nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Panduan umrah part 2 : Persiapan Diri Menunaikan Umrah

Memperbetul tujuan semata-mata kerana Allah S.W.T.


Sesuatu pekerjaan itu hanya menjadi ibadah dan mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T. apabila:



- diniatkan semata-mata untuk mematuhi perintah Allah S.W.T.;

- caranya menepati syariat yang ditetapkan;

- tidak berlaku sebarang penyelewengan; dan

- ibadah wajib seperti sembahyang, berpuasa, berzakat dan lain-lain tidak ditinggalkan.


Oleh itu, elakkan diri dari mengerjakan haji dan umrah kerana sebab-sebab sosial, ekonomi, politik atau tujuan-tujuan lain.


Mendapatkan ilmu yang cukup


Setiap ibadah termasuk umrah yang dikerjakan tanpa ilmu adalah sia-sia. Ini kerana kerja-kerja ibadah tidak boleh dibuat secara ikut-ikutan sahaja. Selok belok pelaksanaan ibadah umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.


Menggunakan sumber wang yang halal


Ibadah umrah adalah merupakan salah satu persembahan kepada Allah S.W.T. Sama ada diterima atau sebaliknya, ia bergantung kepada sejauh mana sempurnanya ibadat itu dilaksanakan dan sebersih mana pula wang ringgit yang digunakan.


Pastikan wang ringgit yang digunakan  untuk menunaikan umrah (tambang menambang, makan minum, penginapan dan lain-lain) malah yang digunakan untuk kehidupan seharian adalah dari sumber yang halal lagi bersih dari sebarang penyelewengan atau penindasan. Mata pencarian yang haram, selain dari berdosa, boleh menyebabkan  hilangnya keberkatan dalam kehidupan.


Menjaga kesihatan jasmani dan rohani


Pelaksanaan ibadah umrah memerlukan kesihatan fizikal dan mental serta kestabilan emosi. Bakal jemaah hendaklah menjaga kesihatan menerusi pemakanan yang baik dan seimbang serta memperbanyak aktiviti riadah. Selain itu, jemaah hendaklah melatih diri supaya bersikap positif dan bijak mengawal perasaan.


Menyempurnakan semua rukun Islam yang lain


Ibadah haji adalah rukun yang kelima dan terakhir selepas mengucap dua kalimah syahadah mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat.


Bakal-bakal jemaah umrah perlu terlebih dahulu mempunyai kefahaman yang sempurna bersabit tuntutan Syahadah, sembahyang, puasa dan zakat serta melaksanakannya.


Memperbanyakkan amalan sedekah



Sesuatu yang boleh meringankan bebanan orang lain (termasuk suami, isteri, ibubapa, saudara mara, sahabat handai, faqir miskin, anak yatim dan sebagainya) sama ada dalam bentuk wang ringgit, tenaga hatta senyuman atau perwatakan ceria adalah sedekah. Amalan sedekah membantu menambah pahala, mengurangkan dosa dan membantu hubungan sesama manusia.


Bakal jemaah digalakkan memperbanyakkan sedekah sewaktu di Tanah Air dan juga di Tanah Suci nanti. Ia membahagiakan pihak yang menerima dan turut membahagiakan pihak yang memberi. Sewaktu berada di Tanah Suci pula, para jemaah hendaklah menggunakan sebaik-baiknya kesempatan untuk memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan.


Menunaikan sembahyang berjemaah


Matlamat menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci Makkah antara lain ialah untuk memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin untuk beribadah terutamanya di Masjidil Haram. Peluang berada di Tanah Suci Makkah hendaklah digunakan sebaiknya untuk beribadah sebaik mungkin seperti menunaikan solat berjemaah.


Menjauhi amalan-amalan syirik


Menyengutukan Allah adalah merupakan salah satu dosa besar. Tidak selayaknya orang yang hendak menjadi tetamu Allah membuat kerja-kerja syirik seperti beramal dengan ilmu sihir, bergantung hidup kepada tangkal azimat dan sebagainya.


Selain itu, bakal-bakal jemaah hendaklah menghindari sifat suka mengejar kebendaan dan kesenangan hidup sehingga meremehkan soal halal dan haram, dosa dan pahala serta syurga dan neraka.


Memperbaiki akhlak dan menghindari sifat-sifat mazmumah (tercela)


Tanah Suci Makkah adalah tempat orang memperlihatkan peribadinya yang sebenar. Orang yang hendak menjadi tetamu Allah S.W.T. hendaklah mempunyai adab yang baik sama ada dari segi perbuatan, percakapan malah niat di hati.


Sifat-sifat buruk seperti hasad dengki, sombong, takabbur, panas baran, suka mendedahkan aurat, suka bermegah-megah dan lain-lain hendaklah dijauhi. Menurut maksud hadith, hasad dengki menghapuskan amal kebaikan seseorang sepertimana api membakar hangus kayu api.


Tanah Suci Makkah juga adalah tempat pertembungan umat Islam dari segenap pelusuk dunia. Sifat-sifat murni seperti sabar, ikhlas, syukur, tolong-menolong, ramah dan sebagainya akan dapat memudahkan interaksi sesama jemaah.


Membersihkan diri dari dosa


Sebelum berangkat ke Tanah suci bakal jemaah hendaklah bertaubat dengan:


- meninggalkan serta merta perbuatan yang telah menimbulkan dosa;

- berazam dengan sepenuh hati tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi;

- merasa kesal yang amat sangat di atas perbuatan dosa itu; dan

- jika dosa itu ada kaitan dengan manusia, perlu mendapatkan kemaafan dan pernyataan halal bagi kesalahan yang dilakukan dan hak yang  diambil dari manusia tersebut.


Berdoa dan bertawakkal


Perancangan Allah S.W.T. mengatasi segala perancangan makhluk-Nya. Segala persiapan yang telah dibuat tidak dapat menjamin ibadah umrah dapat dilakukan dengan sempurna. Justeru, para jemaah perlu banyak berdoa kepada Allah S.W.T., memohon keampunan dan pertolongan-Nya.


Para jemaah juga sebaiknya memperbanyakkan sembahyang sunat Tahajjud, Tasbih, Taubat dan Hajat menjelang keberangkatan dan juga sepanjang berada di Tanah Suci.

Larangan Ihram:

Mulai dari saat melafazkan niat hinggalah sempurna semua Rukun Umrah, jemaah hendaklah berwaspada supaya tidak melanggar larangan ihram seperti berikut:

Perkara-Perkara Larangan Ihram

  • Mengugurkan rambut atau bulu di badan (sama ada dengan cara menggunting, mencukur,menggosok, mencabut, mengesat, menganyah,mengelap dan sebagainya)
  • Memakai minyak rambut pada kepala (dan janggut, bagi lelaki)
  • Menggunakan bau-bauan pada badan, pakaian,makanan atau minuman
  • Memakai sarung tangan
  • Mengerat kuku
  • Memburu atau membunuh binatang yang halal dimakan sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal
  • Menebang, memotong, mencabut atau merosakkan pokok atau tumbuhan di Tanah Haram (sahaja)
  • Berakad nikah sama ada berijab atau qabul untuk diri sendiri atau bertindak bagi pihak orang lain
  • Bercumbuan
  • Melakukan persetubuhan

Larangan Khusus Kepada Jemaah Lelaki

  • memakai pakaian yang bersarung (sama ada berjahit atau pun tidak) yang disarungkan ke badan termasuk seluar dalam, baju dalam, sarung kaki, songkok dan sebagainya
  • menutup muka menutup kepala atau sebahagian daripadanya
  • memakai kasut yang menutup tumit dan jari kaki.

Larangan Ihram Khusus Kepada Jemaah Wanita

  • menutup muka

Ihram Bagi Kanak-Kanak

  • Kanak-kanak yang sudah baligh yang mengerjakan umrah bertanggungjawab membayar Damnya sendiri jika dia melanggar larangan ihram.
  • Bagi kanak-kanak yang belum baligh tetapi sudah mumayyiz (dapat membezakan antara bersih dan kotor) menjadi tanggungjawab ibubapa atau penjaganya membayar Dam kerana melanggar larangan ihram.
  • Kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak dikenakan apa-apa Dam bagi kesalahan melanggar larangan ihram.

Kelebihan Dan Fadhilat Bulan Jamadil Akhir

Jamadil Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir. Dari segi bahasa, ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir. Pada ketika itu air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi kedapatan di sana-sini

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING JAMADIL AKHIR

1. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun dan telah disemadikan bersebelahan maqam Rasulullah s.a.w. Ketika hidup, beliau merupakan pemuda terawal yang menerima dakwah dan membenarkan kerasulan Baginda s.a.w. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mempunyai akhlaq yang mulia dan sanggup menginfaqkan seluruh harta dan kemewahannya pada jalan Allah sehingga tidak meninggalkan sebarang harta ketika matinya. Sebelum kematiannya, beliau telah melantik Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah Islam yang kedua menggantikan tempatnya.
.
2. Perlantikan Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah kedua pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah.
.
3. Berlakunya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah. Peperangan ini telah diketuai oleh Khalid bin Al-Walid dan disertai tentera Muslimin seramai 45,000 orang yang menghadapi tentera Rom (Byzantin) seramai 240,000 orang. Di dalam peperangan ini telah menyaksikan separuh tentera Rom telah terkorban dan seramai lebih kurang 3,000 orang tentera Muslimin syahid di medan perang. Bagaimanapun tentera Muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah berjaya mengalahkan tentera Rom yang begitu ramai.
.
 .

FADHILAT

Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat pada bulan Jamadil Akhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita digalakkan untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.

Terdapat banyak lagi amalan sunat yang belum lakukan atau belum berkesempatan untuk melakukannya. Maka yang demikian, pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang mungkin kita belum atau tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini. Di samping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga digalakkan agar memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah sebagai penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.

Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w. sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat nafilah, puasa Isnin dan Khamis, sedekah, membaca Al-Qur’an dan lain-lain lagi.

Panduan Umrah bhg 1

Pengertian Umrah

Menurut bahasa : ziarah atau berkunjung. Menurut istilah syarak : mengunjungi baitullah (Kaabah) untuk mengerjakan ibadah umrah dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.


Umrah adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang yang mampu. Ini berdasarkan kepada
dalil-dalil berikut :

1- Firman Allah swt:Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.

2- Hadith Aisyah r.a :Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Adakah diwajibkan jihad ke atas wanita?” Jawab Baginda S.A.W:
“Ya (diwajibkan jihad ke atas wanita, akan tetapi) jihad yang tidak ada peperangan di dalamnya iaitu haji
dan umrah”.muslim. Seseorang itu tidak dikira berdosa jika menangguhkan kewajipan umrah ini apabila sudah cukup syarat kemampuan selama mana dia dapat melakukannya sebelum dia meninggal dunia. Namun begitu, adalah afdal menyegerakan kewajipan umrah ini untuk melepaskan tanggungan kewajipan ini atas diri seseorang muslim.

Rukun Umrah

Sebelum itu mari kita pelajari rukun-rukun umrah. Rukun umrah terbahagi kepada 5 iaitu:
  1. Niat
  2. Tawaf
  3. Saie
  4. Bercukur atau bergunting
  5. Tertib
Huraian terperinci bagi setiap rukun adalah seperti dibawah.

1. Niat
Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:
نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”

2. Tawaf
Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.

Syarat- syarat sah tawaf
– Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T.

Lafaz niat Tawaf Umrah:
Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
  • Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
  • Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
  • Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
  • Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
  • Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
  • Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.
  • Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
  • Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
  • Mesti suci daripada hadas besar.
  • Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
  • Mesti menutup aurat.
3. Sai’e
Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah.
Syarat-syarat sah Sai’e:
  • Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
  • Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sai’e.
  • Sai’e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
  • Sai’e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula.
  • Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
  • Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.
Tahallul
Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.

Syarat Tahallul
Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:
  • Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
  • Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
  • Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.
Tertib
Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).

Wajib Umrah
  • Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam.
  • Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah:
  1. Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
  2. Menjaga larangan ihram.
  3. Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.
Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang):

Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.

Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.

Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:

Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.

Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.
Rukun umrah ada 5 perkara. iaitu: Niat Tawaf Saie Bercukur atau bergunting Tertib

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ



Rukun umrah ada 5 perkara. iaitu: Niat Tawaf Saie Bercukur atau bergunting Tertib

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Rukun umrah ada 5 perkara. iaitu: Niat Tawaf Saie Bercukur atau bergunting Tertib

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Rukun umrah ada 5 perkara. iaitu: Niat Tawaf Saie Bercukur atau bergunting Tertib

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Rukun umrah ada 5 perkara. iaitu: Niat Tawaf Saie Bercukur atau bergunting Tertib

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

ABU AYYUB AL-ANSHARI RODHIALLAHU 'ANHU

Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia ini bernama Khalid bin Zaid bin Kulaib bin Tsa’labah bin Abdi ‘Amr  bin ‘Auf bin Jasym bin Ghanam bin Malik bin an-Najjar bin Tsa’labah bin al-Kazraj dari Bani Najjar. Adapun ibunya bernama Hindun binti Sa’id bin Amru dari Bani al-Harits bin al Khazraj. Beliau lebih populer dengan kunyahnya  Abu Ayyub Al-Anshari Al-Khazraji Al-Badri.

abu ayyub
 
Keistimewaan yang dimilikinya
Beliau terhitung warga Madinah dan termasuk para sahabat mulia dari kabilah Anshar. Meskipun tidak tinggal di kota Mekkah dan menjadi orang pertama masuk islam, namun cahaya keimanan dan pancaran kecintaan terhadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sangatlah besar, hal inilah yang membuat dirinya turut hadir dalam peristiwa perjanjian setia di Aqabah.

Tatkala Rasul yang mulia melakukan perjalanan hijrah bersama Abu Bakar dari Mekkah menuju Madinah, maka rumah beliau menjadi tempat tinggal yang pertama kali disinggahi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam selama kurang lebih tujuh bulan.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mempersaudarakan Abu Ayyub dengan Mus’ab bin Umair, seorang sahabat dari kalangan muhajirin sekaligus dai yang dikirim oleh Rasul Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk mengajarkan Islam dan mendakwahkan tauhid kepada penduduk kota Madinah sebelum hijrah.

Tak lupa, beliau pun senantiasa ikut menyertai Rasulullah dan mengikuti pertempuran antara kaum muslimin melawan orang-orang kafir yang diawali dengan perang Badar, lalu berlanjut ke perang Uhud dan pertempuran sesudahnya. Beliau tak pernah absen dari jihad di jalan Allah Subhanahu Wa Ta’ala bersama Rasul Shallallahu ‘alaihi wasallam dan para khalifah sesudahnya hingga akhir hayatnya.

Saat khalifah Ali bin Abi Thalib keluar menuju Iraq, beliau  mengangkat dirinya sebagai pemimpin kota Madinah. Tak lama berselang Abu Ayyub pun menyusul beliau dan turut hadir dalam pertempuran Nahrawan melawan orang-orang khawarij.

Perjumpaan dan pelayanannya terhadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
Saat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tiba di Madinah, Semua mata memandanginya dengan penuh kerinduan. Mereka semua membuka pintu-pintu rumah, berharap Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia itu sudi menginap di tempat mereka.

Sekalipun orang-orang Anshar bukan termasuk orang-orang yang sangat kaya, tetapi  setiap orang di antara mereka berharap agar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam singgah di rumahnya. Tak ada satu rumah pun yang dilalui beliau melainkan mereka  pasti memegang tali kekang  onta Beliau, sambil meminta agar beliau berkenan singgah di rumahnya. Beliau bersabda, “Berilah jalan kepada unta ini, karena ia adalah onta yang sudah diperintah.

Unta beliau terus berjalan hingga tiba di suatu tempat yang sekarang menjadi Masjid Nabawi. Di tempat ini onta tersebut berhenti dan duduk. Namun beliau tidak turun dari punggungnya. Onta itu berdiri lagi berjalan beberapa langkah, menolehkan kepala lalu kembali lagi dan berhenti dan duduk ditempat semula. Baru setelah itu beliau turun dari punggungnya. Tempat itu berada di Bani An-Najjar, yang masih terhitung paman-paman beliau. Berkat taufik Allah Subhanahu Wa Ta’ala beliau memang lebih senang singgah di tempat paman-pamannya, dengan begitu beliau bisa memuliakan mereka. Semua orang berbicara kasak-kusuk tentang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang akan singgah di rumah mereka. Maka Abu Ayyub segera mengambil pelana ontanya lalu memasukkannya ke dalam rumah. Melihat hal ini beliau bersabda,

Seseorang itu beserta pelananya. “Sementara As’ad bin Zurarah datang sambil memegangi tali kekang ontanya dan berada di dekat beliau.
Dalam riwayat Al-Bukhari dari Anas disebutkan, Nabi bertanya,”Siapakah rumah kerabat kami yang paling dekat jaraknya?

Abu Ayyub menjawab,”Aku wahai Rasulullah. Itu rumahku dan itu pintunya.”
Maka beliau beranjak dan Abu Ayyub menyiapkan tempat yang biasa dipergunakan untuk istirahat siang. Saat itu beliau bersabda, “Orang-orang yang berada pada berkah Allah Subhanahu Wa Ta’ala.”

Rumah Abu Ayyub terdiri dari dua lantai. Dia bermaksud mengosongkan barang-barangnya di lantai atas agar bisa di tempati oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Namun Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memilih tinggal di lantai bawah sehingga Abu Ayyub menuruti saja kehendak beliau.

Ketika malam, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak ke peraduannya, sementara Abu Ayyub dan istrinya naik ke lantai atas. Setelah menutup pintu, berkatalah Abu Ayyub, “Istriku, apa yang kita lakukan ini?Rasulullah berada di bawah dan kita di atasnya? Patutkah hal seperti ini? Kita berada di antara Nabi dan wahyu yang akan turun kepada beliau!
Semalaman kedua suami istri ini gelisah dan tak tahu yang harus dilakukan. Mereka menyingkir dari tengah-tengah ruangan yang diperkirakan Rasulullah tidur di bawahnya. Bila hendak pergi ke sisi ruangan yang lain, mereka berjalan menempel dinding karena tak ingin berjalan di atas Rasulullah.
Pagi harinya Abu Ayyub berterus terang kepada Rasulllah, “Wahai Rasulullah, demi Allah semalam suntuk saya tidak dapat memejamkan mata, demikian pula dengan ummu Ayyub.”
Nabi bertanya, “Apakah sebabnya, wahai Abu Ayyub?
Saya teringat betapa saya berada di atas sedangkan Anda di bawah. Bila saya bergerak, maka debu-debu akan rontok dari atas dan mengganggu Anda. Di samping itu saya berada di antara wahyu dan Anda.”
Rasulullah menenangkannya, “Tenanglah, Abu Ayyub.  Sesungguhnya aku merasa lebih enak berada di bawah, karena nantinya tentu banyak tamu yang berdatangan.
Aku mengikuti pilihan Rasulullah. Tapi pada suatu malam yang amat dingin, kendi air minum kami terjatuh dan airnya membasahi lantai. Sedangkan satu-satunya benda yang bisa dipakai untuk mengelapnya hanya selimut yang kami pakai. Maka tanpa pikir panjang kami segera mengepel air tumpahan tersebut dengan selimut sebelum terlanjur menetes ke bawah dan mengenai Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Keesokan harinya aku mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam seraya berkata, “Demi ayah bundaku, wahai Rasulullah, benar-benar saya tidak bisa tinggal di atas Anda”. Kuceritakan soal kendi yang pecah itu. Beliau akhirnya menerima alasanku dan bersedia pindah ke atas, sedangkan aku dan Ummu Ayyub turun ke lantai bawah.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tinggal di rumah Abu Ayyub selama 7 bulan, yaitu sampai masjid di atas tanah yang diduduki onta beliau selesai dibangun. Selanjutnya beliau dan para istrinya tinggal di bilik-bilik di sebelah masjid. Beliau menjadi tetangga Abu Ayyub, tetangga yang menyebabkannya memperoleh kemuliaan dan keutamaan.

Jamuan spesial untuk para tamu termulia
Ibnu ‘Abbas pernah bercerita sebagai berikut:
Pada suatu hari di tengah hari yang amat panas, Abu Bakar pergi ke masjid, lalu bertemu dengan ‘Umar. “Hai, Abu Bakar! Mengapa Anda keluar di saat panas begini?” tanya Umar. Jawab Abu Bakar, “Saya lapar!” Kata ‘Umar, “Demi Allah! Saya juga lapar.”Ketika mereka sedang berbincang begitu, tiba-tiba Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam rnuncul.
Tanya Rasulullah, “Hendak kemana kalian di saat panas begini?” Jawab mereka, ‘Demi Allah!Kami rnencari makanan karena lapar.” Kata Rasulullah, Demi Allah yang jiwaku di tangan Nya! Saya juga lapar. Marilah ikut saya.”

Mereka bertiga berjalan bersama-sama ke rumah Abu Ayyub Al Anshari. Biasanya Abu Ayyub selalu menyediakan makanan setiap hari untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Bila beliau terlambat atau tidak datang, makanan itu dihabiskan oleh keluarga Abu Ayyub.
Setelah mereka tiba di pintu, Istri Abu Ayyub keluar menyambut mereka, “Selamat datang, wahai Nabi Allah dan kawan-kawan!” kata ibu Ayyub. “Kemana Abu Ayyub?” tanya Rasulullah. Ketika itu Abu Ayyub sedang bekerja di kebun kurma dekat rumah.

Mendengar suara Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, dia bergegas menemui beliau.“Selamat datang, wahai Nabi Allah dan kawan-kawan!” kata Abu Ayyub. Abu Ayyub langsung menyambung bicaranya, “Wahai, Nabi Allah! Tidak biasanya Anda datang pada waktu seperti sekarang. Jawab Rasulullah “Betul, hai Abu Ayyub!

Abu Ayyub pergi ke kebun, lalu dipotongnya setandan kurma. Dalam setandan itu terdapat kurma yang sudah kering, yang basah, dan yang setengah masak.

Kata Rasulullah, “Saya tidak menghendaki engkau memotong kurma setandan begini. Alangkah baiknya jika engkau petik saja yang sudah kering. Jawab Abu Ayyub, “Wahai, Rasulullah, saya senang jika Anda suka mencicipi buah kering, yang basah, dan yang setengah masak. Sementara itu saya sembelih kambing untuk Anda bertiga.

Kata Rasulullah,“Jika engkau menyembelih, jangan disem-belihkambing yang sedang menyusui.” Abu Ayyub menangkap seekor kambing, lalu disembelihnya. Dia berkata kepada sang istri, “Buat adonan roti. Engkau lebih pintar membuat roti.

Abu Ayyub membagi dua sembelihannya. Separuh digulainya dan separuh lagi dipanggangnya. Setelah masak, maka dihidangkannya ke hadapan Rasulullah dan sahabat beliau.
Rasulullah mengambil sepotong gulai kambing, kemudian diletakkannya di atas sebuah roti yang belum dipotong. Kata beliau, “Hai Abu Ayyub! Tolong antarkan ini kepada Fatimah. Sudah beberapa hari ini dia tidak mendapat makanan seperti ini. Selesai makan Rasulullah berkata, “Roti, daging, kurma kering, kurma basah, dan kurma setengah masak.” Air mata beliau mengalir ke pipinya. Kemudian beliau bersabda “Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya! Sesungguhnya beginilah nikmat yang kalian minta nanti di hari kiamat. 

Maka apabila kalian memperoleh yang seperti ini bacalah “Basmalah” lebih dahulu sebelum kalian makan. Bila sudah kenyang, baca tahmid: “Segala puji bagi Allah  Subhanahu Wa Ta’ala yang telah mengenyangkan kami dan memberi kami ni’mat.

Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bangkit hendak pulang. Beliau berkata kepada Abu Ayyub, ‘Datanglah besok ke rumah kami!” Sudah menjadi kebiasaan bagi Rasulullah, apabila Seseorang berbuat baik kepadanya, beliau segera membalas dengan yang lebih baik.Tetapi Abu Ayyub tidak mendengar perka-taan Rasulullah kepadanya. Lalu dikatakan oleh ‘Umar, “Rasulullah menyuruh Anda datang besok ke rumahnya. Kata Abu Ayyub, “Ya, saya patuhi setiap perintah Rasulullah.”

Keesokan harinya Abu Ayyub datang ke rumah Rasulullah. Beliau menghadiahi Abu Ayyub seorang gadis kecil untuk dijadikan pembantu rumah tangga. Kata Rasulullah, “Perlakukanlah anak ini dengan baik, hai Abu Ayyub! Selama dia bersama kami, saya lihat anak ini baik.”Abu Ayyub pulang ke rumahnya membawa seorang gadis kecil. “Untuk siapa ini, Abu Ayyub?” Tanya Ummu Ayyub. “Untuk kita. Anak ini diberikan Rasulullah kepada kita,” jawab Abu Ayyub.

Hargailah pemberian Rasulullah. Perlakukan anak ini lebih daripada sekedar suatu pemberian’ “ kata Ummu Ayyub. “Memang! Rasulullah berpesan supaya kita bersikap baik terhadap anak ini,” kata Abu Ayyub. “Bagaimana selayaknya sikap kita terhadap anak ini, supaya pesan beliau terlaksana?” tanyaUmmu Ayyub.

Derni Allah! Saya tidak melihat sikap yang lebih baik, melainkan memerdekakannya,”jawab Abu Ayyub.“ Engkau benar-benar mendapat hidayah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Jika engkau setuju begitu, baiklah kita merdekakan dia,” kata Ibu Ayyub menyetujui. Lalu gadis kecil itu mereka merdekakan. ltulah sebagian bentuk nyata celah-celah kehidupan Abu Ayyub setelah dia masuk Islam.

Pembelaan terhadap kehormatan keluarga Rasul
Saat semua shahabat Nabi di Madinah gempar karena berita negatif tentang diri Aisyah radhiyaallahu ‘anha, Abu Ayyub Al-Anshari dan isterinya adalah orang yang selamat dari fitnah itu.
Isterinya bertanya kepadanya, “Apakah kamu tidak mendengar omongan orang tentang Aisyah?“Abu Ayyub menjawab, “Ya, saya dengar. Dan semua itu adalah bohong. Apakah kamu wahai UmmuAyyub termasuk yang melakukannya(menuduh Aisyah)?” Isterinya menjawab, “Demi Allah, aku tidak pernah melakukannya.”

Abu Ayyub berkata, “Aisyah jauh lebih baik dari kamu, demi Allah.” Isterinya menjawab, “Benar.
Dan hal itu menjadi salah satu sebab turunnya ayat Al-Quran yang membela nama baik Aisyah, di mana ada sebagian shahabat Nabi yang mengatakan bahwa berita miring tentang Aisyah adalah semata-mata kebohongan.

لَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنْفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَذَا إِفْكٌ مُبِينٌ
Mengapa orang-orang muk-min dan mu’minat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, ketika kamu mendengar berita bohong itu  dan berkata, “Ini adalah (suatu berita) bohong yang nyata. “(QS. An-Nuur: 12)

Doa Rasul untuk Abu Ayyub
Khusus untuk Abu Ayyub, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mendoakannya secara khusus, yaitu saat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menikahi Shafiyah saat perang Khaibar atau perang lainnya, Rasulullah melewati malamnya di dalam tenda bersama isterinya.
Dan Abu Ayyub radhiyallahu anhu juga tidak tidur malam itu berjaga-jaga di luar tenda. Ketika ditanya oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, “Ada apa wahai Abu Ayyub?” Beliau menjawab, “Saya mengkhawatirkan keselamatan diri anda dari wanita ini. Sebab telah dibunuh ayahnya, suaminya dan kaumnya. Dan dia baru saja masuk Islam. Maka saya mengkhawatirkan keselamatan Anda.”
Maka Rasulullah menjawab, “Wahai Allah Subhanahu Wa Ta’ala, jagalah dan lindungilah Abu Ayyub sebagaimana dia bergadang menjagaku.”

Operasi jihad hingga darah penghabisan
Sepanjang hidupnya, Abu Ayyub adalah seorang mujahid, seorang pejuang yang aktif. Dia bahkan tidak pernah ketinggalan dalam seluruh perang muslimiin sejak masa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam hingga masa Muawiyah kecuali bila disibukkan oleh suatu tugas.
Perang terakhir yang diikutinya adalah penaklukan Konstantinopel. Muawiyah saat itu mengirimkan pasukan yang dipimpin oleh putranya sendiri, Yazid.

Pada masa itu Abu Ayyub adalah seorang lanjut usia berumur delapan puluhan. Dia tidak mau ketinggalan ikut berperang di bawah panji-panji Yazid dan turut menerjang gelombang musuh sebagai seorang pejuang. Dia mengutip firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالا
Berangkatlah kamu, baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat” (QS. At-Taubah:41)
Lalu berkomentar: “Aku tidaklah mendapati diriku melainkan rasa ringan dan rasa berat.”
Namun Abu Ayyub tak mampu lama-lama bertempur. Dia menderita sakit yang mengharuskannya untuk beristirahat.

Yazid sebagai panglima menjenguk dan bertanya, “Adakah anda memerlukan sesuatu, Abu Ayyub?”
Dia menjawab, “Sampaikanlah salamku kepada seluruh kaum muslimin…

Abu Ayyub juga berpesan agar pasukan terus maju kedaerah musuh dan membawanya bersama mereka. Bila nanti dia wafat di medan perang, hendaknya jenazahnya dibawa dan dimakamkan dibawah dinding batu konstantinopel.

Tak lama setelah itu, Abu Ayyub pun wafat pada tahun 52H.
Pasukan muslimin melaksanakan amanat sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ini. Mereka terus bertempur dengan gagah berani. Ketika mencapai dinding Konstantinopel mereka memakamkan jenazah Abu Ayyub dibawahnya. Radhiyallahu ‘anhu wa ardhohu

Disusun oleh Ustadz Muhammad Rijal Syahidin, Lc dari Majalah Al Bayan Edisi 7

Mengapa Dajjal Tidak Disebutkan dalam Al-Quran?

Dajjal ini tidak disebut secara langsung di dalam al-Qur’an. Namun, sumber kedua kita, yakni hadits Nabi Muhammad Saw. banyak menginformasikan tentang Dajjal ini.


Mengapa Dajjal tidak disebut secara langsung di dalam al-Qur’an? Pertanyaan ini perlu kita jawab terlebih dahulu sebelum menelusuri informasi tentang Dajjal dari hadits Nabi Saw. Jawaban yang sesungguhnya, sudah barang tentu, hanya Allah Swt. Yang Maha Mengetahui. Namun, para ulama memberikan pendapat mengenai hal ini.

Penyebutan Dajjal di dalam al-Qur’an sudah termasuk dalam kandungan ayat sebagai berikut:
“Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka) atau kedatangan (siksa) Tuhanmu atau kedatangan beberapa ayat Tuhanmu. Pada hari datangnya ayat dari Tuhanmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: ‘Tunggulah olehmu sesungguhnya Kami pun menunggu (pula).” (QS al-An’âm [6]: 158).

Dalam surat al-An’âm ayat 158 di atas disebutkan “tanda-tanda atau ayat Tuhanmu”, yang dimaksudkan adalah tanda-tanda kiamat, dalam hal ini adalah munculnya Dajjal. Sebab, disebutkan dalam sebuah hadits, bahwa Rasulullah Saw. telah bersabda:

“Tiga hal apabila telah muncul (terjadi) maka tiada bermanfaat lagi sebuah keimanan bagi seorang yang belum beriman (sebelumnya): Dajjal, dâbbah, dan terbitnya matahari dari arah barat.”

Ada yang berpendapat bahwa tidak disebutkannya Dajjal secara langsung di dalam al-Qur’an adalah sebagai bentuk penghinaan kepada Dajjal yang di akhir zaman mengakui diri sebagai Tuhan. Hal ini berbeda dengan disebutkannya Fir’aun di dalam al-Qur’an, meski dia telah mengakui diri sebagai Tuhan, karena Fir’aun telah habis atau selesai masanya sehingga hal ini dapat sebagai peringatan atau pelajaran bagi umat manusia setelahnya. Namun, Dajjal akan hidup di akhir zaman dan akan menjadi ujian bagi umat manusia.

Demikianlah di antara jawaban dari para ulama tentang tidak disebutkannya Dajjal secara langsung di dalam al-Qur’an.

Menurut Hadits
Sedangkan di dalam hadits, melalui pandangan ruhani Nabi Muhammad Saw. yang tajam dan jauh ke depan, beliau banyak menyampaikan kepada para sahabat tentang sosok terkutuk Dajjal ini. Sungguh, informasi tentang Dajjal ini sangat perlu untuk diketahui oleh umat Islam di akhir zaman agar tidak terjebak oleh rayuan dan tipu muslihat Dajjal. Di antara informasi yang disampaikan oleh Rasulullah Saw. tentang Dajjal adalah sebagai berikut:

Dari Anas bin Malik r.a., ia berkata, Rasulullah Saw. telah bersabda: “Tidak seorang nabi kecuali ia telah memperingatkan kaumnya terhadap sang pendusta yang buta sebelah mata. Ketahuilah bahwa Dajjal itu buta sebelah matanya, sedangkan Tuhanmu tidak buta sebelah mata, dan di antara kedua matanya tertulis kaaf, faa, raa.” (HR. Muslim).

Dari Hudzaifah r.a., ia berkata, Rasulullah Saw. bersabda: “Dajjal itu buta mata kirinya, berambut lebat, ia membawa surga dan neraka, nerakanya adalah surga dan surganya adalah neraka.” (HR. Muslim).

Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata, Rasulullah Saw. bersabda: “Inginkah kamu sekalian aku beritahukan tentang Dajjal, suatu keterangan yang belum pernah diceritakan seorang nabi kepada kaumnya? Sesungguhnya ia buta sebelah mata, ia datang dengan membawa sesuatu seperti surga dan neraka. Maka apa yang dikatakannya surga adalah neraka dan aku telah memperingatkan kalian terhadapnya sebagaimana Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya.” (HR. Muslim).

Berdasarkan hadits Nabi Muhammad Saw. sebagaimana tersebut, kita mengetahui bahwa Dajjal adalah sosok yang buta mata sebelah kirinya; membawa sesuatu yang dikatakan sebagai surga dan neraka; dan di antara kedua matanya tertulis kaaf, faa, raa.

Itulah ciri utama sosok menyeramkan yang disebut sebagai Dajjal. Sosok itulah yang kelak sebelum kiamat di akhir zaman yang akan muncul. Di kalangan ulama ahli hadits bersepakat bahwa hadits-hadits Nabi Saw. yang menginformasikan tentang Dajjal sebagaimana tersebut adalah sahih. Ini artinya, Dajjal diyakini akan muncul di akhir zaman.

Tips Membeli Belah Selepas Era GST

Tips Membeli Belah Selepas Era GST Bermula | Ramai yang rasa terbeban dengan cukai GST yang bakal dilaksanakan. Jom kita pelajari beberapa tips penting bijak berbelanja di era GST 2015 ini.

1. Sebelum membeli barang, tanya dahulu harga yang dikenakan termasuk GST atau tidak.

2. Jika ada GST, tanya adakah resit rasmi akan diberikan untuk pembelian tersebut? Resit rasmi haruslah memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat (akta ssm) dan juga no pendaftaran GST 12 digit. Jika GST dikenakan, dan tiada resit dikeluarkan, JANGAN BERURUSNIAGA.

3. Setelah berurusniaga, semak nama dan no pendaftaran syarikat tadi di website kastam untuk memastikan syarikat tersebut betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan.

4. Jika syarikat tersebut tidak berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan, buat aduan ke kastam dan bawa resit tadi.

Peniaga boleh dikenakan denda rm200k jika tidak berdaftar GST tetapi kenakan GST pada pelanggan. Elakkan dari tertipu. Tiada resit, Jangan beli.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...