nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Jejak Osama bin Laden: Pintu sempadan Tarkhum mudah bolos

Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Khairul Ghazali dari Abbottabad

2011/05/20
PAKISTAN dan Afghanistan hanya dipisahkan oleh pintu gerbang tanpa proses imigresen yang membolehkan anggota pengganas, termasuk Osama Bin Laden berulang alik antara dua negara ini.
PAKISTAN dan Afghanistan hanya dipisahkan oleh pintu gerbang tanpa proses imigresen yang membolehkan anggota pengganas, termasuk Osama Bin Laden berulang alik antara dua negara ini.
Osama ulang alik Pakistan-Afghanistan untuk elak daripada komando AS

PEMIMPIN al-Qaeda, Osama Bin Laden yang dibunuh pasukan khas Amerika Syarikat pada 2 Mei lalu dipercayai melarikan diri ke Pakistan melalui Tarkhum, sebuah pekan terpencil berhampiran sempadan Pakistan-Afghanistan kira-kira lima jam perjalanan dari bandar raya ini.

Pernah dikuasai pemberontak Taliban yang juga sekutu kuat al-Qaeda, Pekan Tarkhum dipercayai laluannya berulang alik antara kedua-dua negara, sama ada untuk bersembunyi atau merancang pelbagai siri keganasan di seluruh dunia.

6 wanita Osama

Lulusan PHD, berketurunan mulia, gadis hantaran antara suri Osama bin Laden

PEPATAH manusia mati meninggalkan nama cukup tepat menggambarkan apa yang berlaku kepada pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, yang dilaporkan maut dalam serangan tentera Amerika Syarikat pada 2 Mei lalu di Pakistan.

Statusnya sebagai musuh nombor satu Amerika dan didakwa Washington sebagai perancang utama serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001 sudah cukup menjulang namanya dalam sejarah untuk tempoh cukup lama.
Namun masih ada sesuatu lain yang ditinggalkan Osama dan pastinya turut melakar sejarah tersendiri dan menarik untuk diikuti - enam wanita yang pernah menjadi suri hatinya biarpun hanya tiga kekal menemaninya ke saat akhir. Lebih menarik lagi, perkahwinannya itu turut dikurniakan lebih 20 cahaya mata biarpun angka sebenarnya tidak diketahui.
Pemimpin kelahiran Arab Saudi berusia 54 tahun itu meninggalkan zaman bujangnya pada usia semuda 17 tahun apabila mengahwini Najwa Ghanem, sepupunya pada tahun 1974. Perkahwinan yang diatur keluarga itu akhirnya menemui noktah pada 2001, sebelum serangan 11 September dilancarkan.

Namun perkahwinan 27 tahun itu diserikan kehadiran 11 anak termasuk Abdullah, yang kini menerajui firma pengiklanan di Jeddah, Arab Saudi; Saad, yang mungkin maut dalam serangan Amerika di Pakistan pada 2009; Omar, seorang ahli perniagaan yang mencetuskan kontroversi mengahwini wanita Britain, Jane Felix-Browne pada 2007 dan Mohammed, dipercayai anak kesayangan Osama, yang mengahwini anak perempuan orang kanan al-Qaeda, Mohammed Atef. Mohammed terbunuh dalam serangan Amerika pada 2001.

Najwa kemudian bermadu dengan Khadijah Sharif yang sembilan tahun lebih tua daripadanya pada tahun 1983 dan mereka memiliki tiga anak. Khadijah berpendidikan tinggi dan didakwa berketurunan Nabi Muhammad. Mereka kemudian bercerai ketika menetap di Sudan pada 1990-an dan Khadijah dilaporkan kembali ke Arab Saudi. Menurut pengawal peribadi Osama, Khadijah yang memohon untuk bercerai kerana tidak sanggup lagi hidup susah dengan pemimpin al-Qaeda itu.

Isteri ketiga Osama pula bukan calang-calang sebaliknya diatur sendiri oleh Najwa. Khairiah Sabar yang mengahwini Osama pada 1985, juga wanita berpendidikan tinggi dengan kelulusan peringkat doktor falsafah dalam undang-undang Islam. Namun, tidak diketahui sama ada wanita itu selamat dalam serangan pada 2001 ke atas kem al-Qaeda di Afghanistan. Anak lelaki pasangan itu, Hamza pula dilingkari pelbagai laporan yang ada mendakwanya mati dibunuh dalam operasi ketenteraan Amerika minggu lalu, manakala satu lagi laporan media mendakwa dia berjaya memboloskan diri. Hamza ditampilkan dalam video al-Qaeda sebagai remaja dan dilatih untuk memimpin pertubuhan yang diasaskan oleh bapanya. Dia juga pernah disebut dalam autobiografi bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto, yang diterbitkan selepas kematiannya, sebagai merancang pembunuhan wanita itu.
Kuota memiliki isteri dalam Islam cukup buat Osama apabila dia mengahwini Siham Sabar sebagai isteri keempat pada tahun 1987 dan memilik empat anak termasuk Khalid yang pada awalnya disangka Hamza. Siham juga dikatakan berketurunan Nabi Muhammad. Siham kekal di Afghanistan dengan Osama selepas serangan 11 September dan tidak diketahui sama ada dia atau anaknya selamat dengan kempen ketenteraan Amerika pada 2001 di negara itu.

Tidak lama selepas Khadijah meninggalkan Osama pada tahun 1990-an dan kembali ke Arab Saudi, Osama memenuhkan semula kuota empat isteri dengan mengahwini seorang wanita lain di Khartoum, Sudan. Namun tidak banyak diketahui mengenai perkahwinan kelimanya kerana ia dibatalkan dalam masa 48 jam!

Perkahwinan keenam Osama terjadi apabila pemimpin itu dihadiahkan dengan seorang gadis, Amal Ahmed al-Sadah, 17, sebagai isteri pada 2000 iaitu ketika Osama berusia 44 tahun, sebagai tanda memeterai perjanjian antara Osama dan satu puak yang dilihat berpotensi merekrut anggota al-Qaeda di Yaman.

Perkahwinan Osama dengan Amal itu juga dilaporkan diatur oleh pemimpin al-Qaeda di Yaman, Sheikh Mohammed Rashed Saeed Ismail.

Menggambarkan Amala, Sheikh Mohammed Rashed, berkata: “Berasal dari keluarga sederhana Yaman, Amal boleh hidup susah dengan Osama dalam gua di kawasan pergunungan dan menjadi seseorang yang boleh Osama bentuk.

“Amala juga tidak kisah mengahwini lelaki sebaya bapanya dan amat percaya menjadi isteri yang taat dan setia kepada suami akan memberinya tempat di syurga.”

Amal yang berwajah cantik, tinggal bersama-sama Osama di Abbottabad, Pakistan sejak 2005 sehinggalah ke saat kematiannya. Malah, dia dikatakan sanggup bergadai nyawa menjadi perisai Osama daripada serangan komando Amerika, yang menyebabkannya turut cedera ditembak pada kakinya.

Anak pertama mereka dilahirkan sejurus selepas serangan 11 September 2001 yang dinamakan Safiya, sempena nama seorang tokoh wanita yang membunuh perisik Yahudi. Safiya dilaporkan berada dalam kediaman berkenaan ketika serbuan yang meragut nyawa bapanya. Tidak diketahui sama ada pasangan itu mempunyai anak lain. Namun, berita kematian Osama disambut kini menebarkan berita mengenai ramainya lelaki, khususnya di Yaman yang sudi mengahwini janda Osama ini andai Amal kembali ke negara asalnya.

Setakat rencana ini ditulis, Amal dilaporkan masih dalam tahanan Pakistan dan menjadi sasaran pihak berkuasa Amerika untuk ditahan. Sudah pasti nasibnya selepas ini akan diekori rapat ramai yang bukan saja mahu mengetahui kesudahan dirinya.

Biar apa yang dilabelkan Amerika dan dunia kepada Osama, cuma wanita yang pernah berkongsi hidup dengannya yang lebih mengenali pemimpin al-Qaeda itu.

Kisah Dajjal dari Tamin Ad-Dari

Telah disampaikan kepada kami lbn Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah Hamdan bahawa dia pernah bertanya kepada Fathimah binti Qais, saudara perempuan adh-Dhahhak bin Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama.

Amir berkata,”Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang tidak engkau sandarkan kepada siapapun selain beliau.”Fathimah berkata,”Jika engkau mahu niscaya aku Iakukan.Amir berkata,”Tentu, sampaikanlah kepadaku.” Fathimah berkata,”Aku menikahi lbn al-Mughirah. Dia termasuk pemuda plihan kaum Quraisy ketika itu. LaIu dia terkena musibah pada permulaan jihad bersama Rasulullah saw. Ketika aku telah menjadi janda, aku dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah seorang sahabatRasulullah saw. Sementara itu, Rasulullah mela­marku untuk maulanya, Usamah bin Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah.Maka ketika Rasulullah saw bercakap kepadaku, aku berkata,’Urusanku ada di tangan Anda. Nikahkanlah aku kepada siapa saja yang Anda suka.’Lalu Rasulullah saw bersabda. ‘Pindahlah kamu ke Ummu Syarik. ‘Ummu Syarik adalah perempuan kaya dan kalangan Ansar yang telah banyak membrikan sumbangan di jalan Allah dan disinggahi banyak tamu. Aku berkata, Aku akan melakukannya. Maka beliau bersabda.’Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang banyak tamunya. Aku tidak suka kain tudungmu jatuh atau baju tersingkap dan kedua betismu sehingga kaum itu akan melihat auratmu. Tetapi, pindahlah ke putra pamanmu, ‘Abdullah bin Amr bin Ummi Maktum, seorang Ielaki dani Bani Fihr’, Fathimah pun pindah kepadanya.

Ketika masa iddahku berakhir, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah saw.’Marilah solah berjamaah” Maka aku pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah saw. pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah selesai solat, Rasulullah saw, duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau bersabda.’Hendaklah setiap orang tinggal di tempat salatnya.’Selanjutnya beliau bersabda,’ Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu? Mereka menjawab,’Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. ’Beliau bersabda,’Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu semua tentang Dajjal.

Dia menceritakan kepadaku bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk­duduk di pantai dekat perahu. LaIu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.

Mereka berkata,

“Celaka kau, apakah kamu ini ?

Binatang itu menjawab.

‘Aku adalah mata-mata.’

Mereka bertanya,

‘Mata-mata apa?”

Dia menjawab,

‘Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kenana dia merindukan berita dan kamu’

Tamim ad-Dari berkata, Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan perempuan.

Selanjutnya dia berkala, lalu kami berangkat segera hingga mema­suki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan,’Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Dia menjawab,”kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini ?

Mereka menjawab,”Kami adalah manusia dari Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulaumu in Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami bertanya,”Celaka kamu, binatang apa kamu ini?””Saya adalah mata-mata.” “Mata-mata apa?” ‘Pergilah kepada orang yang berada di gua ini kerana dia sangat merindukan berita dari kamu.”

Maka kami pun segera mendapatkan kamu. Kami takut pada binatang itu dan kami tidak tenang jangan-jangan ia adalah syaitan betina. Orang itu berkata,”Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!”

(Baisan ialah negeri yang terkenal sejak dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam Iama dan merupakan salah satu kota di Palestin.)

Tentang apanya yang engkau nak tanyakan?”

“Aku bertanya kepada kamuapakah kurma berbuah?”

“Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah.’

Lalu dia berkata lagi.

“Beritahukan kepadaku tentang Tasek Thabaniyyah!”

(Tasik Thabariyyah adalah tasik besar. Panjangnya adalah sepuluh batu den /ebarnya enam batu. Tasek itu dalam dan dapat dilayari kapa/. Tetapi airnya semakin berkurangan. lkannya ditangkap daan airnya manis tawar. Jarak antara Tasik Thabariyyah den gan Bait al-Muqaddis lebih kurang 100 batu.)

“Tentang apanya yang engkau nak tanyakanT’

“Apakah tasik itu masih berair ?

‘Ya Tasik ilu masih banyak airnya.””Sesungguhnya air tasik itu hampir habis,”

Dia berkata,

“Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!”

(Mata air Zughar adalah nama seorang perempuan yang dinisbatkan pada mata air ini.)

“Mengenai apanya yang nak engkau tanyakan?” “Apakah mata air itu masih memancarkan air? Dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dan mata air itu?”

“Ya mata air itu masih memancarkan banyak air dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.” “Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya?” “Dia telah keluar dari Mekah menuju Yatsrib,”

“Apakah orang-orang Arab memenanginya?”

Ya”

“Bagaimana caranya dia memperlakukan mereka7’ “Dia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya.”

“Apakah demikian?” “Ya”

‘lebih baik bagi mereka untuk mengikutnya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku ini adalah aI-Masih. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku tinggali selama 40 malam kecuali kola Mekah dan Thaibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satu kota itu, aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap celah kedua kota itu dijaga oleh para malaikat.”

Fathimah berkata, “Sambilmemukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah saw bersabda.”lni adalah Thaibah, yakni kota Madinah. lngatlah, apakah hal itu telah aku sampaikan kepada kamu?”

o r a n g r a m a i menjawab :"Benar.”

Nabi Muhammad saw bersabda,”Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah sosungguhnya Dajjal itu berada di Iaut Syam atau di Iaut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur.” Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.”Selanjutnya Fathimah berkata,”Maka aku menghafalkan hadis ini dari Rasulullah.”

Kemudian Tamim ad-Dari pergi bersama kawan-kawannya dan tidak kembali lagi ke pulau itu. Kalaupun mereka berflkir untuk kembali ke pulau itu, mereka tidak akan dapat sampai ke pulau itu, walaupun mereka mempunyai pengalaman belayar. Sebab setelah peristiwa ini pulau tersebut menjadi jauh untuk sampai ke situ. Ombak-ombaknya digerakkan dengan kekuasaan Allah swt. Seakan-­akan ombak itu sendiri adalah perahu yang bergerak di lautan. Allah menetapkan bahawa tidak ada seorang pun yang datang ke pulau itu setelah Dajjal ada di dalamnya.

Serangan komando AS sebenarnya menyalahi undang-undang antarabangsa

MINGGU lalu media seluruh dunia memaparkan berita pasukan komando SEAL Tentera Laut Amerika Syarikat menceroboh ke Pakistan dan membunuh Osama bin Laden, pemimpin Al-Qaeda yang sudah lama diburu di kediaman persembunyiannya di Pakistan. Ramailah rakyat Amerika merayakan pembunuhan itu dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan mereka, khususnya Presiden Barack Obama kerana bertindak nekad membenarkan operasi itu dilancarkan. Beberapa jurucakap pihak berkuasa Amerika seolah-olah berlumba untuk membuat pengumuman mendabik dada bagaimana cekap dan pantasnya pasukan komando mereka menjalankan operasi walaupun sebuah daripada dua helikopter ‘Blackhawk Stealth’ terbarunya yang masih dirahsiakan terhempas di pekarangan rumah di mana Osama bersembunyi selama ini.

Pelbagai versi bagaimana Osama dibunuh diumumkan. Mulanya dalam usaha untuk menunjukkan betapa getirnya keadaan, kononnya berlaku tembak menembak antara Osama dan anggota komando Amerika itu hingga menuduh kononnya Osama menggunakan seorang daripada isterinya sebagai perisai ketika terserempak.

Jelas tujuan pengumuman dusta itu adalah mahu menunjukkan betapa baculnya Osama apabila berhadapan dengan musuh hingga sanggup menggunakan isterinya untuk berlindung. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku sudah diakui jurucakap Amerika bahawa Osama tidak mempunyai senjata ketika terserempak komando dan jauh sekali menggunakan isterinya sebagai perisai.

Kemudian mereka juga mengatakan isteri Osama itu tercedera dengan peluru liar, ‘berbalas tembak’ yang memberi gambaran seolah-olah berlaku tembak menembak antara anggota komando itu dengan orang Osama, walhal tiada tembak menembak berlaku.
Apa-apa tembakan semuanya dibuat komando yang diberi jolokan sebagai satu pasukan ‘elit’ itu.

Dilihat secara objektif, apakah sebenarnya yang dilakukan Amerika apabila melancarkan serangan itu ke atas kediaman Osama di Abbottabad, sebuah bandar kecil yang mana terdapat akademi ulung tentera Pakistan. Tidak siapapun boleh mempertikaikan bahawa serangan gerombolan pasukan komando lautnya itu adalah tindakan jenayah yang menyalahi undang-undang antarabangsa. Maka itu umat Islam yang tidak merestui perjuangan ekstrem Osama pun mempersoalkan tindakan keganasan sedemikian oleh Amerika.

Tidak menghairankan adanya penulisan yang menyatakan apa yang berlaku itu sebagai satu operasi yang didalangi agensi perisikan CIA yang sememangnya terkenal kerana pelbagai perlakuan dan tindakan buruknya. Kini sudah ada banyak penulisan yang mempersoalkan apa hak Amerika melancarkan serangan oleh gerombolan komandonya ke atas sebuah kediaman awam dalam sebuah negara berdaulat? Apakah ini bukan satu pencerobohan?

Kesimpulan yang amat mencemaskan banyak negara di dunia ialah Amerika sewenang-wenangnya boleh saja menceroboh masuk sebuah negara berdaulat hanya untuk memburu bukan pula untuk menahan tetapi untuk membunuh seseorang yang dianggapnya pengganas. Dengan itu, mangsanya seolah-olah tidak mempunyai sebarang hak lagi sebagai seorang manusia.

Tidak syak lagi arahan yang diberikan kepada gerombolan SEAL itu ialah untuk membunuh Osama. Maka itulah dia ditembak tepat di dahi sebelah kiri manakala isterinya yang ada bersamanya ditembak di kaki saja apabila cuba menghalang mereka menghampiri Osama.

Bagaimana pula agaknya reaksi dunia sekiranya satu pasukan komando dari sebuah negara lain mencerobohi masuk ke satu kawasan di Amerika untuk melakukan pembunuhan demikian ke atas pucuk pimpinannya atau pimpinan kanannya.

Tentunya tindakan itu dianggap satu pencerobohan yang tidak boleh diterima. Apa istimewanya Amerika boleh melakukan pencerobohan demikian? Bukankah ini satu jenayah yang dilancarkan atas arahan pucuk pimpinannya?

Salahkah kalau ada yang menuduh Amerika sebagai sebuah kerajaan pengganas seperti juga negara pelanggannya, Israel yang berterusan melakukan pencerobohan jenayah ke atas Palestin. Jadi bagi Amerika atau Israel mereka mempunyai keistimewaan untuk menceroboh sesebuah negara berdaulat untuk melakukan pembunuhan?

Aneh juga jenazah Osama diterbangkan keluar ke kapal perang induknya untuk dibuang ke laut. Kenapa jenazah itu tidak diterbangkan ke Amerika atau salah sebuah negara sekutunya untuk dibedah siasat dan kemudian dikebumikan? Tindakan terburu-buru pasukan itu juga menyalahi kehendak Islam.

Jelas sekali Amerika tidak pernah mahu mempelajari kesilapan dan implikasi pelbagai tindakan melampaunya melancarkan serangan, misalnya ke atas Afghanistan dan Iraq. Persoalannya, apakah dengan pembunuhan Osama, perjuangan keganasan sedemikian akan selesai atau Al-Qaeda akan lenyap?

Penulis ialah Felo Kanan di UKM

Apa beza Obama, Osama

BETUL atau tidak Osama bin Laden mati, Wallahualam. Presiden Amerika, Barack Hussein Obama kata dia dah mati dan mayat dia ditanam di laut. Nak tak percaya pun susah juga pasal Obama tengok melalui satelit serangan komando tentera laut Amerika ke atas Osama 1 Mei lalu.

Bukan itu saja, malah Obama mengaku dialah yang bagi perintah muktamad untuk serang rumah yang Osama duduk dengan bini dan anak-anak dia di Pakistan. Bukan alang-alang punya operasi. Osama tak ada senjata bila diserang. Itu Amerika sendiri mengaku, tapi penyerang tembak dia di kepala. Bunyi macam tak mahu tangkap dia hidup-hidup.
Kalau kita kata Osama mati dibunuh, yang bunuh dia bukan komando tentera laut Amerika. Mereka hanya serang dan tembak dia. Yang betul-betul bunuh Osama adalah Obama. Dekat-dekat nak sama pula bunyi nama mereka. Seorang Osama, seorang Obama. Seorang pimpin gerakan yang dicap ganas dan seorang lagi pimpin negara yang guna bala tentera untuk ‘terrorise’ (takutkan) satu dunia.
Osama dituduh bunuh beribu-ribu orang, tapi kekerasan Amerika di Iraq, Afghanistan dan Pakistan bunuh berpuluh-puluh ribu orang. Kedua-dua mengaku tegakkan kebenaran dan keadilan. Cuma satu atas nama pertubuhan dan satu lagi atas nama negara. Kalau ikut ganas, dua-duanya ganas.

Tak tahulah kalau ada orang di negara kita yang seronok dengan pembunuhan Osama. Mesti ada pasal bukan semua orang di Malaysia simpati atau peduli sangat dengan penindasan ke atas umat Islam dan negara mereka.

Banyak orang kita mengaku Islam, tapi jiwa mereka tidak Islam. Maklumlah, ramai dididik dengan nilai sejagat Barat yang paksinya budaya Yahudi-Kristian. Lebih-lebih lagilah yang membesar dan belajar lama di negara Barat.

Jadi tak hairanlah kalau mereka seronok dengan pembunuhan Osama dan sokong Obama seratus peratus. Mereka ini hanya nampak Osama dan World Trade Centre. Mereka tak nampak atau buat-buat tak nampak punca kemunculan orang macam Osama.
Kunta Kinte tak sekali-kali kata cara Osama betul, tapi siapa cipta Osama? Jawabnya Amerika untuk lawan Russia di Afghanistan. Tapi adakah cara Amerika guna maklumat bohong mengenai senjata pemusnah massa (WMD) untuk takluk Iraq dan gantung Saddam Hussein betul?

Siapa yang sebabkan lebih ramai rakyat Iraq mati dan menderita – Saddam yang Amerika gantung atau manusia gila perang di Rumah Putih dan Pentagon?
Pembunuhan Osama tidak akan mendamaikan dunia selagi hegemoni politik, ketenteraan dan ekonomi Amerika terus menekan negara Islam dan umat Islam.

Kompleks industri ketenteraan atau ‘military industrial complex’ Amerika tak akan benarkan dunia aman dan selamat. Kalau dunia aman dan selamat, habislah peluang mereka jana jualan beratus bilion dolar setahun. Habislah peluang sedut berbilion-bilion subsidi daripada Rumah Putih, Pentagon dan Agensi Perisik Pusat (CIA).

Berjuta pekerja Amerika akan hilang pekerjaan. Dalam suasana ekonomi Amerika yang sangat lemah sekarang, hanya industri senjata yang berkembang.

Jadi mereka perlukan orang macam Osama dan Saddam sebagai alasan terus perbesar industri senjata mereka. Mereka perlukan Iraq, Afghanistan, Pakistan dan Libya sebagai medan ujian senjata baru mereka.

Malangnya, orang Islam, lebih-lebih lagilah pemimpin mereka yang gila kuasa, tak nampak semua ini. Kalau nampak pun, mereka buat-buat sadin. Ramai yang sanggup jadi orang suruhan dan boneka Amerika.

Yang mereka tak sedar ialah apabila sampai masa dan mereka tak berguna lagi, Amerika akan lari daripada mereka. Malah pernah dalam sejarah, Amerika akan hapuskan mereka macam Obama hapuskan Osama.

Tapi, Alhamdulillah, banyak juga orang Islam Malaysia yang walaupun mereka belajar di negara Barat, mereka tak jadi hamba kepada pemikiran ‘Judio-Christian’ Barat. Mereka tak hemoi nak ambil gambar dengan Obama atau Hillary Clinton. Mereka nampak kehambaran dan kepalsuan kemanusiaan Barat yang lebih utamakan hak individu daripada hak masyarakat, hak mereka daripada hak orang lain.

Minta ampunlah kalau Kunta Kinte kata Kunta Kinte tak yakin pembunuhan Osama akan damaikan dunia. Nak damai macam mana, Obama sendiri tak lena tidur takut geng Osama balas dendam?

Jadi, Kunta Kinte harap kita orang Islam Malaysia janganlah jadi burung kakak tua dan burung tiung belaan Amerika yang hanya tahu ulang sebut apa Obama dan Clinton kata.

Kepada yang seronok jadi tiung dan kakak tua kesayangan Barat dan selesa duduk dalam sangkar emas, Kunta Kinte nasihatkan, ingatlah otak yang Allah bagi akan berkarat kalau kita tak guna dengan bijaksana dan tulang empat kerat akan kaku tanpa senaman.

Bila tiung dan kakak tua tidak lagi boleh bernyanyi atau nyanyian tidak lagi sedap didengar, apatah lagi dibenci, pada waktu itu, berjaga-jagalah. Takut, silap-silap tiung dan kakak tua kena sembelih. Obama dan Clinton, Pentagon dan CIA ada banyak senjata tajam. Wallahuala

artikel dr berita harian..

Kematian pencetus semangat militan

ISLAMABAD: Seorang pengasas kumpulan militan Islam Pakistan semalam memberitahu masyarakat Islam supaya menjadikan kematian Osama bin Laden sebagai pencetus semangat.

Pemimpin Lashkar-e-Taibah, Hafiz Mohammad Saeed memberitahu pengikutnya di satu majlis solat khas yang diadakan untuk Osama, bekas pemimpin al-Qaeda itu akan terus menjadi sumber kekuatan dan dorongan untuk umat Islam di seluruh dunia.

“Osama bin Laden adalah lelaki hebat yang menyedarkan dunia Islam,” kata Hafiz.

“Syahid bukan satu kehilangan, sebaliknya ia adalah kebanggaan bagi umat Islam. Osama melakukan banyak pengorbanan untuk Islam dan penganutnya dan ia akan sentiasa diingati,” katanya.
Beribu-ribu pengikut kumpulan berkenaan menyertai solat ghaib itu. - AP

Osama pejuang atau pengganas

SLAMABAD: Dilahirkan di Riyadh, Arab Saudi pada 1957, Osama bin Laden seorang daripada 54 anak Mohamad Bin Laden, pemilik empayar pembinaan di Arab Saudi dan hartawan yang mempunyai kaitan dengan keluarga diraja Arab Saudi. Ibunya berasal dari Syria.

Pada 1969, bapanya meninggal dunia dalam kemalangan helikopter dan ketika itu Osama berusia 11 tahun dan dipercayai mewarisi kekayaan AS$80 juta (RM236 juta). Beliau kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan awam di Jeddah.
Osama, satu-satunya anak lelaki Mohammad daripada isteri ke-10, Hamida al Attas. Ibu bapanya bercerai sebaik beliau dilahirkan dan ibunya kemudian mengahwini Mohammed al-Attas. Pasangan itu mempunyai empat anak dan Osama membesar bersama adik tirinya.
Beliau dibesarkan sebagai pengikut Wahabi dan memasuki sekolah elit, Sekolah Al-Thager Model, antara 1968 hingga 1976 sebelum melanjutkan pengajian di Universiti King Abdulaziz tetapi ada sumber memberitahu beliau tidak menghabiskan pengajiannya. Beliau dilihat berminat terhadap aktiviti agama dan jihad serta kerja kebajikan. Beliau juga minat menulis sajak.

Pada usia 17, Osama berkahwin dengan isteri pertama, Najwa Ghanem di Latakia.
Menurut CNN, sehingga 2002, Osama dikatakan berkahwin dengan empat wanita dan mempunyai kira-kira 25 anak antara 12 hingga 24 tahun.

Sekitar 1973, Osama mewujudkan rangkaian dengan kumpulan ekstrim Muslim dan mengembangkan empayarnya menerusi perniagaan pembinaan.
Pada 26 Disember 1979, tentera Soviet menawan Afghanistan, perang yang mengambil masa 10 tahun dan generasi radikal Islam termasuk Osama muncul. Pada 1984, Osama ke Afghanistan untuk berjihad menentang pasukan tentera Soviet. Di sana, beliau memberi bantuan kewangan dan mengetuai 20,000 pejuang Islam yang direkrut di seluruh dunia.

Empat tahun kemudian, Osama dipercayai menubuhkan al-Qaeda atau pangkalan. Apabila Soviet mengundurkan tenteranya dari Afghanistan pada 1989, al-Qaeda menjadi rangkaian kumpulan pelampau Islam dengan keanggotaan di antara 35 hingga 60 negara serta beribu pejabat di Afghanistan.

Pada 1991, tentera bersekutu diketuai Amerika melancarkan perang bagi menewaskan kependudukan Iraq di Kuwait. Osama mengisytiharkan jihad terhadap Amerika kerana menempatkan tenteranya di Arab Saudi, yang juga tanah kelahiran dan dua bandar suci umat Islam.

Pada 1992, Osama kembali ke Arab Saudi tetapi sokongannya terhadap keganasan kumpulan pelampau Islam di Mesir dan Algeria menyebabkan negara asalnya menggugurkan pasportnya dan dibuang dari Arab Saudi.

Beliau kemudian menetap di Sudan. Arab Saudi melucutkan kewarganegaraan Osama pada 1994 selepas beliau mengeluarkan fatwa mencela Amerika dan keluarga diraja Arab Saudi. – AFP / Agens

Ulama selar tindakan AS semadi Osama di laut

KAHERAH: Beberapa ulama menyatakan persemadian Osama Laden di laut sebagai melanggar tradisi Islam dan akan menjurus militan untuk menuntut bela dengan menyerang sasaran Amerika Syarikat.

Sebilangan besar ulama kanan menyifatkan tindakan Amerika itu sebagai satu penghinaan dan tidak mengendahkan amalan mengebumikan jenazah dalam kubur dan menghadap ke kiblat di Makkah.
Menurut mereka, persemadian di laut hanya dibenarkan dalam kes tertentu seperti apabila kematian berlaku di atas kapal yang sedang berlayar.
Imam Besar Masjid al-Azhar, Sheik Ahmed al-Tayeb, berkata persemadian Osama di laut "bertentangan dengan prinsip syariah, nilai agama dan amalan kemanusiaan".

Seorang ulama di Lubnan, Omar Bakri Mohammed, berkata: "Amerika mahu menghina orang Islam menerusi persemadian seperti ini dan saya tidak fikir ia satu kebaikan untuk pentadbiran Amerika." - A
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...