nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Kecintaan Bilal bin Rabbah terhadap Rasulullah SAW

Bilal bin Rabah r.a merupakan antara sahabat yang rapat dengan baginda Rasulullah saw. Beliau seorang lelaki berkulit hitam, namun hatinya putih dengan wudu’ yang sentiasa dijaga. Semasa Isra’ dan Mikraj juga Nabi SAW yang mendengar tapak kakinya di dalam syurga, walhal beliau masih hidup di bumi yang maha fana’.

“Wahai bilal, apakah amalan yang kamu tidak pernah tinggal? Sesungguhnya Aku mendengar tapak kakimu sudah berada dalam syurga” Nabi SAW bertanya setelah pulang dari perjalanan Isra’ dan Mikraj.

Bilal menjawab, “Aku tidak akan melakukan azan melainkan aku akan solat dua rakaat. Apabila aku berhadas, pasti aku akan berwudu’, selepas itu, aku akan menunaikan solat dua rakaat”.

Sejak Islam, Bilal terlalu rapat dengan Nabi SAW. Walaupun kulitnya yang hitam, tidak pernah dijadikan perasaan ’geli geleman’ dalam hati nabi untuk menjadikannya sebagai sahabat yang rapat.

Di saat azan disyariatkan, Bilal dilantik oleh Nabi SAW sebagai Muazzin. Perlantikan yang membawa satu pengiktirafan terhadap keimanan dan keislaman bilal sehingga ke hari ini.

Selepas kewafatan Nabi, Bilal berasa sedih yang teramat sangat sehingga beliau tidak sanggup melihat maqam Nabi SAW. Apabila melihat ke Makam nabi, pasti matanya menitiskan air.

Tidak sanggup menahan kerinduan, dia berjumpa dengan Abu Bakar As-Siddiq yang baru dilantik menjadi Khalifah dan meminta izin untuk berpindah ke negara lain. Dia tidak sanggup untuk menjadi muazzin di saat Nabi SAW tidak dapat dilihat lagi.

Dengan pujukan dan rayuan, Abu bakar As-Siddiq memintanya kekal sebagai muazzin. Dengan berat hati dan bertanggungjawab, tidak sanggup dia menolak permintaan Abu bakar As-Siddiq yang menyelamatkannya dari seksaan Umayyah bin Khalaf di awal Islamnya dahulu.

Di awal pemerintahan Umar bin Al-Khattab menjadi khalifah, permintaan yang sama diajukan oleh Bilal. Dengan kebenaran Umar, dia berhijrah ke Syria. Tinggal di sana, meneruskan sisa hidup dengan berdakwah dan berjihad. Dia tidak mengabaikan tugasan dakwah yang ditarbiyyah oleh Rasulullah SAW.

Semasa di syria, dia telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW.

“Wahai Bilal, apakah kamu tidak merinduiku? Apakah kamu tidak mahu menziarahiku?” soal Nabi Muahmmad SAW dalam mimpi bilal.

Sedar dari mimpi, Bilal berasa sangat sedih. Rinduannya terhadap Nabi semakin meluap-luap. Air matanya mula menitis. Dia terus berazam, akan ke Madinahuntuk menziarahi makam Nabi SAW untuk menghilangkan rinduannya terhadap Rasulullah SAW.

Sesampai di Madinah, Bilal meluru ke kubur Nabi SAW. Melihat kubur nabi, dia menekup mukanya, kelihatan air mata Bilal menitis.. Dia berjumpa dengan cucu Nabi SAW, Hasan dan Husain. Dia memeluk dan mencium kedua-duanya.

Dalam suasana kesedihan itu, Hasan dan Husain berkata, “Pak Cik Bilal, kami terlalu ingin mendengar azan kamu”

Pemintaan dua cucunda Nabi SAW itu tidak dihampakan. Beliau naik di atas bumbung dan memulakan laungan azan.

“Allahu akbar, Allahu akbar… Allahu Akbar, Allahu Akbar” laungan pertama menyebabkan seluruh madinah kaku. Ramai rakyat madinah terkejut. Mereka keluar dari rumah masing-masing.

Apabila sampai laungan, “Asyahadu Anna muhammad Rasulullah” keadaan kaku madinah itu telah bertukar dengan tangisan manusia.

Tangisan yang berpunca dari kerinduan mereka terhadap nabi SAW. Kerinduan bersama kekasih Allah yang merupakan seorang pemimpin yang tercinta. Semasa bilal di Syria, beliau tidak dilantik menjadi muazzin. Lagipun, sebarang permintaan terhadap beliau untuk jawatan tersebut, pasti akan ditolak.

Di saat Umar bin Al-Khattab menjadi Khalifah, beliau telah menziarahi Syria. Memandangkan orang syria tidak pernah mendengar azan laungan bilal, mereka berjumpa dengan Umar, meminta agar Umar memohon untuk Bilal melaungkan azannya.

Awalnya, permohonan umar itu ditolak, tetapi setelah diminta untuk satu solat sahaja, maka bilal pun akur. Bilal naik di atas menara, dan memulakan laungan azannya. Sahabat-sahabat Nabi SAW yang berada di Syria menangis mendengar azan bilal tersebut, sedang orang yang paling keras menangis ketika itu adalah Umar bin Al-Khattab sendiri.

Inilah bilal bin Rabah, seorang sahabat yang tidak mempunyai rupa yang cantik, tetapi perjuangannya dalam memenangkan dan mengembangkan Islam ternyata ikhlas, malah terbukti diterima oleh Allah SWT semasa hidup beliau lagi.

Beliau meninggal dunia di Syria sewaktu umurnya 60 tahun lebih. Beliau meninggal dunia pada tahun 20 hijriah. Mengikut riwayat lain, beliau meninggal dunia pada tahun 21 hijriah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bilal bin Rabah selepas kewafatan Rasulullah SAW


Setelah Rasulullah wafat , semua sahabat Rasulullah betul betul rasa kehilangan dan sangat sedih. salah seorang sahabat Rasulullah yang berasa demikian ialah BILAL BIN RABAH r.a.. selepas kewafatan Baginda, Bilal terus berhijrah ke Syam (sekarang SYRIA). Ini gara-gara kerana beliau yang sangat sedih . Pernah ada suatu hari tu, waktu Saidina Umar Al Khatab jadi pemerintah, bertanya kepada para sahabat. "Di mana Bilal ?" dan sahabat menjawab, "Ya Amirul mukminin, Bilal ada di Syam"

Pada suatu hari, Bilal telah bermimpi Rasulullah yang macam beri petanda untuk Bilal menziarahi Baginda di Madinah. kemudian, Bilal pun berangkat ke Madinah semula. Sampai sahaja di Madinah, Bilal berjumpa para sahabat. Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al khattab ni pun menyuruh Bilal melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak dihujani suara azan Bilal. Tetapi, apakan daya, Bilal menolak permintaan mereka . Para sahabat mengerti akan perasaan Bilal yang tidak mampu melaungkan azan sepertimana yang pernah beliau laungkan azan untuk Rasulullah waktu dulu. Setiap sudut, setiap ketika, kenangan bersama Rasulullah sentiasa bermain di fikiran Bilal.

(ada satu sumber ni menyatakan, ketika zaman Rasulullah masih ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid untuk laungkan azan, Bilal tak pernah lupa untuk mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga itu dimana itu ialah bilik Rasulullah. sebab itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana sebelum ke atas menara tersebut, pasti akan melalui bilik kecil tersebut.)

Kemudian setelah permintaan sahabat ditolak, datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW, iaitu Hasan dan Husin. mereka berlari lari anak kepada Bilal dan betapa Bilal berasa senang hati dan sejuknya pandangan sehingga Bilal memeluk permata Rasulullah tu erat erat. diciumnya mereka seperti mana Bilal mencium Rasulullah ketika hidup. Tiba-tiba Hassan dan Husin meminta Bilal untuk melaungkan azan sepertimana beliau pernah laungkan sewaktu Rasulullah hidup dahulu. oleh sebabnya kasihnya Bilal kepada Baginda, dan mengenangkan bahawa Hasan dan Husin itu keturunan Baginda, Bilal bersetuju untuk melaungkan azan.

Setelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat kemunculan dengan melaungkan azan buat pertama kalinya setelah kewafatan Rasulullah SAW di Madinah. apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk Madinah terkejut, semangat dan terus keluar daripada rumah masing masing dan menyangka bahawa Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka kepada Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan Bilal, memang mereka ingat yang Baginda seolah olah hidup kembali.

Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut الله أكبر الله أكبر , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat :') . mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal kemudiannya menyebut أشهد أن لا إ له إلا الله , dan bila Bilal sebut أشهد أن محمدا رسول الله , Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut أشهد أن محمدا رسول الله aku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama sama kita" .

Setelah penduduk mengetahui perkara sebenar (dan jangkaan mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak betul) mereka teruss menangis kerana perasan RINDU YANG TERAMAT SANGAT terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. :'(. laungan azan Bilal bin Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu. Dan diriwayatkan juga, tidak pernah ada kedengaran suara
tangisan yang kuat di Madinah melainkan hari tersebut
Ketika tibanya di Madinah lantas beliau menangis dengan tangisan yang tak dapat dibendung.Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a.h bertemunya berkata : "Wahai Bilal,mengapa kamu tidak kamu melaungkan azan bagi kami seperti mana azankan bagi Rasulullah SAW suatu ketika dahulu?Bilal berkata :"Maafkan aku wahai khalifah Rasulullah SAW,demi ALLAH aku tak mampu melaungkan azan di Kota Madinah ini selepas kewafatan Baginda.Kerana dahulu setelah aku selesai azan,aku terus menuju ke bilik Rasulullah SAW dan berkata :"Solat ya Rasulullah SAW"..dan sekarang macam mana pula hendak aku berkata sedemikian.." Saidina Umar r.a.h pun juag begitu..Kemudian bertemu Saidina Hasan dan Hussain. Salah seorangnya berumur 8 dan seorang lagi berumur 7 tahun.Ketua pemuda ahli syurga.Bilal memeluk kedua mereka dan menangis.Tercium pada kedua mereka wangian milik atuk mereka SAW.Saidina Hasan dan Hussain meminta Bilal untuk melaungkan azan.Beliau tidak mampu menolak permintaan kedua mereka dan terus beliau naik ketempat yang pernah beliau berdiri azan ketika zaman Rasulullah SAW. Ketika beliau azan "ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR",terkejut penduduk Kota Madinah. "ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR" berteriak manusia di rumah "Adakah diutuskan semula Rasulullah SAW?" Mereka teringat suara azan ini ketika hidupnya Baginda SAW suatu ketika dahulu. "ASYHADU AN LA ILAHA ILLA ALLAH" keluar semua lelaki dari rumah mereka.Keluar mereka dari pasar-pasar mereka. "ASYHADU AN LA ILAHA ILLA ALLAH" keluar wanita dari rumah-rumah mereka.Lelaki dan wanita semua keluar ke lorong-lorong Kota Madinah berteriak : "Adakah diutuskan semula Rasulullah?" "Adakah diutuskan semula Rasulullah?" Ketika mana sampainya azan Bilal kepada "ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH" terasa kesedihan yang sayu,beliau tidak mampu menyempurnakan azannya.Lantas turun dari tempat azannya.Berkata perawi kisah..Madinah tidak pernah kelihatan sedih sayu begitu selepas kewafatan Baginda melainkan pada hari Bilal melaungkan azan "ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH".

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...