nuff
Cari laman web
SUARA PAS CETUS SIMPANAN SHARIAH KWSP
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
PANJANG masa yang diusahakan PAS dalam melontarkan kritikan, teguran dan cadangan hingga akhirnya Simpanan Shariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dilaksanakan mulai tahun 2017. Ia satu perjuangan untuk memastikan dana caruman hak milik rakyat khususnya Muslim diurus tadbir dalam kerangka Islam sebagaimana ditetapkan Allah SWT.
Penerimaan positif dan memberangsangkan dari masyarakat pelbagai kaum dan agama pada pendaftaran bermula 8 Ogos 2016 menggambarkan prospek syariah kepada rakyat Malaysia. Dengan harapan wujud keterbukaan untuk lebih banyak praktikal syariah dijayakan pada aspek lain, termasuk agak kontroversi kini iaitu RUU355 Akta Mahkamah Syariah.
Hayati sepintas lalu beberapa butiran ringkas dan penting berkaitan KWSP ini untuk difahami secara umum serta peranan yang telah diluncurkan PAS.
*Kedudukan Asas dan Isu Kontroversi*:
• Pelaburan KWSP berada dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Instrument Pasaran Wang di mana keduanya berasaskan riba;
• Sebahagian pinjaman korporat berasaskan riba dan terdapat pelaburan dalam Ekuiti yang tidak mematuhi syariah;
• Namun, KWSP tidak sekali-kali membuat pelaburan dalam sektor dikategori tidak beretika seperti saham perjudian dan arak, sektor pembuatan dan penjualan senjata untuk tujuan peperangan, serta pelaburan yang punya pendedahan dan kepentingan dengan negara tiada hubungan diplomatik bersama Malaysia seperti Israel;
• Tidak mengasingkan caruman pencarum mengikut agama, bangsa atau kaum;
• Agihan dividen tahunan berdasarkan pendapatan kumulatif daripada instrumen pelaburan Islamik dan konvensional;
• Sebagai pengurus dana simpanan, KWSP tidak membayar zakat melibatkan simpanan pencarum Islam walaupun Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan Negeri menetapkan kewajipan berkenaan sebagaimana diamalkan Lembaga Urusan dan Tabung Haji
Pada tahun 2014, pelaburan KWSP berjumlah RM597 bilion. Pecahan pelaburannya adalah seperti berikut:
• RM157 bilion dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia;
• RM 13 bilion dalam Instrument Pasaran Wang;
• RM154 bilion dalam Pinjaman dan Bon Korporat;
• RM257 bilion dalam Ekuiti;
• RM 14 bilion dalam Hartanah
*Ringkasan Kronologi*
*26 Mei 2015*: Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengemukakan soalan dalam persidangan Dewan Rakyat sama ada KWSP berhasrat memastikan caruman pencarum Muslim hanya dilaburkan dalam portfolio patuh syariah.
*26 Mei 2015*: Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Ahmad Maslan memaklumkan bahawa KWSP sedia menimbangkan untuk memberi pilihan kepada pencarum bagi memilih skim simpanan persaraan patuh syariah atau kekal dengan skim konvensional sedia ada. Menurutnya, inisiatif itu disasar untuk dilaksana pada tahun 2017. Katanya, Akta KWSP 1991 juga perlu dipinda bagi membolehkan pencarum membuat pilihan selain menambah baik sistem pelaburan, caruman dan pengeluaran.
*22 Oktober 2015*: Diluluskan RUU Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat setelah perbahasan sejak 20 Oktober. Antara perkara penting pindaan adalah penubuhan Jawatankuasa Penasihat Syariah bagi menasihati Lembaga dan Panel Pelaburan dalam memastikan pengurusan akaun ahli KWSP mematuhi prinsip syariah termasuk caruman, pelaburan dan dividen. Nasihat Jawatankuasa Penasihat Syariah adalah mengikat Lembaga dan Panel pelaburan menurut Seksyen 23D(2).
*22 Oktober 2015*: Ketua Penerangan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menyifatkan pindaan Akta KWSP (2015) bakal menyelamatkan caruman orang-orang Islam daripada terlibat dengan pelaburan haram.
*22 Oktober 2015*: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas melahirkan harapan KWSP Islamik (KWSP-I) akan menjadi tabung simpanan persaraan terbesar di dunia dengan operasi patuh syariah.
*21 Julai 2016*: Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Dato’ Shahril Ridza Ridzuan mengumumkan pendaftaran bagi pilihan simpanan persaraan baharu iaitu Simpanan Shariah yang dilancarkan bagi tahun 2017 akan membuka mulai 8 Ogos 2016 dengan dana permulaan RM100 bilion iaitu kira-kira 15% daripada aset pelaburannya sehingga Mac lalu yang berjumlah RM681.71 bilion.
*21 Julai 2016*: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi yang juga Ahli Parlimen Temerloh merakam ucapan tahniah kepada KWSP kerana memperkenalkan skim Simpanan Shariah. Katanya, kesungguhan KWSP mengusahakan jalan keluar bagi menjamin pelaburan yang dibuat khusus daripada simpanan pencarum Islam agar patuh syariah itu amat wajar dipuji dan dicontohi.
*25 Julai 2016*: KWSP memaklumkan bahawa Simpanan Shariah dilaksanakannya tidak mengguna pakai perbankan konvensional dalam portfolio pelaburannya. Bagaimanapun, strategi pelaburannya masih berpandu kan model Alokasi Aset Strategik (SAA) dengan objektif untuk melindungi dan meningkatkan nilai persaraan ahli.
*8 Ogos 2016*: Pendaftaran Simpanan Shariah di semua kaunter KWSP seluruh negara dibuka kepada pencarum tanpa mengira latarbelakang agama dan bangsa. Ia akan diurus dan dilabur secara Akad Wakalah dengan kadar dividen akan diisytihar berdasar prestasi sebenar pelaburan patuh syariah.
Merenung hikmah sakit
Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmah dan rahsianya, antaranya:
1) Sakit itu Zikrullah. Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.
2) Sakit itu Istighfar. Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.
3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.
4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.
5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.
6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.
7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.
8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.
9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.
10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.
11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.
12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.
13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.
14) Sakit mengingatkan kita akan Mati, Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya
15) Sakit itu tingkatan darjat. Apa saja jenis sakit termasuk stress, tekanan fikiran hatta tercucuk duri sekecil apa pun akan menjadi asbab seseorang ditingkatkan darjatnya disisi Allah.
*Kesemua hikmah ini qkan diperolehi hakikatnya apabila sakit itu diterima dengan hati yang sabar dan redha tanpa hati mempertikaikan dan protes terhadap ketentuan Ilahi.
Wallahualam.
Benteng Kedah: Ulama Tua
Ramai dari anak anak Kedah tidak ambil peduli siapa Ulama di negeri sendiri..
Jadi admin upload untuk tatapan kita semua sementara beliau masih ada..
Beliau dilahirkan pada malam Jum'at 14 Sha'ban 1348 Hijrah..
Beliau pergi ke Makkah untuk belajar pada tahun 1950 dan kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1960..
Berkahwin dengan anak perempuan guru beliau Pak Chu Him dan di aqadakan oleh Pak Da El di Makkah..
Mengaji di Pondok TG. Hj 'Abdurrahman Merbok dan Pondok Pak Chu Him Gajah Mati..
Pernah menjadi pelajar terbaik di Pondok TG. Hj Abdurrahman Merbok..
Dan pernah juga belajar di Madrasah Shaulatiyyah di Makkah..
Rumah beliau terletak di belakang sekolah Maktab Mahmud cawangan Kula Nerang..
Masuk ikut tepi sekolah, jumpa pokok sukun, masuk ikut pintu pagar tu..
Depan madrasah dan di belakangnya rumah beliau..
Kita doakan semoga TG Hj. Ahmad (Kuala Nerang) ini sihat tubuh badan dan diimpah kurniakan rezqi yang melimpah ruah oleh Allah swt, Amin Ya Robbal Alamin.
Al-Fatihah.
PENJUAL TAUHU
*RENUNGAN*
Ada seorang penjual tauhu yang setiap hari dia menjual dagangannya ke pasar. Untuk sampai ke pasar, dia perlu naik kenderaan awam.
Manakala untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui kawasan sawah.
Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Allah agar tauhunya habis dijual
Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Dagangannya selalu habis.
Suatu hari, ketika dia melalui sawah hendak menuju jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam petak sawah...
Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan sahaja untung, modal pun habis.
Dia mengeluh kepada Tuhan, bahkan "menyalahkan" Tuhan, mengapa dia diberi cubaan seperti ini? Padahal dia selalu berdoa setiap pagi.
Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.
Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahwa kenderaan awam yang setiap hari dia naiki pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban !
Dia terselamat dari nahas tersebut kerana terpaksa membatalkan perjalanannya ke pasar perniagaannya, semua adalah disebabkan tauhunya jatuh ke sawah, sehingga dia tidak jadi untuk berniaga pd hari itu dan membawa semua tauhu-tauhunya yg sudah rosak dan hancur kembali ke rumah.
Tetapi pada sebelah petang, ada seorg penternak itik telah mencari dia dan hendak membeli tauhu utk makanan itik tetapi yang anehnya penternak itik itu mencari tauhu yg rosak/hancur kerana ia hanya utk dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja..spontan penternak itu menangis kerana tauhunya yang rosak hendak dibeli semuanya oleh peternak itik itu..
PENGAJARAN...Doa tidak harus dimakbulkan sesuai dgn permintaan, tapi kadangkala ia diganti oleh Allah dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada yang diminta.
Allah Maha Mengetahui keperluan kita, berbanding diri kita sendiri.
Kerana itu, janganlah jemu berdoa, juga jangan sekali merungut protes dan mengeluh, apalagi mengutuk!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu.
Tuhan mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui”.
“Jika Allah menjawab doamu, Dia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Dia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Dia tidak menjawab doamu, Ia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.”
Semoga hari ini dan hari hari selanjutnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahan-Nya..
BAHAYA MEMPERSENDA AGAMA
Sunday, 22 May 2011
Diantara sifat orang beriman adalah mengagungkan Allah dan mengagungkan apa-apa yang diagungkan oleh Allah. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ
Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati. [Al Hajj:32]
Namun di zaman ini, banyak orang meremehkan, merendahkan, dan memperolok-olok sesuatu yang berkaitan dengan agama. Hal ini merupakan perkara yang sangat berbahaya. Maka semestinya seseorang mengetahui bahaya istihza’ terhadap agama.
Istihza’, ertinya: mengejek, memperolok-olok, atau mencemuh. Istihza’ terhadap Allah, ayat-ayatNya, RasulNya, agamaNya, dan istihza’ kepada orang-orang yang beriman, merupakan perilaku orang kafir, dan termasuk perkara yang menyebabkan murtad jika dilakukan oleh orang Islam.
ISTIZHA’ TERHADAP ALLAH
Allah berfirman.
وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللهِوَءَايَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِءُونَ
Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentu mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main saja". Katakanlah:"Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?[At Taubah:65].
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah menyatakan, bahawa semata-mata istihza’ terhadap Allah merupakan kekafiran, istihza’ terhadap Rasul merupakan kekafiran, dan istihza’ terhadap ayat-ayat Allah juga merupakan kekafiran. Istihza’ terhadap perkara-perkara di atas saling berkaitan.[1]
Sebab turunnya ayat ini, Abdullah bin Umar Radhiyallahu 'anhu berkata: Pada suatu hari, di satu majlis dalam perang Tabuk, seorang laki-laki berkata “Aku tidak pernah melihat semisal para qari’ (ahli Al Qur’an atau ahli agama) kita ini, lebih rakus perutnya, lebih dusta lidahnya, dan lebih penakut di saat pertempuran”. Lalu seorang laki-laki di majlis itu berkata: “Engkau dusta, tetapi engkau seorang munafik. Aku benar-benar akan mengadu kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.” Dan Al Qur’an turun.
Abdullah bin Umar berkata: “Maka aku melihat laki-laki itu bergantung pada diatas unta Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, batu-batu melukai kakinya, dan dia mengatakan: “Wahai, Rasulullah. Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main saja”. Rasulullah, berkata: “Katakanlah: Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?” [At Taubah:65] [2]
Istihza’ yang mereka lakukan di atas menyebabkan kemurtadan mereka, sebagaimana pada ayat berikutnya:
لاَ تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ
Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu telah kafir sesudah keimanan kamu. [At Taubah:66].
Sebhaagian orang berpendapat, mereka itu semenjak awalnya adalah orang-orang munafik. Namun pendapat ini tidak kuat.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata: “Pendapat orang yang mengatakan tentang semisal ayat-ayat ini bahwa mereka telah kafir sesudah keimanan mereka dengan lidah mereka, sedangkan hati mereka kafir semenjak awal; pendapat ini tidak benar. Kerana iman dengan lidah bersamaan dengan kekafiran hati, bererti kekafiran selalu menyertainya, sehingga tidak dikatakan: “kamu telah kafir sesudah keimanan kamu”, kerana hakikatnya mereka terus sebagai orang kafir. Dan jika dimaksudkan “bahwa kamu menampakkan kekafiran setelah kamu menampakkan keimanan”, maka mereka itu tidaklah menampakkan kekafiran kepada semua manusia, kecuali kepada orang-orang dekat mereka. Mereka bersama orang-orang dekat mereka selalu begitu. Bahkan (yang benar), ketika mereka berbuat nifak dan takut akan diturunkan terhadap mereka surat yang menerangkan kemunafikan yang tersembunyi di dalam hati mereka, mereka(pun) berbicara dengan istihza’. Mereka menjadi orang-orang kafir setelah keimanan mereka. Lafaz itu tidak menunjukkan bahwa mereka munafik semenjak dahulu”.[3]
ISTIZHA’ TERHADAP AYAT
Ini merupakan perbuatan orang kafir yang akan mendapatkan siksa yang pedih! Allah berfirman:
وَيْلٌ لِّكُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ يَسْمَعُ ءَايَاتِ اللهِ تُتٍلَى عَلَيْهِ ثُمَّيُصِرُّ مُسْتَكْبِرًا كَأَن لَّمْ يَسْمَعْهَا فَبِشِّرْهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ وَإِذَاعَلِمَ مِنْ ءَايَاتِنَا شَيْئًا اتَّخَذَهَا هُزُوًا أُوْلَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌمُّهِينٌ
Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa, dia mendengar ayat-ayat Allah yang dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri khabar gembiralah dia dengan azab yang pedih. Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan. [Al Jatsiyah:7-9]
.
Allah subhanahuwata’ala telah melarang umat Islam duduk bersama orang-orang kafir yang sedang memperolok-olok ayat-ayatNya. Allah berfirman.
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ ءَايَاتِ اللهِيُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوافِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللهَ جَامِعُالْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam. [An Nisa’:140]
Oleh kerana itu, barangsiapa mendengar orang-orang yang memperolok-olok ayat-ayat Allah, sedangkan dia duduk bersama mereka dengan ridha, maka dia semisal mereka di dalam dosa, kekafiran, dan keluar dari Islam.
Imam Asy Syafi’e rahimahullah ditanya tentang orang yang bersendau-gurau dengan sesuatu dari ayat-ayat Allah, beliau berkata: “Dia kafir”. Beliau berdalil dengan ayat 65 surat At Taubah yang telah kami sebutkan di atas. [4]
ISTIZHA’ TERHADAP RASUL
Demikian juga istihza’ terhadap Rasul, merupakan kebiasaan orang-orang kafir semenjak dahulu. Allah berfirman.
وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِّن قَبْلِكَ فَحَاقَ بِالَّذِينَ سَخِرُوامِنْهُم مَّا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِءُونَ
Dan sungguh telah diperolok-olokkan beberapa rasul sebelum kamu, maka turunlah kepada orang-orang yang mencemuhkan diantara mereka balasan (azab) olok-olokkan mereka. [Al An’am:10].
Adapun orang yang hatinya terdapat keimanan, tidak mungkin mencela dan memperolok-olok manusia pilihan Allah; manusia yang wajib dicintai, dihormati, dan diagungkan sesuai dengan kedudukannya yang agung di sisi Allah.
ISTIZHA’ AGAMA
وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلاَةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ذَلِكَبِأَنَّهُمْ قَوْمُُ لاَّ يَعْقِلُونَ
Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) solat, mereka menjadikan buah ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah kerana mereka benar-benar kaum yang tidak mahu mempergunakan akal. [Al Maidah:58].
Istihza’ terhadap agama juga merupakan kekafiran. Seperti istihza’ terhadap pahala dan siksa Allah, istihza’ terhadap solat, istihza’ terhadap syari’at memelihara lihyah (janggut dan jambang) bagi laki-laki, istihza’ terhadap larangan isbal (pakaian laki-laki menutupi mata kaki), dan lainnya.
ISTIZHA’ ORANG BERIMAN
Hai ini juga merupakan kebiasaan orang-orang kafir. Mereka akan mengetahui balasannya di hari kiamat kelak. Mereka biasa menertawakan orang-orang yang beriman di dunia, kerana keimanan mereka, maka orang-orang beriman akan membalas menertawakan mereka. Allah berfirman.
إِنَّ الَّذِينَ أَجْرَمُوا كَانُوا مِنَ الَّذِينَ ءَامَنُوا يَضْحَكُونَ{29} وَإِذَا مَرُّوا بِهِمْ يَتَغَامَزُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah mereka yang dahulunya (di dunia) menertawakan orang-orang yang beriman. Apabila orang-orang beriman berlalu di hadapan mereka, mereka saling mengedip-ngedipkan matanya. [Al Muthaffifin:29-30]
BENTUK ISTIHZA’
Dilihat dari bentuknya, sebagian ulama membagi istihza’ terhadap agama menjadi dua bahagian.
Pertama. Istihza’ Sharih (nyata, terang-terangan). Contohnya:
• Perkataan orang yang menjadi sebab turunnya ayat 65 surat At Taubah, yang mengatakan tentang Nabi dan para sahabat dengan perkataan: “Aku tidak pernah melihat semisal para qari’ (ahli Al Qur’an atau ahli agama) kita ini, lebih rakus perutnya, lebih dusta lidahnya, dan lebih penakut di saat pertempuran”.
• Mengejek agama dengan perkataan “agama kamu ini agama ke lima”.
• Mengejek agama dengan perkataan “agama kamu ini sudah ketinggalan (kuno)”.
• Ketika melihat orang beramar ma’ruf nahi mungkar, mengatakan “datang ahli agama”, “datang orang ‘alim”, yang maksudnya untuk merendahkan dan menertawakan. Dan sepertinya.
Kedua. Istihza’ Ghairush Sharih (tidak nyata, tidak terang-terangan). Contohnya:
• Mengedipkan mata, menjulurkan lidah, mencemikkan bibir, mencubit dengan tangan, saat dibacakan Al Qur’an atau hadith Nabi atau ketika seseorang melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar.
• Mengatakan “agama Islam tidak sesuai pada abad ini, hanya sesuai untuk abad pertengahan, abad unta”.
• Mengatakan “agama Islam agama kemunduran, terbelakang”.
• Mengatakan “hukuman dalam agama Islam kejam, biadab, buas, dan semacamnya”.
• Mengatakan “agama Islam menzalimi wanita, kerana membolehkan poligami”.
• Perkataan “hukum buatan manusia lebih baik dari pada hukum Islam”.
• Terhadap orang yang mendakwahkan tauhid dan melarang syirik mengatakan “orang ini ekstrimis, fundamentalis”, atau “orang ini ingin memecah-belah umat Islam”, atau “orang ini Wahhabi”, dan semacamnya.
• Terhadap orang yang menyerukan Sunnah Nabi mengatakan “agama bukan pada rambut”, atau “agama bukan pada pakaian”, atau sepertinya. [5]
Sebagai penutup tulisan ini, kami sampaikan firman Allah yang memberitakan tentang balasan pedih terhadap orang-orang yang menjadikan ayat-ayat Allah sebagai ejekan. Allah berfirman.
وَقِيلَ الْيَوْمَ نَنسَاكُمْ كَمَا نَسِيتُمْ لِقَآءَ يَوْمِكُمْ هَذَاوَمَأْوَاكُمُ النَّارُ وَمَالَكُم مِّن َّناصِرِينَ , ذَلِكُم بِأَنَّكُمُاتَّخَذْتُمْ ءَايَاتِ اللهِ هُزُوًا وَغَرَّتْكُمُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فَالْيَوْمَلاَيُخُرَجُونَ مِنْهَا وَلاَهُمْ يُسْتَعْتَبُونَ ,
Dan dikatakan (kepada mereka):"Pada hari ini Kami melupakan kamu sebagaimana kamu telah melupakan pertemuan (dengan) harimu ini dan tempat kembalimu ialah neraka dan kamu sekali-kali tidak memperoleh penolong. Yang demikian itu, kerana sesungguhnya kamu menjadikan ayat-ayat Allah sebagai olok-olokan dan kamu telah ditipu oleh kehidupan dunia, maka pada hari ini mereka tidak dikeluarkan dari neraka dan tidak pula mereka diberi kesempatan untuk bertaubat. [Al Jatsiyah:34-35].
Semoga Allah selalu membimbing kita di atas kebenaran.
_______
Footnote
[1]. Lihat Majmu’ Fatawa (15/48)
[2]. HR Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Jarir Ath Thabari, dinukil dari Ash Shahihul Musnad Min Asbabiln Nuzul, hlm. 122-123, karya Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadi’i
[3]. Al Iman, hlm. 259, karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, takhrij Al Albani
[4]. Ash Sharimul Maslul, hlm. 513, dinukil dari Syarh Nawaqidhul Islam, hlm. 74, karya Syaikh Abu Usamah bin Ali Al ‘Awaji.
[5]. Lihat Majmu’atut Tauhid An Najdiyah, hlm. 409; Kitab At Tauhid, hlm. 43-44, karya Syaikh Shalih bin Fauzan Al Fauzan, Penerbit Darul Qasim, Cet. 2, Th. 1421 H / 2000 M; At Tibyan Syarh Nawaqidhul Islam, hlm. 47, karya Syaikh Sulaiman bin Nashir bin Abdullah Al ‘Ulwan, Penerbit Darul Muslim, Cet. 6, Th: 1417 H / 1996 M.
Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf
Detik Islam
Soal Jawab Agama Ustaz Azhar Idrus:
Bab Iman m/s 100
1. Makna iman ini ialah kite percaya ttg perkara2 yg kita dijadikan sbgai rukun percaya,percaya kpd Allah,percaya kpd Malaikat percaya kpd Kitab percaya kpd Rasul,percaya kpd hari kiamat dan percaya kpd qada' dan qadar.Ini asas dlm bab keimanan.
2. Bab qada'qadar ni panjang skit ulamak duk bahas dan ade golongan yg menafikan qada' iaitu mereka menolak yg Allah sudah tahu akan pkara yg akan berlaku,mereka anggap sesuatu kejadian itu berlaku dahulu baru Allah tahu seolah olah sama dgn manusia sedangkan Allah ni Maha Suci dgn sifat manusia,Semuanya bawah pengetahuan Allah belaka laka,golongan yg menolak qada' ni digelar qadariah.Dimana golongan ni Nabi saw kata seperti kafir majusi.
3. Kita ni ahli sunnah wal jamaah krn Nabi saw kata umatku akan bpecah kpd 73 kumpulan dan 72 golongan akan ke neraka dan 1 golongan sahaja yg masuk syurga,lalu sahabat tanye org mcmana yg masuk syurga ni lalu Nabi saw kata org yg mengikut segala sunnahku dan amalan sahabat2ku.
4. Jadi kite ni kene ngaji lah jangan nok ikut puok puok sesat,leni rama la puok2 sesat,siap bulih karang kitab ag gaduh nok karang nk wak jual sedangkan hukum dalam tu bahang rambang skali.
5. Syiah pun mengaku ahli sunnah,mmg pakat mengaku ahli sunnah belaka tp ade ke Nabi saw letak batu ketika nk solat,xdok nabi buat gtu maka bukan ahli sunnah lah tu.
6. Dulu ade ngajian di ganu ni tp leni senyap doh dia suruh belum mayang tu kene pejam mata kene bayang kaabah dulu baru boleh niat smyg kalu x tidok sah solat tu,haa ni ngarut belaka lah ni automatik keluar dr aswi krn bukan ajaran Nabi saw.
7. Ade sesetengah umat manusia yg tak nak beriman kpd Nabi lain,mereka henye nk beriman kpd nabi di zamannya nabi zaman lain mereka tolak sahaja maka mereka ni jgk automatik jd kafir.
8. Perihal mimpi jumpa Nabi saw ni bukan bende mustahil,boleh berlaku tp kene ingat 4 perkara iaitu mimpi jumpa Nabi ni jika harus berlaku ianya tak mustahil,kedua kalu kite cerita kat org lain dia tak wajib percaya pun makna jgn marah lah kalu xnak pcaya dan ketiga kalu mimpi tu suruh pinda hukum yg bcanggah dgn syarok maka tak wajib ikut.
Soal Jawab
1. Ade org kata kalu dia x g sejid pun xdgr pun xpe sbb aku baik aku dok nipu org,yg panah lagi nye dia dok smyg pun,guane ha ustaz?
- Jenayah disisi islam ni banyak,kalu mahkamah sivil kite xleh dakwa org xsmyg tp dlm mahkamah islam kite boleh dakwa,menipu ni mmg jenayah disisi dunia dan disisi syarok manakala dok smyg ni satu jenayah disisi islam dan dlm hukuman plok org dok smyg ni harus dihukum mati mandatori disisi islam,jadi kalu dok smyg tp mengaku org baik maka dok betul lah,krn dok smyg ni jahak drpd iblis,iblis xmbuh sujud kpd manusia je tp masih sujud pd Allah,dia ni dok smyg xmbuh sujud terus pd Allah.
2. Adakah anak jd derhaka bile xdoakan ibubapanya?
- Belum tentu derhaka krn dia bukan marah ibubapanya bile disuruh doa utk mereka.
3. Hukum merosakkan mangkuk tandas masjid?
- Kalu soalan gni mudah sgt je maksudnya merosakkan harta bende awam apatah lg herte bende masjid lagi la haram hukumnya,harta sendri pun dilarang rosak,membazir pun dilarang walaupun gune duit sdiri jd dia ni merosakkan harta bende masjid berdosa wajib kene ganti balik.
4. Betulkah akhir zaman ibu menjadi hamba kpd anak?
- Betul sungguh la krn ibu kene jaga serbe serbi,kene suruh tu suruh ni,maka nilah anak anak yg mperhambakan ibubapa sendiri.
5. Boleh ke nk bahagi lembu korban kpd 3 bahagian?
- Boleh krn tidak melebihi 7 bahagian,kalu lebih xleh haram buat 8 bahagian,3 bahagian xdok mslh.
6. Kalu xdok wuduk boleh x baca Al quran dalam hp?
- Boleh xdok mslh wuduk ni utk pegang muhsyaf Al Quran kalu baca kut hp xdok mslh.Yang haramnye baca bile hadas besar.
7. Haid sy tak menentu mcmana nk tentukan yer?
- Kalu xtetap hari kekadang sebulan 7 hari kekadang sebulan 10 hari maka kene cek molek lah,sembur air dulu dan cek dgn putik kapas utk tentukan masih ade darah atau takdok.Bile yakin doh daroh xdok boleh mandi lah hari xsama xape.
8. Boleh x nak ganti solat mak kite yg telah mati?
- Tak boleh yg bolehnya ganti puasa atau tolong lunaskan zakat.
9. Isu kabinet ni guana?
- Jadikan pengajaran lah,pertama walaupun no 2 paling kuasa tp sanggup kehilangan jawatan krn kebenaran krn hok betul dia betul jgk hok lain slaoh tu sohbeng care lagi lah,kedua walaupun tinggi mana pangkat sekalipun kalu Allah nk tarik sekelip mata je Allah boleh tarik.Jadi kite ni xleh duduk diam,bile ade kemungkaran wajib kita cegah.
10. Jika org tu ajok nikoh adakah dikire bertunang?
- Dok lgi tu baru meminang,Bertunang ni bile perempuan tu setuju utk dijadikan isteri,beri cincin xdok mslh krn bg hadiah ke tunang ni pkara molek disisi syarok yang dok moleknye bilee putus tunang g mintok balik cincin hok dia beri ni semua bodoh bongok belaka.
11. Boleh ke hukum pencuri lembu diberi makan tahi lembu dan kereta dibakor?
- Dok bulih wak gtu kene ikut panduan syarok lah,kalu pihok bkuasa lepas pencuri msykt boleh btindak sdiri dgn kadar patutu dgn hukum utk menyenangkan masyrkt drpd kezaliman dan kesusahan.
Wallahua'lam semoga perkongsian ini bermanfaat pakat share dr page Koleksi Shortnote Kuliah Ustaz Azhar Idrus deh
*sumber Klip Soal Jawab Agama Ustaz Azhar Idrus @UstazYouTube
KEMATIAN ULAMA SATU MUSIBAH BUAT UMMAH
1- Allah berfirman (maksud):
"Tidakkah mereka melihat bahawa kami (Allah) mendatangkan bumi dan mengurangkan ia dari penjurunya". Ar-Ra'd 41.
Kata Ibnu 'Abbas dan Mujahid:
Mengurangkan bermaksud menjadikan ia rosak dengan kematian ulama, perginya ahli fuqaha dan orang2 baik.
2- Berkata 'Ato bin Abi Robah pada ayat tadi:
Bumi ini Hidup dengan hidupnya orang yang alim namun bila mereka mati hancurlah sebahagian bumi. Kata para ulama: Takwilan Imam 'Ato itu sangat baik seluruh ulama menerimanya.
3- Kata Saidina Ali radhiyallahu 'anhu:
Matinya ilmu dengan matinya ulama.
- Kitab Al-Faqeh Wal Mutafaqqih oleh Al-Khatib.
4- Ingatlah kata-kata Saidina Abdullah bin Mas'ud setiap kali berlaku pemergian para ulama. Kata beliau:
" Keatas kamu semua mestilah menuntut ilmu sebelum ia diangkat Dan ilmu itu diangkat dengan matinya orang alim ".
- Kitab Ihya 'Ulumuddin Oleh Imam Al-Ghazali.
5- Berpegang teguhlah dengan akidah yg disebarkan oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asya'irah wa Al-Maturidiyah kerana ia sangat berharga.
Bergurulah dengan ulama ASWJ Dan jauhi ajaran Wahhabi&Syiah kerana mereka merosakkan akidah&akhlak kita.
- Abu Syafiq
...........................
ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT TIDAK DUDUK ATAS ARASY TIDAK BERADA DILANGIT KERANA ALLAH PENCIPTA TEMPAT, LANGIT DAN ARASY.