Mulai dari saat melafazkan niat hinggalah sempurna semua Rukun Umrah,
jemaah hendaklah berwaspada supaya tidak melanggar larangan ihram
seperti berikut:
Perkara-Perkara Larangan Ihram
- Mengugurkan rambut atau bulu di badan (sama ada dengan cara
menggunting, mencukur,menggosok, mencabut, mengesat, menganyah,mengelap
dan sebagainya)
- Memakai minyak rambut pada kepala (dan janggut, bagi lelaki)
- Menggunakan bau-bauan pada badan, pakaian,makanan atau minuman
- Memakai sarung tangan
- Mengerat kuku
- Memburu atau membunuh binatang yang halal dimakan sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal
- Menebang, memotong, mencabut atau merosakkan pokok atau tumbuhan di Tanah Haram (sahaja)
- Berakad nikah sama ada berijab atau qabul untuk diri sendiri atau bertindak bagi pihak orang lain
- Bercumbuan
- Melakukan persetubuhan
Larangan Khusus Kepada Jemaah Lelaki
- memakai pakaian yang bersarung (sama ada berjahit atau pun tidak)
yang disarungkan ke badan termasuk seluar dalam, baju dalam, sarung
kaki, songkok dan sebagainya
- menutup muka menutup kepala atau sebahagian daripadanya
- memakai kasut yang menutup tumit dan jari kaki.
Larangan Ihram Khusus Kepada Jemaah Wanita
Ihram Bagi Kanak-Kanak
- Kanak-kanak yang sudah baligh yang mengerjakan umrah bertanggungjawab membayar Damnya sendiri jika dia melanggar larangan ihram.
- Bagi kanak-kanak yang belum baligh tetapi sudah mumayyiz (dapat
membezakan antara bersih dan kotor) menjadi tanggungjawab ibubapa atau
penjaganya membayar Dam kerana melanggar larangan ihram.
- Kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak dikenakan apa-apa Dam bagi kesalahan melanggar larangan ihram.
No comments:
Post a Comment