nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

29 Mei 1453 Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Costantinople

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.

_________________________________________________________

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.



Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

Hukum Membaca Yasin 3 Kali Di Malam Nisfu Sya'ban

Nisfu Sya'ban biasanya dimaksudkan 15 Sya'ban. Malam nisfu Sya'ban pula adalah malam 15 Sya'ban (14hb siangnya, malamnya, dipanggil malam 15 ).

Di negara Arab dan Nusantara, biasanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Sya'ban setiap satu dengan niat tersendiri, yang akan diajarkan oleh para guru. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya, memandangkan dilakukan oleh para Fuqaha' zaman berzaman dari dahulu lagi.

Perkara ini tidak dinisbahkan kepada Rasulullah sendiri. Akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadah tersebut tidak bertentang dengan syara' (samaada dilakukan bersendirian mahupun beramai-ramai itu sekadar satu teknik dakwah). Contohnya, zikir, doa, membaca Al-Quran, membuat kelas ilmu dan sebagainya.

Para ulamak kita di tempat lain (di Mesir, beberapa tempat di Saudi, Yaman, Siria, Nusantara, dan lain-lain) kebanyakannya tidak bersetuju dengan fatwa tersebut (Fatwa Dr Yusof Al Qardhawi yang menolak amalan Yasin 3 kali dan mengatakan ia adalah bid'ah yang diada-adakan). Oleh kerana itulah amalan beramai-ramai pada malam Nisfu Sya'ban ini dilakukan oleh para ULAMA' zaman berzaman di merata tempat sejak zaman salaf lagi.


Di bawah ana nukilkan tulisan Sidi Abu Muhammad pada menceritakan Nisfu Sya'ban dengan jelas dan adil ya...

Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam yang maksudnya :

"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."

(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)

Di Malam Nishfu Sya'baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam kitabnya al-Umm:

"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."

Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu di atas.

Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu `alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi`in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah, bahawa para tabi`in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

Para tabi`in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya`baan dengan dua cara:

* Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

* Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi`in itu.

Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya'baan, maka berlaku khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid`ah yang keji. Khilaf berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya`), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya'baan atau pada malam-malam yang lain.

Sedikit tambahan lagi:

Amalan-amalan ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan dakwah oleh para ulama silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah mereka ke seluruh pelusuk dunia. Adapun teknik-teknik amalan yang dilakukan oleh sesetengah pihak bergantung kepada para ulamak yang mengajarkan dan kepada siapa diajarkan. Semuanya adalah dibenarkan selagi mana tidak melanggar syara'. Samaada hendak solat sunnah, berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan individu.

Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali diperselisihkan atau ditentang. Biarlah manusia lain ingin beramal sedanyanya tanpa kita sibuk menutup jalan-jalan kebajikan ini. Apapun perkara ini adalah dalam batasan perselisihan yang dibenarkan oleh syara'. Berlapang dadalah jika pihak lain tidak bersetuju dengan kita, selagi mana menjaga akhlak Islam.

Malang sekali jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak dihiraukan, tetapi kita lebih suka membicarakan adakah boleh melakukan amalan pada malam nisfu Sya'ban atau tidak. Tetapi, kita lebih risau jika digolongkan di kalangan mereka yang menentang apabila perbuatan makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan mungkar dilakukan, duduk diam sahaja tidak endah. Na'udzubillah min zalik. Inilah akibatnya jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam ikhtilaf serta ujub dengan diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.

Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya'ban yang menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin.

Wallahu A'lam
dari Ustaz Abdul Kadir Al Jofree 

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan

Untuk mengetahui sebahagian yang dilakukan Erdogan, ianya dikatakan seperti berikut:

1. Produk Domestik Nasional Turki telah meningkat.
Erdogan membawa negerinya melakukan lompatan ekonomi yang besar.



2. Turkish Airline meraih anugerah diantara penerbangan yg baik.

3. Erdogan dalam 10 tahun pemerintahannya telah mendirikan 125 universitas baru, 189 sekolah baru, 510 rumah sakit baru dan banyak kelas baru yang modern.

4. Ketika krisis ekonomi menimpa Eropa dan Amerika, universitas-universitas Eropa dan Amerika menaikkan uang kuliah. Sedangkan Erdogan membebaskan seluruh biaya kuliah dan sekolah bagi rakyatnya dan menjadi tanggungan negara.

5. pendapatan perkapita penduduk Turki yang dahulunya hanya 3500 dolar pertahun, meningkat pada tahun 2013 menjadi 11000 dollar pertahun Dan Erdogan naikkan nilai tukar mata wang Turki.

6. Di Turki, negara sedang mengupayakan dengan sungguh-sungguh membiayai ribuan ilmuwan melakukan penelitian ilmiah untuk menuju kemajuan.

7. Di antara keberhasilan politik terbesar Turki adalah keberhasilan Erdogan mendamaikan dua bagian Cyprus yang bertikai, menghentikan pertumpahan darah, dan berbaik kepada Armenia, sehingga menyelesaikan permasalahan yang sudah lama.

8. gaji dan upah meningkat mencapai 300%. Dan gaji pegawai baru meningkat, dari 340 lira Turki menjadi 957 lira. Dan jumlah pencari kerja menurun dari 38% menjadi 2%.

9. Di Turki, gaji guru menyamai gaji dokter.

10. Di Turki telah dibangun laboratorium IT dan data base modern yang melatih pemuda-pemuda Turki.

11. Erdogan pernah duduk berhadapan dengan seorang anak perempuan yang usianya masih 12 tahun, tampil dalam siaran langsung televisi, berdebat dan berdiskusi tentang pembangunan Turki masa depan. Beliau hormati kecerdasan dan semangat anak tersebut. Sekaligus beliau didik anak-anak Turki keteladanan dalam berdebat dan berdiskusi serta membaca masa depan.

12. Erdogan berikan tamparan keras kepada Israel, dan dia paksa Israel meminta maaf karena kapal Marmara yang ditembak Israel. Dan Turki berikan syarat pencabutan embargo Gaza untuk menerima permintaan maaf tersebut.

13. Erdogan berikan kritikan tajam terhadap orang-orang yang bertepuk tangan terhadap pidato Simon Perez dalam pertemuan Ekonomi dunia, dan beliau berkata sebelum keluar ruangan dan pulang ke Turki: “Memalukan kalian bertepuk tangan terhadap pidato ini, padahal Israel telah membantai ribuan anak dan wanita di Gaza…”

14. Erdogan menolak anak gadisnya membuka hijab saat sekolah. Maka beliau kirim anaknya sekolah di Eropa agar tetap berhijab, sebelum hijab dibolehkan di kampus-kampus Turki.

15. Erdogan satu-satunya kepala negara bersama istrinya mengunjungi Burma dan bertemu dengan kaum Muslimin di sana dari kawasan Myanmar yang dapat bencana.

16. Erdogan menghidupkan kembali pengajaran Al Quran dan Hadits di sekolah-sekolah negeri, setelah hilang selama hampir 90 tahun, dihilangkan pemerintah sekuler.

17. Erdogan menetapkan kebebasan berhijab di kampus-kampus Turki dan di parlemen.

18. Erdoganlah pemimpin muslim yang membuat lampu di jembatan gantung terbesar di dunia di pantai laut hitam dengan penerangan yang sangat besar bertuliskan “Bismillahirrahmanirrahim..”

19. Erdogan mengembalikan pembelajaran bahasa Ustmaniyah yang berhuruf Arab di sekolah-sekolah negeri

20. Lebih 10 ribu anak-anak muslim yang berumur 7 tahun di jalan-jalan Istanbul, dengan penuh bangga anak-anak tersebut akan memulai kewajiban shalat berjamaah dan menghafal Al Quran.
Dan banyak lagi, masya Allah.

Turki mengejutkan dunia: arahkan armada perangnya mengutip semua pelarian Rohingya

TAHNIAH EMINE ERDOGAN DAN SELURUH RAKYAT TURKI

Kerajaan Turki dilaporkan turut menghulurkan bantuan bagi menyelamatkan pelarian Rohingya yang terdampar di perairan Asia.

Memetik laporan laman web Eramuslim.com, sebuah kapal tentera Turki sudah menjalankan tugas mencari dan menyelamatkan pelarian Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu berkata, “kerajaan telah mengarahkan kapal tentera Turki di wilayah tersebut.”

Beratus-ratus pelarian Rohingya dilaporkan berlayar ke perairan wilayah Thailand di Laut Andaman sejak awal bulan ini.
 
 Erdogan, Presiden Turki mengejutkan dunia apabila mengarahkan armada perangnya mengutip semua pelarian Rohingya yang terlantar di perairan kita. Bukan itu sahaja, Erdogan malah menghulurkan bantuan segera 1 juta Dolar kepada badan penyelamat antarabangsa untuk pelarian Rohingya.

Perasan kita bercampur baur antara gembira, terharu, malah sedih dan j...uga malu sewaktu menerima berita mengejutkan ekoran tindakan berani dan pantas ketua kerajaan Turki itu.

Rasa syukur, gembira dan terharu kerana dalam pada kita kesedihan melihat saudara kita Rohingya disiksa, masih ada rasa insaf atas dasar persaudaraan dan kemanusiaan dari sebuah kerajaan Islam dari Timur Tengah.

Telah sekian lama kita memerhatikan sifat tidak perduli di kalangan kerajaan negara Islam yang melihat pembunuhan dan penindasan terhadap umat Islam di rantau itu. Lebih menyedihkan lagi melihat umat islam sendiri saling bercakaran dan berbunuhan sesama sendiri.

Rasa malu dan kesal sebagai umat Islam di rantau ini kerana kita ‘terlalu berkira-kira’ dalam usaha memberikan pertolongan dan perlindungan kepada saudara kita. Sudahlah berita kesengsaraan dan penindasan terhadap mereka kurang mendapat perhatian dunia, malah kita juga sukar untuk menghulur bantuan ke sana.

Rasa kesal pula terbit kerana saudara kita yang berjaya mengharungi lautan untuk lari dari penindasan itu dan telah pun berada di perairan kita tidak ‘segera’ kita bantu. Semakin lama kita 'termenung berkira-kira' semakin ramai yang terkorban dan sengsara di lautan samudera.

ERINE ERDOGAN - USWAH SRIKANDI WIRAWATI TURKI

Alhamdulillah. Dalam pada ramai first lady atau isteri pemimpin negara-negara dunia memasang badan bermegah-megah dan bermuka-muka, kita dapat saksikan jiwa prihatin Erine Erdogan, seorang srikandi contoh dari negara Islam.

Ketika kami kongsikan gambar-gambar lawatan beliau ke Myanmar bersama Menteri Luar dan Pasukan Palang Merah Turki, ramai yang tidak menyangka bahawa itu adalah isteri seorang Presiden negara Islam yang ada nama.

Beliau yang banyak menangis di sepanjang lawatan itu berjaya menampilkan bahasa badan yang tulus dan ikhlas. Berita dan pemerhatian dari lawatan itu tentunya dibawa pulang bagi menggantikan rasa simpati dengan tindakan suaminya yang berbentuk empati.
 
 Erine dan Erdogan juga banyak membuat lawatan dan menghulurkan bantuan kemanusiaan di kem-kem pelarian negara-negara bergolak seperti Somalia, Syria, Palastine dan sebagainya.

Inilah contoh isteri pemimpin yang diidam-idamkan oleh seluruh umat manusia, khususnya oleh umat Islam. Sudahlah berwajah ayu dan redup, malah penuh dengan ciri keibuan dan keprihatinan. Pasti peranan Erine Erdogan menjadi sumber inspirasi dan penguat semangat kepada kejayaan kepimpinan Presiden Turki itu.

Tidak dapat kami bayangkan sebanyak mana doa rakyat Rohingya yang sekian lama terbiar tertindas itu untuk pemimpin dan kerajaan Turki ini.

APA YANG TELAH MALAYSIA DAN INDONESIA SELAKU NEGARA ISLAM ASEAN LAKUKAN?

Daripada lebih 4 juta pembaca artikel Rohingya melalui video kompilasi yang kami upload beberapa hari lepas, kebanyakannya mencemuh kerajaan masing-masing kerana tidak bergegas membantu pelarian Rohingya.

Majoriti pembaca menyarankan agar kita bertindak balas secara diplomatik sebagai membantah penindasan kerajaan Myanmar terhadap umat Rohingya.

Ramai sekali menyarankan agar Malaysia menghantar pulang semua pekerja Myanmar yang sedang bekerja di negara ini dan digantikan dengan warga Rohingya. Yang kurang sabar pula asyik meluahkan marah dengan ungkapan ingin membalas dendam dengan membunuh rakyat Myanmar yang beragama Budha.

Segelintir masyarakat Malaysia mempertahankan kerajaan dengan mengatakan bahawa selama ini pun kita telah banyak menolong mereka. Ada yang mengutuk sikap pengotor dan pemalas pelarian Rohingya yang telah sekian lama berada di sini. Ada kalanya mereka ini turut dikatakan kurang ajar kerana tidak menghormati rakyat tempatan.

Tidak kurang yang menyatakan kebimbangan bahawa jika sudah terlalu ramai pelarian Rohingya di sini, apa yang telah terjadi kepada kebanjiran rakyat asing yang dibawa masuk waktu zaman British dahulu bakal berulang kembali. Akhirnya rakyat pribumi akan kehilangan hak dan terpaksa bersaing dengan mereka dalam serba serbi.

Ada pula yang mengecam pelarian Rohingya ini sebagai pengecut kerana tidak mahu mempertahankan hartabenda, kaum keluarga dan kedaulatan agama bangsa mereka di sana. “Berterusan menolong mereka akan membuatkan mereka manja dan akan membebankan kita. Lagipun masih ramai rakyat kita yang memerlukan perhatian kita” ujar mereka.

APA YANG SEWAJARNYA KITA LAKUKAN ?

Satu kelemahan yang paling ketara ialah kita agak lembab dalam urusan kemanusiaan begini. Kita seharusnya meletak ke tepi dahulu segala sentimen agama, bangsa dan fahaman politik apabila berhadapan dengan isu ini.

Cuba sorot kembali kronologi tragedi Tsunami di Aceh 26 Disember 2004 dahulu. Hanya 3 hari selepas tragedi itu, dikhabarkan sudah ada kapal asing yang 'singgah'. Ribuan anak-anak dan warga Acheh dibawa keluar 'secara senyap' atas dasar kemanusiaan oleh masyarakat antarabangsa. Waktu itu kerajaan Indonesia baru terhegeh-hegeh mahu menubuhkan jawatankuasa bencana.

Atas dasar itu jugalah hari ini kita lihat Acheh begitu bermurah hati untuk menghulurkan bantuan. Padahal mereka sendiri bukan dalam kecukupan dalam serba serbi. Semuanya atas dasar pelajaran yang mereka ambil berpandukan pengalaman mereka sendiri yang pernah tersiksa dan menerima bantuan antarabangsa. Orang kata hanya Jauhari yang kenal Manikam.

Soal sikap pengotor, malas, kolot dan sebagainya bagi kami adalah masalah kecil. Kita harus pertimbangkan juga tahap kehidupan mereka yang kekurangan dalam serba serbi. Mereka ketinggalan lebih 50 tahun di belakang kita.

Dengan pendekatan pendidikan dan penguatkuasaan, kami yakin cara hidup mereka boleh dibentuk agar tidak jauh ketinggalan untuk hidup macam kita. Dengan itu mereka mungkin boleh kita jadikan saudara untuk sama-sama memainkan peranan membangun negara. Kebetulan negara juga amat memerlukan tenaga kerja.

Dalam kebimbangan kepada isu kebiadaban dan ancaman politik serta ekonomi terhadap pribumi negara ini, kami yakin ia boleh dibendung melalui kaedah penguatkuasaan dan sekatan politik. Paling utama ialah pendekatan pendidikan samada melalui sekolah, media, dan sebagainya. Kita boleh ulangi tausiah untuk mengingatkan semula asal usul mereka secara istiqomah, samada secara formal atau kasual agar mereka ini tidak mudah lupa diri.

Apapun, mereka ini lari ke mari kerana teraniaya. Lagipun mereka kita bantu atas dasar persaudaraan seagama dan atas simpati sesama manusia. Oleh itu kebimbangan tentang ancaman kepada penduduk setempat itu agak tipis kerana situasi mereka tidak sama dengan kemasukan warga asing ketika zaman British dahulu.

Ungkapan untuk membunuh rakyat Myanmar yang beragama Budha adalah tidak wajar kerana itu bukan ajaran Islam. Beberapa Sami Myanmar juga membantah penglibatan para Sami dalam mempromosi kebencian dan pembantaian kerana itu bukan ajaran agama mereka. Kita juga tidak suka orang luar bunuh saudara ISLAM kita yang tidak berdosa hanya kerana perbuatan segelintir yang menyimpang dari ajaran agama kita.

PERANAN KERAJAAN

Tindakan menteri Luar Turki dan Isteri Erdogan melawat Myanmar telah memberi kesan yang amat baik sekali. Mereka bukan sahaja melawat umat muslim Rohingya, malah turut juga melawat warga Myanmar beragama Budha. Mereka telah menzahirkan misi kemanusiaan dan kedamaian sejagat yang adil, murni dan saksama.

Alangkah baiknya jika ramai lagi pemimpin negara dan isteri masing-masing mengambil langkah yang sama. Sekurang-kurangnya ia memberikan tekanan diplomatik kepada kerajaan dan rakyat Myanmar. Sekurang-kurangnya ada perasaan malu dan berhati-hati kerana mereka sedar bahawa dunia Islam sedang ‘memerhati’ tindak tanduk mereka.

Kami ada menawarkan bantuan untuk menerima beberapa ratus pelarian ini. Oleh itu, ramai yang mendesak WARGA PRIHATIN menganjurkan tabung bantuan kemanusiaan untuk Rohingya. Malangnya, kami tidak dapat lakukan itu buat masa ini selagimana tidak nampak jalan yang sah bagaimana dana sumbangan itu boleh disalurkan untuk membantu mereka secara legal.

Oleh itu, kami saran agar kerajaan membuat tawaran khas dan membantu pengambilan mereka melalui satu proses dokumentasi yang mudah. Buat sementara waktu, kami harap dapat dihimpunkan mereka di satu tempat khas seperti di kem, pulau dan sebagainya. InsyaAllah akan ada banyak NGO dan syarikat yang sanggup mengambil mereka bagi mengurangkan beban kerajaan. Yang penting bagi kerajaan ialah melakukan inisatif untuk izinkan mereka mendarat di negara kita dahulu.
(tulisan warga prihatin)

Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW Isra Mi'raj sampai kini masih tetap terapung di udara.

Foto ini dapat dibolosi kerana tidak diketahui oleh pihak Is...rael laknatullah yg menjaga tempatnya dengan sangat ketat. Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW Isra Mi'raj sampai kini masih tetap terapung di udara. Pada saat Nabi Muhammad mau Mi'raj batu tersebut ikut, tetapi Nabi SAW menghentakkan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu tersebut tak ikut. Kisah Isra Mi'raj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tersebut yang berada dalam masjid Umar [Dome of the Rock] di Lingkungan Masjidil AQSA di Yerusalem.


Sampai sekarang masjid dome of rock ditutup untuk umum, dan Yahudi membuat masjid lain Al Sakhra tak jauh disebelahnya dengan kubah "emas" (yg sering terlihat di poster2 yg disebarkan ke seluruh dunia dimana2) dan disebut sebagai Al Aqsa, untuk mengelabui ummat Islam dimana masjid al Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi Muhammad SAW pernah sebutkan Al Aqsa sebagai "masjid kubah biru".

Saat ini masjid Al Aqsa yg sebenarnya sudah diambil alih oleh Israel dan merancang untuk dihancurkan untuk diganti sebagai tempat ibadah mereka kerana bersebelahan dengan tembok ratapan.

Subhanallahh .... bagus untuk di baca .....
* Ali bin Abi Talib r.a berkata:
"Sewaktu Rasullullah SAW duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: 'Wahai Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa AS yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab. 'Lalu Rasullullah SAW bersabda:
"Silakan bertanya. 'Berkata orang Yahudi:' Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu."
Sabda Rasullullah S.A.W. : "Solat Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya, Solat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam AS memakan buah Khuldi, Sholat Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam AS , Maka setiap mukmin yang solat Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. "

Solat Isya 'itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah SAW maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang solat.'

Rasullullah SAW bersabda: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan keatasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat."
Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: "Manakala solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam AS Memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir. "

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam AS diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

'Sabda Rasullullah S.A.W. : "Solat Isya '(atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isya 'berjamaah, Allah SWT haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath. "
Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: "Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah SAW maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (SAW). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu? '
Sabda Rasullullah S.A.W. : "Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam AS selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.Ş. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhlukNya. "

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu '.
Sabda Rasullullah S.A.W. : "Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah senantiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi '.

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat) '.

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa asyhadu anna Muhammada Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah)'. "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar. "(Al-Baqarah: 155)

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah S.A.W. : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat? "Maka jawabnya Rasulullah SAW," Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU ".

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran / beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah SAW : Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun -daun kayu di bumi.

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. "Dan (ingatlah) Allah senantiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." (Surah Al-Baqarah: 237)

'the Netanyahu of Myanmar' Zionist Asia

Dulu masa isu Palestine bukan main BOIKOT lagi ISRAEL ... Siap hantar bantuan perubatan , makanan , sumbangan dll ... Yang semangat sangat s...ampai nak pergi berjihad tu pun ada jga ... 

Isu ROHINGYA ni korang x nak buat BOIKOT ker ?

Xda ker KONSERT #Pray4Rohingya ?

Dekat jer tu Rohingya ... Mana yang semangat sangat nak JIHAD tu ? Ni saudara kita dekat jer mereka ni ...

Drpd duk amik PEKERJA KAFIR MYANMAR tu baik korang BOIKOT ganti dgn PEKERJA MUSLIM ROHINGYA !

Sedikit usaha aku utk MERASUK MENTAL korang yg x rasa apa2 dgn isu ROHINGYA ni ...
Nah ! Tatapan GAMBAR buat korang !

Korang ingat org Islam Rohingya setakat kena halau mcm tu jer ker ?
Aku bukan RACIST tp ini isu KEMANUSIAAN !

Kita doa HIDAYAT utk orang KAFIR dan doa KESELAMATAN utk orang ISLAM ...
 Tapi ...
KITA TIDAK REDHA DGN KEZALIMAN MEREKA KPD ORANG ISLAM !

Kenali 'the Netanyahu of Myanmar' yang kini sebenarnya merupakan dalang utama dalam projek penghapusan etnik Rohingya dari bumi Arakan, Myanmar.



Semoga lebih ramai di kalangan mereka yang selamat daripada kedurjanaan pembunuhan sistematik dan penghapusan etnik Rohingya dari bumi Arakan.
Kredit : Kiriman foto dari seberang.
...
(Sila kirimkan foto-foto untuk perkongsian di page ini sekiranya anda juga terlibat dengan projek bantuan pelarian Rohingya samada di Malaysia, Indonesia, Thailand dan di mana jua - admin)

SOALAN YANG SELALU DITANYA OLEH IMAM /JURUNIKAH KEPADA PENGANTIN LELAKI SEBELUM AKAD NIKAH

SOALAN YANG SELALU DITANYA OLEH IMAM /JURUNIKAH KEPADA PENGANTIN LELAKI SEBELUM AKAD NIKAH

1. Mengucap kalimah syahadah berserta maksud

2. Bacaan Al-Fatihah

3. Kenapa bacaan Al-fatihah wajib dalam solat?
sebab Al-fatihah adalah rukun solat

4. Bacaan Doa Qunut

5. Nyatakan Rukun Islam.
Mengucap kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa dibulan ramadhan,
menunaikan zakat & menunaikan haji jika mampu.

6. Apa najis Mughallazah?
Najis mughallazah ialah anjing dan baa.bi dan keturunan dari keduanya
atau salah satu dari keduanya.

7. Terangkan cara untuk menyuci najis tersebut?
Bagi menyucikan sesuatu dari najis mughallazah itu ialah dengan dibasuh tujuh kali.
Sekali darinya dengan air tanah,iaitu air yang dicampur dengan tanah yang suci.
Jika tidak hilang najis itu sehingga beberapa kali maka dikira sekali sahaja,maka hendaklah
ditambah enam kali lagi.

8. Apakah nafkah zahir dan batin?
Nafkah zahir ialah nafkah yang diwajibkan ke atas seorang suami dengan sebab
akad perkahwinan yang sah dan isteri
patuh serta taat kepada suaminya.
Nafkah yang diwajibkan ialah sebarang keperluan hidup bagi seseorang insan
yang merangkumi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal
yang sempurna.Nafkah batin ialah memenuhi keperluan nafsu
dengan istimta’(perhubungan suami isteri).

Sempena Hari Ibu : Kisah Juraij Dengan Ibunya

Sempena Hari Ibu : Kisah Juraij Dengan Ibunya- 
 
Sempena hari ini ibu ini, sebagaimana kita ketahui kisah juraij ini adalah termasuk diantara empat bayi yang boleh berkata-kata. Kisah seorang pemuda yang bernama juraij. 

Juraij adalah seorang pemuda Bani Israil yang rajin beribadat. Seluruh masanya dihabiskan untuk beribadat kepada Allah SWT. Juraij telah membina sebuah pondok kecil yang terletak jauh di atas bukit. Pada suatu hari, ibunya Juraij telam memanggil juraij. "Juraij.. Juraij.. " Sedangkan ketika itu, Juraij sedang solat di dalam hati berkata :"Ya Allah Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solat sunatku". Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meneruskan solatnya. 
Image result for Sempena Hari Ibu : Kisah Juraij Dengan Ibunya

Kerana sikap Juraij ini menyebabkan ibunya berasa hati. Kecil hati atau kecewa. Pada keesokannya ibunya datang lagi ke tempat Juraij beribadah namun seperti hari semalam Juraij sedang solat. Hal ini telah menimbulkan rasa yang sangat kecewa dihati ibu Juraij kerana panggilannya tidak dijawab Juraij. Masuk hari ketiga, Juraij masih mengutamakan solatnya daripada menyahut seruan seorang ibu yang amat merinduinya. Terlalu kecewa dengan sikap Juraij lalu ibunya berdoa 

"Ya Allah, janganlah engkau matikan Juraij sebelum engkau datangkan fitnah kepadanya." 

Seperti mana yang telah kita ketahui doa ibu termasuk dikalangan golongan orang yang mustajab atau makbul doanya. Doa ibu Juraij dimakbulkan Allah SWT. Seorang wanita jahat yang sebelum ini telah berjaya menggoda ramai lelaki membulatkan tekad untuk menggoda Juraij. Dengan angkuh wanita itu telah berkata :"Aku tidak akan balik ke sini selagi aku tidak dapat menggoda Juraij." 

Wanita itu pergi ke tempat Juraij beribadat dan cuba menggoda Juraij dengan menanggalkan sehelai demi sehelai pakaiannya namun tindakan wanita jahat itu sedikit pun tidak memberikan kesan kepada Juraij. Malah Juraij dengan penuh khusyuk tetap meneruskan solatnya sehingga wanita jahat itu beredar. 

Namun, wanita itu malu untuk balik ke rumahnya. Tidak jauh daripada tempat ibadat Juraij itu ada sebuah pondok kecil kepunyaan pengembala kambing. Apabila bermalam di pondok pengembala itu wanita tersebut telah bersekedudukan dengan penggembala kambing itu lalu hamil sehingga melahirkan anak. 

Sambil mengendong anak itu, wanita itu tampil di khalayak ramai dan mendakwa bahawa anak itu adalah hasil perkongsiannya dengan Juraij. Mendengar kata-kata wanita itu, maka orang ramai menjadi marah lalu bertindak menyerang Juraij dan menghancurkan tempat ibadat Juraij. 
Juraij merasa hairan lantas berkata:"Ada apakah ini?" Mereka menjawab:"Engkau telah berzina dengan wanita ini sehingga melahirkan anak." 

Sebelum dijatuhi hukuman, Juraij telah meminta kebenaran ambil wuduk dan solat dua rakaat terlebih dahulu. Setelah selesai solat, Juraij mendekati bayi itu lalu menekan perutnya dan berkata:"Wahai bayi , siapakah ayahmu? Lalu bayi itu menjawab:"Ayahnya adalah seorang penggembala kambing" 

Kesemua yang berada disitu tercengang lalu mencium tangan Juraij memeluk tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil berkata :"Biarlah kami bina semula tempat beribadat ini daripada bahan emas." Juraij berkata :"Tidak! binalah semula daripada tanah. Lalu mereka beramai-ramai membina daripada tanah. 

Daripada kisah ini, beberapa pengajaran dapat diambil iaitu:
1- Kita dilarang menyakiti hati ibu bapa apatah lagi menderhaka kepada mereka. 
2- Doa ibu adalah doa yang paling mustajab. 
3- Kita wajib melaksanakan setiap suruhan ibu bapa kita selagi mana ianya tidak bertentangan dengan perintah Allah SWT. 

Sahih : Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya - hadis no; 2550 ( Kitab al-Birr wa al-Shalah wa al-Adab, Bab mendahulukan kebaikan kepada ibubapa daripada solat sunat ) . 

Selamat Hari ibu..... hayatilah kisah Juraij ini .

Perkara - Perkara Wajib untuk Berkahwin - Bajet belanja kahwin

Perkara - Perkara Wajib untuk Berkahwin

1. Sebelum Berkahwin
 Kursus kahwin

Kursus kahwin ini merupakan salah satu perkara utama dan wajib dilakukan. Tanpa adanya sijil kursus perkahwinan ini maka anda tak boleh melangsungkan perkahwinan. Anggaran kos bagi mengikuti kursus ini adalah RM80 dan dijalankan selama dua hari.
Biasanya institusi-institusi swasta yang mempunyai lesen daripada Jawi/Jakim akan menawarkan kursus ini. Jika bayaran adalah lebih daripada itu, pastikan anda selidiki terlebih dahulu sama ada kursus tersebut benar-benar diperakui oleh Jawi/Jakim. Jikalau anda masih belum pasti, klik di sini. Sebelum terlupa, tempoh sah bagi sijil kursus perkahwinan ini adalah untuk seumur hidup

 Ujian Saringan HIV

 Ujian ini juga merupakan syarat utama dalam proses ingin melangsungkan perkahwinan. Tapi, anda hanya boleh membuat ujian tersebut di hospital atau klinik kerajaan yang menawarkan perkhidmatan ini. Biasanya, anda hanya perlu membayar RM1 untuk perkhidmatan tersebut. Tak susah mana pun, kan? Tempoh sah laku untuk ujian saringan HIV ini adalah selama enam bulan

Borang Permohonan Nikah
Borang ini harus diisi oleh kedua-dua bakal pengantin dan kos bagi borang tersebut adalah RM20. Berbeza pula jika borang tersebut diperolehi daripada JAWI, bayaran untuk borang tersebut adalah RM25. Jumlah tersebut adalah hanya untuk bayaran bagi borang tersebut sahaja. Berkemungkinan juga terdapat kos minyak kereta atau tambang teksi, bas dan sebagainya sekiranya berulang-alik untuk menyelesaikan borang tersebut.
2. Akad Nikah
Mas kahwin
Mas kahwin adalah wajib bagi setiap perkahwinan masyarakat melayu dan ditentukan mengikut negeri masing-masing. Pada kebiasaannya, majoriti bakal pengantin lelaki akan menggunakan panduan tersebut sebagai penghargaan pengantin perempuan atau isteri yang mereka nikahi
Bayaran Mas Kahwin Mengikut Negeri :
Negeri
Janda
Anak Dara
Johor RM22.50 RM22.50
Melaka RM40.00 RM40.00
Negeri Sembilan

1. Bukan waris RM12.00 RM24.00
2.Ahli waris RM24.00 RM48.00
3. Kerabat di Raja di Wilayah Datuk Kelana & Kerabat RM725.00 RM725.00
Selangor

1. Puteri Sultan RM625.00 RM2,500.00
2. Puteri Raja Muda atau Puteri kepada Putera Sultan yang bergelar. RM500.00 RM2,000.00
3. Puteri Kerabat RM250.00 RM1,000.00
4. Puteri Anak Raja (waris) RM550.00 RM137.50
5. Puteri Anak Raja (yang lain) RM75.00 RM300
6. Anak perempuan orang-orang besar. RM75.00 RM300.00
7. Cucu orang besar RM50.00 RM200.00
8. Orang kebanyakkan RM300.00 RM300.00
Kuala Lumpur RM40.00 RM80.00
Perak RM101.00 RM101.00
Pulau Pinang RM24.00 RM24.00
Kedah Tidak ditetapkan
Perlis
Pahang RM22.50 RM22.50
Terengganu - -
Kelantan - -
Sabah RM80.00 RM100.00
Sarawak RM120.00 RM120.00
Labuan RM80.00 RM80.00
Sumber : Diari Islamiah 2013 (1434-1435), keluaran Sterling Crown Sdn Bhd.



Juru Nikah @ Tok Kadi + Dua Orang Saksi
Upah untuk tok kadi yang akan mengahwinkan anda! Tak mahal sangat pun, lebih kurang RM80 ++. Tetapi jika pihak pejabat agama telah menetapkan bayaran tertentu kepada Juru Nikah, anda perlu mengikut ketetapan tersebut. Ketetapan bayaran dinyatakan pada borang permohonan nikah tersebut, tak pasti pula jika negeri-negeri lain berbeza. Selain itu, bayaran adalah berdasarkan budi bicara kedua belah pihak sebagai penghargaan atau ucapan terima kasih kepada mereka khususnya.

Wali
Wali merupakan individu yang wajib hadir semasa majlis pernikahan dijalankan, kerana pengantin perempuan tak boleh berkahwin tanpa walinya. Biasanya bapa kepada pengantin perempuan akan menjadi wali. Perkara ini wajib dan tak memerlukan kos ataupun tak memerlukan apa-apa bayaran

Jadual Kuliah Maghrib Sekitar Pulau Pinang

Jadual Kuliah Maghrib Sekitar Negeri Pulau Pinang

Ahad 21 Rejab 1436H @ 10 Mei 2015M

1° Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau
- Ustaz Meor Iqmal
~ Tajwid

2° Masjid Jamek Sungai Rusa, Balik Pulau
- Ustaz Mohd Shaffi Yusof Gani

3° Masjid Sungai Burung, Balik Pulau
- Ustaz Hj Saad Puteh
~ Feqah

4° Masjid Smpg 4, Balik Pulau
- Ustaz Munawar
~ Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

5° Masjid Jamek Kg Binjai, Bayan Lepas
- Ustaz Khairul Amsyar

6° Masjid Al-Huda, Sungai Ara
- Ustaz Khairul Ikhwan Zaki

7° Masjid Umar Ibnu Al-Khattab, Bayan Baru
- Ustaz Ahmad Fuad

8° Masjid Jamek Sungai Nibong Besar
- Ustaz Mohamad Hanif Haron
~ Syamail Muhammadiah

9° Masjid Jamek Batu Uban
- Ustaz Ahmad Majidi
~ Hadis Alam Kubur

10° Masjid At-Taqwa, Tmn Brown, Gelugor
- Ustaz Suhaizi Semail
~ Mukjizat Rasulullah

11° Masjid Jamek Sungai Gelugor
- Ustaz Ahmad Rushaidi

12° Masjid Jamek Jelutong
- Ustaz Fairuz Muktar
~ Tanbihul Ghafilin

13° Masjid Jamek Hashim Yahaya, Jln Perak
- Ustaz Mohd Ammar Al-Hafiz

14° Masjid Sheikh Eusoff, Dhoby Ghaut, Georgetown
- Ustaz Hj Ahmad Fahmi Abu Bakar
~ Sirah Nabawiah

15° Masjid Acheh Kebun Lama, Jln Langkawi, Georgetown
- Ustaz Maulana Anwar
~ Penyakit Hati & Penawarnya

16° Masjid Bandar Baru Ayer Itam
- Ustaz Taqiudin Hamzah
~ Fiqh Semasa

17° Masjid Terapung Tanjung Bunga
- Ustaz Raja
~ Hayatus Sahabah

18° Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Jawi, SPS
- Ustaz Mohd Akmal Kamarudin

19° Masjid Baru "Utara" Sungai Bakap, SPS
- Tuan Guru Dato Hj Md Salleh Hj Ahmad
~ Solat Musafir, Jamak & Qasar

20° Masjid Jamek Sungai Duri, SPS
- Ustaz Shukri Che Yunus
~ Hakikat Iman, Rukun & Batal

21° Masjid As-Solihin Kg Kpl Gajah, Smpg Ampat, SPS
- Ustaz Imran Hassan
~ Hidayatus Salikin

22° Masjid Jamek Tasek Chempedak, Smpg Ampat, SPS
- Ustaz Shaari Samsudin
~ Mustika Hadis

23° Masjid Jamek Al-Ihsaniah, Smpg Ampat, SPS
- Ustaz Hj Mohd Naeem Hj Hashim
~ Tajwid

24° Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda, SPT
- Ustaz Salmi Mohd Abbas
~ Nasihat Agama & Wasiat Iman

25° Masjid Tuan Hj Mohd Desa, Bkt Minyak, SPT
- Ustaz Badri Idris
~ Adab & Akhlak

26° Masjid Tok Lebai Hasyim, Bkt Minyak, SPT
- Ustaz Hanif Azmir
~ Tafsir Nurul Ehsan 4

27° Masjid Jamek Kg Alma, Bkt Mertajam, SPT
- Ustaz Azhar Abu Bakar
~ Tauhid

28° Masjid Cherok To' Kun Bawah, Bkt Mertajam, SPT
- Ustaz Hafiz Hashim
~ Hadis 40

29° Masjid Jamek Tasek Junjung, Bkt Mertajam, SPT
- Ustaz Rosidi Hussain

30° Masjid Tuan Abdullah, Tanah Liat, Bkt Mertajam, SPT
- Ustaz Hj Husain Ahmad

31° Masjid Bukit Indera Muda, Bkt Mertajam, SPT
- Ustaz Taufik Husin
~ Riyadus Solihin

32° Masjid Padang Ibu, Bkt Mertajam, SPT
- Ustaz Badrol Abd Rahman

33° Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Tmn Guar Perahu, Bkt Mertajam, SPT
- Ustaz Yusuf Awang
~ Syamail Muhammadiah

34° Masjid Jamek Ara Kuda, Bkt Mertajam, SPT
- Ustaz Hasnol Hisyam
~ Dosa2 Besar

35° Masjid Jamek Perai
- Ustaz Abd Kader
~ Bahasa Arab

36° Masjid Timah, Perai, SPT
- Ustaz Muhammad Aiman Hj Subri
~ 40 Hadis Penawar Hati

37° Masjid Batu, Kg Pertama, Pmtg Pauh, SPT
- Ustaz Abd Halim Mohd Nasir
~ Tafsir Surah Ibrahim

38° Masjid Permatang Janggus, Pmtg Pauh, SPT
- Ustaz Jais Mohamed
~ Islam, Fikrah, Harakah & Daulah

39° Masjid Jamek Permatang Pauh, SPT
- Ustaz Mohd Zakaria Hamzah
~ Tafsir

40° Masjid Hj Abd Latif, Pmtg Pasir, Pmtg Pauh, SPT
- Ustaz Mokhtar Abdullah

41° Masjid Al-Qadri, Sama Gagah, Pmtg Pauh, SPT
- Ustaz Mohamad Faizal Jamaludin
~ Fitnah Dajjal

42° Masjid Jamek Seberang Jaya, SPT
- Ustaz Tarmizi
~ Qatril Ghaisiah

43° Masjid Sembilang, Seberang Jaya, SPT
- Ustaz Mohd Bakhry Yahya
~ Penawar Bagi Hati

44° Masjid Jamek Bagan Lebai Tahir, SPU
- Ustaz Abu Bakar Bakilani
~ Tafsir

45° Masjid Al-Amin, Sungai Dua, SPU
- Ustaz Hj Zakaria Hj Ahmad
~ Hadis

46° Masjid Dato' Sheikh Adnan, Penaga, SPU
- Ustaz Hj Zamri Yunus
~ Hadis 40

47° Masjid Ar-Rahman, Bakar Kapor, Penaga, SPU
- Ustaz Asaad
~ Tafsir Juzuk Amma

48° Masjid Sungai Kedak, Penaga, SPU
- Ustaz Ismail Salleh
~ Mustika Hadis | Kifayatul Muhtadi

49° Masjid Jamek Kg Banggol, Kpl Batas, SPU
- Ustaz Ahmad Rashid

50° Masjid Jamiul Jalal, Pajak Song, Kpl Batas, SPU
- Ustaz Asril Hafiz

51° Masjid At-Taqwa, Tmn Bertam Indah, Kpl Batas, SPU
- Ustaz Suhaimi Abd Jalil
~ Sirah Sahabat

52° Masjid Abdullah Fahim, Kpl Batas, SPU
- Ustaz Wadi Annuar Ayub
~ Kehidupan Tabiin

53° Masjid Jamek Nurul Iman, Kubang Menerong, Kpl Batas, SPU
- Ustaz Abd Aziz
~ Riyadus Solihin

54° Masjid Jamek As-Salam, Kg Tok Bedu, Kpl Batas, SPU
- Ustaz Ahmad Jailani Abd Ghani
~ Fiqh Manhaji

55° Masjid Jamek Tasik Gelugor, SPU
- Ustaz Abd Rahman Ideris
~ Sifat Solat Nabi

56° Masjid Padang Chempedak, Tasik Gelugor, SPU
- Ustaz Hj Zaidi Ahmad
~ Tauhid

57° Masjid At-Taqwa, Lahar Yooi, Tasik Gelugor, SPU
- Ustaz Abd Razak

58° Masjid Jamek Jarak Atas, Tasik Gelugor, SPU
- Ustaz Zaini Hj Ahmad

59° Surau As-Sakinah, Kompleks Penjara Seberang Perai, Jawi, SPS
- Ustaz Muhammad Shah Shanmugam Abdullah

60° Surau Al-Hidayah, Tmn Permai Jaya 1, Bkt Mertajam, SPT
- Ustaz Izzat Hambali
~ "Israk & Mikraj"

61° Surau Tmn Pelangi, Juru, SPT
- Ustaz Taufiqurrahman

62° Surau As-Sakinah, Flat Seri Pauh, Pmtg Pauh, SPT
- Ustaz Mohd Fadhly Hasbulah "Ust Manis"

63° Surau Muhammad Al-Fateh, Pmtg Pauh, SPT
- Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor

64° Surau Tmn Sutera Prima, Sbrg Jaya, SPT
- Ustaz Muhammad Arshad
~ Tafsir Surah Al-Hujurat

65° Surau Tmn Air Tawar Indah "TATI", Teluk Air Tawar, SPU
- Ustaz Hafizullah
~ Sifat Ibadurrahman

66° Surau Darul Furqan, Tmn Penaga Permai, Penaga, SPU
- Ustaz Radzi
~ Idaman Penuntut

67° Surau Al-Ghufron, Tmn Kuala Bekah, Penaga, SPU
- Ustaz Mohd Izhar Habib Mohd "Nana"
~ 10 Sahabat Yang Dijamin Syurga

68° Surau Kg Aman Tengah, Pokok Sena, Kpl Batas, SPU
- Ustaz Hj Subri Md Arshad
~ "Wasiat Imam As-Syafie"

69° Surau Kg Tersusun, Pongsu Seribu, Kpl Batas, SPU
- Ustaz Shukri Yamin

70° Surau An-Nur, Tmn Abdullah Fahim, Kpl Batas, SPU
- Ustaz Omar Khalid
~ Misbahul Munir

71° Surau Al Husna, Bertam Perdana, Kpl Batas, SPU
- Ustaz Aisamuddin
~ Syamail Muhammadiah

72° Surau Al-Muhtadin, Lrg Bentara 18, Bertam Perdana, Kpl Batas, SPU
- Ustaz Ramli
~ Idaman Penuntut

◇ Jadual Kuliah Maghrib Sekitar Negeri Pulau Pinang Terbitan ZONKULIAH
www.facebook.com/zonkuliah
◇ Dgn Kerjasama MAJLIS ILMU P. PINANG
www.facebook.com/majlisilmupulaupinang

◆◆ NOTA :
Sebarang perubahan @ pembatalan kuliah adalah diluar bidang kuasa admin, harap maklum ^_^

◆◆ SiLaLaH SHaRe!
Surah Al-Zalzala, Maksud Ayat 7:
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

hukum menyambut hari ibu

hukum menyambut hari ibu?

-Ustaz Azhar Idrus (Original):

Hari ibu ialah hari mother church atau ibu gereja kristian.. siapa yg nak sambut silakan... siapa yg rasa takut rosak akidahnya, sebab raikan hari besar kristian ini... jgn sambut!

Betul ke hari ibu haram di sambut?

-Ustaz Azhar Idrus (Original):

begitulah kata setengah ulamak.. Nabi saw ajar kita mengingati ibu sepanjang masa..

-Ustaz Azhar Idrus (Original): sebaiknya ikut cara islam yaitu sepanjang hari ingat kepada ibu yg byk jasanya kpd kita, bukan setahun sekali..

-Ustaz Azhar Idrus (Original): hari ibu dan hari bapa ialah hari perayaan bukan Islam..kenapa kita mesti nak sambut juga? kenapa orang barat tak sambut awal muharram atau maulidur Rasul?

-Ustaz Azhar Idrus (Original):
Maksud sabda nabi s.a.w:
Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga.
Para sahabat nabi bertanya:
Wahai Rasulullah, apakah mereka itu orang-orang yahudi dan Nasrani?
Jawab baginda Rasulullah: Kalau bukan mereka, siapa lagi?
(Hadis riwayat Abu Said al Khudri )

PESAN IBU TENTANG AYAH

Anakku…
Memang ayah tak mengandungkan mu, tapi
Darahnya mengalir didarahmu.
Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi 😪....
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu
pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi 😪
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi
air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi 😪....
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa
namamu disebutnya.
Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana 😪.....
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk
berlindung di lengannya
dan dadanya
ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana 😪.....
Cintanya..dia takut tak sanggup melepaskanmu.
Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika
kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu.
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.
Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu
membanggakan mu di mata Allah,
menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab
dari api neraka.

Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.
Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, Tugasku telah
selesai dgn baik..
Bahagiakanlah Putera Puteri Kecilku yg manis
Bersama pasangannya".

Setelah Itu Ayah hanya akan menunggu kedatangan kita Bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..
Dengan rambut yg
memutih dan badan yang tidak kuat untuk menjaga kita..

Itulah Pengorbanan Seorang Ayah.. Apakan kita
masih belum sedar?
Masih memandang
kemarahan ayah itu alasan untuk kita benci dia?

Percayalah.. Dia orang yang paling rindukan kita
Walaupun kerinduan ayah terhadap kita mungkin
Melebihi kerinduan ibu terhadap kita.. Kita cium pipi
Ibu, Ayah hanya tersenyum melihat..Tahukah
kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah? Apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama Yang kita berikan pada ibu? Kamu lupa.......
Masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan
mencium kamu??

JANGAN MENANGIS SELEPAS MEMBACA KISAH
INI , besarnya pengorbanan seorang ayah tidak
dapat dibalas dengan dengan wang .....

Kisah Saidina Abu Bakar as-Siddiq

Abu Bakar al-Siddiq (Bahasa Arab: أبو بكر الصديق‎ Abū Bakr al-Siddīq) ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah
 saudagar islam
Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali dan jurai salasilahnya adalah termasuk dalam Bani Taim iaitu sub keturunan dari Arab Quraisy. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.
Beliau mendapat gelaran as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.

Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis iaitu majlis Syura', yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar.Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan. [2]
Jalaluddin al-Suyuti dalam karyanya al-Khulafa al-Rashidun ('Khalifah al-Rashyidun') menyatakan bahawa semasa perjumpaan Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar orang Islam Ansar di rumah Sa'd ibn Ubadah selepas kewafatan Nabi Muhammad (SAW), Sayidina Abu Bakar pada mulanya mencadang dua calon sebagai Khalifah, yakni Sayidina Umar dan seorang Sahabat lain, Abu Ubaidah ibn al-Jarrah. Perbincangan menjadi hangat sehinggalah Sayidina Umar menyuruh Sayidina Abu Bakar menghulurkan tangannya lalu Sayidina Umar mengambil tangan Sayidina Abu Bakar dan memberi bai'ah kepadanya. Tindakan Sayidina Umar diikuti Muhajirin dan Ansar. Selepas mendapat bai'ah, Sayidina Abu Bakar mencari az-Zubair dan Sayidina Ali yang tiada di pertemuan itu. Kedua-dua mereka dipanggil dan memberi bai'ah kepada Sayidina Abu Bakar apabila mereka tiba.[3]

Peperangan Islam-Riddah

Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.
Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim. Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Namun Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam pertempuran. 

Ekspedisi ke Utara

Selepas berjaya mengurangkan golongan riddah, Saidina Abu Bakar menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.

Pengumpulan al-Quran

Menurut ahli sejarah Islam, selepas siri Peperangan Islam-Riddah ramai orang yang mahir menghafaz al-Quran terbunuh. Saidina Umar Al-Khatab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat al-Quran[5]. Saidina Uthman Affan kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan dengan membukukan al-Quran, iaitu mushaf Uthmani, semasa beliau menjadi khalifah.

Kewafatan Saidina Abu Bakar

Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.
Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.

Sumbangan Saidina Abu Bakar

Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya murtad, tidak mahu membayar zakat dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam

Ketaqwaan Saidina Abu Bakar

Tidak syak lagi bahawa Saidina Abu Bakar r.a. merupakan manusia paling paling tinggi martabatnya di kalangan para sahabat. Rasulullah s.a.w sendiri pernah menyampaikan berita gembira mengenai kedudukan yang utama di antara para penghuni syurga.


Baginda s.a.w bersabda: "Nama Abu Bakar akan diseru dari segenap pintu syurga dan dialah pengikutku yang pertama akan memasukinya."

Namun demikian,perasaan takutnya kepada Allah tetap bertakhta dikalbunya. Dia sering berkata : "Alangkah bagusnya jika aku menjadi sebatang pokok yang ditebang dan dijadikan kayu api."

Kadang-kadang beliau berkata : "Alangkah baiknya kalau aku ini sehelai rumput yang riwayat hidupnya akan tamat apabila dimakan oleh seekor binatang ternakan."

Pada suatu hari beliau telah pergi ke sebuah taman di mana dia lihat seekor burung sedang berciap-ciap. Katanya: "Wahai burung! Sungguh bertuah engkau. Kamu makan, minum dan berterbangan di bawah naungan pokok-pokok kayu tanpa sebarang perasaan takut tentang hari perkiraan. Aku ingin menjadi seperti engkau wahai burung."

Rabi'ah Aslami r.a. telah bercerita : "Pada suatu hari aku telah bertengkar dengan Abu Bakar. Semasa pertengkaran itu berlaku, dia mengeluarkan sepatah kata kesat kepada aku. Dengan serta-merta dia telah menyedari kesilapannya lalu berkata: "Wahai saudara, gunakanlah perkataan itu terhadapku sebagai tindakan balas." Aku enggan berbuat demikian. Dia menggesaku supaya menggunakan perkataan kesat itu dan berkata hendak merujuk kepada Nabi s.a.w. Aku tidak juga mahu mengalah. Dia pun bangun meninggalkan aku. Beberapa orang dari ahli puakku yang menyaksikan peristiwa tadi mencemuh: "Ganjil betul orang ini; dia yang melakukan kesalahan dan dia pula mengancam hendak mengadukan kepada Nabi s.a.w."  Dengan segera aku menyampuk: "Kamu tahu siapakah dia? Dia adalah Abu Bakar. Menyinggungnya bererti menyinggung Nabi dan menyinggung Nabi bererti menyinggung Allah. Kalau perbuatanku menyinggung Allah, siapakah yang akan menyelamatkan aku?" Aku pun bangun lantas pergi mendapatkan Nabi s.a.w, kepadanya aku bercerita apa yang telah berlaku. Baginda s.a.w bersabda:" Keenggananmu mengeluarkan kata-kata kesat itu sudah kena pada tempatnya. Tetapi untuk mengurangkan penderitaan batinnya (Abu Bakar), sekurang-kurangnya kamu berkatalah: "Semoga Allah mengampunimu, wahai Abu Bakar."

Begitulah ketaqwaan yang telah ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar r.a. Keenggananya menerima pembalasan di akhirat menyebabkan dia mendesak Rabi'ah Aslami supaya mengambil tindakan balas ke atasnya. Kekesalannya dan penderitaan batinnya akibat kesalahannya itu demikian rupa sehingga beliau sanggup menceritakan segala-galanya kepada Nabi s.a.w dengan harapan Nabi dapat menolongnya
Dari saudagar menjadi Khalifah Pertama
Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah dilantik menjadi Khalifah Islam yang pertama iaitu selepas kewafatan Rasulullah SAW pada tahun 632 Hijrah. Sebelum dilantik sebagai Khalifah Islam pertama, Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan seorang pedagang dan usahawan Islam terbilang yang kaya-raya, terpelajar serta disanjung tinggi oleh kaum Quraisy.
Antara perniagaan beliau adalah penjualan kain di pasar, di samping turut memiliki kebun kurma, membiak banyakan unta-unta dan berbagai-bagai jenis perniagaan lain lagi. Beliau telah memeluk agama Islam selepas Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul dan beliau adalah lelaki pertama yang memeluk agama Islam.
Mengapa digelar As-Siddiq?
Gelaran “As-Siddiq” telah diberikan oleh Rasulullah SAW  kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq adalah kerana sikap dan pendiriannya yang begitu teguh dalam membenarkan kata-kata Rasulullah SAW ketika berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj.
Ketika itu, sebaik saja Rasulullah SAW selesai melakukan Israk dan Mikraj dari Masjidil al-Haram ke Masjidil al-Aqsa, seterusnya naik ke Tujuh Petala Langit di Sidratul Muntaha dan kemudiannya kembali semula ke Baitul Makmur di Mekah pada malam yang sama pada 27 Rejab tahun ke-11 selepas baginda dilantik menjadi Rasul iaitu 3 tahun sebelum hijrah.
Segolongan orang yang tidak mempercayai apa yang  telah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW kemudiannya telah pergi menemui Saidina Abu Bakar As-Siddiq untuk mendengarkan dan mengetahui pendapat beliau sendiri mengenai dakwaan yang dibuat oleh Rasulullah SAW itu samada benar atau sebaliknya.
Mereka menyangka bahawa Saidina Abu Bakar Radiallahuanhu kali ini  akan turut mendustakan kisah yang langsung tidak masuk akal itu pada fikiran mereka. Setelah pertanyaan itu disampaikan kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq, maka beliau pun bertanya…
  • ”Adakah Muhammad berkata begitu?”
  • lantas sahut mereka “Benar!”
  • Saidina Abu Bakar As-Siddiq pun lantas berkata… ”Jika Muhammad berkata begitu, maka sungguh benarlah apa yang telah diceritakannya itu,”
  •  “Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa Muhammad sampai ke Tanah Syam lebih sebulan perjalanan dan pulang pada malam semalam?”
  • Maka Saidina Abu Bakar pun menyahut dengan tegas membalas soalan kaum yang tidak mempercayai kerasulan nabi itu. “Benar, Aku percaya! Malah lebih daripada itu aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dan langit yang diberitakannya itu, baik pada waktu siang mahupun pada waktu malam.”





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...