nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Apa beza Obama, Osama

BETUL atau tidak Osama bin Laden mati, Wallahualam. Presiden Amerika, Barack Hussein Obama kata dia dah mati dan mayat dia ditanam di laut. Nak tak percaya pun susah juga pasal Obama tengok melalui satelit serangan komando tentera laut Amerika ke atas Osama 1 Mei lalu.

Bukan itu saja, malah Obama mengaku dialah yang bagi perintah muktamad untuk serang rumah yang Osama duduk dengan bini dan anak-anak dia di Pakistan. Bukan alang-alang punya operasi. Osama tak ada senjata bila diserang. Itu Amerika sendiri mengaku, tapi penyerang tembak dia di kepala. Bunyi macam tak mahu tangkap dia hidup-hidup.
Kalau kita kata Osama mati dibunuh, yang bunuh dia bukan komando tentera laut Amerika. Mereka hanya serang dan tembak dia. Yang betul-betul bunuh Osama adalah Obama. Dekat-dekat nak sama pula bunyi nama mereka. Seorang Osama, seorang Obama. Seorang pimpin gerakan yang dicap ganas dan seorang lagi pimpin negara yang guna bala tentera untuk ‘terrorise’ (takutkan) satu dunia.
Osama dituduh bunuh beribu-ribu orang, tapi kekerasan Amerika di Iraq, Afghanistan dan Pakistan bunuh berpuluh-puluh ribu orang. Kedua-dua mengaku tegakkan kebenaran dan keadilan. Cuma satu atas nama pertubuhan dan satu lagi atas nama negara. Kalau ikut ganas, dua-duanya ganas.

Tak tahulah kalau ada orang di negara kita yang seronok dengan pembunuhan Osama. Mesti ada pasal bukan semua orang di Malaysia simpati atau peduli sangat dengan penindasan ke atas umat Islam dan negara mereka.

Banyak orang kita mengaku Islam, tapi jiwa mereka tidak Islam. Maklumlah, ramai dididik dengan nilai sejagat Barat yang paksinya budaya Yahudi-Kristian. Lebih-lebih lagilah yang membesar dan belajar lama di negara Barat.

Jadi tak hairanlah kalau mereka seronok dengan pembunuhan Osama dan sokong Obama seratus peratus. Mereka ini hanya nampak Osama dan World Trade Centre. Mereka tak nampak atau buat-buat tak nampak punca kemunculan orang macam Osama.
Kunta Kinte tak sekali-kali kata cara Osama betul, tapi siapa cipta Osama? Jawabnya Amerika untuk lawan Russia di Afghanistan. Tapi adakah cara Amerika guna maklumat bohong mengenai senjata pemusnah massa (WMD) untuk takluk Iraq dan gantung Saddam Hussein betul?

Siapa yang sebabkan lebih ramai rakyat Iraq mati dan menderita – Saddam yang Amerika gantung atau manusia gila perang di Rumah Putih dan Pentagon?
Pembunuhan Osama tidak akan mendamaikan dunia selagi hegemoni politik, ketenteraan dan ekonomi Amerika terus menekan negara Islam dan umat Islam.

Kompleks industri ketenteraan atau ‘military industrial complex’ Amerika tak akan benarkan dunia aman dan selamat. Kalau dunia aman dan selamat, habislah peluang mereka jana jualan beratus bilion dolar setahun. Habislah peluang sedut berbilion-bilion subsidi daripada Rumah Putih, Pentagon dan Agensi Perisik Pusat (CIA).

Berjuta pekerja Amerika akan hilang pekerjaan. Dalam suasana ekonomi Amerika yang sangat lemah sekarang, hanya industri senjata yang berkembang.

Jadi mereka perlukan orang macam Osama dan Saddam sebagai alasan terus perbesar industri senjata mereka. Mereka perlukan Iraq, Afghanistan, Pakistan dan Libya sebagai medan ujian senjata baru mereka.

Malangnya, orang Islam, lebih-lebih lagilah pemimpin mereka yang gila kuasa, tak nampak semua ini. Kalau nampak pun, mereka buat-buat sadin. Ramai yang sanggup jadi orang suruhan dan boneka Amerika.

Yang mereka tak sedar ialah apabila sampai masa dan mereka tak berguna lagi, Amerika akan lari daripada mereka. Malah pernah dalam sejarah, Amerika akan hapuskan mereka macam Obama hapuskan Osama.

Tapi, Alhamdulillah, banyak juga orang Islam Malaysia yang walaupun mereka belajar di negara Barat, mereka tak jadi hamba kepada pemikiran ‘Judio-Christian’ Barat. Mereka tak hemoi nak ambil gambar dengan Obama atau Hillary Clinton. Mereka nampak kehambaran dan kepalsuan kemanusiaan Barat yang lebih utamakan hak individu daripada hak masyarakat, hak mereka daripada hak orang lain.

Minta ampunlah kalau Kunta Kinte kata Kunta Kinte tak yakin pembunuhan Osama akan damaikan dunia. Nak damai macam mana, Obama sendiri tak lena tidur takut geng Osama balas dendam?

Jadi, Kunta Kinte harap kita orang Islam Malaysia janganlah jadi burung kakak tua dan burung tiung belaan Amerika yang hanya tahu ulang sebut apa Obama dan Clinton kata.

Kepada yang seronok jadi tiung dan kakak tua kesayangan Barat dan selesa duduk dalam sangkar emas, Kunta Kinte nasihatkan, ingatlah otak yang Allah bagi akan berkarat kalau kita tak guna dengan bijaksana dan tulang empat kerat akan kaku tanpa senaman.

Bila tiung dan kakak tua tidak lagi boleh bernyanyi atau nyanyian tidak lagi sedap didengar, apatah lagi dibenci, pada waktu itu, berjaga-jagalah. Takut, silap-silap tiung dan kakak tua kena sembelih. Obama dan Clinton, Pentagon dan CIA ada banyak senjata tajam. Wallahuala

artikel dr berita harian..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...