Nabi s.a.w sering memperingatkan ummat Baginda supaya tidak terlalu tamakkan dunia yang sementara sehingga melupakan akhirat. Apabila bertambah usia sepatutnya seseorang mula memberi penumpuan terhadap urusan akhirat, namun kita sering dilalaikan dengan kerseronokan dunia hingga makin panjang angan-angan dan cita-citanya sehinggalah mati menjemputnya dalam keadaan dia tidak bersedia.
Dalam satu hadith riwayat Imam Al Bukhari
Nabi s.a.w pernah membuat suatu garis lalu baginda bersabda: "Ini adalah cita-citanya, dan ini adalah ajalnya, ketika seseorang seperti itu (dalam cita-citanya), maka datanglah garis yang lebih dekat (iaitu ajalnya)."
Nabi s.a.w sangat mengkhuatirkan ummatnya tenggelam dalam tipuan dunia. Sabda Rasulullah s.a.w,
“Sesuatu yang paling aku khawatirkan menimpa atas kamu ialah dua hal, iaitu panjang angan-angan dan mengikuti hawa nafsu. Sesungguhnya panjang angan-angan itu akan melupakan akhirat dan mengikuti hawa nafsu itu akan menghalangi dari kebenaran.”
Semoga kita dijauhkan dari keadaan yang demikian. Sungguh ujian keduniaan akan datang di usia tua. Waktu kehidupan makin stabil, wang simpanan makin banyak di akaun, semakin selesalah kehidupan maka mulalah kita panjang angan-angan dan cita-cita kita. Dalam usaha memenuhinya kita terpaksa meninggalkan urusan perbekalan kita ke akhirat. Sungguh kita telah tertipu.
Ust. Hj Jafri bin Abu Bakar Mahmoodi
Tanda kebahagiaan seorang mukmin
No comments:
Post a Comment