nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

KISAH LELAKI CINA DAN SEDEKAH

Terdapat seorang lelaki bukan Muslim berketurunan Cina telah datang ke Pejabat Agama sebuah negeri (nama Negeri ini dirahsiakan) untuk membayar zakat.

Tetapi permohonannya terpaksa ditolak oleh Pejabat Agama kerana zakat hanyalah untuk orang Islam sahaja. Walaupun begitu lelaki Cina ini tetap berkeras mahu membayar zakat. Dengan penuh ingin tahu, pegawai tersebut bertanya kepada lelaki Cina tersebut.

"Uncle, kenapa u mau bayar zakat juga?"

Lelaki Cina tersebut menjawab,

"Saya sudah bankrap maa. Haritu saya baca paper cakap, dengan bayar zakat, Tuhan akan bagi kekayaan pada kita. Sekarang saya mau balik saya punya kekayaan la"

Maka bermesyuaratlah pegawai-pegawai Pejabat Agama tersebut untuk membincangkan masalah tersebut. Setelah persetujuan dicapai, sumbangan lelaki Cina tersebut diterima oleh Pejabat Agama tetapi dikira sebagai sumbangan untuk aktiviti kebajikan, bukan zakat.

Setelah sebulan berlalu, lelaki Cina tadi datang semula ke Pejabat Agama dengan membawa sumbangan yang lebih banyak untuk didermakan. Dengan rasa terpegun, pegawai Pejabat Agama bertanya,

"Wah uncle mau bayar zakat lagi ka?

"Ya laa.. Itu hari saya bagi saya sudah dapat untung banyak woo. Sekarang saya mau bagi lagi banyak, nanti saya boleh untung lagi banyak.."

Kesimpulan
1. Jika seorang yang menentang Allah, boleh percaya dengan janji Allah, apa alasan kita untuk tidak meyakini janji Allah itu pasti?
2. Bersedekahlah jika mengharapkan kekayaan dari Allah, tak salah. Yang salah adalah apabila bersedekah untuk mengaharapkan pujian manusia. Itu riak namanya.
3. Bersedekahlah untuk menjadi kaya, jangan tunggu kaya baru nak bersedekah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...