Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang
perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh
malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu
(tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh
Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara
tempat-tempat berkenaan ialah:
01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
03.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),
Dalam
perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin
'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa
simbolik yang amat ajaib.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
01.Kaum
yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila
dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi
dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh
Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan
pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang
lebih banyak.
02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W
diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut
anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang
dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun
kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun
sebagai Tuhan).
03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan
kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali,
lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail
memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka
untuk sujud (sembahyang).
04.Sekumpulan orang yang hanya
menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka
dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari
neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak
mengeluarkan zakat harta mereka.
05.Satu kaum, lelaki dan
perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak
ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang
melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing
mempunyai isteri/suami.
06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
07.Lelaki
yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi
ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat
menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
08.Satu
kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting
besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali
seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan
mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
09.Kaum
yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata
Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10.Seekor
lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat
dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap
besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.Seorang
perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.
Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika
Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan
mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.Seorang perempuan
tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah
S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang
mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13.Seorang perempuan
bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail:
Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari
kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun
daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan
sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah
S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak
dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail:
Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai
umat baginda akan menjadi sesat.
No comments:
Post a Comment