nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Betulkah Kita Takut Kepada Allah Azza wa Jalla?


Takut kepada Allah merupakan *kewajipan.* Siapa saja yang tidak takut kepada Allah di dunia, kelak dia akan merasa ketakutan pada hari kiamat, sebagaimana hadis qudsi riwayat Ibnu Hibban dalam sahihnya :

وَعِزَّتِي لاَ أَجْمَعُ عَلَى عَبْدِي خَوْفَيْنِ وَأَمْنَيْنِ، إِذَا خَافَنِي فِي الدُّنْيَا أَمَّنْتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَإِذَا أَمِنَنِي فِي الدُّنْيَا أَخَفْتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

_“Demi keagungan-Ku, tidak akan Aku kumpulkan dalam diri hamba-Ku dua ketakutan dan dua keamanan. Jika dia takut kepada-Ku di dunia maka akan Kuberi keamanan di akhirat, dan jika dia merasa aman dari-Ku di dunia, akan Aku buat dia ketakutan di hari kiamat”._

Takut kepada Allah yang hakiki bukan hanya sekadar di bibir saja, tetapi tercermin dalam hati, sikap, perbuatan dan ucapan.

Abu Laits mengutip perkataan Al-Rabî’ bin Khaitsam yang menyatakan: Tanda seorang hamba itu takut kepada Allah Taala nampak dalam 7 perkara:

Pertama, nampak pada lidahnya. Lidahnya akan tercegah dari berdusta, mengumpat dan berbicara berlebihan. Lisannya akan sibuk berzikir, membaca Al-Quran, mahupun mendiskusikan ilmu.

Kedua, dia takut dalam urusan perutnya sehingga dia tidak memasukkan ke dalam perutnya kecuali makanan yang baik dan halal, serta memakan yang halal sekadar keperluannya saja, tidak berlebihan.

Ketiga, dia takut dalam urusan pandangannya. Tidak memandang sesuatu yang haram dilihat, tidak pula melihat dunia dengan pandangan penuh cita-cita. Pandangannya ke dunia hanya digunakan untuk mengambil ‘ibrah dari apa yang terjadi.

Keempat, dia takut dalam urusan tangannya. Tidak menghulurkannya kepada yang haram, hanya hulurkan tangannya untuk ketaatan kepada Allah Taala.

Kelima, dia takut dalam urusan kakinya sehingga dia tidak melangkah dalam maksiat.

Keenam, dia takut dalam urusan hatinya sehingga dia membuang rasa permusuhan, kebencian dan kedengkian kepada saudara seislam, dan memasukkan kedalam hatinya nasihat dan simpati kepada kaum Muslimin.

Ketujuh, dia takut dalam urusan taat kepada Allah sehingga dia menjadikan ketaatannya ikhlas mengharap Allah semata, khawatir terjatuh kepada riak dan nifaq. (Abu Laits al-Samarkandi, Tanbîh Al-Ghâfilîn, Cet. III. (Beirut: Dâr Ibnu Katsir, 2000), hlm. 390-391).[1]

Sungguh, kita tertipu dengan diri sendiri jika kita mengaku takut hanya kepada Allah tetapi masih ringan untuk berdusta, hati masih berat untuk menerima hukum dan ketentuan Allah SWT, mata masih suka untuk melihat aurat yang terbuka, gemerlap dunia masih lebih memukau kita daripada berjuang untuk merealisasikan ketaatan kepada Sang Pencipta.

Tidak kira sama ada kita rakyat jelata ataupun penguasa, menentang syariat Allah, menghalang para pejuanganya serta melemparkan tuduhan-tuduhan dusta kepada mereka merupakan bukti bahawa kita berani memerangi Allah walaupun mulut kita berbuih mengatakan "aku hanya takut kepada Allah." Wallahu Alam.

#TakutKepadaAllah
#Ittaqullah
#TaatDenganHukumSyarak

Ujian Allah SWT

Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan yang mahu menggodanya.

Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.

Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.

Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain.

Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati.

Yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.

Yang susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.

Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.

Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.

Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.

Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.

Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.

Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.

Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat.

Ingatlah, Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian

Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian

Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian

Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian

Setiap pujian juga adalah ujian

Setiap kejian juga adalah ujian.

Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia.

Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Alhamdulillah.
Kita semua di UJI Allah.

Membangun dan Mengimarahkan Masjid

عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا يُذْكَرُ فِيهِ اسْمُ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ

Daripada Umar Ibnul Khatthab RA ia berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membangunkan masjid yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah, maka Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah di syurga." (Sunan Ibnu Majah No: 727) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang membina masjid dengan ikhlas semata-mata untuk digunakan di dalamnya bagi mengingati Allah.

2.  Orang yang membangunkan masjid ini tergolong dari kalangan pemakmur masjid Allah. Rirman Allah:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain Allah, maka merekalah yang termasuk golongan orang-orang yang selalu mendapat petunjuk (dari Allah Ta’ala)” (QS At-Taubah: 18).

3.  Ibnu al-Jauzi dalam Zaadul Masiir (3/408) berkata: yang dimaksudkan dengan memakmurkan dalam ayat di atas ialah mereka yang:

a.  Selalu mendatangi masjid dan beribadat di dalamnya
b.  Membangun masjid dan memperbaikinya.

4.  Masjid perlu dibangunkan fizikal serta rohnya (program dan aktiviti yang mendekatkan seseorang kepada Allah). Orang yang membangunkan masjid akan diberi ganjaran mahligai di syurga.

5.  Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah adalah membina Masjid. Dimulakan dengan masjid Quba dan diikuti dengan Masjid Madinah. Masjid dijadikan tempat menghimpunkan rakyat, merapatkan ukhuwah, menyampaikan dakwah, mengajarkan al-Quran serta mengurus pemerintahan.

6.  Jangan jadikan masjid seperti *gajah puteh*. Kata Saidina Ali: Akan datang suatu zaman ke atas manusia, tidak kekal di dalam Islam kecuali namanya sahaja dan tidak kekal dalam ajaran al-Quran melainkan tinggal tulisannya sahaja, masjid yang besar dan indah dibangunkan di sana sini tetapi manusia tidak mengambil petunjuk daripadanya.

Marilah sempena Sambutan Hijrah 1441 ini kita mencontohi kejayaan dan kegemilangan Rasulullah SAW membangunkan daulah Islam apabila sampai ke Madinah dengan dimulakan di masjid. Jom ikat diri kita dengan masjid. Mengimarahkan masjid Tanggungjawab Kita.

Liang Kubur Adalah Perjalanan Akhirat

Suatu hari ada seorang yang bertanya kepada Utsman bin Affan Radhiallahu Anhu:

تذكر الجنة والنار ولا تبكي وتبكي من هذا؟

“Tatkala mengingat surga dan neraka engkau tidak menangis, mengapa engkau menangis ketika melihat perkuburan?” Utsman pun menjawab, “Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إن القبر أول منازل الآخرة فإن نجا منه فما بعده أيسر منه وإن لم ينج منه فما بعده أشد منه

“Sesungguhnya liang kubur adalah awal perjalanan akhirat. Jika seseorang selamat dari (siksaan)nya maka perjalanan selanjutnya akan lebih mudah. Namun jika ia tidak selamat dari (siksaan)nya maka (siksaan) selanjutnya akan lebih kejam.” (HR. Tirmidzi, beliau berkata, “hasan gharib”).

Stroke

Pada satu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman a.s duduk di singgahsananya,
Maka datang satu Angin yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah
Sulaiman``` *siapakah engkau......?.*

```Maka dijawab oleh Angin tersebut :``` *akulah Angin Rihul Ahmar....dan*
*Aku bila memasuki rongga anak Adam, maka lumpuh, keluar darah dari*
*rongga, dan apabila aku memasuki otak anak Adam, maka menjadi gilalah anak Adam.....*

```Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar angin
tersebut,maka berkatalah Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahwa:```
_Aku kekal sampai hari Kiamat tiba,tiada sesiapa yang dapat membinasakan Aku melainkan *Allah SW T*_.
_Lalu Rihul Ahmar pun menghilang._

```Diriwayatkan cucu``` *Nabi Muhammad SAW* ```terkena Rihul Ahmar
sehingga keluar darah dari rongga hidungnya.```

```Maka datang Malaikat Jibril kepada```
*Nabi SAW*  ```dan bertanya Nabi kepada Jibril.```

```Maka menghilang sebentar,lalu Malaikat Jibril kembali mengajari akan do'a Rihul Ahmar kepada``` *Nabi SAW* ```kemudian
dibaca do'a tersebut kepada cucu nya dan dengan sekejap cucu``` *Rasulullah* ```sembuh serta merta.```

Lalu bersabda *Nabi S AW :* _Bahwa barang siapa membaca do'a stroke/do'a Rihul Ahmar.....walau sekali dalam seumur hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit_ *_ANGIN AHMAR_* atau
*_STROKE._*

*Do'a menjauhkan terhindar dari angin ahmar dan penyakit kronik :*

اللهم إني أعوذبك من الريح الأحمر والدم الأسود والداء الأكبر

*Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar....*
_*Artinya :*_
```Ya Allah Tuhanku lindungi aku dari angin merah dan lindungi aku dari darah hitam (stroke) dan dari penyakit berat.```

*Panjangkanlah ke Group Keluarga, Sahabat kita yang tersayang...agar kita semua  terhindar dari STROKE senantiasa dalam balutan sihat dan sejahtera.....!*

JANGAN BERSEDIH DENGAN URUSAN DUNIA

😢

Seorang lelaki yang sedang dirundung kesedihan datang menemui Sayyidina Ali bin Abi Thalib, ia pun berkata:

“Wahai Amirul Mukminin, aku datang kepadamu kerana aku sudah tidak mampu lagi menahan beban kesedihanku.”

Sayidina Ali menjawab, “Aku akan bertanya dua pertanyaan dan jawablah !”

Lelaki itu berkata, “Ya, tanyakanlah !”

“Apakah engkau datang ke dunia bersama dengan masalah-masalah ini?” tanya Ali bin Abi Thalib

“Tentu tidak” jawabnya.

“Lalu apakah kamu akan meninggalkan dunia dengan membawa masalah-masalah ini?” tanya sayyidina Ali bin Abi Thalib

“Tidak juga” jawabnya.

Lalu Sayyidina Ali berkata,

“Lalu mengapa kamu harus bersedih atas apa yang tidak kamu bawa saat datang dan tidak mengikutimu saat kamu akan pergi???

Seharusnya hal ini tidak membuatmu bersedih seperti ini.

Bersabarlah atas urusan dunia....

Jadikanlah pandanganmu ke langit lebih panjang dari pandanganmu ke bumi dan kau pun akan mendapat apa yang kau inginkan….

TERSENYUMLAH..!

KERANA REZEKI MU TELAH DIBAHAGI DAN DI SUSUN OLEH ALLAH

DAN URUSAN HIDUP MU  TELAH PUN DI ATUR OLEH YANG MAHA PENCIPTA..….

Urusan dunia tidak layak untuk membuatmu bersedih semacam ini kerana semuanya ada di tangan Yang Maha Hidup dan Maha Mengatur….”
BERTAQWALAH 100%PADA ALLAH PASTI ALLAH BAGI JALAN KELUAR YG TIDAK DI SANGKA SANGKA(PENGHANTAR=ROHHUDDIN AL AMIN)

Panjang angan-angan

Nabi s.a.w sering memperingatkan ummat Baginda supaya tidak terlalu tamakkan dunia yang sementara sehingga melupakan akhirat. Apabila bertambah usia sepatutnya seseorang mula memberi penumpuan terhadap urusan akhirat, namun kita sering dilalaikan dengan kerseronokan dunia hingga makin panjang angan-angan dan cita-citanya sehinggalah mati menjemputnya dalam keadaan dia tidak bersedia.

Dalam satu hadith riwayat Imam Al Bukhari
Nabi s.a.w pernah membuat suatu garis lalu baginda bersabda: "Ini adalah cita-citanya, dan ini adalah ajalnya, ketika seseorang seperti itu (dalam cita-citanya), maka datanglah garis yang lebih dekat (iaitu ajalnya)."

Nabi s.a.w sangat mengkhuatirkan ummatnya tenggelam dalam tipuan dunia. Sabda Rasulullah s.a.w,

“Sesuatu yang paling aku khawatirkan menimpa atas kamu ialah dua hal, iaitu panjang angan-angan dan mengikuti hawa nafsu. Sesungguhnya panjang angan-angan itu akan melupakan akhirat dan mengikuti hawa nafsu itu akan menghalangi dari kebenaran.”

Semoga kita dijauhkan dari keadaan yang demikian. Sungguh ujian keduniaan akan datang di usia tua. Waktu kehidupan makin stabil, wang simpanan makin banyak di akaun, semakin selesalah kehidupan maka mulalah kita panjang angan-angan dan cita-cita kita. Dalam usaha memenuhinya kita terpaksa meninggalkan urusan perbekalan kita ke akhirat. Sungguh kita telah tertipu.

Ust. Hj Jafri bin Abu Bakar Mahmoodi
Tanda kebahagiaan seorang mukmin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...