nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

RUNDINGAN DAMAI PERLU TERUS DIBUAT DAN MESTI DIBUAT BAGI MENGELAKKAN DARAH DARI TERUS MENGALIR

Revolusi Syria bermula Mac 2011. Dr Yusof Qardawi menfatwakan wajib berjihad dengan senjata menentang pemerintah Bassyar Asad sebagaimana fatwa beliau untuk rakyat Mesir bangkit dengan senjata sebaik kejatuhan Mursi dan jihad bersenjata menentang Ghaddafi di Libya.

Tokoh ulamak Syria, Dr Ramadhan Buti mengambil pendirian agar rakyat bersabar bagi mengelakkan pertumpahan darah. Suara beliau lantang menegur pemerintah Syria yang mengambil jalan bersenjata memerangi rakyat. Beliau kemudiannya dibunuh dengan penuh misteri pada 2013.

2 tokoh Ulamak Syam, Dr Wahbah Zuhaili dan Dr Mustafha Bugha mengambil pendirian berdiam diri bagi mengelakkan api fitnah. Mereka menolak kekejaman Basyar tetapi tidak secara terbuka menyokong revolusi kerana ingin menjaga darah agar tidak terus tumpah ke bumi.

Syeikh Usamah Rifaei, Khatib Masjid Rifaei, Syeikh Kurayim Rajih, tokoh Qira'at Syam dan Syeikh Sobuni antara yang lantang mendokong Revolusi. Rabitah Ulamak Syam ditubuhkan oleh Syeikh Usamah bagi mendokong revolusi.

ISIS kemudiannya masuk ke Syria sehingga menimbulkan pertembungan sesama tentera Revolusi. ISIS menjadi fitnah kepada gambaran Islam yang sebenar. ISIS hanya menjadi alat untuk mengurangkan sokongan rakyat Syria terhadap revolusi Syria.

Rusia dan Iran pula secara terbuka mendokong Basyar dan membantu dengan senjata dan ketenteraan bagi mengelakkan kejatuhan Basyar. Kepentingan Iran ialah Syria merupakan laluan mereka untuk membantu Hizbullah di Lubnan. Sudah tentu yang mendapat keuntungan dari peperangan ini ialah rejim Zionis.

Amerika mahu perang ini terus berlangsung agar Zionis sekurnag-kuranya tidak lagi berhadapan dengan Syria. Amerika membekalkan senjata kepada tentera revolusi. Bantuan Amerika juga Syria adalah proksi kepada Rusia.

Gerakan Islam bersidang membuat keputusan untuk menghantar wakil berunding melibatkan kerajaan Syria, Iran, Rusia dan Turki. Masing-masing diberi tugasan. Tugasan PAS ialah meredakan Iran. Tugasan Parti Saadat ialah berunding dengan kerajaan Turki dan Syria.

Hamas yang mendokong revolusi daripad awal tetapi akhiran ini mula melihat perlunya rundingan dibuat. Sebelumnya mereka mendapat bantuan Syria bagi memerangi Zionis. Mereka keluar dari Syria kerana membantah tindakan Basyar memerangi rakyat secara bersenjata. Terkini, selepas beberapa tahun berlalu perang, bagi mereka senjata perlu diarahkan kepada Zionis yang membantai umat Islam Palestin. Hamas bekerjasama dengan Hizbullah bagi menetnag zionis sedangkan Hizbullah juga turut mempertahankan Basyar.

Sehingga kini perang telah memakan jiwa umat Islam Syria yang sangat ramai. Zionis paling mendpaat keuntungan daripada peperangan ini. Amerika mahu ia dilanjutkan bagi kepentingan Zionis juga kerana Syria adalah promsi Rusia musih tradisi merek. Namun, Donald Trump dalam kempen mebuat cadangan agar bantuan amerika kepada tentera revolusi mesti dihentikan dan rundingan pelru dibuat dengan Rusia bagi mengelakkan ISIS terus berkembang di Syria.

Rusia dan Iran tidak akan berhenti mempertahankan Basyar kerana mereka ada kepentingan tersebdiri.

Yang menjadi mangsa ialah rakyat Syria yang tidak berdosa. 

Dr Khairuddin Takiri
23hb disember 2016

sejarah lampau hitam kumpulan wahabi yang membunuh,menyembelih orang2 islam

Marah beno ostaz2 wahabi ngan Presiden PAs tuan Guru Hj Hadi awang sebab nak rundingan kemanaanan ,pertumpahaaan daarah berlanjutan....serang habis habiskan .,nak cemarkan,conteng arang  peribadi tuan Guru dalam masyarakat...ah,ni lah antara agenda utama DAP.,nak hancurkan karier Tuan Guru yang lantang menentang ,sekat agenda utama DAP dalam negara ini,,. mungkin sebab tempoh hari ,Tuan Guru dedahkan sejarah hitam lampau wahabi menyerang makkah dan membunuh masyarkaat makkah dahulu kala dalam satu kuliahnya dan dedahkan saudi bersekongkol dengan british,,tuh mungkin marah beno tuh,,bagus Tuan Guru..dedahkan kejahatan wahabi pada masa lampau..

Ini sejarah dah berlaku,,sejarah lampau hitam kumpulan wahabi yang membunuh,menyembelih orang2 islam..merampas pemerintahaan ketua Semua negara2 islam, khilafah  Uthmaniyyah   di Makkaj dgn bantuaan British,perancis..ni sejarah..bukan dongeng dongeng.....kumpulan wahabi ni asalnya bukan memerintah Makkah,madinah..mereka2 ni geng Arab yang menetap di padang pasir ..geng memang kasar orang,ganas,bengis..geng merompak tengah padang pasir tuh..dan ketika ,Makkah diperintah oleh Turki Uthmaniyyah ,ketua kerajaan semua negara negara islam dahulu kala.,dan mereka letakkan Wakil mereka di makkah tuk memerintah iaitu sunni,keturunan ahlul bait..

Seorang Ulama besar al Azhar  yang capai taraf ,Imam Abu Zahrah dalam kitabnya tarikh al  madzhahibil islamiyyah,menyatakan berkenaan sejarah hitam seawal awal kemunculan kumpulan wahabi ialah  ,sejarah kemunculan wahabi ni bermula pakatan keluarga saud (yang perintah arab saudi sekarang)  dan pengasas ajaran wahabi,Muhammad Abdul wahab..dimana pakatan ni,mereka nak rampas kekuasaan pemerintaahan Makkah Madinau drpd Khalifah islam kita,uthmaniyyah..maka mereka luaskan pengaruh mereka dikawasan  dengan bunuh orang islam dikawasan mereka ,ambil harta kaum mulimin,tangkap wanita orang2 islam(mgkn depa rogol) untuk bina kekuatan,pengaruh....bila dah ada kuasa mula lah menyerang pemerintah makkah..berkali kali serang ,tak menang2 juga..kerana masa tuh umat islam ada khalifah uthmaniyyah..kuat,..payah  nak tumbang.,.sampailah wahabi2 bersepakat dengan British dan  ,perancis untuk tumbangkan Pemerintah sunni makkah...habis penduduk makkah dibunuh.disekat makanan..para ulama dan rakyat makkah disembelih....maka dijajahlah sampai hari ini...Uthmaniyyah pernah bawa berdamai puak2 wahabi ni agar jangan perang...tapi mereka enggan .,nak juga perang,nak bunuh2 ..sebab mereka dah anggap pemerintah makkah,orang2 makkah kufur dah..jadi halal darah disisi mereka....

Ini fakta sejarah islam..cuba tanya ,rujuk mana mana pakar sejarah islam..sama ada Dalam negara mahupun luar negara..ni sejarah lampau yang dah berlaku...bahkan sejarah hitam wahabi yang bughah ni,pembunuh,perogol ni dicatatkan dalam kitab sejarah wahabi yang ditulis sejarawan wahabi sendiri...tarikh najd..

Ni lah wahabi..sampai sekarang suka perang.suka bunuh2 sesama islam,hauskan darah....perangai ostaz2 wahabi mcm ni lah..sampai sekarang Arab saudi sekongkol dgn usa,barat...fakta politik ni,

Ostaz ostaz wahabi nak jawab apa ni?..ni terang Terang Bughah...terang membunuh umat islam tanpa hak...

Adakah ia benua yang dimurtadkan

#Salam_Maulidur_Rasul
Kalau anda berkunjung Washington DC, datanglah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Lantas, mintalah transkip perjanjian pemerintah Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, salah satu suku Indian, tahun 1787.

Di sana akan ditemukan tanda tangan Kepala Suku Cherokee saat itu, bernama AbdeKhak dan Muhammad Ibnu Abdullah. Isi perjanjian itu antara lain adalah hak suku Cherokee untuk melangsungkan keberadaannya dalam perdagangan, perkapalan, dan bentuk pemerintahan suku cherokee yang saat itu berdasarkan hukum Islam.

Lebih lanjut, akan ditemukan cara berpakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum laki-lakinya memakai turban (surban) dan terusan hingga sebatas lutut. cakap pasal suku Cherokee, tidak lari dari individu bernama Sequoyah. Ia adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah semacam aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A sampai Z, maka suku Cherokee memiliki aksara sendiri. Yang membuatnya sangat luar biasa adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini mirip sekali dengan aksara Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee pada abad ke-7 yang ditemukan terpahat pada bebatuan di Nevada sangat mirip dengan perkataan ”Muhammad” didalam bahasa Arab.

Benua Amerika Adalah Negeri Muslim yang Dimurtadkan, Apa Buktinya?

1. Adanya sepotong batu yang ditemukan di daerah Corinto di El Salvador, tepatnya di dalam sebuah gua telah diidentifikasi dan dari situlah kedatangan umat Islam di Amerika Selatan dapat teridentifikasi oleh batu yang diketahui sebagai bantalan prasasti Malaka Haji Malaya pada abad ke-13. Umat muslim tersebut diduga berasal dari salah satu daerah di Indonesia.

2. Ditemukan beberapa koin oleh Pendeta Thaddeus Mason Harris yang ditulis oleh seorang penulis jurnal Amerika yang pada tahun 1787 ketika berkunjung ke beberapa area Massachusetts. Koin itu kemudian oleh Harris diserahkan ke perpustakaan Harvard College untuk diperiksa dan diketahui bahwa koin tersebut berasal dari abad ke-8 dan 9 dan dikenal sebagai Samarqand Dirham. Ada prasasti La ilaha illa-Allah Muhammadun Rasulullah dan Bismillah yang kelihatan ada pada koin tersebut.

3. Prasasti batu lagi-lagi ditemukan dengan bentuk bantalan huruf Cufic H-M-I-D yang diduga berasal dari pasca-650 CE dan ini merupakan salah satu bukti benua Amerika adalah benua yang dimurtadkan. Di bebatuan Nevada, tepatnya di Valley of Fire juga diketahui ada tulisan Arab lainnya.

4. Tulisan Cufic itu ada dan penemuannya ada di White Mountains di tahun 1951 yang lokasinya tidak jauh dari kota Benton di perbatasan Nevada. Tulisan dengan gaya Cufic yang dikenali sebagai tulisan di abad ke-7 ini terdapat kalimat tentang Iblis yang merupakan sumber dari segala kebohongan atau Setan maha mayan.

5. Ada banyak orang yang mencoba meneliti sejarah awal masuknya Islam ke Amerika, mungkin termasuk Profesor Barry Fell seorang dosen yang sudah pensiun dari Harvard University. Ia menekankan bahwa di tahun 650-an, Amerika kedatangan kaum muslim dan tentu ada dasar mengapa sang profesor berani menyatakan demikian, ini karena kaligrafi Cufic. Kalau memang benar, itu artinya pada era Khalifah Utsman, umat Islam telah menapakkan kaki di Amerika.

6. Tulisan “In the Name of Allah” juga ditemukan oleh Profesor Fell dan dianggap sebagai bukti selanjutnya akan Amerika negeri muslim yang dimurtadkan. Jika mengecek dan melihat secara hati-hati akan temuan prasasti tersebut, akan didapati kesimpulan bahwa memang benda tersebut tidaklah bergaya modern Arab dan malah mengandung gaya Cufic yang sangat ada hubungannya dengan gaya tulisan di abad ke-7.

7. Diketahui pula bahwa sebuah daerah di mana orang-orang Arablah penghuninya, diserang oleh Navajos dan Apache asli yang merupakan Athapcan Tribe. Sejumlah sekolah yang dibangun oleh orang-orang Arab dapat memesonakan para pribumi yang buta huruf, dan dari situlah tercipta subyek yang mirip serta binatang mitos hasil dari ubahan bentuk geometris yang kemungkinan dikerjakan dengan bantuan tawanan selama berabad-abad.

Masih ada banyak lagi bukti-bukti mengenai Amerika yang dulunya sebenarnya merupakan negeri Islam melalui penjelasan catatan sejarah. Benua Amerika adalah negeri muslim yang dimurtadkan atau mungkin lebih tepatnya disesatkan.

55 AMALAN SUNNAH

*1. PANDANGAN MATA*
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

*2 MAKAN GARAM*
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

*3. MINUM TANGAN KANAN*
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

*4. SESAAT DI JALAN ALLAH*
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

*5. LANGKAH KANAN*
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

*6. MAKAN TIGA JARI*
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan tengah. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

*7. JAMINAN ALLAH*
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

*8. GUNTING BULU*
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

*9. JANGAN BERSIUL*
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

*10. CARA POTONG KUKU TANGAN*
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

*11. CARA POTONG KUKU KAKI*
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

*12. PANJANG LENGAN BAJU*
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

*13. PAKAIAN KESUKAAN*
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

*14. BERSIWAK*
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

*15. DOA DALAM SUJUD*
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

*16. ADAB DI TANDAS*
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

*17. ADAB MAKAN*
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

*18. TIGA JENIS ORANG*
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

*19. PAKAI MINYAK WANGI*
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

*20. AMBIL WUDUK SEBELUM* TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

*21. CINCIN PERAK*
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

*22. SOLAT FARDHU DI MASJID*
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

*23. PAKAI CELAK*
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

*24. PANJANG PAKAIAN*
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

*25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH*
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

*26. MENGUAP*
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

*27. MENYIMPAN JANGGUT*
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

*28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR*
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

*29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH*
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

*30. POSISI TIDUR*
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

*31. MINUM LEPAS MAKAN*
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

*32. TIDUR SEBELUM ZOHOR*
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

*33. BERDIRI HORMAT*
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

*34. PAKAIAN BERWARNA*
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

*35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN*
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

*36. MENU RASULULLAH*
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

*37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK*
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

*38. KETAWA RASULULLAH*
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

*39. MINUMAN RASULULLAH*
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

*40. HISAP AIR DALAM HIDUNG*
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

*41. BERI MAKAN ANAK YATIM*
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

*42. LARANGAN PAKAI CINCIN*
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

*43. BANGUN TIDUR*
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

*44. KONGSI MAKANAN*
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

*45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR*
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

*46. ISTIGHFAR*
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

*47. JANGAN MENCACI MAKANAN*
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

*48. APABILA BERTAMU*
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

*49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS*
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

*50. MAKANAN PANAS*
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

*51. GILIRAN MINUM*
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

*52. 3 AMAL*
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

*53. JANGAN TIDUR MENIARAP*
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

*54. CARA PEGANG MISWAK*
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

*55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH*
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya...

ISYARAT AL-QURAN TENTANG MUNCULNYA PASUKAN ISLAM

Bukti kebenaran al-Quran, ternyata
kejadian akhir zaman telah dijelaskan
dalam al-Quran tapi kebanyakan manusia tidak memahami.

Allah telah
menjelaskan dalam al-Quran bahwa
setelah runtuhnya khilafah Turki
Usmaniyah dan kekuasaan dunia di
dominasi oleh orang Yahudi dan
Nasrani. Sehingga lahir pemimpin negara-negara yang majoriti Islam
yang sudi menjadi alat-alat kafir,
kerana rasa takut dijajah oleh kafir
maka mereka mendekati orang
yahudi dan nasrani dan siap menjadi
sekutu dan berloyaliti (ta'at) pada mereka.

Maka Allah menegur mereka
sebagai mana tercantum dalam surah
al-Maidah ayat 51:

"Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu menjadikan orang
Yahudi dan Nasrani (yg memusuhi Islam) sebagai sekutu, mereka satu
sama lain saling bersekutu.
Barangsiapa diantara kamu yang
menjadikan mereka sekutu, maka
sesungguhnya dia termasuk
golongan mereka. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang zalim".
-
Dimanakah isyarat sehingga kita
dapat mengetahui bahwa ayat di atas
menjelaskan tentang realiti hari ini, !?

itu
terdapat dalam ungkapan ayat di atas
(ba’dhuhum auliyau ba’dhihim)
yaitu
sebahagian mereka adalah sekutu
bagi sebahagian yang lain. Antara
Yahudi dan nasrani saling bersekutu,
dan itu belum pernah terjadi dalam
catatan sejarah manapun kerana antara yahudi dan nasrani itu dari
dulu saling bermusuhan, nasrani
menganggap kaum Yahudi adalah
orang yang membunuh al-Masih yaitu
tuhan kaum nasrani. Maka satu
keanehan sekarang terjadi, kaum yahudi dan nasrani sudah bersekutu,
dan telah membentuk pertubuhan
rasmi yaitu pertubuhan bangsa-
bangsa bersatu (PBB).

Maka Allah
menegur pemimpin negeri kaum
muslimin hari ini yang ikut serta dalam pertubuhan tersebut menjadi kan
mereka sebagai sekutu. Dengan
ancaman yang sangat keras

"Barangsiapa diantara kamu yang
menjadikan mereka sebagai sekutu,
maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka".

Artinya keluar dari
Islam atau murtad.
-
Allah memperjelas lagi dalam ayat
berikutnya,

pada saat itu kamu akan
melihat pemimpin2 tersebut dengan
segera mendekati mereka kerana takut akan mendapatkan bencana,
sebagaimana dijelaskan dalam ayat
selanjutnya :

"Maka kamu akan melihat orang-
orang yang ada penyakit dalam
hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi
dan Nasrani), seraya berkata: 'Kami
takut akan mendapat bencana'.
Mudah-mudahan Allah akan
mendatangkan kemenangan (kepada
Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka
menjadi menyesal terhadap apa yang
mereka rahsiakan dalam diri mereka.
(5: 52)

Disebabkan super power dunia hari
ini berada ditangan persekutuan Yahudi dan Nasrani maka pemimpin
negara-negara yang majoriti
penduduknya Islam berlumba-lumba
mendekati mereka untuk
mendapatkan jaminan keselamatan
dalam wilayah kekuasaannya. Bahkan mereka menyerahkan segala sumber
kekayaan alam kepada mereka untuk
di kelola.

Sehingga Allah melanjutkan
lagi dalam ayat selanjutnya:

"Dan orang-orang yang beriman akan
mengatakan: "Inikah orang-orang yang bersumpah sungguh-sungguh
dengan nama Allah, bahwasanya
mereka benar-benar beserta kamu?"
Rusak binasalah segala amal mereka,
lalu mereka menjadi orang-orang
yang merugi." (5: 53)

-
Bagi kita yang sedar atas penjajahan
ini maka kita akan mengatakan inikah
yang dikatakan orang Islam,
walaupun mereka sholat, puasa, haji
dan lain sebagainya sedangkan
mereka 'ta'at' pada orang-orang kafir, Ayat ini juga sebuah ungkapan
pertanyaan kepada mereka yang
masih saja menganggap mereka
muslim dan ulil amri yang wajib di
taati, dengan sebuah pertanyaan “
inikah yang dikatakan sebagai ulil amri” kemudian dalam ayat tersebut
Allah memberi jawapan 'Rosak
binasalah segala amal mereka, lalu
mereka menjadi orang-orang yang
merugi'.

Allah swt melanjutkan dalam
ayat selanjutnya sebagai jawapan atas perbuatan mereka tersebut,

"Wahai orang-orang yang beriman,
barangsiapa di antara kamu yang
murtad dari agamanya, maka kelak
Allah akan mendatangkan suatu
kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang
bersikap lemah lembut terhadap
orang yang mukmin, yang bersikap
keras terhadap orang-orang kafir,
yang berjihad dijalan Allah, dan yang
tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah,
diberikan-Nya kepada siapa yang
dikehendaki-Nya, dan Allah Maha
Luas (pemberian-Nya), lagi Maha
Mengetahui. (5: 54)
-
Maka di saat dunia yang semakin karut marut seperti ini, dikeranakan
pemimpin hari ini telah murtad,
mereka telah menggantikan sistem
negara dengan sistem kafir demi
untuk tunduk pada aturan Yahudi dan
Nasrani,
Kemudian Allah mendatangkan suatu kaum orang-
orang beriman. Dengan ciri-ciri
sebagaimana dalam ayat di atas,
bersikap lemah lembut terhadap
orang yang mukmin, yang bersikap
keras terhadap orang-orang kafir, kemudian berjihad dijalan Allah, dan
mereka tidak takut kepada celaan
orang yang suka mencela.
Yang pertama mereka berjihad
artinya berperang melawan orang-
orang kafir tersebut.
Yang kedua
bersikap keras terhadap orang kafir

Allahu_Akbar. .

Musuh tidak gentar

Musuh tidak gentar jika engkau hanya duduk bersila mencukupkan diri dengan ilmu saja.

Musuh tidak gentar jika engkau hanya menjadi ahli ibadah yang tidak menghiraukan keadaan saudaramu

Musuh tidak gentar jika engkau hanya mengajak manusia pada pendapatmu dan BERLISAN tajam pada yang di luar kelompokmu

Musuh tidak gentar jika engkau hanya mendakwahi manusia ke tauhid menurut tafsiranmu, yaitu "tauhid" yg menjadikan LISANMU tajam terhadap ulama dan ahli kiblat.

Akan tetapi yg menjadikan musuh gentar adalah ketika kalian mulai bersatu, MERANGKUL satu sama lain serta tidak merasa diri paling BENAR..

Musuh akan gentar ketika umat Islam kembali mendidik generasinya seperti didikan salafussholeh,  yaitu didikan yg akan menghasilkan manusia-manusia seperti Khalid bin Walid, Qa'qa', Mutsanna, Shalahuddin Al Ayyubi, Sultan Al Fatih, dan lainnya

Musuh akan gentar ketika umat Islam sudah mulai bersatu menggalang kekuatan utk kembali membangun khilafah yg telah runtuh pada tahun 1924 lalu.

Musuh akan gentar ketika umat Islam mengikuti sifat salafussholeh yg Allah gambarkan dalam surat Al Fath ayat 29,  bahwa mereka KERAS terhadap org kafir dan lembut terhadap orang mukmin,  bukan SEBALIKNYA...

Tanyakan pada sejarah ttg kejayaan umat Islam dahulu,   apakah ia tercapai hanya mencukupkan diri dgn mengkaji kitab saja?

Tanyakan pada sejarah ttg pahlawan mujahid yg "menjadikan" khilafah Islam menjadi bangsa terkuat pada masanya, apakah cukup dengan menghadiri ta'lim saja kemudian suka MENYALAHKAN yg lainnya?

Jikalau seandainya kita mau inshaf, sungguh jawabannya adalah bahwa mereka dididik utk mempunyai ghirah terhadap agamanya.
Tertanam dalam diri mereka jiwa perjuangan dan pantang mundur,  bukan jiwa "Saluli" yaitu pengikut Abdullah bin Ubay bin Salul yg suka berpaling dari medan juang serta menggembosi perjuangan kaum muslimin.

Hanya saja jika hati sudah tertutup dgn fanatik buta maka sulit menerima kebenaran dari yg lainnya. 

Hadanallaahu wa iyyaakum.

Akhukum fillah Fitra Hudaiya
(Musallas, Cairo. 4 Rabi'ul Awwal 1438/ 4 Desember 2016)

Hadi Awang seru OIC, PBB bertindak pada Myanmar

KUALA LUMPUR :

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menuntut campurtangan antarabangsa terhadap apa yang berlaku ke atas warga Rohingya di Myanmar.
Bercakap di hadapan lebih 10,000 peserta Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya, Hadi menempelak tindakan bisu daripada beberapa pihak antaranya Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubung isu itu.

"Krisis (Rohingya) bukan sahaja wajibkan campur tangan Malaysia tapi piagam PBB dan Geneva. Negara ASEAN dan semua negara anggota OIC dan pejuang hak asasi Malaysia kerana tlaah lakukan cabul hak asasi.

"Apa yang berlaku terhadap bangsa Muslim Rohingya bukan sahaja menuntut campur tangan Malaysia sebaliknya pihak antarabangsa," katanya semasa berucap dalam himpunan berkenaan.

Himpunan Solidariti Ummah anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam ini menyaksikan Hadi berkongsi pentas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketiga-tiga mereka bertegas membantah kekejaman kerajaan Myanmar yang tanpa berperikemanusiaan melakukan penghapusan etnik ke atas Rohingya.

Hadi dalam pada itu berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar sangat tidak bertamadun dan melampaui batas kemanusiaan, justeru kerajaan Malaysia terpaksa tampil menyatakan bantahan.

"Urusan di Myanmar bukan sahaja diwajibkan campur tangan Malaysia dan seluruh dunia yang tandatangani Piagam Geneva dan semua negara Islam OIC,kerana kerajaan Myanmar telah lakukan pencabulan hak asasi manusia," katanya.

Jelasnya lagi, Islam menganjurkan supaya umatnya menghormati hak-hak bukan Islam tetapi apabila hak dan kebebasan umat Islam dicabuli, maka semua umat Islam di dunia ini tidak seharusnya berdiam diri.

Kekejaman kerajaan Myanmar ke atas Rohingya bukan perkara baru, malah ia sudah berlarutan sejak tahun 30-an.

Myanmar sebelum ini meluluskan Burma Citizenship Law of 1982, yang membolehkan negara itu melaksanakan segala bentuk kekejaman ke atas Rohingya.

Rohingya adalah warganegara Myanmar, namun negara itu pada 1982 mengisytiharkan etnik itu sebagai pendatang di tanah air sendiri.

APA YANG KITA MASIH TAGIHI DARI MYANMAR

Apakah yg Malaysia masih harapkan lagi dari sebuah negara yg miskin seperti Myanmar yang mana hati pemimpinnya lebih keji dari binatang dan tiada langsung sifat2 perikemanusiaan.

Pemimpin negara Malaysia yg mengaku islam masih pejam mata dan pekakkan telinga atas apa yg berlaku ini atau sedang tidur bertilamkan duit. Mengapa tidak diberi kata dua kepada pemimpin Myammar atau putuskan saja hubungan diplomatik dengan negara yg tidak MENGHORMATI UNDANG-UNDANG HAK ASASI MANUSIA INI.

Jika yang terbunuh itu bukan islam yang peliknya cepat pula bersuara pemimpin kita ini. Sampai sekarang diam membisu seribu bahasa.

Di manakah roh jihad kita umat islam.
Ingatlah akan hadith ini:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa dimana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (Riwayat Abu Daud)

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain.

Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit “wahan” yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan “takut mati”.

Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt.

Kita berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
Beranda

Persatuan Melayu Murtad atau IFC International forum council sudah diluluskan register

Berita yg amat menyedihkan : 
Berita tidak keluar kat newz.
Sila cari majalah millenium:

DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN...
ALLAHHUAKBAR

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!! 😡
persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia!!!😡
Injil telah dicetak & diedar...
IFC buat Roadshow besar-besaran sokong kebebasan beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...

BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH
(Agama Islam)...
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya.

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dengan soal akidah. Nak jadi apa dah ni??

Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah... baik tak de anak langsung!!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahawa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan tandatangan sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal.

Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.

Tuan-tuan tau depa IFC minta apa kat PM?...
Depa hantar memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.

Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu.

-----------------------------
**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'disarankan' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM YG LAIN TAHU...👍👍👍 Copy dari info watsapp

Portal liberal: Siapa di belakang MalaysiaKini

(Tapis dulu berita-berita yang disiarkan MalaysiaKini, Free Malaysia Today, Malay Mail Online, The Heat & yang sewaktu dengannya. Malah The Star juga. Nasib baik The Malaysian Insider sudah bungkus)

1) Berikutan, pola berita yang dimainkan oleh media-media liberal yang jelas membantai institusi-institusi agama seperti yang kita lihat hari ini (isu piawaian halal oleh Bahagian Hab Halal, JAKIM) saya ingin membawa anda melihat kembali siapa di belakang Malaysiakini ini.

2) Ohh, ya, semua maklumat ini saya ambil daripada sumber “open source” sahaja. Saya ingin membawa anda semua rakyat Malaysia, supaya melakukan sedikit carian seperti siapakah pemegang saham kepada portal-portal ini, dan pemberi dana mereka. Semuanya dinyatakan. Jika anda rajin, anda boleh juga membuat carian yang sama di portal seperti Malaymail, FMT, The Star dan sebagainya.

3) Kemudian, anda boleh melihat dengan gambaran yang lebih besar, apakah sebenarnya sentimen yang cuba dimainkan, dan ianya membawa suara siapa?

Dalam kes Malaysiakini ini, kita boleh melihat nama-nama seperti

i) DAP – DAP’s 38 parliamentarians and two senators have all bought a brick each to contribute to Malaysiakini ‘s new building in Petaling Jaya.

The party’s treasurer, Bukit Bintang MP Fong Kui Lun yesterday handed Malaysiakini CEO Premesh Chandran a cheque for RM40,000 for the bricks.

https://www.malaysiakini.com/news/249814

ii) NED – Mkini Dotcom Sdn Bhd – $100,000
To strengthen independent media in Malaysia. Mkini Dotcom Sdn Bhd will support an online media outlet that provides professional and responsible coverage of issues and news often ignored or distorted by the mainstream media.

http://www.ned.org/region/asia/malaysia-2012/

National Endowment For Democracy

Demi hasrat Amerika Syarikat (AS) menjadi sebuah kuasa imperial, maka AS telah menubuhkan beberapa institusi swasta seperti National Endowment of Democracy (NED), International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI) Freedom House, Open Society Institute (OSI) dan International Centre for Non-Violent Conflict (ICNC) yang berfungsi mendanai, melatih, membantu dan memantau gerakan sivil dan NGO yang boleh membawa hasrat pendemokrasian AS dalam negara mereka.

“Sekurang-kurangnya 10 daripada 22 orang lembaga pengarah NED adalah juga ahli lembaga pengarah CFR (Council on Foreign Relations), badan pemikir yang melakar dasar luar untuk dilaksanakan oleh kerajaan Amerika Syarikat melalui David Rockefeller Studies Program . Mereka termasuklah Carl Gershman seorang Yahudi Amerika, juga Presiden NED, Nadia Diuk, Naib Presiden, bagi program demokrasi di negara-negara Afrika, Eropah Tengah, Eurasia, Amerika Latin dan Caribbean, Louisa Greve, Naib Presiden program demokrasi di Asia, Timur Tengah, Afrika Utara dan kawasan serantau.”

iii) Open Society Institute – OSI, milik SOROS.

https://www.opensocietyfoundations.org/topics/southeast-asia

Saya rasa setakat itu sahaja perkongsian ini, anda boleh teruskan mencari nama-nama yang tertera lagi di sini.

http://about.malaysiakini.com/accountability/donors/

Semoga kita menjadi ummat yang lebih cerdik dan tidak tertipu dengan permainan persepsi media, yang membawa agenda untuk menjatuhkan Islam dan memecah belahkan ummat Islam itu sendiri.

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE
Focuss.my

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Isma, sebuah pertubuhan Islam sederhana dan Ismaweb.net

SEJARAH PENGHINAAN MAHATHIR TERHADAP ISLAM!!

1."Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. Dan Terbaru Hukum Hudud Tiada dalam Al-Quran. Hanyalah rekaan Ahli fekah..

2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.

4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.

5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.

8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.

9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.

10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.

11. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.

12. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

13. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

14. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.

15. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.

16. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu meng

Pujian daripada Kilang Carlsberg

Kita (Malaysia) mendapat pujian daripada kilang Carlsberg Belgium, Carlsberg taraf dunia tu.. head office.. dah dua kali hantar surat penghargaan kepada Malaysia kerana telah berjaya pengeluar Carlsberg jenis buih tu yang paling banyak di pasaran. Nampak? Tahniah.. Malaysia boleh..

Benda yang Allah laknat (arak).. Allah haramkan dalam al Quran 1500 tahun dulu.. kita buat lagi.. sediakan kilang.. rakyat pun lawan Allah, kerajaan pun lawan Allah.. ini tazkirah..

Terlibat dengan arak! kena laknat! gaji HARAM dulu, kini dan selamanya.. solat tidak diterima.. faham? haji juga tidak mabrur.. zakat pun Allah tak terima.. sampai mati.

Tapi arak ni menguntungkan dari segi cukai, untung daripada Genting Highlands saja dah berapa., casino.. inilah masalah..

Jadi kita kena berjihad.. bukan perang, BERJIHAD.

Bersungguh-sungguh beri penerangan, cegah kemungkaran sekadar mana yang kita mampu.. tak kira siapa sekalipun.. faham? Takutkan mereka kepada azab Allah.

Masjid tinggi dah menara nya, tinggi lagi casino Genting Highlands. Tempat judi yang ketiga paling menguntungkan dalam dunia. Nampak?

Sampai begitu sekali dihina agama Islam di dalam tanah air sendiri.. ini satu peringatan.. andai kata kamu mati malam ni.. kamu tahu lah..

Allahurobbi...

- Petikan Kuliah Ustaz Azhar Idrus -

Sampaikanlah kepada semua.

#sharingisjariah
#thankfully
#Istiqomah
#Reminder

Dua Penyebab Utama Maraknya Kesesatan di Dunia

Kesesatan menjadi salah satu momokan yang harus diwaspadai oleh kaum muslimin. Sebab kesesatan ini dapat menjerumuskan manusia dalam lembah kemaksiatan yang tidak akan membuat mereka bahagia di dunia apalagi di akhirat.

Banyak kesesatan di dunia akibat godaan iblis. Makhluk Allah yang satu ini telah bersumpah akan menghalangi umat Islam untuk berbuat kebaikan dari berbagai sisi. Mereka akan senantiasa membisikan pikiran jahat kepada kita agar mengikuti perintahnya.

1. Kebodohan
Penyebab utama kesesatan yang pertama ialah kebodohan. Kebodohan yang dimaksud di sini tidak semata-mata perkara ilmu duniawi. Akan tetapi juga kebodohan terhadap syariat Islam yang mulia dan sempurna. Hal ini merupapakan salah satu penyakit yang harus diwaspadai sebab dapat membahayakan bahkan membinasakan.

Orang yang memiliki kebodohan akan syariat Islam haruslah melawannya. Bahkan dinyatakan sahih oleh al-Albani) Asy-Syaikh Muhammad al-Imam hafizhahullah berkata (Bidayatul Inhiraf hlm. 133), “Kebodohan adalah musuh semua risalah yang dibawa oleh para rasul Shallallahu ‘alaihi wasallam. Oleh karena itu, Allah Subhanahu wata’ala memisalkan orang yang bodoh sebagai makhluk yang paling jelek yang berjalan di muka bumi ini.
Firman-Nya,
Sesungguhnya binatang (makhluk) yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa pun.” (al-Anfal: 22)

“Atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu).” (al-Furqan: 44)

Tidak hanya dikatakan sebagai makhluk yang paling jelek di muka bumi, bahkan merebaknya kebodohan menjadi salah satu tanda-tanda kiamat. “Sesungguhnya termasuk tanda-tanda kiamat adalah dicabutnya ilmu dan merebaknya kebodohan.” (Muttafaqunalaih dari Anas bin Malik)

Sabda beliau Shallallahu ‘alaihi wasallam yang lain : “Sesungguhnya Allah 'azzawajalla tidak akan mencabut ilmu dari manusia dengan sekaligus. Akan tetapi, Dia akan mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama (ahli ilmu).Ketika Dia tidak menyisakan seorang alim pun, umat manusia akan menjadikan orang-orang jahil sebagai pemimpin mereka, kemudian para pemimpin itu ditanya. Mereka pun berfatwa tanpa ilmu sehingga mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. al-Bukhari dari Abdullah binAmr radhiyallahu ‘anhuma)

2. Jauhnya Umat Dari Ulama Syariat
Penyebab kemaksiatan yang kedua ialah jauhnya umat dari ulama syariat. Tidak dapat dipungkiri bahwasanya banyak umat yang kini lebih menggandrungi orang-orang terkenal dibandingkan orang yang memiliki ilmu agama.

Padahal sejatinya kita harus menjadikan para ulama syariat sebagai pemimpin yang harus ditaati dalam urusan kebaikan. Allah Ta’ala berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu.” (an-Nisa: 59)
Para pemimpin inilah yang menjadi tempat mengadu umat selama mereka hidup di dunia. Tugas kita setelah itu ialah mendengarkan nasihat dan solusi yang diberikan olehnya. Hal tersebut dikarenakan merekalah orang yang paling memahami syariat dan hal-hal yang bermanfaat bagi umat baik itu urusan dunia ataupun akhirat.

Allah Ta’ala berfirman:
“Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan atau pun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah kerana karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu).” (an-Nisa: 83)

Jauhnya para umat dari ulama syariat ini dapat menyebabkan mereka terjerumus di dalam perbuatan yang sesat dan pada akhirnya terjerumus ke dalam panasnya api neraka. Sebab mereka tidak mau berkonsultasi apalagi meminta pendapat dari para ahli agama padahal mereka mengetahui betapa pentingnya kedudukan ulama syariat.

Pada dasarnya, tidak ada musibah yang lebih dahsyat yang akan menimpa umat selain jauhnya mereka dari ilmu dan ulama. Maka tidak heran apabila Rasulullah SAW bersabda bahwa apabila mereka jauh dari 2 hal ini maka rusaklah urusan dunia dan agamanya.

Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila sebuah urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, tunggulah kehancurannya.” (HR. al-Bukhari)

Al-Hasan al-Basri rahimahullah berkata, “Kalau bukan kerana adanya ulama, sungguh umat manusia akan seperti binatang ternak.” (Mukhtashar Nashihati Ahlil Hadits)

Pembinaan Kuil Di Tanah Arab; Kiamat Semakin Hampir?

Semasa berada di Oman, ketika bersama seorang rakyat Malaysia baru-baru ini, beliau yang telah bekerja di negara kesultanan itu ada menyebut dan memberitahu tentang kebimbangannya, terdapat sebuah kuil ditengah-tengah bandar Muscat.
Katanya, pada awalnya, ketika tanah itu mula dibangunkan sebagai kuil, ia berada di pinggir bandaraya itu, namun apabila pembangunan baru dilaksanakan, kini kuil itu terletak ditangah-tengah Muscat.
Seorang rakan misi mencelah, ia adalah bertepatan dengan hadis nabi SAW yang memberikan gambaran, bahawa tidak akan datang har kiamat selagi orang tidak menyembah berhala seperti latta  dan uzza, di semananjung Arab.

Rupanya bukan sahaja di Oman, bahkan di Emiret Arab Bersatu (United Arab Emirate) yang berjiran dengan Arab Saudi, telah didirikan kuil-kuil untuk manusia menyembah berhala
Beberapa laman atas talian telah mencatatkan bahawa, telah diriwayatkan daripada ‘Aisyah r. ‘anha bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Siang dan malam tidak akan tamat selagi Lat dan Uzza tidak disembah.”
Saiyidatina ‘Aisyah r. ‘anha berkata : “Aku memikirkan bahawa Allah Ta’ala telah berfirman di dalam Al Quran bahawa Dia telah mengutus Rasulnya dengan petunjuk dan agama yang benar, maka petunjuk dan agama yang benar ini akan terus hidup menguasai (dunia) sehingga ke Hari Kiamat.”
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Benar agama ini akan terus menguasai jika dikehendaki Allah. Tetapi ketika menjelangnya Kiamat, satu jenis bayu akan bertiup lebih lembut daripada sutera. Apabila ia melalui mana-mana orang Islam, orang itu akan mati. Kemudian hanyalah hidup orang-orang kafir. Maka mereka akan menyembah Lat dan Uzza.” (Muslim, Jilid ii, m.s. 394)
Adalah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r. ‘anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kiamat tidak akan muncul selagi wanita-wanita daripada suku Daus tidak mengelilingi berhala bernama Zil-Khalsah. Berhala itu adalah milik suku Daus.” (Ibid) Lat, Manat dan Uzza adalah berhala-berhala yang masyhur di Tanah Arab.
Selepas penaklukan (pembebasan – alfath) Mekah, Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan supaya jangan ada sebuah patungpun di dalam rumah. Kemudian baginda mengutus Khalid Bin Walid r. ‘anhu bersama sekumpulan Sahabat terdiri daripada 80 orang yang berkuda untuk memusnahkan berhala Uzza.
Apabila Khalid r. ‘anhu kembali selepas memecahkan berhala tersebut, maka Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya samada beliau melihat sesuatu.
Apabila Khalid r. ‘anhu menjawab tidak, baginda menghantarnya semula sambil berkata jika kamu tidak melihat sesuatu bermakna berhala itu tidaklah sebenarnya pecah.

Apabila Khalid r. ‘anhu kembali, beliau lihat seorang wanita hitam bertelanjang dengan rambut yang kusut masai, lalu dipancung oleh Khalid r. ‘anhu dengan pedangnya.
Sami-sami tokong menjerit. Khalid r. ‘anhu pun menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah s.a.w. yang bersabda : “Wanita tersebut adalah Uzza. Sekarang dia tidak akan disembah dan dipuja lagi di negeri kamu.” Uzza adalah berhala golongan Quraisy dan Banu Kananah sedangkan Banu Syaiban adalah sami-saminya. (Assah-al Siyar m.s. 285)
Begitulah juga Zil-Khalsah adalah berhala bagi suku Daus. Rasulullah s.a.w. bermaksud bahawa penyembah-penyembah berhala telah tamat hasil daripada keberkatan Iman, Islam, Wahyu dan juga usaha gigih daripada orang-orang Arab yang buta huruf, maka tidak ada lagi bekas-bekas berhala tersebut.
Tetapi apabila perjalanan sistem dunia akan hancur maka ketiadaan majlis-majlis dan kegiatan ilmu, penyampaian dan khutbah serta terpupusnya sistem Khanqah (pondok, pesanteren dsb), ceramah-ceramah agama dan orang-orang Islam sendiri telah tidak wujud lagi, berhala-berhala tersebut akan mula disembah semula.

Terbuktilah daripada Hadis tersebut bahawa “keajaiban” yang terdapat di rumah-rumah berhala dan tokong-tokong adalah hasil daripada silap mata dan penyulapan ataupun tipudaya syaitan. Begitulah “keajaiban” yang berlaku di kuburan adalah satu tipu helah syaitan untuk menyesatkan orang-orang Islam biasa dan orang-orang lain juga. Tetapi Rasulullah s.a.w. bersabda : “Bahawa Kiamat tidak akan berlaku selagi berhala-berhala tersebut tidak disembah lagi.”

BERGEGAR ARASY ALLAH KETIKA SYAHIDNYA

KENALI SAAD AS-SULAMI :

Saad as-Sulami memiliki kulit yang tersangat hitam, lebih hitam dari Bilal ibn Rabah. Mengenali Islam ketika berusia 31 tahun. Saad as-Sulami ingin berkahwin, namun selalu ditolak pinangannya kerana kekurangan dari segi fizikal yang hitam.

Rasulullah SAW menyuruh Saad as-Sulami  meminang seorang perempuan yang merupakan perempuan paling cantik, Atikah binti Amr, namun Saad enggan kerana rasa kecewa dengan penolakan pinangan sebelum ini. Hanya setelah Rasulullah memberi jaminan, barulah Saad berani pergi meminang.

Sampai di rumah perempuan itu, selepas berbual, Saad menyatakan hasratnya menyebabkan bapa perempuan itu terdiam seketika. Disebabkan terkejut, bapa perempuan itu telah menghalau Saad dari rumahnya. Saad mengadap kembali Rasulullah dengan sedih. Perempuan yang dipinang itu keluar dan bertanya kenapa ayahnya menolak pinangan tersebut, kerana lelaki itu adalah pilihan Rasulullah.

Maka, segera si bapa berlari berjumpa Rasulullah bagi mengelakkan Saad sempat berjumpa Baginda. Kemudian datang bapa gadis tersebut menemui Rasulullah dan memohon maaf kerana menolak pinangan Saad sebelum itu dan menyatakan persetujuaannya di atas pinangan tersebut.

Ditanya Rasulullah kepada Saad, adakah kau mempunyai duit untuk berkahwin? Maka jawab Saad tiada, lalu Rasulullah menyuruh beliau menemui Abdul Rahman bin Auf dan meminta 20 dinar, menemui Abu Bakar dan meminta 10 dinar dan Saidina Ali berjumlah 10 dinar.

Maka, apabila Saad berjumpa dengan sahabat Rasulullah yang tersebut dan mengetahui perintah tersebut,  Abdul Rahman b. Auf telah memberikan 40 dinar, manakala Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali memberikan 20 dinar setiap seorang. Saad telah mempunyai 80 dinar untuk perkahwinannya. Rasulullah menyuruh Saad menggunakan 40 dinar untuk perkahwinannya dan 40 dinar lagi untuk persiapan selepas perkahwinan iatu peralatan memasak dan sebagainya,

Saad as-Sulami pergi ke pasar bagi tujuan membeli peralatan-peralatan tersebut. Sedang beliau memilih dan membelek barang-barang, terdengar  seruan untuk berjihad ke medan peperangan. Maka secara tiba-tiba, terlupalah Saad akan tujuannya yang asal, terlupakan perempuan cantik itu dan perkahwinannya dan beliau telah menggunakan wang tersebut untuk membeli kuda, pedang dan baju perisai bagi menyahut seruan jihad itu.

Ketika sampai di tempat berkumpulnya mereka yang bersedia untuk berjihad, Saad pergi ke depan sekali dan tidak dikenali kerana menutup seluruh muka dan tubuhnya. Para sahabat berbisik-bisik kagum dengan kegagahan beliau dan menganggap mungkin orang Yaman yang turut serta berjuang bersama-sama mereka.

Dalam peperangan itu, kuda yang dinaiki Saad telah dipanah hingga jatuh dan Saad serta-merta bangun dan menyinsing lengannya. Ketika inilah sahabat mengecamnya dari warna kulit beliau itu. Beliau akhirnya telah syahid tanpa sempat menyentuh isterinya.

Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata, “di saat kematian Saad, bergegar Arasy Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi”. Saad as-Sulami   dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam. Tetapi apakah kita yang ketika dilahirkan telah pun Islam akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita?

Berbahagialah kamu wahai Saad, jenazahmu menjadi rebutan Bidadari Syurga.

Aku Si Pengembala Kambing

Kisah benar tentang korban Aidil Adha ini mungkin boleh memberi pengajaran dan keinsafan kepada kita yang mempunyai hati2 yang tidak berapa lembut ini..

Menarik kisahnya, seorang anak dan ibunya yang sudah tua dan uzur bersama seorang pedagang binatang korban..

Alkisah diceritakan oleh seorang pedagang binatang korban tentang pengalamannya..

Suatu hari seorang ibu di usia awal 50an datang perhatikan dagangan saya. Dari penampilan luarannya, nampaknya dia tidak akan mampu membeli haiwan ternakan ini. Namun saya cuba juga menghampiri dan menawarkan kepadanya,

“Silakan makcik…”,
Lalu makcik tadi menunjuk salah seekor kambing termurah sambil bertanya,” ya..kalau yang itu berapa harganya encik?”.

“Yang itu RM700 ibu,”
Jawab saya ringkas.
“Berapa Harga terendah?”,
Tanya makcik tu.

“RM600, harga itu untung saya kecil, tapi tak apalah…

“Tapi,duit saya cuma ada RM500 saja,
boleh encik?”, pintanya.
Aduh.., saya jadi pening, kerana itu harga modalnya, akhirnya saya berbincang dengan kawan dan saya pun bersetuju walaupun tidak untung..

Nah.. tak apalah, ambillah. Lalu saya berikan saja dengan harga modal itu kepada makcik tersebut.

Saya pun menghantar kambing korban tersebut sampai ke rumahnya.
Sebaik sahaja tiba di rumahnya, lalu saya terkejut.

Astaghfirullah……
Allahu Akbar…
Terasa menggigil seluruh badan kerana melihatkan keadaan rumah makcik tu yang sangat uzur.

Rupa2nya makcik itu hanya tinggal bertiga dengan ibunya dan anak lelakinya yang masih kecil di rumah usang yang berlantai tanah tersebut. Saya tidak nampak pun ada tilam, kerusi di ruang tamu, apatah lagi perabut mewah atau barangan elektronik.

Dilihat hanya katil kayu yang beralaskan tikar dan bantal lusuh. Rumah yang tidak ada bilik dan terhalang dari pandangan.

Di atas katil kayu itu, terbaring seorang nenek tua yang kurus.

“Mak….. bangun mak..
Tengok ni, saya bawakan apa di rumah ini?”, kata makcik itu pada seorang nenek yang tidur dan akhirnya terbangun.

“Mak, saya sudah belikan emak seekor kambing untuk dibuat korban, nanti kita hantarkannya ke Masjid ya mak….”, kata makcik itu dengan wajah penuh keceriaan dan puas.

Si nenek tadi sangat terkejut meski nampak bahagia, sambil dia membelai kambing yang berdiri di sebelah katilnya..

Lalu nenek itu mengucapkan rasa syukur “Alhamdulillah, kesampaian juga kalau emak mahu berkorban”.

“Ini cik,, maaf jika saya menawar harga kambing ini terlalu murah, kerana saya hanya tukang cuci di kampung sini. Saya berusaha kumpulkan wang sekian lama untuk membeli seekor kambing yang diniatkan buat korrban atas nama ibu saya….”, kata makcik tadi.

Kaki ini bergetar..
Hati terasa sebak..
Dada terasa sesak..
Sambil menahan titisan air mata, saya berdoa..

“Ya Allah…,
Ampuni dosa hambaMU ini,..Aku malu berhadapan dengan hambaMU yang pastinya lebih mulia ini, seorang yang miskin harta namun kaya imannya.Makcik ini begitu luar biasa”.

“Encik... ini ada sedikit wang upah kerana menghantar kambing ini ke rumah…”, panggil makcik itu,”
Saya tidak melihatnya dan tidak mahu ambil tahu berapa nilaiannya lalu dengan rasa sayu, saya berkata..

"Sudah makcik, biarkan kos hantar saya yang bayar" dengan wajah yang malu dan sayu sambil airmata berlinang.

Saya cepat2 pergi sebelum makcik itu tersedar yang mata ini sudah berair kerana tidak sanggup mendapat teguran dari ALLAH yang sudah mempertemukan dengan hambaNYA yang sangat sabar, tabah dan penuh keimanan ingin memuliakan dan menggembirakan orang tuanya..
Masyaallah..
Allahu Akbar..

*Moral of the story..
Wahai diriku dan sahabat2ku..

Untuk menjadi mulia ternyata...tidak perlukan harta berlimpah dan berjuta2.

Tidak juga perlu punyai gelaran kenamaan Dato, Datin, Tan Sri, Puan Sri, Tun..tidak perlu punya kedudukan yang tinggi sebagai Sultan, Menteri, Ketua Pengarah atau pun Mufti..tidak juga perlu punya kuasa mutlak dan pengaruh yang dibeli dengan wang ringgit...

Cukuplah kita belajar dari sifat keikhlasan yang luhur dari kisah tadi.. demi untuk mencapai erti kemuliaan hidup.

Berapa ramai di antara kita yang diberi kecukupan dan kekayaan serta kemewahan..., namun masih ada sahaja keengganan dan pelbagai halangan untuk berkorban, bersedekah, menginfaqkan sebahagian harta ke jalan Allah...

Kalau pun bukan harta dan wang ringgit,  Sekurang2nya masa dn tenaga untuk pengorbanan di jalan Allah..

Ramai dari kita.. masih tersangat sayang akan harta dunia yang sudah di kumpul setinggi gunung.. masih khuatir simpanan akan berkurangan dan habis di berikan kepada orang lain.

Kita boleh sahaja membeli hp mahal, jam tangan dan beg berjenama, atau pelbagai  aksesoris yang melekat di tubuh kita yang harganya jauh lebih mahal dibandingkan dgn harga seekor haiwan korban atau pun sebahagian 1/7 darinya.

Kenapa kita rasa seperti tidak mampu, atau masih lagi suka tangguhkan melakukan perkara2 dn kerja2 kebajikan dn amal soleh.?

Hakikat sebenarnya..
Kita mampu... kita boleh sahaja sediakan hampir segalanya..Kita mampu melanggani Astro, Mio,Internet wi fi atau Starhub, kita mampu melancong ke dalam dn luar negara.. Kita mampu makan makanan yang mahal2 di restoran dn hotel yang mewah.

Kita mampu membeli atau membayar ansuran motorsikal berkuasa tinggi, ansuran kereta mewah dn ansuran rumah yang mencecah lebih dari harga satu bahagian lembu Qurban....

Namun sering kita sembunyi di sebalik kata "TIDAK MAMPU"  ini. Terimalah hakikat dn kenyataan ini..

Muhasabah diri...
Tanya pada diri kita yang mampu ini, sudahkah kita kerjakan ibadah korrban sebelum Allah menarik sedikit demi sedikit rezeki yang dikurniakannya, sementara kita masih lagi diberi dn dipinjami nafas untuk hidup.!

Renung Renungkanlah
Fikir Fikirkanlah...Terasa sangat keinsafan, sering kali kita mengeluh dn merungut tidak punya wang yang cukup.

Astaghfirullah..
Ambillah ini sebagai iktibar, sebagai nasihat, sebagai peringatan dan muhasabah untuk diri..

Ahli Parlimen Islam wajib sokong pindaan Akta 355: Mufti Wilayah

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Khamis –  Semua Ahli Parlimen beragama Islam tanpa mengira parti wajib menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang  diusulkan Presiden PAS dalam perbahasan Parlimen sesi akan datang.

Mufti Wilayah, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, tindakan memberi sokongan kepada pindaan akta Mahkamah Syariah berkenaan adalah salah satu cara yang unggul demi memartabatkan keadilan Islam.

Ini kerana katanya, seseorang yang beriman wajib baginya memartabatkan perundangan Islam seupaya mungkin termasuk melalui pemerkasaan Mahkmah Syariah dan taqnin (kodifikasi/penggubalan undang-undang) yang diperlukan.

“Dengan RUU pindaan Akta 355, maslahat umat Islam akan terjamin dan dihormati. Ingatlah bahawa sebarang tindakan kita ini adalah sejarah yang pasti dibaca dan diteliti oleh generasi kita akan datang.

“Dengan kedudukan Islam yang begitu tinggi dan terserlah ini, sudah tentu tiada sebab untuk Syariah Islam tidak dapat dilaksanakan atau sekurang-kurangnya diperkasakan dalam konteks perundangan yang sedia ada,” katanya menerusi kenyataan Bayan Linnas Siri 67 : Isu Cadangan Pindaan Akta 355 : Satu Pandangan.

Selain itu, Dr Zulkifli juga menggesa Ahli Parlimen bukan Islam untuk menyokong dengan harapan bahawa pindaan akta ini membawa aspirasi para pengundi Islam yang mahukan pemerkasaan Mahkamah Syariah di Malaysia.

Beliau berkata, hakikat yang sentiasa diulang, RUU ini sama sekali tidak terpakai kepada golongan bukan Islam kerana akta itu sendiri menjelaskan bahawa ia hanya melibatkan orang Islam sahaja.

“Akta itu sudah sedia ada wujud dan hanya akan dipinda dan diberi penambahbaikan.

“Justeru, ia bukan satu usaha ‘jalan belakang’ ke arah pelaksanaan hudud kerana pemerkasaan sistem kehakiman Islam secara menyeluruh yang sangat diperlukan oleh umat Islam dan Malaysia.

“Usaha itu juga menggunakan sistem demokrasi berparlimen yang menjadi tonggak utama negara ini, prinsip itulah yang akan dipegang secara bersama,” katanya lagi.

Sebab memang seperti inilah kenyataan hidup...

Meh kite baca jap...
Mudah2n bermanfaat.. (C/p)

Kiriman drpd Ustazah Nurhafizah.

Tengok Pertandingan 90 minit...
Tengok Drama bersiri 60 minit...
Tengok Movie 130 minit...
Tunaikan Solat hanya 5 minit saja...
Di dalam api neraka Jahannam sepanjang hayat...

Untuk akal yang maju!!
Renungkanlah...

Di Whatsapp 300 kawan...
Di Blackberry 500 kawan...
Di Contact phone 80 kawan...
Di Kampung 50 kawan...

Dalam keadaan susah hanya ada 1 kawan...

Dalam jenazahmu, hanya keluargamu saja yang menguruskannya.

Dalam kubur hanya kau sendirian. Jangan anggap aneh kenyataan ini...

Sebab memang seperti inilah kenyataan hidup...

Pada Hakikatnya:
"Tidak ada yg dapat memberikan kemanfaatan bagimu kecuali solatmu"...

Duduk setelah salam dari solat yang telah diwajibkan adalah waktu yang paling mulia sebab pada waktu itu turun rahmat Allah Azza Wajalla.

Jangan tergesa-gesa berdiri, bacalah istighfar, bertasbihlah, baca ayat Al Qursi, dan jangan lupa bahwa sesungguhnya engkau berada dalam jamuan Dzat Yang Maha Rahman Azza Wa Jalla.

Apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh dan hanya kepada Allah swt hendaknya kamu berharap.

LANGKAH MENUJU SYURGA...

Langkah ini membuat aku kagum hingga aku pilih untuk aku bagikan kepada orang yang aku cintai. Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:

1. Wajah yang cantik.
2. Duit berjuta-juta.
3. Sihat dan kuat.
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.

Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja.

Bagaimana caranya???

1. Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yg tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.

2. Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dlm rezekinya.

3. Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dlm jasadnya.

4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yg boleh dipetik dari anak2nya.

5. Barangsiapa yg tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dlm tidurnya.

Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan??

Sebab ini adalah rahmat dari Allah swt ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.

Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah
Laa ilaaha Illallah.

Bila ini bermanfaat bagimu, sila kongsikan dengan orang2 yang kita sayangi, berbahagi perkara yg bermanfaat adalah bahagian dari amal2 soleh.

Sahabatmu dlm perkongsian...
Wallahu A'lam...

Peranan ulama yang disepikan

Sejarah merdeka:
DR RIDUAN MOHAMAD NOR | 26 Ogos 2016.

EUFORIA dan keghairahan menyambut kemerdekaan negara pada tanggal 31 Ogos semakin membuncah walaupun kibaran bendera oleh rakyat sangat dingin.

Jauh berbeza dengan semangat patriotik rakyat negara lain dalam menyambut tanggal penting kemerdekaan tanah air mereka. Kesilapan paling besar rejim pemerintah ialah tidak meluruskan sejarah perjuangan kemerdekaan.

Hanya kelompok nasionalis kanan yang dibesarkan sumbangan dalam perjuangan kemerdekaan, dengan menafikan peranan Islamis dan kelompok kiri. Perjuangan kemerdekaan bukan hanya bermula pada tahun 1946, namun jauh lebih awal daripada itu, para ulama tanah leluhur ini telah berkeringat dan bertumpah darah mengusir penjajah.

Langit sejarah telah merakamkan seawal abad ke-20, telah menyaksikan kemuculan arus kesedaran Islam di Tanah Melayu dalam memperjuangkan nasib Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

Antaranya gerakan perlawanan menentang penjajah yang berlaku        di Kelantan oleh Tuan Guru Haji Hassan bin Munas (Tok Janggut) pada tahun 1915, juga kebangkitan ulama dalam menentang penjajah Barat di Terengganu pada 1928 yang di pimpin oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong yang mengibar bendera Khilafah Uthmaniah.

Kebangkitan Ulama Tanah Melayu juga mengakar dari simbahan kebangkitan ulama Islam yang berlaku di seluruh belahan dunia.

Islam telah telah menjadi pemangkin dan simbol penyatuan kepada kesedaran rakyat untuk menentang penjajah kuffar sebagaimana yang dimanifestasikan oleh dua peristiwa tersebut di Tanah Melayu.

Di luar Tanah Melayu seperti Indonesia, Mesir, libya, Algeria, Iraq, Iran, Sudan, Nigeria dan negara umat Islam yang lain. Islam telah menjadi kuasa pengerak yang ampuh dalam membajai perjuangan menentang penjajah Barat dan menyuntik energi perjuangan kepada pejuang kemerdekaan.

Ulama dan gerakan Islam telah menjadi pemacu utama dalam perjuangan menentang penjajahan di seluruh bumi umat Islam seperti Sheikh Abdul Quader Al-Jazair di Algeria, Sheikh Umar Mukhtar di Libya, Sheikh Uthman Den Fodio di Nigeria, Hassan Al-Banna di Mesir, Sheikh Amin Al-Husini di Palestin, Sultan Hasanuddin dan Iman di Ponegoro (Perang Jawa 1825- 1830) di Indonesia, Tuan Guru Hassan bin Munas atau dikenali sebagai Tok Janggut (1915) dan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong (1922-1928) di Tanah Melayu.

Malangnya bagi umat Islam ialah walaupun kemenangan menentang penjajah adalah kerana kegigihan ulama dan pendokongnya tetapi buah kemanisan kejayaan kemerdekaan telah dipetik oleh golongan sekular berpendidikan Barat seperti Front Liberatian Nasionalis (FLN) di Algeria,

Soekarno dan kelompoknya di Indonesia dan Umno di Tanah Melayu. Kelompok ini yang telah mengisi kemerdekaan dengan sistem dan nilai-nilai yang ditinggalkan oleh penjajah.

Pada awal abad 20 juga telah berkembang gerakan Isla Islamiah telah mencetuskan fenomena bahkan meriuhkan seketika tentang perbahasan agama di Tanah Melayu.

Gerakan yang juga digelar sebagai kaum muda ini, antara lain berpunca daripada pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tenggah yang memperjuangkan citra perjuangan agama yang perlu dimurnikan daripada khurafat dan bidaah, juga kesedaran pan Islamisme bertolak daripada penjajahan yang menimpa umat Islam oleh kuasa Barat pada abad ke-19 dan abad ke-20.

Gerakan ini telah menyebarkan fahaman mereka melalaui wacana penulisan, pendidikan dan aktiviti berpersatuan.

Sedikit sebanyak, gerakan kaum muda ini telah menginspirasikan kepada orang Melayu untuk berpartipasi dalam gerakan politik perlawanan dan juga menyuburkan dunia pendidikan yang akhirnya diterjemahkan dengan penubuhan Hisbul Muslimin pada tahun 1948 di Mahaad Al-Ehya Asyariff Gunung Semanggol.

PAS sebagai mana gerakan Islam lain telah merakamkan nama di langit sejarah merupakan tuntutan beragama yang memerlukan kewujudan tanzim atau organisasi tersusun untuk menegakkan Islam.

Di Mesir tertubuhnya Ikhwanul Muslimin oleh Hassan Al-Banna pada tahun 1928 di subcontinent tertubuhnya Jamaat- e-Islami oleh Maulana Maududi, Jamaah An-Nur di Turki, Majlis Syura Muslimin di Indonesia dan PAS di Tanah Melayu.

Sejarah penubuhan PAS adalah berkaitan dengan sejarah perjuangan Hizbul Muslimin, sebuah gerakan Islam kontemporari yang telah diharamkan oleh penjajah British pada bulan Jun tahun 1948.

Hizbul Muslimin ditubuhkan Maahad Ar-Ehya asyariff di Gunung Semanggol, Perak dengan idea daripada tokoh politik kiri seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Kiai Masyhur Azahari, seorang pemimpin kanan Majlis Syura Muslimin (Masyumi).

Parti ini ditubuhkan secara rasmi pada 17 Mac 1948 di bawah pimpinan seorang tokoh agama, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan didukung oleh kalangan elit agama tradisional seperti guru-guru serta pelajar agama tradisional.

Pertubuhan politik Islam ini telah mensasarkan tiga matlamat utama perjuangannya iaitu untuk membebaskan bangsa Melayu dan Tanah Melayu daripada penjajahan, membentuk negara Islam yang bersifat sejagat dan menjadikan Tanah Melayu sebagai negara Islam.

Dengan citra besar dan nuansa yang murni inilah yang memungkinkan British menghidu bahaya yang dibawa oleh parti Islam ini yang dilihat mampu menggembeleng sokongan orang Melayu. Penjajah British seperti yang diungkapkan Sir Lord Cromer (The Modern Egypt) tidak akan membenarkan tegaknya negara Islam di mana sahaja wilayah jajahan British walaupun sesaat. – HARAKAHDAILY 26/8/2016

Penulis adalah AJK PAS Pusat.

kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH

Assalamualaikum~~~
Sebab x perlu bercouple.....haa yang bercouple elok baca ni ..!!!
-sedikit perkongsian drpd ana utk kali ini-

“air musta’mal”

Hari ni,salah sorang sahabat ana talaqqi kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang Lelaki bukan mahram di phone..*yakni couple*…kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua.

syeikh: kamu suka dia?
fulan: ya syeikh.
syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi pemimpin untuk keluarga mu,menjadi pembantu agamamu?
fulan: ya syeikh…pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya.
syeikh: bila kamu akan dinikahinya?
fulan: lepas belajar syeikh…dalam 3 tahun lagi.
syeikh: kamu  nak tahu tak dia nak rosakkan kamu?kamu bukan nak menikah sekarang?dia rosakkan kamu sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta’mal tanpa sebab?bukankah dia lelaki suci yang bakal menjadi pemimpin utk keluarga mu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu suruh lelaki itu jumpa ayah kamu dan pinang kamu secara suci?bukankah cara itu lebih suci?lelaki umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan wanita tanpa sebab,apatah lagi ber couple,lelaki itu umpama air musta’mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh air kencing dan sebagainya…apa kamu sanggup pemimpin yg bakal memimpin kamu dan keluarga kamu setaraf itu?

INGIN ANA BERITAHU BUAT ANTUM SEMUA
sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran…sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek…nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka….bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina….dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini….jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini…sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelakx buku amalan mereka penuh dengan dosa zina…..apa berbaloi antum bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?note: kepada lelaki gatal di luar sana yang gemar permainkan wanita…ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk…memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi….fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan…wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu(tak mau orang lihat wajah merek) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya…sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama “tunang” tu..tolong lah….korang ada akal kuat..korang tak bodoh….korang nak memusuhi Allah dan Rasul,itu hak korang…
tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?kalau korang redha…nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA.. 

Maaf kalau peyampayan ana ini membuatkan antum semua terasa,tapi memang ana nk suruh terasa pun .....�
#AnaBintunnSoleha�
#ByNiqabisKakSabrina�
#SyukranYaUkhtii�

MENGAPA KWSP TIDAK AUTOMATIS TUKAR BAGI MUSLIM?

(ULASAN SAYA - KEMASKINI)

Alhamdulillah selesai menukar ke Simpanan Syariah pagi tadi jam 7:30 pagi. JANGAN bimbang, saya yakin alokasi rm 100 bilion adalah mencukupi untuk peringkat awal, jika ada permintaan lebih, sudah ada peruntukan yang menanti. CEO kwsp memaklumkan setiap tahun akan ada ada alokasi tambahan sekitar RM 20-30 bilion.

Justeru jika ada punyai hal penting, tidaklah perlu terlalu tergesa-gesa pada hari ini kerana masih besar alokasi simpanan Syariah sebenarnya. Namun, perkara baik, jika dipercepat maka lebih baik.

Mengapa tidak auto tukar untuk orang Islam?

TIDAK boleh auto kerana keperluan legal utk pastikan benar-benar identiti pencarum menukar sukarela. Jika tidak, bakal bercanggah dengan peruntukan perlembagaan yang tidak benarkan keputusan secara tidak pilihan sendiri dalam hal melibatkan agama. Kita tidak mahu wujudnya pertikaian kemudian hari dan sudut perlembagaan dan undang-undang. Tambahan pula simpanan syariah TIADA jaminan minima bagi dividen dan iulan itulah ciri pelaburan untuk patuh Shariah.

Kesimpulan, kenapa ahli beragama Islam tidak auto Simpanan Shariah?

1. Terdapat risiko perundangan sekiranya penentuan jenis akaun ahli dibuat berdasarkan agama dan ianya dilihat sebagai bertentangan  dengan Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan "...tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang.." . Jika kalian tidak setuju jawpaan ini, maka silakan baca jawapan seterusnya.

2. Perubahan ke Simpanan Syariah memerlukan akad Wakalah melalui ijab dan qabul secara jelas bertulis. Buat masa ini KWSP tiada kaedah yang lebih efektif dan berkesan selain secara fizikal di kaunter kerana untuk diuruskan secara patuh Syariah, ia memerlukan terma khusus dan mandat jelas kepada KWSP utk mengurus dan melaburkan secara patuh Syariah. Hal seperti ini TIDAK BOLEH secara automatik tanpa disedari pihak pencarum.

3. Kerana pihak KWSP TIDAK punyai data status agama yang lengkap bagi semua ahli pencarumnya, ini kerana dahulunya, pendaftaran tidak mewajibkan status agama ahli dinyatakan. Hanya status bangsa yang ada, bangsa semata-mata tidak mampu secara jelas menentukan agama seseorang. Dalam bahasa mudah , kwsp tidak tahu anda beragama apa, tidak ada dalam data mereka, so bagaimana boleh ubah secara automatik?

4. Saiz permulaan dana Simpanan Shariah yang perlu diuruskan oleh KWSP akan menjadi lebih besar dan ini akan menyukarkan perancangan pelaburan KWSP yang perlu memastikan pertumbuhan yang mendadak ke atas pelaburan aset patuh syariah bagi setiap kelas aset, selari dengan pertambahan simpanan ahli Simpanan Shariah.

5. Simpanan Syariah ada ciri-ciri yang penting dan sangat berbeza dari konvensional seperti tiada jaminan MINIMA dividen pada kadar 2.5 % seperti konvensional dan pulangan juga adalah berasaskan prestasi sebenar dan sebarang jaminan dividen boleh menjatuhkannya ke dalam elemen riba. Justeru, jika diubah secara automatis, dibimbangi apabila berlakunya perbezaan dividen di antara Syariah dan Konvensional, mereka yang ditukar secara automatik akan membantah dan mempertikai apabila dividen Halal lebih rendah. Perlu diingat, dividen kedua-duanya kini boleh berbeza, lebih rendah atau lebih tinggi.

Jika kalian mampu membaca sehingga di sini, saya ucapkan tahniah kerana menjadi masyarakat yang tidak malas membaca dan mendapatkan fakta sebenar sebelum mengomen.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

MARTABAT NAFSU


Dalam perbicaraan ilmu tasauf, peringkat-peringkat nafsu seorang dan alamat-alamatnya dapatlah dibahagi kepada tujuh darjat atau martabat, dan dalam peringkat-peringkat itu terdapat ahli-ahlinya bagaimana berikut :

1. AHLI NAFSU AMMA-RAH
Tabiat hati ahli peringkat ini selalu terdedah kepada godaan hawa nafsu dan syaitan. Oleh itu nafsu amma-rah sentiasa menyuruh seseorang berbuat kejahatan sama ada ia faham perbuatan itu jahat atau tidak. Baik jahat sama di sisi perasaan hatinya. Ia tidak merasa duka atau menyesal di atas perbuatan jahat, malah kadang-kadang sebaliknya iaitu apabila ia berbuat jahat maka terdapat perasaan lega dan gembira di kalbunya.
Sebagai contoh : Jika tertinggal sembahyang misalnya maka tidak terdapat perasaan runsing atau kesal di atas peninggalan itu tetapi kadang-kadang meninggalkan sembahyang itu lebih memberi rasa ria' dan gembira untuknya. Dan kiaslah lagi contoh-contoh lain umpamanya jika ia mencuri atau dapat memukul orang maka perasaannya lebih gembira dan senang.
Firman Allah :
"Sesungguhnya nafsu (amma-rah) itu sangat menyuruh berbuat jahat"
وَمَآ أُبَرِّئُ نَفْسِىٓ ۚ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌۢ بِالسُّوٓءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّىٓ ۚ إِنَّ رَبِّى غَفُورٌ رَّحِيمٌ
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
[QS. Yusuf: Ayat 53]
Setengah daripada sifat-sifat garisan kasar yang timbul dari benih nafsu amma-rah yang cemar ini ialah :
- Bakhil
- Tamak
- Panjang angan-angan
- sombong Takabbur
- Ingin dan kasihkan kemegahan
- Ingin namanya terkenal dan masyhur
- Hasad Dengki
- Dendam kesumat
- khianat dan niat jahat
- Bertabiat lalai kepada Allah
- Dan lain-lain
Barangsiapa berasa meletup di hati atau merasa berdegup di kalbu dengan salah satu daripada sifat-sifat tersebut maka itulah tandanya ia termasuk dalam golongan amma-rah yang biadap itu : Kebanyakan orang awam kita tidak terkecuali jahil atau berilmu adalah tak terlepas dari golongan nafsu ini. Bahkan termasuk dalam golongan ini juga sekalipun ia dari orang alim jika terdapat sifat-sifat seumpama itu, kerana dengan semata-mata banyak ilmu tidaklah menukar orang itu menjadi orang sufi yang bersih hati. Syurga tetap tidak terjamin untuk orang nafsu amma-rah ini kerana ia adalah ibarat tembaga atau besi berkarat yang perlu dibakar lebih dahulu sehingga suci bersih. Syurga tidak terima barang-barang kotor kecuali apabila ia telah dibersih kerana syurga tempat yang bersih.
Nafsu amma-rah ini adalah serendah-rendah darjat dan sejahat-jahat nafsu dalam dunia perbicaraan tasauf. Oleh ituu tempat yang wajar untuk golongan ini ialah kawah neraka sebagai tempat penginapannya.
Jika mahu terkikis sifat-sifat berkarat dan kotor yang timbul dari benih nafsu amma-rah itu hendaklah ia masuk ke dalam golongan sufi serta mengikut cara peraturan orang sufi bagaimana ia dapat meleburkan sifat-sifat durjana yang melekat di hati itu. Dan tidak ada jalan yang lain daripada jalan ini jua kerana jalan ini sudah dicubai dan diistiqra'i oleh orang-orang sufi.

2. AHLI NAFSU LAWWA-MAH
Nafsu lawwa-mah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri atau mencela diri sendiri apabila berlaku suatu kejahatan dosa di atas dirinya. Nafsu ini lebih elok dan tinggi sedikit darjatnya daripada nafsu amma-rah tadi kerana ia tidak puas hati di atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu ia mencela dan mencerca dirinya sendiri. Sungguhpun darjat nafsu ini tinggi sedikit dari yang dahulu tapi tabiatnya sekali sekala tidak terlepas juga dari jatuh ke dalam jurang angkara dosa dan kejahatan, lalu ia cepat-cepat beristighfar kepada Allah serta menyesal di atas kesalahan yang dilakukan itu. Dalam Quran Tuhan Berfirman :
"Aku bersumpah dengan nafsu lawwa-mah (pencerca dan pengkritik diri)"
وَلَآ أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ
Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
[QS. Al-Qiyamah: Ayat 2]
Sebagai contoh : Kalau ia tertinggal sembahyang misalnya terdapatlah perasaan kecut hati kerana menyesal di atas ketinggalan sembahyang itu lalu ia terus pergi qadha' cepat-cepat dengan tiada perasaan hendak bertangguh-tangguh lagi dan bermohon ampun banyak-banyak kepada Allah dengan perasaan yang sungguh-sungguh dan kiaslah lagi di atas perbuatan-perbuatan yang seumpama itu.
Di antara sifat-sifat kasar yang timbul dari benih nafsu lawwa-mah itu ialah :
- Mencela kepada kesalahan diri sendiri
- Bertabiat berfikir (bertafakur)
- Terdapat perasaan kecut hati bila bersalah
- Terdapat perasaan mengkritik terhadap apa jua yang dikatakan kejahatan
- hairan kepada diri sendiri kerana disangka dirinya lebih baik (ajub)
- Membuat suatu kebajikan kerana hendak memperlihat kepada orang lain (ria')
- Memperdengar kepada orang suatu kebajikan yang dibuatnya supaya mendapat pujian orang suma'ah
- Dan lain-lain daripada sifat-sifat keaipan hati.
Barangsiapa berasa meletup di hati atau berasa berdegup di hati dengan sifat-sifat umpama itu maka itulah tandanya ia termasuk dalam golongan nafsu lawwa-mah.
Martabat nafsu lawwa-mah ini terletak pada kebanyakan orang awam yang kelas istimewa dari martabat amma-rah tadi. Kecuali dengan mendapat keampunan Tuhan dan rahmatNya kerana ia masih tertinggal melekat dihati sisa-sisa sifat kotor yang perlu dikikis habis iaitu seperti sifat-sifat ujub, ria', suma'ah, dan seumpama daripada sifat-sifat keaipan hati. Ibarat perak bercampur tembaga, dan nilaiannya tinggi dari tembaga berkarat tadi. Dan tak syak lagi bahawa sifat-sifat keaipan hati itu tidak akan terkikis habis-habisan dari lubuk hati melainkan dengan memakai penawar cara leburan orang-orang sufi jua. Lain-lain jalan yang belum dijumpai lagi kerana orang-orang sufi telah membuat cubaan demikian dan pada diri sendiri.
Firman Allah :
"Orang-orang yang bermujahadah pada jalan Kami akan Kami tunjukkan mereka jalan Kami"
وَالَّذِينَ جٰهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
[QS. Al-'Ankabut: Ayat 69]

3. AHLI NAFSU MULHAMAH
Apabila sifat-sifat yang terkeji yang terdapat dalam nafsu amma-rah dan lawwa-mah tadi berjaya dileburkan mengikut cara orang-orang sufi maka bertukarlah darjat nafsu yang tak berbau syurga tadi beralih corak menjadi nafsu mulhamah, nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang cemar tadi melalui tareqat sufiah. Dan dari kerana kesucian hati itu, terbuanglah lintasan-lintasan fikiran kotor atau khuatir-khuatir syaitan dan mengambil alih di tempat itu oleh khuatir-khuatir dari malaikat atau dari Allah yang mana kita namakan 'ilham'.
Firman Allah :
"Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik, sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucinya (nafsu) dan rugilah (celakalah) orang yang mengotorkannya (nafsu)"
وَنَفْسٍ وَمَا سَوّٰىهَا
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
[QS. Asy-Syams: Ayat 7]
فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوٰىهَا
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
[QS. Asy-Syams: Ayat 8]
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكّٰىهَا
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
[QS. Asy-Syams: Ayat 9]
وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسّٰىهَا
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
[QS. Asy-Syams: Ayat 10]
Di antara sifat-sifat kasar yang timbul dari benih nafsu mulhamah yang baik itu ialah sifat-sifat terpuji bagaimana di bawah :
- Tak sayangkan harta sakhawah
- Berasa cukup dengan kurniaan harta yang ada (qana'ah)
- Berilmu laduni atau ilham
- Timbul perasaan merendah diri kepada Allah (Tawadhu')
- Taubat yang benar-benar (hakiki)
- Sabar yang hakiki
- Tahan menanggung kesusahan
- Dan lain-lain daripada sifat-sifat yang terpuji
Barangsiapa benar-benar teguh merasa dihatinya dengan sifat-sifat tersebut maka itulah tandanya ia termasuk dalam golongan nafsu terpuji itu (mulhamah). Kebanyakan orang-orang sufiah daripada orang awam yang dahulu-dahulu adalah terdiri dari golongan ini. Mereka boleh dinilai atau disifat dengan ahli syurga kerana mereka diibarat sebagai 'suasa' yang tetap bertahan dan tidak boleh berkarat lagi.
Mereka dalam martabat ini boleh dikatakan baru mulai masuk ke sempadan maqam wali yakni mereka kerapkali baru mulai mencapai fana yang menghasilkan rasa makrifat dan hakikat (syuhud) tetapi belum begitu teguh dan kejap kerana mereka dalam martabat ini masih ada kemungkinan akan lenyapnya kembali segala sifat terpuji bagaimana disebut tadi dan kemungkinan hilang lenyap pula rasa makrifat dan hakikat dari hati.

4. AHLI NAFSU MUTMA-INNAH
Nafsu Mulhamah tadi sungguhpun bersih dan suci tetapi belum lagi ia sampai kepada kejernihan yang teguh dan apabila nafsu itu teguh dan tetap dalam proses memcapai makrifat dan hakikat dan melekat di hatinya sifat-sifat yang terpuji jua dan tetap pula terkikis dari kalbunya sifat-sifat yang tercela maka di waktu itu berhak ia mendapat gelaran maqam nafsu mutma-innah namanya. Nafsu Mutma-innah adalah permulaan mendapat darjat wali kecil.
Firman Allah Taala dalam Al-Quran :
"Wahai nafsu mutma-innah kembalilah kepada Tuhan engkau sambil berhati suka-ria serta diredhai Tuhan maka masuklah olehmu dalam golongan hamba-hambaKu yang solih dan masuklah syurgaKu"
يٰٓأَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
[QS. Al-Fajr: Ayat 27]
ارْجِعِىٓ إِلٰى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
[QS. Al-Fajr: Ayat 28]
فَادْخُلِى فِى عِبٰدِى
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
[QS. Al-Fajr: Ayat 29]
وَادْخُلِى جَنَّتِى
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
[QS. Al-Fajr: Ayat 30]
Sifat-sifat kerohanian yang timbul dari benih yang waja lagi comel (nafsu mutma-innah) ini ialah bahawa dapat dirasa dalam hati sendiri oleh orang-orang yang berjaya mencapai maqam nafsu yang bertuah itu, akan sifat-sifat di antaranya ialah :
- Murah hati dan tak lekat wang di tangan kerana bersedekah
- Tawakkal yang benar
- Bersifat arif dan bijaksana
- Kuat beribadat
- syukur yang benar
- Redha pada segala hukuman Allah
- Taqwa yang benar
- Dan lain-lain lagi daripada sifat-sifat hati yang waja lagi terpuji.
Biasanya orang mencapai martabat ini tetapi tidak termesti, akan zahir padanya keramat-keramat yang luarbiasa, mendapat ilmu dengan tak payah belajar (ilham) kerana ia dapat mengessan rahsia-rahsia Lohmahfuz. Syurga untuk orang golongan ini terjamin kerana mereka ibarat emas tujuh yang bermutu dan lebih mahal dari nilaian nafsu-nafsu yang lepas. Inilah dia nafsu mutma-innah. Nafsu yang tetap bernilai dan terjamin dengan syurga bagaimana diterangkan oleh Tuhan dalam Quran tadi iaitu dialah yang wajar menerima jemputan Syurga Tuhan.

5. AHLI NAFSU RADHIAH
Tadi kita telah membicarakan nafsu mutma-innah yang memang sudah bergelar wali. Ini pula nafsu radhiah iaitu nafsu yang memang wali maqamnya tetapi ia lebih tinggi dari maqam wali mutma-innah tadi. Maqam nafsu ini dinamakan radhiah kerana selain daripada ia berjaya mencapai kejilahan dan kejernihan hati yang teguh itu maka nafsu ini terpocok kejap di dalamnya dengan perasaan keredhaan pada segala hukuman Allah. Bukan senang hendak mencapai maqam keredhaan nafsu ini kerana ia bukanlah umpama sebarang benda yang boleh disumbatkkan ke dalam sarang qalbu jika tidak ada sifat-sifat kelelakian yang benar-benar berhemah tinggi dalam perjuangan mujahadah dan ibadat untuk mencapai maqam nafsu mulia itu sebagaimana mengikut cara kaedah sufiah.
Oleh itu tabiat orang maqam ini adalah luarbiasa, ia tidak takut pada bala Allah dan tak tahu gembira pada nikmat Allah, yang ia tahu hanya keredaan Allah dan hukumanNya. Bahkan gentar gembira atau bala nikmat adalah sama jua di sisinya.
Malah segala masalah keduniaan sama saja di sisi orang-orang wali martabat ini. Wang ringgit sama dengan daun kayu, emas sama dengan tanah kering, segala kesusahan biasa mengenal hal-hal kehidupan dunia bagaimana tak tahan dirasa oleh manusia awam jauh sekali melekat di sarang hati mereka telah diisyaratkan oleh firman Allah :
"sesungguhnya orang-orang wali Allah itu tak pernah rasa ketakutan dan tak pernah rasa kerunsingan di atas mereka itu"
أَلَآ إِنَّ أَوْلِيَآءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
[QS. Yunus: Ayat 62]
Mengapa hati mereka sampai begini sekali? Jawabnya ; kerana nafsu mereka sudah terkikis dari akar umbi kesemua sekali karat-karat yang cemar dan pula sinaran nur syuhud yang membau mereka kepada makrifat, datang bertalu-talu masuk ke dalam hati nurani mereka yang tetap waja itu.
Alam di sekeliling mereka laksana cermin yang boleh mereka nampak Allah di dalamnya setiap ketika bagaimana mawam musyahadah terdapat dalam 'al-ihsan' pada umpama sabda Nabi S.A.W.
Maqam ini digelarkan wali Allah dalam martabat orang khawas. Dan mawam ini baru boleh diibarat emas bermutu lapan. Syurga memang terjamin. Di antara sifat-sifat kerohanian yang timbul dari benih radhiah yang berwaja dan tetap mahal nilaian ini ialah sifat-sifat yang berikut :
- Zahid
- Ikhlas
- Warak
- tinggal perkara-perkara yang bukan kerjanya
- tunai dan tepatkan hukum-hukum Allah
- Dan lain-lain lagi daripada sifat-sifat kerohanian yang tinggi-tinggi
Orang-orang wali maqam radhiah ini dapatlah ia mengecap nikmat sifat-sifat budi yang luhur atau sifat-sifat kerohanian yang tinggi itu dalam setiap ketika.

6. AHLI NAFSU MARDHIYYAH
Tak syak lagi maqam mardhiyyah ini lebih tinggi dari maqam radhiah kerana nafsu mereka dan segala hal atau segala apa-apa baik percakapan atau lakonan yang keluar dari mereka adalah diredhai Allah dan diakui Allah. oleh itu maka jadikan jiwa mereka, perasaan mereka, lintasan atau khuatir hati mereka, gerak geri mereka, penglihatan mereka, pendengaran mereka, percakapan mereka, pancaindera mereka, penumbuk tangan mereka, penendang kaki mereka, peludah air liur mereka dan seterusnya kesemuanya adalah diredhai Allah belaka.
Sabda Nabi S.A.W. dalam hadis Qudsi
"Sentiasalah hambaKu berdamping diri kepadaKu dengan mengerjakan ibadat sunat hingga aku kasihkan dia maka apabila Aku kasihkan dia nescaya adalah Aku pendengarannya yang ia mendengar dengan dia, penglihatannya yang ia melihat dengan dia, pertuturan lidahnya yang ia bertutur dengan dia, penampar tangannya yang ia menampar dengan dia, berjalan kakinya yang ia berjalan dengan dia dan fikiran hatinya yang ia berfikir dengan dia"
Maksudnya ialah segala perbuatan atau lakonan yang terbit dari hamba Allah yang wali umpama ini adalah kesemuanya berlaku dengan keredhaan Allah dan keizinan Allah belaka. Oleh itu maka timbullah dari sisinya perkara-perkara ganjil ajaib dan luarbiasa pada pandangan orang ramai umpama berjalan di atas air, terbang di udara, pergi ke Makkah dalam sekelip mata dan lain-lainnya. Dan kerapkali setengah daripada tingkah-lakunya terjadi sebagai tanda kenyataan Allah atau takdir Allah.
Ingatkah tuan cerita Nabi Isa A.S.? iaitu tatkala ia melawat sebuah kubur orang mati dan ia berkata kepadanya serta diisyaratkan kepada mayat dalam kubur itu yakni berdirilah engkau dengan izin Allah! Maka mayat dalam kubur itu pun hidup dan bangun berdiri dan berjalan hidup-hidup.
Cerita umpama itu juga berlaku pada Syeikh ahmad bin Idris (Imam Tareqat Ahmadiah) iaitu pada suatu hari, datang kepadanya seorang suami mengadu hal tentang kematian isterinya akibat ia memukulnya dengan tiada kesedaran dan menyebabkan ia menyesal di atas perbuatan itu, Sidi Syeikh pun jatuh rasa belas kasihan lalu ia pergi ke tempat isteri yang mati itu dan ia berkata kepadanya 'Bangunlah engkau dengan izin Allah' maka bangunlah mayat itu berjalan hidup-hidup.
Sebuah cerita lagi berlaku pada Syeikh abdul Qadir Al-Jailani iaitu tatkala ia sudah selesai dari makan dan tertinggal di hadapannya sisa-sisa tulang ayam, lalu ia menyeru kepada tulang-tulang ayam itu dengan katanya : 'Hai Tulang...! jadilah engkau ayam kembali!'. Maka terjadi tulang-tulang itu seekor ayam berlari hidup-hidup. Sedang ibu seorang budak khadam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani menyaksi perkara ganjil itu dengan keadaan pelik.
Mengapa keganjilan demikian berlaku? Jawabnya, ialah kerana pengucapan-pengucapan orang maqam mardhiyyah umpama ini telah diredhai dan diizini oleh Allah S.W.T dan satu perkara yang sayugia diingat bahawa di hadapan orang yang umpama ini jangan-janganlah celupar mulut mengatakan sesuatu yang menyinggungkan hatinya, takut-takut terkeluar dari mulutnya pengucapan-pengucapan yang diredhai Allah maka jadi celakalah orang itu.
Berkata Imam Tariqat ahmadiah Sidi Syeikh Ahmad bin Idris Rahmatullah Taala yang masyhur keramatnya :
"Permulaan tareqatku ialah 'gila' diperkatakan orang.
Di pertengahan jalan, datang bermacam-macam ilmu pemberian Allah dengan tak payah belajar.
Dan di akhir Tariqatku ialah 'kun fayakun' (maksudnya datang bermacam-macam keramat jika dikehendaki."
Dengan huraian di atas terang dan fahamlah kepada kita maksud kata-kata hadis qudsi yang mengandungi cerita-cerita keramat tadi.
Orang mencapai maqam mardhiah ini digelar wali Allah dalam martabat Khawas Al-Khawadh yakni wali Allah dalam martabat yang istimewa daripada wali-wali yang tertentu. Ibarat emas bermutu sembilan, syurga tetap terjamin.
Sifat-sifat budi atau kerohanian yang timbul dari benih waja mardhiah yang bertuah ini, diantaranya ialah :
- elok dan tingginya budi atau kesusilaan, umpama nabi-nabi
- Lemah lembut dalam pergaulan masyarakat ramai bagaimana perangan nabi-nabi
- Sentiasa rasa selera perdampingan dengan Allah
- Sentiasa berfikir pada kebesaran Allah
- Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah
- Dan lain-lain lagi daripada sifat-sifat budi kesusilaan yang terpuji

7. AHLI NAFSU KAMIL
Orang yang hendak mencapai nafsu kamil ini mestilah ia lalui dahulu proses perjalanan nafsu-nafsu satu demi satu yakni dimulai dari nafsu amma-rah, kemudian lawwa-mah, kemudian mulhamah, kemudian seterusnya. Ini jika ia menurut jalan adab tarbiah cara teratur, berlainan orang majdzub maka ia mungkin terlipat atau melangkah jalan dengan cara cepat tetapi orang majdzub ini dibimbangi tidak akan mencapai kejayaan kerana ia tidak ada istiqamah dalam perjalanannya. di sana ada jalan lebih baik dan lebih teratur dari itu iaitu jalan adab tarbiah guru melalui suluk campur jazbah. Inilah jalan terbaik sekali dalam dunia suluk dan tarbiah, seperti yang terdapat pada tareqat ahmadiah, Naqsybandiah dan lain-lain lagi.
Oleh itu orang yang hendak mencapai maqam nafsu al-kamil ini bukan senang malah berhajatlah kepada semangat yang benar-benar tinggi hemah dan berani menempuh jalan yang sukar-sukar dan susah-susah. Syeikh Abdul Kadir al-Jailani umpamanya, selama tiga puluh tahun lebih ia merempuh jalan umpama itu, lain orang lain pula perjalanannya : ada masa yang singkat, ada yang lama.
Maqam nafsu al-kamil ini adalah tertinggi dan teristimewa sekali dari maqam wali-wali yang lain di atas muka bumi ini kerana ia dapat menghimpunkan antara batin dengan zahir atau antara hakikat dengan syariat. Kerana itu maka ia digelarkan maqam Baqa', kamil mukammil, Al-insan kamil, yakni ruh atau hatinya kekal dengan Allah tetapi zahir tubuh kasarnya bersama-sama dalam pergaulan orang-ramai, jadi pemimpin membentuk masyarakat ke arah jalan yang diredhai Allah, seperti bagaimana yang terdapat pada khalifah-khalifah khulafa Al-Rasyidin di dalam zamannya atau sebagainya. Hati mereka umpama ini adalah kekal dengan Allah, sama ada di masa tidur atau jaga kerana mereka dapat musyahadah dengan Allah dalam setiap ketika. Dan maqam ini tidak dapat dinilai dengan apa-apa benda kejadian di alam ini walaupun dengan harga emas sebesar dunia ini kerana ia maqam khawas al-khawas. di ketika itu maka jadilah gerak geri mereka, tutur kata mereka, tidur jaga mereka, makan minum mereka, dan kelakuan mereka adalah ibadat semata-mata.
Rasul-rasul, Nabi-nabi dan wali-wali besar adalah terdiri dari golongan maqam ini belaka, tetapi pangkat Rasul lebih tinggi dari Nabi kerana Rasul maqam risalah ibarat berlian dan maqam nubuwwah ibarat intan.
Sifat-sifat budi utama yang timbul dari benih nafsu al-kamil yang teristimewa ini ialah sifat-sifat kerohanian murni dan juga perangai-perangai terpuji bagaimana yang terdapat dalam peringkat-peringkat nafsu yang baik seperti kita telah huraikan dengan panjang lebar dahulu. Syurga untuk mereka maqam al-kamil ini tetap teristimewa. Ibarat emas bemutu sepuluh.

KESIMPULAN KAEDAH SUFIAH
Dari penjelasan-penjelasan yang lepas dapatlah kita buat kesimpulan suatu kaedah begini :
* Tiap-tiap rasul adalah nabi
* Tiap-tiap nabi adalah wali
* dan tiap-tiap wali adalah orang sufi
Jadi, Rasul itu adalah orang sufi lagi wali lagi nabi.
Dan tidak boleh dikatakan nabi kalau tidak wali. Dan tidak boleh dikatakan wali kalau tidak orang sufi. Dengan demikian maka rasul itu mestilah orang sufi mengikut pengertian bahawa rasul itu adalah benar-benar berhati kerohanian yang sufiah, dengan tidak dikira atau diiktibar dari mana asal-usul datang perkataan sufi itu.
KESIMPULAN MAQAM-MAQAM NAFSU DAN PEMBALASANNYA MENGIKUT LOJIK SUFIAH
Dan dari penjelasan-penjelasan yang lepas juga dapatlah kita faham bahawa golongan ahli surga terdiri dari orang-orang yang keimanannya bermaqam-maqam dalam darjah nafsu dan makrifatnya. Oleh itu ahli syurga adalah mengikut maqam-maqam beribarat seperti berikut :
1. Maqam berlian
2. Maqam intam
3. Maqam emas sepuluh
4. Mawam emas sembilan
5. Maqam emas lapan
6. Maqam emas tujuh
7. Maqam suasa
8. Maqam perak
Selain daripada golongan itu maka semuanya dinilai ahli neraka belaka kecuali orang-orang yang mendapat rahmat besar dan keampunan dari Allah Azzawajalla. Ya allah ya Tuhanku! Ampunkanlah kami dari golongan orang awam yang banyak berdosa ini. Kalau tidak dengan rahmatMu maka celakalah kami di akhirat nanti.
Adapun orang-orang kafir yang sudah musnah keimanannya di dunia (negara nafsu) ini serupalah telur busuk temelar yang tidak boleh hendak dibaiki kembali lagi. Hendak digadai tak laku, jika hendak disedekah tak dipeduli orang bahkan dijerkah dan dilaknatnya kembali. Maka tempat yang wajar untuk orang yang demikian ialah dilontar sejauh-jauh ke dasar kawah neraka jahanam buat selama-lamanya.
Begitulah hikmat Allah yang sangat rahsia. Allah jadikan syurga berlapis-lapis, mengikut kadar darjah maqam-maqam nafsu dan begitu juga sebaliknya Allah jadikan neraka.
Untuk kita sekarang, ukurlah diri sendiri lebih dahulu. Kita berbuat apa sekarang? Ke mana kita akan pergi? Adakah kita dari golongan orang yang akan bernasib baik? Kalau tidak, maka akan buruklah padah di akhirat nanti.
Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...