11 RAMADHAN 1425 H – 11 RAMADHAN 1437 H : GENAP 12 TAHUN PERISTIWA BERDARAH DI DAERAH TAK BAI WILAYAH NARATHIWAT.
MIN – Pada 11 Ramadhan 1437 H, genap 12 tahun peristiwa TAK BAI yang berlaku smenjak 11 Ramadhan 1425 H, bersamaan 25 Oktober 2004, peristiwa berdarah ini genap 12 tahun lalu tanpa ada KEBENARAN dan KEADILAN, kini kembali lagi dihati massa rakyat Patani. Sejarah demokrasi aktivis rakyat Patani untuk membebaskan 6 orang sukarelawan pertahanan kampong yang ditahan tanpa bukti oleh pemerintahan Thailand, karena di sangka membuat laporan palsu setelah rampasan senjata yang dibagi oleh pemerintahan Thailand.
Demokrasi aman tanpa senjata diadakan untuk menggesa pihak pemerintahan Thailand tempatan di Narathiwat berlaku adil atas mereka yang tidak bersalah itu. Dengan tidak disangka-sangka, kekerasa dan pembunuhan yang diperolehi mereka. Sejarah hitam seperti itu telah menimpa nasib Bangsa Melayu Patani punca perjanjian Anglo Bangkok atau Anglo-Siamese Treaty 1909 berterusan. Dari satu tingkat ke satu tingkat nasib Bangsa Melayu Patani yang terjajah menimpa kesedihan dibawah hegemoni Siam (1765-1902) hingga sekarang. Kata pepatah orang tua-tua Melayu dahulu “sudah jatuh ditimpa tangga pula” maknanya sudah hilang tempat bergantung (dijajah) kecelakaan pula. Sedangkan demokrasi aman tanpa senjata itu dijamin oleh undang-undang Siam (UUS).
Demokrasi TAK BAI yang aman tanpa senjata itu, bertukar menjadi medan perang yang ganas dalam sekelip mata, setelah polisi dan tentera Siam menembak gas pemedih mata, meriam air dan tembakan peluru kearah orang-orang awam yang berhimpun menyebabkan 28 (dua puluh lapan) orang shahid sekitar 6 (enam) balai polisi dan 22 (dua puluh dua) yang lain persisiran sungai TAK BAI, ramai yang tercedera dan 1300 orang yang ditahan. Dalam keadaan ramai yang pingsan dan cedera dipenuhi dengan darah akibat dipukul dan layanan buruk oleh polisi dan tentera Siam untuk menhentikan demokrasi tersebut. Tentera Siam tidak mengambil sebuah Ambulans pun atau pasuka perubatan untuk merawat bangsa-bangsa Melayu Patani yang bernasib malang itu.
Setelah semalaman para aktivis demokrasi TAK BAI ditahan dibawah tanggungjawab tentera di kem Telaga Bakung Wilayah Patani, didapati 84 (lapan puluh empat) orang lagi shahid. Matan perdana menteri Tahksin Sonowatra tahun (2001-2006) membuat kenyataan di parlemen bahawa mangsa-mangsa yang mati dalam tahanan Telaga Bakung itu karena puasa (sesak nafas). Jumlah orang-orang yang shahid 112 (satu ratus dua belas) orang dibulan Ramadhan 1425 H. Menurut komiti Hak Asasi Manusia (HAM) yang beribu pejabat di Bangkok atau National Human Rights Committee (NHRC). Mereka yang ditahan itu di pukul, ditendang dan ditumbuk, ada diantaranya diperlakukan begitu semasa berbaring diatas tanah dengan tangan terikat dibelakang.
Rakyat Patani membantah sekeras-kerasnya cara tentera Siam menangani demokrasi TAK BAI mengakibatkan ramai para aktivis demokrasi terbunuh. Sikap hipokrit Bangkok telah melututkan kepercayaan rakyat Patani akan sistem demokrasi berparlimen Thailand. Menurut kepada fakta tragedi TAKBAI jelas menunjukakan Penglima Tentera bahagian 4 (empat), Gen Phisan Watthana Kiri sendiri ujud disebalik tindakan kekerasan yang tidak berprikemanusian itu.
"Selama belum ada pertanggungjawaban negara, terhadap pelanggaran hak asasi manusia) (HAM) berat (kejahatan kemanusiaan). Maka pelanggaran hak asasi manusia ini merupakan kejahatan yang akan terus berterusan"
_______________________________________________________
1- "SUARA" ANDA SUDAH BANTU PENDERITAAN RAKYAT PATANI.
2- "SHARE" KITA MENJADI SAKSI DEMI KEDAMAIAN DI PATANI.
Oleh -> "PAGE, Media Informasi News / BLOGGER, Amanat Penderitaan Rakyat Patani (AMPERA PATANI)".
No comments:
Post a Comment