Sempena Hari Ibu : Kisah Juraij Dengan Ibunya-
Sempena hari ini ibu ini, sebagaimana kita ketahui kisah juraij ini
adalah termasuk diantara empat bayi yang boleh berkata-kata. Kisah
seorang pemuda yang bernama juraij.
Juraij
adalah seorang pemuda Bani Israil yang rajin beribadat. Seluruh masanya
dihabiskan untuk beribadat kepada Allah SWT. Juraij telah membina
sebuah pondok kecil yang terletak jauh di atas bukit. Pada suatu hari,
ibunya Juraij telam memanggil juraij. "Juraij.. Juraij.. " Sedangkan
ketika itu, Juraij sedang solat di dalam hati berkata :"Ya Allah
Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solat
sunatku". Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meneruskan solatnya.
Kerana sikap Juraij ini menyebabkan ibunya berasa hati. Kecil hati atau kecewa. Pada keesokannya ibunya datang lagi ke tempat Juraij beribadah namun seperti hari semalam Juraij sedang solat. Hal ini telah menimbulkan rasa yang sangat kecewa dihati ibu Juraij kerana panggilannya tidak dijawab Juraij. Masuk hari ketiga, Juraij masih mengutamakan solatnya daripada menyahut seruan seorang ibu yang amat merinduinya. Terlalu kecewa dengan sikap Juraij lalu ibunya berdoa
"Ya Allah, janganlah engkau matikan Juraij sebelum engkau datangkan fitnah kepadanya."
Seperti mana yang telah kita ketahui doa ibu termasuk dikalangan golongan orang yang mustajab atau makbul doanya.
Doa ibu Juraij dimakbulkan Allah SWT. Seorang wanita jahat yang sebelum
ini telah berjaya menggoda ramai lelaki membulatkan tekad untuk
menggoda Juraij. Dengan angkuh wanita itu telah berkata :"Aku tidak akan
balik ke sini selagi aku tidak dapat menggoda Juraij."
Wanita
itu pergi ke tempat Juraij beribadat dan cuba menggoda Juraij dengan
menanggalkan sehelai demi sehelai pakaiannya namun tindakan wanita jahat
itu sedikit pun tidak memberikan kesan kepada Juraij. Malah Juraij
dengan penuh khusyuk tetap meneruskan solatnya sehingga wanita jahat itu
beredar.
Namun,
wanita itu malu untuk balik ke rumahnya. Tidak jauh daripada tempat
ibadat Juraij itu ada sebuah pondok kecil kepunyaan pengembala kambing.
Apabila bermalam di pondok pengembala itu wanita tersebut telah
bersekedudukan dengan penggembala kambing itu lalu hamil sehingga
melahirkan anak.
Sambil
mengendong anak itu, wanita itu tampil di khalayak ramai dan mendakwa
bahawa anak itu adalah hasil perkongsiannya dengan Juraij. Mendengar
kata-kata wanita itu, maka orang ramai menjadi marah lalu bertindak
menyerang Juraij dan menghancurkan tempat ibadat Juraij.
Juraij merasa hairan lantas berkata:"Ada apakah ini?" Mereka menjawab:"Engkau telah berzina dengan wanita ini sehingga melahirkan anak."
Sebelum
dijatuhi hukuman, Juraij telah meminta kebenaran ambil wuduk dan solat
dua rakaat terlebih dahulu. Setelah selesai solat, Juraij mendekati bayi
itu lalu menekan perutnya dan berkata:"Wahai bayi , siapakah ayahmu? Lalu bayi itu menjawab:"Ayahnya adalah seorang penggembala kambing"
Kesemua
yang berada disitu tercengang lalu mencium tangan Juraij memeluk
tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil berkata :"Biarlah kami bina
semula tempat beribadat ini daripada bahan emas." Juraij berkata
:"Tidak! binalah semula daripada tanah. Lalu mereka beramai-ramai membina daripada tanah.
Daripada kisah ini, beberapa pengajaran dapat diambil iaitu:
1- Kita dilarang menyakiti hati ibu bapa apatah lagi menderhaka kepada mereka.
2- Doa ibu adalah doa yang paling mustajab.
3- Kita wajib melaksanakan setiap suruhan ibu bapa kita selagi mana ianya tidak bertentangan dengan perintah Allah SWT.
Sahih
: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya - hadis no; 2550 ( Kitab
al-Birr wa al-Shalah wa al-Adab, Bab mendahulukan kebaikan kepada
ibubapa daripada solat sunat ) .
Selamat Hari ibu..... hayatilah kisah Juraij ini .
No comments:
Post a Comment