HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda
Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini
Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah
sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Di
bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang
rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah
beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.
_________________________________________________________
Umat
Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan
penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut.
Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan.
Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman
Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di
dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat
besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan
di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri.
Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau
menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda
sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka
membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat
besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800
tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan
Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad
Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga
disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis
tersebut.
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk
mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis
tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui
kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di
zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di
dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang
sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan
dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya
sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka
beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda
sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka
membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat
besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan
hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah
ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah
Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan
tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik
tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda
dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki –
Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah
bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut
sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali
dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan
Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia
19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda
merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang
memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481
kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima
pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan,
gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda
diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh
panglima-panglima tentera.
Di
dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di
zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin,
Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu
Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan
mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik
Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia
semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda
sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng
Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan
pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama
bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam,
berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda
sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang
permasalahan negara.
No comments:
Post a Comment