nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

KEMATIAN ULAMA SATU MUSIBAH BUAT UMMAH

1- Allah berfirman (maksud):
"Tidakkah mereka melihat bahawa kami (Allah) mendatangkan bumi dan mengurangkan ia dari penjurunya". Ar-Ra'd 41.
Kata Ibnu 'Abbas dan Mujahid: 
Mengurangkan bermaksud menjadikan ia rosak dengan kematian ulama, perginya ahli fuqaha dan orang2 baik.

2- Berkata 'Ato bin Abi Robah pada ayat tadi:
Bumi ini Hidup dengan hidupnya orang yang alim namun bila mereka mati hancurlah sebahagian bumi. Kata para ulama:  Takwilan Imam 'Ato itu sangat baik seluruh ulama menerimanya.

3- Kata Saidina Ali radhiyallahu 'anhu:
Matinya ilmu dengan matinya ulama.
- Kitab Al-Faqeh Wal Mutafaqqih oleh Al-Khatib.

4- Ingatlah kata-kata Saidina Abdullah bin Mas'ud setiap kali berlaku pemergian para ulama. Kata beliau:
" Keatas kamu semua mestilah menuntut ilmu sebelum ia diangkat Dan ilmu itu diangkat dengan matinya orang alim ".
- Kitab Ihya 'Ulumuddin Oleh Imam Al-Ghazali.

5- Berpegang teguhlah dengan akidah yg disebarkan oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asya'irah wa Al-Maturidiyah kerana ia sangat berharga.
Bergurulah dengan ulama ASWJ Dan jauhi ajaran Wahhabi&Syiah kerana mereka merosakkan akidah&akhlak kita.

- Abu Syafiq
...........................
ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT TIDAK DUDUK ATAS ARASY TIDAK BERADA DILANGIT KERANA ALLAH PENCIPTA TEMPAT, LANGIT DAN ARASY.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...