Sekarang ini, bila usia 30 tahun keatas..jaga-jaga..bila datang 7 tanda-tanda ini👇🏻👇🏻
1. *Kaki sering berasa kebas* - ia terjadi kerana darah bergumpal menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar.
2. *Mudah letih dan cepat mengantuk* - peningkatan kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini
menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk.
3. *Senak dada sebelah kiri* - ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolesterol terlampau tinggi. Bahaya ni!
4. *Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher* - arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
5. *Kaki membengkak* - ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
6. *Timbul bintik-bintik putih (biji lemak)* - ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar trigliserida yang tinggi.
7. *Tanda kuning muda* - pada tengah atau hujung kelopak mata - merupakan mendapan kolesterol, ada juga yang mengalami benjolan pada padat siku, tumit atau lutut.
Ini bahaya untuk kesihatan sebab kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan *penyakit jantung dan serangan strok.* Sekarang dua penyakit ini sudah dihidapi ramai golongan muda, dalam lingkungan usia 30-an pun sudah ada yang mengalaminya.
No comments:
Post a Comment