang diizinkan, boleh menjadi penyebab masuk neraka, walaupun individu itu menyertai jihad bersama Nabi SAW.  Bagaimanakah jika seketul atau satu kilo atau lebih daging yang diambil tanpa izin pengorban?

Doa Hari Jumaat

Doa hari Jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ                 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Yaa Allah, di pagi Jumaat yang mulia ini ampun lah dosa dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami, beri lah kami hidayah Mu agar kami sentiasa dekat dengan Mu, Yaa Allah.

Yaa Allah, kami bersyukur kepada Mu kerana memberi peluang kepada kami untuk meneruskan kehidupan ini. Jadikan kehidupan kami sentiasa mendapat redho Mu.

Yaa Allah, didiklah kami untuk sabar dalam meniti liku-liku hidup ini, tetapkanlah hati kami dalam agama Mu.

Yaa Allah, kurniakanlah kepada kami rahmat dan kasih sayang Mu, berilah kami hati yang tenang dan permudahkanlah perjalanan hidup kami.

Yaa Allah, kami memohon perlindungan Mu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.

Yaa Allah, Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami, agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.

Yaa Allah, jadikanlah hari ini dan hari2 selanjutnya jauh lebih baik bagi kami, dibanding hari2 yang telah kami lalui.

Yaa Allah, bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja dan berusaha, dalam beribadah dan beramal.

Yaa Allah, jaminlah keselamatan, kesihatan, keamanan, kedamaian, ketenteraman, keberhasilan dan kesejahteraan bagi kami dan keluarga kami.

Yaa Allah, limpahkan dan lipat gandakanlah rezeki kami dengan rezeki yang halal lagi berkat.

Yaa Allah, sihatkanlah tubuh badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami,  dekatkanlah kami kepada kebaikan, jauhkanlah kami dari kejahatan dan tunaikanlah hajat kami.

Yaa Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun.

Yaa Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga Mu.

Yaa Allah, Ya Ghaffar,
ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan kami, anak kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Yaa Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami.                                            

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.  َ

6 PESAN INDAH MBAH MAIMUN ZUBAIR


😭

K.H Maimun Zubair Dawuh,

1. jika engkau melihat seekor semut terpeleset dan jatuh di air, maka angkat dan tolonglah...barangkali itu menjadi penyebab ampunan bagimu di akhirat.

2. Jika engkau menjumpai batu kecil di jalan yang bisa menggangu jalannya kaum muslimin, maka singkirkanlah, barangkali itu menjadi penyebab dimudahkannya jalanmu menuju surga.

3. Jika engkau menjumpai anak ayam terpisah dari induknya, maka ambil dan susulkan ia dengan induknya, semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan dirimu dan keluargamu di surga.

4. Jika engkau melihat orang tua membutuhkan tumpangan, maka antarkanlah ia...barangkali itu mejadi sebab kelapangan rezekimu di dunia.

5. Jika engkau bukanlah seorang yang mengusai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba' ta' kepada anak2 mu, setidaknya itu menjadi amal jariyah untukmu..yang tak akan terputus pahalanya meski engkau berada di alam kuburmu.

6. Jika engkau tidak bisa berbuat kebaikan Sama sekali Maka Tahanlah tangan dan lisanmu dari menyakiti, setidaknya Itu menjadi sedekah untuk dirimu.

Al-Imam Ibnul Mubarak Rahimahullah berkata:

رُبَّ عَمَلٍ صَغِيرٍ تُعَظِّمُهُ النِّيَّةُ ، وَرُبَّ عَمَلٍ كَبِيرٍ تُصَغِّرُهُ النِّيَّةُ

“Berapa banyak amalan kecil, akan tetapi menjadi besar karena niat pelakunya. Dan berapa banyak amalan besar, menjadi kecil karena niat pelakunya”

Jangan pernah meremehkan kebaikan, bisa jadi seseorang itu masuk surga bukan karena puasa sunnahnya, bukan karena panjang shalat malamnya tapi bisa jadi karena akhlak baiknya dan sabarnya ia ketika musibah datang melanda

Rasulullah SAW bersabda:

« لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ ».

“Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan sedikitpun, meskipun (hanya)bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum".(HR. Muslim)

Mari selalu berusaha dan berprilaku positif, semangat meraih hasil terbaik serta saling mendoakan akan keberkahan.. Aamiin...Semoga bermanfaat

Selamat jalan Kh Mbah Maimun .. insyaAllah husnul khotimah..

Kerana Janji...Jadikan Pengajaran Buat Umat Islam Malaysia dan Indonesia

Isu Kashmir

Iktibar buat kita di Malaysia jangan sampai nasib begini

Satu pekongsian utk renongan bersama. 13 jam yg lalu Parliman India telah meluluskan undang2 membatalkan Article 370 : Hak Autonomi Rakyat Kashmir :

1. Selepas merdeka dari Britain 1947, Kashmir sebuah wilayah majoriti Islam di pergunungan Himalaya samada nak join Pakistan atau India.

2. Kashmir pilih utk join India dgn syarat diberi autonomi di bawah Article 370:

i) Orang Kashmir memilih Ketua Menteri nya sendiri, dan

ii) Orang asing dari luar Kashmir tak boleh memiliki tanah di Kashmir

3. 13 jam yg lalu Article 370 telah diluputkan kerana itu adalah janji kerajaan BJP yg disokong oleh militan Hindu waktu pilihanraya baru2 ini dgn tujuan utk menjayakan impian kebanyakan orang Hindu di India utk menghindukan Kashmir sebab dgn pembatalan Article 370, bermaknalah:

i) Kashmir hilang autonomy dan ditadbir direct oleh Kerajaan Pusat di New Delhi,

ii) Ketua Menteri tak semestinya Islam walau pun majoriti penduduk Islam,

iii) Orang Hindu dari luar Kashmir boleh bermastautin dan membeli tanah di Kashmir.

4. Adalah dijangka dan memang itu pun niat BJP bahawa orang Hindu akan membanjiri Kashmir dan mengubah lanskap demografi Kashmir dari negeri majoriti Islam kpd negeri majoriti Hindu.

5. Pengajaran utk kita semua :

i) Betul lah kata alim ulamak bahawa jgn berjanji dgn orang kafir kerana mereka akan memungkiri janji.

ii) Pada 1947, Kashmir ada 2 pilihan samada untuk join Pakistan atau India. Kerana janji2 India, Kashmir terpengaruh utk join India dan meninggalkan jiran Islamnya.

iii) Seburuk - buruk jiran Islam kita ianya lebih baik dari orang Kafir.

Tragedi di Palestin berulang semula. Jagalah baik2 negara kita jgn sampai tergadai !!!

Credit Ust Adam Lawrence

Ulamak Tua Negeri Kedah Darulaman

Ulamak Tua Negeri Kedah

Di Kedah masih ada 5 ulamak tua yang umurnya sudah melebihi 80 tahun. Kehidupan mereka penuh barokah , mereka mengaji berpuluh tahun dari ramai ulamak muktabar yang bersambung sanad ilmunya hingga ke Rasulullah s.a.w .

1. Tuan Guru Pak Teh Mad Kuala Nerang ( 94 tahun )
   - Pondok Ahmadiah, Pondok Pak Teh Mad , Kampung Padang Nyiur, 06300, Kuala Nerang, Kedah

2. Tok Wali Pak Su Mid Bukit Tembaga ( 93 tahun )
   - Kampung Kuala Pai, Bukit Tembaga, 06300, Kuala Nerang, Kedah

3. Tuan Guru Haji Lah Lebai Samah Bukit Lada ( 82 tahun )
   - Madrasah Takwiyatul Islamiah, Bukit Lada, Jalan Kubur Panjang, 06760, Alor Setar, Kedah

4. Tuan Guru Haji Jusoh Bin Hussien ( 82 tahun )
   - Pondok Penyarom, Tobiar, 06700, Pendang, Kedah

5. Tuan Guru Haji Awang Lanai ( 81 tahun )
   - Madarasah Tahzibun Nufus, Banggol Berangan, Parit Panjang, 09130, Baling, Kedah

Ziarahlah mereka selagi Allah Taala masih berikan kesempatan buat kita . Mintalah nasihat dan doa, peluk ciumlah mereka . Semoga kita beroleh manfaat.

#ZiarahUlamak

Ibadah Korban

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Upah Penyembelih dan Petugas Korban

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لَا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

Daripada Ali RA ia berkata; "Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri." (Sahih Muslim No: 2320) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Daging serta apa-apa sahaja daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak seperti fakir miskin juga jiran tetangga.

2.  Memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah dilarang kerana ia termasuk dalam hukum jual beli, iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja mereka.

3.  Imam an-Nawawi ketika mengulas hadis itu menyatakan dalam Syarah Sahih Muslim: “Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu bahagian dari bahagian korban kepada mereka. Ia tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).

4.  Telah sepakat al-Imam al-Syafii dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafii bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan `umrah dan sembelihan korban dijual. Sama ada ia korban nazar atau sunat. Hal ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih. (8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr)

5.  Hadis ini bukan melarang memberikan upah kepada para penyembelih atau pelapah. Larangan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Upah itu boleh diberikan dalam bentuk lain seperti wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban. Kerja dan tenaga seseorang itu patut dibayar upah.

6.  Saidina Ali menyebut: Untuk upahnya (penyembelih dan pelapah), kami ambil dari wang kami sendiri.

7.  Walaupun begitu, jika diberi kepada penyembelih atau petugas dari apa yang dikorban disebabkan kemiskinannya atau sebagai hadiah kerana dia jiran dan sebagainya, maka ini tidak mengapa. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)

Justeru itu, diingatkan kepada para petugas korban, JANGAN sekali-kali mengambil sendiri bahagian dari sembelihan korban sebagai habuan seperti kaki, kepala, ekor, perut dan lain-lain melainkan yang dihadiahkan oleh orang yang berkorban atau yang diterima seperti agihan kepada penerima lain yang layak.

Oleh itu marilah kita bersikap RAHMAH sebagai petugas, penyembelih juga pelapah dalam melaksanakan ibadah korban.

06hb Ogos 2019
05hb Zulhijjah 1440H

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...