nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Riwayat Hidup Bilal bin Rabah

Bilal bin Rabah atau dikenali juga sebagai Bilal Habashi dilahirkan di Kota Makkah sekitar tahun 43 sebelum Hijrah. Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Ibu beliau bernama Hamama yang berketurunan Abasyiah manakala ayah beliau bernama Rabah yang berketurunan Arab. Beliau merupakan seorang hamba kepada Amit bin Khalaf.

Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam. Beliau memeluk Islam
di Syam dengan bantuan seorang sahabatnya iaitu al-Fadhil. Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas muka bumi ini iaitu Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar bin Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Al-Miqdad bin Al-Aswad.

Kesabaran dan ketabahan beliau menanggung penderitaan
Bilal merupakan salah seorang Muslim yang paling banyak menerima penyeksaan, kekejaman dan kengerian daripada golongan musyrikin. Sebahagian besar dari kalangan mereka yang memeluk Islam pada masa tersebut mempunyai keluarga tempat mereka berlindung dari kekejaman golongan musyrikin kecuali beliau, Ammar bin Yasir bersama-sama dengan bapa dan ibunya serta Suhaib. Faktor sedemikianlah yang menyebabkan mereka menjadi sasaran golongan musyrikin Quraisy untuk melepaskan geram mereka terhadap Islam.

Oleh kerana keimanan Bilal begitu menebal, meereka tidak Berjaya mengubah akidahnya. Sebaliknya semakin hebat dia disiksa semakin galak dia mengingati Allah S.W.T. Semasa dia disiksa dia tidak henti-henti menyebut: “ Ahad! Ahad!”


Semakin kuat Umaiyah menyiksa dia semakin galakdia menyebut ayat itu.


Melihatkan Bilal bersikap teguh dengan pendiriannya, lantas Umaiyah menampar mukanya dan berkata :” Hei budak jahat, engkau benar-benar celaka, aku mahu kau menyebut lata dan uzza.”

Namun demikian, walaupun dia disiksa dengan sebegitu kejam akan tetapi pada Bilal itu hanyalah merupakan menambahkan keimanan terhadap agama yang telah diyakininya itu.

Setelah melihatkan segala tindakannya terhadap Bilal tidak mendatangkan kesan maka Umaiyah pun pergi berjumpa dengan Abu Jahal. Setibanya dia di rumah Abu Jahal maka Umaiyah pun bermuafakat dengan nya bagaimana hendak mengatasi masalahnya itu.

Umaiyah berkata kepada Abu Jahal: “ Lebih baik saja kita bunuh budak hitam itu.” “Itu tidak bijak.” Jawab Abu Jahal. “ Kalau membunuh dia bererti kita lemah dan kalah. Orang akan menentang kita secara diam-diam,” sambung Abu Jahal.

Umaiyah berkata lagi : : Apakah yang patut kita lakukan?” “Kita siksa dia sehingga dia tidak berdaya lagi,” kata Abu Jahal memberi pendapat.

Umaiyah berkata lagi” “ Sampai bila dan berapa lamakah kita harus menyiksa dia?” “ Sampai dia kafir semula,” jawab Abu Jahal bangga. Umaiyah tidak berasa puas hati maka dia berkata lagi :” Ya Abu Jahal, kita sebenarnya masih ketinggalan zaman kerena belum pernah aku lihat seorang manusia yang begitu sabar menanggung pelbagai azab demi mempertahankan kepercayaannya sebagaimana Bilal.”
Umaiyah bertanya lagi: : Adakah cara lain yang engkau fikir boleh membuatkan dia mengubah pendiriannya?” “Begini,” kata Abu Jahal memulakan pendapatnya.” Bukankah hari amat panas sekali, jadi pakaikan dia dengan pakaian besi kemudian kita jemurkan dia di tengah padang pasir di luar kota Mekah. Aku percaya budak hitam itu tidak akan dapat menahan kepanasan besi dan cahaya matahari yang membakar itu.”

Umaiyah bertanya lagi” Adakah perbuatan ini akan berhasil?” “Tentu sekali aku percaya dan yakin jika dia mendengar rancangan kita ini tentu dia akan meminta ampun dan dengan itu sudah tentu dia akan kembali kepada agama asalnya,” Kata Abu Jahal dengan penuh yakin.

Setelah segala rangcangan mereka siap diatur maka mereka pun menangkap Bilal dan dipakaikannya dengan sehelai baju besi. Kemudian mereka pun membawa Bilal ketengah padang pasir dengan kakinya dirantai.

Setibanya di tengah padang pasir itu mereka pun meninggalkan Bilal keseorangan diri di antara batu-batu padang pasir itu.

Hari itu amat panas sekali sehingga tidak ada sesiapapun yang sanggup berdiri lama di bawah sinaran matahari pada masa itu. Manakala pada malam harinya pula keadaannya amat sejuk sehingga terasa ke tulang hitam.

Azab yang diterima oleh Bilal tidak terperi sakitnya. Bagaimanapun dia tidak mengeluh atau gentar menghadapi segala percubaan yang diterimanya. Hatinya bulat, dia hanya berdoa kepada Allah S.W.T. agar Allah S.W.T. menguatkan imannya di samping memohon bantuan agar Allah S.W.T. melepaskan dia dari azab yang tidak tertanggung itu.

Keesokan harinya Abu Jahal dan Umaiyah datang menemui Bilal. Dalam hati mereka berdua menyangkakan tentulah bilal akan bersujud kepada mereka meminta ampun dan berjanji akan mengubah pegangannya.

Sebaik saja syaitan Quraisy itu bersemuka dengan Bilal, semangatnya menjadi semakin kental mengadap segala kemungkinan dan kemarahannya semakin meluap-luap terhadap kedua manusia itu.

Abu Jahal mendekati Bilal lalu membisikan sesuatu, katanya: “ Hai Bilal, bagaimanakah keadaan engkau sekarang?” Kemudian Bilal menjawab: “ Ahad! Ahad!”

Mendengar perkataan itu, secara tiba-tiba Abu Jahal menjadi marah. Hatinya berasa terlalu sakit mendengar perkataan itu, bagi dia perkataan itu seolah-olah racun baginya.

Lantas dia berkata kepada Bilal dengan geramnya : “ Hei budak hitam, apakah kau masih mahu berkeras di atas kesesatan engkau ini.”

Abu Jahal mengamuk dan meradang setelah Bilal tetap dengan pendiriannya. Dia mencari-cari di sekelilingnya kalau-kalau ada benda yang dapat di pergunakannya untuk membunuh Bilal pada masa itu. Kemudian dia ternampak seketul batu besar tidak jauh dari situ, lantas dia serta Umaiyah dan juga para pengikut yang mengiringin mereka mengangkat batu besar itu dan meletakkannya di atas dada Bilal bin Rabah.

Setelah batu itu diletakkan di atas dadanya, Bilal merasa terlalu sukar untuk bernafas, tetapi dalam hatinya masih menyeru “ Ahad! Ahad!”

Abu Jahal, Umaiyah dan para pengikutnya mengugut Bilal mengatakan bahawa dia akan mati tidak lama lagi. Mereka bersorak-sorak melihat keadaan Bilal semakin payah untuk bernafas dan semakin perlahan pula suaranya menyebut “ Ahad! Ahad.” Akan tetapi gerak bibirnya masih belum berhenti dari menyebut perkataan itu.

Segala harapan Abu Jahal untuk melihat Bilal memohon ampun dan balik ke agama asal meleset sama sekali. Bahkan bibir Bilal tidak henti-henti menyebut “Ahad! Ahad”’ malah adakalanya kedengaran dia berdoa kepada Allah S.W.T. , katanya “ Ya Allah, sekiranya mereka mahu membunuh aku agar aku menyekutukan Tuhan Ar Rahman maka biarlah aku mati, daripada menyekutukan Tuhan.  Aku tidak takut mati, aku tidak takut mati, aku lebih takut menyekutukan  Tuhan Ar-Rahman. Ya Allah, Tuhan Ibrahim, Yunus, Musa dan Isa aku bermohon kepadamu selamatkanlah aku dari siksaan ini.”

Doa Bilal yang kedengaran terketar-ketar itu di dengari oleh Abu Jahal dan Umaiyah. Mereka berpandangan sesama sendiri memikirkan apakah yang harus dilakukan lagi terhadap Bilal. Kemudian Umaiyah berkata kepada Abu Jahal :” Bukankah sudah aku beritahu pada engkau, tak guna lagi kita menyiksa budak itu. Dia memang keras kepala, memang tak ada harapan yang dia akan mengikut agama kita lagi, lebih baik saja kita bunuh dia.”

Dalam perkara ini Abu Jahal lebih pintar dari Umaiyah. Sambil menundukkan kepada dia mencari-cari jalan bagaimana hendak memaksa Bilal supaya dia kembali kafir. Membunuhnya sebagaimana yang disarankan oleh Umaiyah adalah jalan yang terakhir tetapi tidak menguntungkan mereka, sebaliknya dia akan membawa banyak akibat dan kerugian kepada pihak Quraisy sendiri.

Kisah penderitaan Bilal menghadapi siksa dari pihak Quraisy akhirnya telah sampai ke pengetahuan Rasulullah S.A.W. dan Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq r.a. Setelah mendapat berita itu, tanpa membuang masa Saiyidina Abu Bakar pun terus menuju ke tempat Bilal di siksa itu. Di bawah kepanasan cahaya matahari Saiyidina Abu Bakar meredah padang pasir yang luas itu.

Dari jauh dia nampak sekumpulan manusia sedang mengerumuni sesuatu. Tanpa membuang masa Saiyidina Abu Bakar datang kearah mereka, mereka pun berundur. Sebaik saja Saiyidina Abu Bakar sampai disitu dilihatnya Bilal masih hidup dan dia tidak henti menyebut “Ahad! Ahad!”, akan tetapi keadaanya begitu menyayat hati. Dia meronta-ronta seperti separuh nyawa ikan. Batu besar yang menghempap pada perutnya menyebabkan dia mengalami kesesakan nafas.

Melihat keadaan sahabatnya diperlakukan begitu dia berasa amat hiba sekali, Saidina Abu Bakar yang biasanya bersifat penyabar, lemah lembut dan tenang tiba-tiba saja melenting marah bagai api menjulang. Api kemarahannya terlalu membara melihat kejadian yang menyayatkan itu. Ketika itu dilihatnya Abu Jahal dan Umaiyah adalah seperti budak kecil.


Selepas peristiwa tersebut Abu Bakar r.a memerdekakan Bilal secara membelinya daripada Umaiyyah bin Khalaf dengan harga 9 tahil emas. Umaiyyah bin Khalaf sengaja menjualnya dengan harga yang mahal supaya Abu Bakar tidak mahu membelinya sedangkan di dalam hati dia berkata: "Sekiranya Abu Bakar tidak mahu membelinya dengan harga tersebut, aku tetap akan menjualnya walaupun dengan harga 1 tahil emas". Sebaliknya Abu Bakar juga berkata di dalam hatinya: "Sekiranya dia tidak mahu menjual dengan harga tersebut, aku tetap akan membelinya walaupun dengan harga 100 tahil emas".

Bilal bin Rabah r.a terlalu
gembira dengan kemerdekaan tersebut kerana beliau dapat memulakan era kehidupan baru di dalam suasana kehidupan yang penuh dengan kebebasan yang tidak pernah dijanjikan kepadanya. Kemudian beliau berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan rombongan umat Islam yang berhijrah ke sana.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...