Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W
dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit
dunia (pintu Hafzhah).
Di Langit Pertama:
Rasulullah S.A.W
dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam
a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak
yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat
huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Di
Langit Kedua:
Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua,
lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S
Di Langit Ketiga:
Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
Di Langit Keempat:
Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
Di Langit Kelima:
Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Di
Langit Keenam:
Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi.
Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh
oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai,
termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di
Langit Ketujuh:
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu
bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di
Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W,
Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada
malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah
untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu
LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim
A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka,
syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima
kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH
ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL-
'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan
ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Setelah melihat
beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam
Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas
Baitullah di Mekah).
Di Tangga Kelapan:
Di sinilah disebut
"al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha.
Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai
air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah.
Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar
menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan.
Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W
dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.
Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan
Malik penunggunya.
Di Tangga Kesembilan:
Di sini
berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk
di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat
seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia
yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada
masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Di Tangga Kesepuluh:
Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab
lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud.
Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah
: Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau
berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau
berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau
kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada
sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan
angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat
menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau
lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T :
Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita
gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.
Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan
kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah)
yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu
ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di
bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah,
sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji
Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu.
Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai
munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian
Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada
Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang
itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima
waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari
semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj:
Rasulullah
S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis.
Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.
Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang
kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat
ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin,
27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)
No comments:
Post a Comment