nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Solat Terawih di rumah atau di masjid?

Syeikhuna Said Al-Kamali menghuraikan khilaf di antara 4 mazhab tentang hukum Solat Terawih manakah yang lebih afdhal samada di rumah atau di masjid bersama Imam?

- Para As-Syafi'ieyah dan Al-Malikiah berpandangan bahawa bersolat di rumah adalah lebih baik kecuali solat-solat fardhu, mereka berdalilkan sebuah hadith riwayat As-Syaikhan daripada Abu Hurairah radiallahu anhu bahawa baginda nabi mengkhususkan sebuah bilik untuk bersolat sunat di rumah dan ketika Ramadhan baginda bersolat sunat di rumah sehinggalah pada malam keempat baginda tidak lagi keluar kerana khuatir akan diwajibkan solat tersebut dan baginda sendiri berkata bahawa : solatlah kalian di rumah kerana solat seseorang di rumah adalah afdhal kecuali solat fardhu...

-Manakala para Al-Hanafiah dan Al-Hanabilah berpandangan bahawa bersolat di masjid adalah lebih afdhal, kerana mereka berdalilkan sebuah hadith riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi daripada Abu Dzar bahawa baginda nabi berkata : Sesiapa yang bersolat bersama imam sehinggalah imam pulang maka ditulis baginya pahala qiyamullail...

-Syeikhuna berkata bahawa untuk menghimpunkan kedua buah hadith ini maka para Al-Hanabilah dan Al-Hanafiah meletakkan perkataan 'kecuali' sebagai menerangkan situasi kedua buah hadith ini iaitu : solat seseorang di rumah adalah lebih baik 'kecuali' pada bulan Ramadhan, iaitu solat sunat di rumah jadi lebih baik hanya apabila bukan di bulan Ramadhan kerana di bulan Ramadhan bersolat bersama imam di masjid adalah lebih baik..

-Syeikhuna berpandangan bahawa pandangan As-Syafi'ieyah dan Al-Malikiah lebih kuat berpaksikan kepada satu kaedah usul iaitu :

إذا دار الكلام بين حاجة إلى التقدير والإستغناء عنه فالأصل الإستغناء

Iaitu jika suatu kalimah itu berlegar di antara keperluan untuk ditafsirkan maknanya atau tidak maka asalnya adalah tidak ditafsirkan, iaitu tidak perlu diletakkan perkataan 'kecuali' terhadap dua hadith tersebut, maka pada pandangan mereka hadith Abu Dzar tersebut hanyalah menyatakan fadhilat bersolat bersama imam di masjid dan hadith Abu Hurairah pula hanya menyatakan tambahan apa yang lebih baik jika dilakukan..

-Syeikhuna berkata sebagai menyokong tarjih berikut berdasarkan di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah bahawa Ibnu Umar hanya bersolat sendirian di rumah dan juga Imam Malik menyatakan bahawa Rabi'ah dan sekalian ramai ulama' Madinah berbuat begitu dan aku (Imam Malik) juga buat begitu...

-Namun Syeikhuna menyatakan bahawa jika seorang hafiz itu menjadi imam At-Tarawih di masjidnya yang mana jika tanpanya maka terawih tidak akan dilaksanakan maka lebih afdhal dia bersolat di masjid, manakala jika tidak maka solatlah di rumah dan panjangkanlah bacaan sebagaimana yang dia inginkan...

P/S : Bagiku pula, diketahui bahawa keumuman nas-nas yang banyak menyatakan supaya perbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan, maka atas semangat perbanyakkan ibadah tersebut maka adalah lebih baik jika dihimpunkan dua nas sekaligus iaitu bersolatlah bersama imam di masjid sehingga dia pulang dan ditambah dengan beberapa rakaat lagi di rumah secara bersendirian sekadar kemampuanya, kerana berjemaah di masjid juga masih menjadi amalan para sahabat dan jika mengikut kaedah : mengamalkan dua nas sekaligus adalah lebih aula daripada meninggalkan salah satu...wallahu a'lam bil aswab...

#edisirepost
#buatdua2lagibaik
#jangangaduhnabidahpesan
#buangmasagaduhbendafuru'
#ramadhanalmubarak
#muahciked

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...