nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh
itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak
mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji
Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah
salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a
turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100
X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang
mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak
tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan,
dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga
menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa
meminta maaf perlu sebutkan. 6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan
sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-
rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku
sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu
malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di
dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok
aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut
sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga
keesokan harinya
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari
melakukan perkara-perkara kejahatan. 9. Cuba ingat ten tang mati (Sekiranya hendak melakukan
sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang
akan mati bila- bila masa).10. Kekalkan wuduk.11. Bersedekah.12. Belanja orang makan.13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat. 14. Berkawan dengan ulama.15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).16. Pesan pada orang, jadi baik.17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb),
jangan dengar orang mengumpat.
"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...