nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Petugas Korban Jangan Jadi Pencuri

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لَا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

Daripada Ali RA ia berkata; "Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri." (Sahih Muslim No: 2320) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Daging serta apa-apa sahaja daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak seperti fakir miskin juga jiran tetangga.

2.  Mengambil daging korban oleh penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah dilarang kerana ia termasuk dalam hukum jual beli, iaitu menjual tenaga kerja untuk membeli  daging kecuali yang diberi oleh pengorban. Pemberian disebabkan  jiran atau orang miskin seperti jumlah orang lain dapat.

3. Untuk upah sebagai penyembelih atau petugas boleh diberi dalam bentuk wang atau lain-lain.

4.  Antara kesalahan yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban tanpa izin dari empunya korban. Biasanya hal ini dilakukan oleh pelapah dan petugas yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Kadang-kala mereka merasa berhak kerana menolong atau kerana AJK. Sedangkan daging korban tidak boleh dijadikan upah.

5.  Biasanya, mereka akan meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan dan mengambil apabila selesai urusan korban. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan.  Ingatlah Firman Allah:

ياأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ

“Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).

6.  Ingatlah, dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, seorang yang menyertai misi jihad bersama Rasulullah SAW telah dibunuh. Orang ramai mengucapkan tahniah kerana beliau telah mati syahid. Namun Nabi SAW menyebut:

كلا الذي نَفْسِي بيَدِهِ إنَّ الشَّمْلَةَ الَّتي أخَذَها يَومَ خَيْبَرَ مِنَ المَغانِمِ لَمْ تُصِبْها المَقاسِمُ لَتَشْتَعِلُ عليه نارًا فَلَمّا سَمِعَ ذلكَ النّاسُ جاءَ رَجُلٌ بشِراكٍ - أوْ شِراكَيْنِ - إلى النبيِّ ﷺ فَقالَ: شِراكٌ مِن نارٍ  أوْ: شِراكانِ مِن نارٍ.

Tidak! Sesungguhnya selendang dari harta rampasan perang yang dia ambil pada hari Peperangan Khaibar tanpa pembahagian (yang betul) sedang menyalakan api neraka ke atasnya”. Apabila orang ramai mendengar  kenyataan tersebut,  maka seorang lelaki datang membawa seutas  atau dua utas tali (yang diambil tanpa pembahagian yang diizin)  kepada Nabi s. a. w . Baginda bersabda: Seutas atau dua utas tali juga  (menyebabkan masuk) dalam neraka.

7.  Jika mengambil seutas tali atau sehelai selendang tanpa pembahagian yang diizinkan, boleh menjadi penyebab masuk neraka, walaupun individu itu menyertai jihad bersama Nabi SAW.  Bagaimanakah jika seketul atau satu kilo atau lebih daging yang diambil tanpa izin pengorban?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...