nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Kenapa diwajibkan berpuasa

Kuliah subuh disampaikan oleh Ustaz Malik Husin bertajuk Kenapa diwajibkan berpuasa.

Firman Allah Ta'ala :
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa".
(Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Faedah Puasa
Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia

Rasulullah saw bersabda : "Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya". Berkata sahabat : "Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah" - "Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa".

Rasulullah saw bersabda, “Dalam bulan biasa, pahala setiap kebajikan dilipatgandakan 10 kali lipat, namun dalam bulan Ramadhan pahala amalan wajib dilipatgandakan 70 kali lipat dan amalan yang sunah disamakan dengan pahala amalan wajib di luar Ramadhan." (HR Muslim)

Yusof Qardawi berkata, "insan itu sebagaimana digambarkan  oleh  agama, terdiri  dari tiga unsur: roh, akal dan jasad. Masing-masing dari tiga unsur itu diberi hak sesuai  dengan keperluannya."

Rasulullah saw bersabda, "Bulan Ramadan itu awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirnya adalah kemerdekaan (dilepaskan) dari neraka" (Riwayat Imam Muslim).

Dalam Quran terdapat banyak  ayat yang bermaksud “.. sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.

Bulan Ramadan terbahagi kepada 3 fasa iaitu 10 hari pertama adalah fasa rahmat, 10 hari kedua sebagai fasa keampunan, manakala 10 hari terakhir adalah fasa kemerdekaan (terlepas) dari api neraka.

Rasulullah saw bersabda "Perbanyaklah di bulan ini 4 perkara. Dua perkara dapat mendatangkan keredhaan Tuhanmu, dua perkara lainnya pasti kamu memerlukannya. Dua perkara yang dapat mendatangkan keredhaan Allah adalah hendaknya kalian membaca kalimat Thayibah dan istighfar sebanyak-banyaknya. Dan dua perkara yang kamu memerlukannya iaitu hendaknya kamu memohon kepada-Nya untuk masuk syurga dan berlindung dari api neraka Jahannam” (HR Ibnu Khuzaimah).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...