nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

7 Amalan Daripada Ustaz Muhadir Haji Joll

KULIAH DHUHA UST MUHADIR HJ JOLL


*Amal #1*
Mulai malam 21 sehingga malam terakhir Ramadhan BACA 'at least':
Surah Al-Zalzalah 2x
Surah Al-Kaafirun 4x
Surah Al-Ikhlas 3x
Elok tambah surah Yaasin 1x

Sebabnya? Nabi saw menyebutkan dalam hadis yang maksudnya:
“Sekali baca surah Al-Zalzalah itu seolah-olah membaca 1/2 Al-Quran."
“Sekali baca surah Al-Kaafirun itu seolah-olah membaca 1/4 Al-Quran."
“Sekali baca surah Al-Ikhlas itu seolah-olah membaca 1/3 Al-Quran.”
Dalam hadis lain disebut: “Siapa baca surah Yaasin seumpama membaca 10x Al-Quran.”
Waktu malam itu dikira bermula selepas Maghrib sehingga sebelum Subuh. Kalau mampu baca surah juga surah Al-Ikhlas 200x.
Dalam beramal ingat 2 perkara:
Matlub: Apa yang dituntut dalam beramal ialah:
ikhlas, yakin dan istiqamah
Mauhub: Pemberian berupa pahala/qaramah/etc itu urusan Allah Ta'ala
Kita selesaikan bahagian pertama (matlub) saja!
Usahakan lepas solat baca Al-Quran, walaupun sedikit. Usahakan juga untuk baca begini pada hari biasa Ramadhan (siang). Tapi pada 10 Ramadhan terakhir, baca siang DAN malam.

*Amal #2*
Bacaan ketika Azan:
Lepas Muazzin baca “Asyhadu an laailaahaillallah”, jawab sama.
Lepas Muazzin baca “Asyhadu an Muhammadar Rasulullah” jawab sama. KEMUDIAN tambah:
“Wa ana asyhadu an laailaahaillallah, wahdahu la syariikalah, wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Rodhiitu billahhi robba, wa biMuhamaddin Nabiyya, wa biislami diina.”

*Amal #3*
Lepas azan habis - SELAWAT dulu baru baca doa lepas azan. Rasulullah saw berkata: “Siapa yang selawat padaku selepas azan, halal baginya syafaatku.”
Nak selawat apa pun boleh - ummiyi atau yang biasa pun boleh.

*Amal #4*
Jangan tinggal solat sunat Fajar. Jangan tinggal solat Subuh berjemaah sebab itu seumpama seseorang itu qiyam sepanjang malam.
Bacaan untuk rakaat 1 dan 2, boleh gilir-gilir daripada set berikut:

*Set 1:* Al-Kaafirun dan Al-Ikhlas
Nabi saw suka baca 2 surah ini untuk solat ini.

*Set 2:* Al-Inshirah dan Al-Fiil
Ulama sebut siapa baca ‘alam nashrah…’ dengan ‘alam tarokai,,’ tak ada apa boleh menyakiti dia hari itu (~ daily perisai)

*Set 3:* Surah Al-Qadr dan Al-Fiil

*Amal #5*
Lepas salam selesai solat, JANGAN TINGGALKAN walau sibuk macam mana untuk baca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahu Akbar 33x, tambah dengan ‘Laa ilaahaillallah wahdahu laa syariikalah, lahul mulku walahulhamdu wa huwa ‘ala kulli syai’in qodir’.

*Amal #6*
Lepas solat Subuh, baca doa berikut:
“Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’an, warizqan toyyiban, wa ‘amalan solehan mutaqabbalan.
Kita mohon: Ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal - perhatikan dengan siapa kita beli makanan. Jangan tinggal solat Dhuha, kalau 'uzur' sekalipun, jangan tinggal membaca doanya.

*Amal #7*
WAJIB sedekah selepas Subuh untuk dapatkan doa malaikat. IMMEDIATELY lepas Subuh, jangan lewatkan atau tunggu sampai Dhuha.

EXTRA*
Kalau nampak ular hitam -> jangan terus pukul sebab ada kemungkinan itu jelmaan jin. Baca “Salaamun ‘ala Nuuhin fil ‘alamin” - baca 3x, kalau itu jin, ia akan keluar.
Guru ustaz ada juga mengajar bacaan sama kalau nak masuk dalam hutan atau sungai -> peluk tubuh dan baca - “Salaamun ‘ala Nuuhin fil ‘alamin” (3x), InshaAllah takkan diganggu binatang/dsb.

*Silakan SHARE. Semoga bermanfaat
- disunting daripada kuliah Muslimat Ustaz Muhadir Bin Haji Joll Masjid At-Taqwa TTDI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...