nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

MENJELANG 1 SYAWAL

1 Syawal adalah hari kemenangan umat Islam. Seharusnya kita bersukaria. Di Malaysia bila tiba 1 Syawal akan diberi cuti.
Maka inilah masanya ziarah-menziarahi termasuklah menziarah kubur. Namun usahlah disalah ertikan dgn bersedih di tanah perkuburan itu. Telah termaktub 1 Syawal adalah hari kemenangan bagi umat Islam dn sambutlah dgn riang gembira.
Pernah Nabi Muhammad SAW melarang menziarah kubur pada hari raya kerana tdk mahu umatnya yg sepatutnya bergembira, bersedih dn berdukacita pada hari itu. Namun larangan itu telah ditarik balik mengenangkan yg menziarah kubur sepatutnya dpt meningkatkan keimanan, keinsafan dn keyakinan di samping mengingati akan kematian.
Asasnya, menziarah kubur tdk pernah dinyatakan hya pada hari raya. Ia boleh dilakukan pada bila2 masa saja dn andainya kubur boleh memberitahu kita ;
*🏼Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah dgn TAHAJUD
*🏼Aku adalah tempat yg paling sempit, maka luaskanlah dgn SILATURRAHIM
*🏼Aku adalah tempat yg paling sepi, maka ramaikanlah aku dgn bacaan AL-QURAN
*🏼Aku adalah tempat paling menjijikkan, maka racunilah ia dgn SEDEKAH
*🏼Aku yg menghimpitmu hingga hancur, maka bebaskanlah himpitan itu dgn SOLAT
*🏼Aku adalah tempat merendammu dgn cairan yg menyakitkan, maka bebaskan dirimu dari rendaman itu dgn PUASA
*🏼Aku adalah tempat Mungkar & Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dgn memperbanyakkan mengucap LAILA HAILLALLAH.
Sesungguhnya menziarah kubur sepatutnya memberi keinsafan dn bukan untuk bersedih. Eloklah menanam azam yg positif agar dapat merentasi setiap halangan di alam kubur dgn iman dn takwa. Hal ini juga utk mengingatkan diri sendiri.
Sehari dua....
Terasa macam setapak dua Ramadhan akan pergi. Sekali lagi dgn rasa rendah hati saya memohon ampun dn maaf andai ada keterlanjuran bicara selama sahabat yg dikasihi Allah SWT bersama saya di ruang maya ini.

Selamat Menyambut 1 Syawal

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...