nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

KERANA ISLAM ATAU KERANA POLITIK?

Ishak Ibrahim:
*TUAN GURU ABDUL HADI AWANG*

*31 Mei 2016*

Isu Rang Undang-Undang Ahli Persendirian menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1), bernama Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016), menjadi perbincangan hangat, kerana adanya kalangan yang menjadikannya pertikaian yang dihangatkan dan modal politik tanpa maruah.

Kepada penganut Islam, sila tepuk dada tanya  iman, bukan tepuk dada tanya  selera. Wajib berdalil bukannya berdalih dan berdolak dalik. Di mana kepentingan menegakkan Islam yang diimani mengatasi tujuan politik, walaupun poilitik itu sebenarnya tidak boleh dipisahkan daripada Islam, namun kemanisan iman yang disifatkan oleh Rasulullah SAW:

ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان , أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما , وأن يحب المرأ لايحبه إلا لله , وأن يكره أن يعود في الكفر كما يكره أن يقذف في النار (البخاري)

"Ada tiga perkara, sesiapa yang mempunyainya, menandakan masih adanya kemanisan iman didalam dirinya. (1) Allah dan Rasul dikasihinya lebih daripada yang lain. (2) Dia megasihi seseorang secara ikhlas kerana Allah dan (3) Dia benci kepada kekufuran laksana tidak mahu kalau dia dicampak ke dalam api neraka." (Al-Bukhari)

Kemanisan ini menjadikan semua pihak dalam kalangan penganut Islam tanpa mengira fahaman politik, termasuk yang tidak berpolitik, semuanya mendukung tujuan memartabatkan Syariat Allah secara umum, termasuk DYMM Raja-Raja melalui titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam perasmian Sidang Parlimen ini pada 7 Mac 2016. Tegas Baginda, mahukan taraf Mahkamah Syariah ditinggikan. Bukan undang-undang Hudud yang mengikut mereka yang berfahaman sempit terhadap Islam, yang meletakkan undang-undang Islam hanya jenayah Hudud. Maka dijadikan satu-satunya senjata paling kuat untuk menyerang Islam.

Usul seumpama ini telah diangkat beberapa kali, sejak Parliman Ke-9 (1995) dan persidangan akhir tahun 2015. Perubahan dibuat melalui rundingan di luar Parlimen, kerana medan politik bukan sahaja berbahas dalam Parlimen. Amalan demokrasi bukan sahaja dalam Parlimen, termasuk hubungan diantara kerajaan dan pembangkang secara perbincangan. Usul ini dibawa terlebih dahulu secara rundingan di luar Parlimen, mencari pendekatan damai, walaupun berbeza pendapat dan pendekatan.

PAS tidak perlu memikul kesalahan DAP yang mengumpul masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina dan lain-lain ke dalam bakul pembangkang DAP, sehingga memilih secara kasar dan hanya bersorak di dalam Parlimen dan demonstrasi di jalanan untuk paparan berita hangat media.

Sebenarnya, usul ini berkaitan dengan penganut Islam sahaja, bagi membetulkan asas perlembagaan Negara. Perkara 3, Islam adalah Agama Persekutuan dan agama-agama lain dibenarkan untuk diamalkan secara bebas. Masalahnya Islam yang menjadi Agama Persekutuan ini masih tidak bebas, khusus bagi penganut Islam yang sudah dihimpit dengan masalah yang wajib diselesaikan dengan Syariat Islam.

Inilah yang menyedarkan umat Islam sendiri, bukan sahaja PAS, termasuk juga Umno dan lain lain, sama ada dia berpolitik atau tidak, daripada rakyat biasa sehinggalah Raja-Raja dan para pemimpin, seorang Islam yang baik atau jahat, kerana kecintaan kepada Islam yang ada dalam hati-hati mereka. Maka campur tangan pihak lain terhadapnya boleh dianggap melanggar sempadan dan mahu memecah tembok perbezaan yang harmoni.

Usul ini telah dikemukakan mengikut tempoh masa yang diwajibkan oleh Peraturan Mesyuarat, terlebih dahulu sebelum daripada kemalangan helikopter yang mengorbankan dua Ahli Parlimen yang kami semua mendoakan rahmat Allah kepada mereka, sehingga terpaksa diadakan dua PRK. Kalau usul tidak dikemukakan cukup tempoh harinya maka usul hendaklah ditolak. Usul ini sekadar menaikkan taraf Mahkamah Syariah dan sebahagian daripada hukum syariat yang hukumannya dalam perkara umum, termasuk undang-undang keluarga, pusaka dan wakaf yang lebih rendah daripada mahkamah sivil paling rendah. Inikah kedudukan Islam yang menjadi agama negara dalam perlembagaan?

Jelasnya, bahawa Rang Undang-Undang ini lebih bersifat menyempurnakan prasarana Sist

em Kehakiman Islam yang menunjukkan bahawa Undang-Undang Allah SWT lebih menjamin keadilan daripada undang-undang ciptaan manusia dan membetulkan perjalanan undang manusia yang diizin Allah, di mana Mahkamah Syariah dan hukumannya lebih berkonsep mendidik masyarakat, bukannya menghukum.

Adapun hukuman jenayah yang disebut di bawah pindaan ini, lebih banyak dalam perkara takzir yang terlalu ringan yang bersifat mendidik masyarakat Islam dan menjadi contoh kepada masyarakat bukan Islam tanpa paksaan. Ada pun hukuman jenayah berat dalam perkara Hudud dan Qisas seperti hukman bunuh, memotong tangan pencuri yang amat ditakuti oleh DAP dan sepertinya tidak terlibat. Sepatutnya mereka tidak perlu takut kalau tidak mencuri atau merompak, kerana pindaan undang-undang ini memerlukan majoriti 2/3, di mana mereka boleh menghalangnya, kerana  sudah pasti mereka tidak menyokong, bahkan menghalangnya, kerana perangai mereka begitu rupa, walaupun perkara urusan penganut Islam.

Diulang lagi, sepatutnya pihak bukan Islam tidak perlu takut kerana ini bukan urusan mereka, ini urusan penganut Islam sahaja.
Kami hanya membawa usul untuk dibaca kali yang pertama yang belum boleh dibahas sebelum diluluskan, mengikut Peraturan Mesyuarat  15(5), untuk memberi peluang kepada semua pihak mengkaji dan menyediakan hujah dan alasan sehingga Persidangan Parlimen yang akan datang, memakan masa menunggunya lebih daripada tiga bulan.

Kepada penganut Islam yang wajib menyokong usul ini, saya memberi peringatan dengan firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِهِمۡۗ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ

"Dan hendaklah Engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanMu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadaMu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik." (Surah Al-Maidah, ayat 49)

Adapun kepada parti yang dinamakan Parti Amanah yang pandai bersilat dengan kata-kata dan alasan berdalih, saya sebutkan firman Allah SWT:

إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَىٰكَ ٱللَّهُۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآئِنِينَ خَصِيمٗا

"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad SAW) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadaMu (melalui wahyuNya) dan janganlah Engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat." (Surah An-Nisa', ayat 105)

Tegasnya, bahawa usul ini adalah membuka pintu ke arah mengisi kemerdekaan yang kita warisi bersama daripada generasi awal yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Kemerdekaan itu bukan sekadar menghalau penjajah asing keluar daripada tanah air kita, bahkan juga membuang segala peninggalan mereka, termasuklah aspek perundangan. Mereka yang menghalang usaha ini adalah saki baki penjajahan pemikiran  yang wajib membebaskan fikiran mereka daripadanya.

Kita wajib berterima kasih kepada semua pihak, kerajaan dan bukan kerajaan yang mendukung dan menyokong, serta memohon Allah supaya diberi pahala dan fadhilat manakala kepada pihak yang lain supaya bertaubat dan mendapat hidayat.

Kepada yang mahu bercakap atau menulis dalam tajuk ini, bacalah firman Allah SWT:

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡ‍ُٔولٗا

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (pada hari kiamat nanti) tentang apa

yang dilakukannya." (Surah Al-Isra': ayat 36)

*“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”*

*ABDUL HADI AWANG*
*Presiden PAS*

APABILA ZINA LEBIH MUDAH DARIPADA KAHWIN

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar. Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterus pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.

MANGSA NAFSU SOMBONG

Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya. Apatah lagi jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan. Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:

“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; ‘kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.

Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”. Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf. Nabi s.a.w. bersabda:

“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

KERENAH KURSUS KAHWIN

Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga jenerasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, kursusnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan.

Malangnya, ada kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakutkan dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru makin meningkat.

TOK KADI TAK FAHAM HUKUM

Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya. Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:

“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi:

(Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”).

Juga al-Imam al-Bukhari (meninggal 256H) menyebut:

(Apabila bakal suami berkata kepada wali (bakal isteri) kahwinkanlah aku dengannya, lalu wali berkenaan diam seketika, atau bertanya: “apa yang awak ada (mahar)?”, atau kedua mereka diam lalu wali itu berkata: “aku nikahkan engkau dengannya”, maka itu adalah harus (sah). Ada hadis mengenainya yang diriwayatkan oleh Sahl daripada Nabi s.a.w).

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Tiada cerita satu nafas atau sekali lafaz dalam akad seperti yang ditokok tambah oleh jurunikah. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Syaratnya, ia lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi, ia menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.

KHURAFAT AKAD SATU NAFAS

Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut: “Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).

Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

KERENAH ‘MAHKAMAH’

Setelah berkahwin, rumahtangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa. Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah:

(maksudnya) “Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik, dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat (hukum) Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan), dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat (sunnah), untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala-galanya” (Surah al-Baqarah, ayat 231).

Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi sesetengah mahkamah atas nama syariah. Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan.

Kata Dr Karim ‘Abd al-Karim Zaidan menyebut:

“Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah…Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi’in” (al-Mufassal, 7/217).

Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir:

“Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab yang dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”.

Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah:

“Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (dipasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja”. (ibid 8/439).

Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumahtangga untuk kebahgiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumahtangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah biorokrasi mahkamah. Hakim barang kali ringan lidahnya menyebut: “kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri

Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.

Tidak ada muslim terbaik melainkan dia akan berhadapan musibah!

Muslim Terbaik Tanpa Musibah??

Tidak ada muslim terbaik melainkan dia akan berhadapan musibah!

Begitulah kehendak ALLAH demi menjulang hamba-NYA yang sabar mendepani musibah ke darjat yang tertinggi. Hamba-NYA itu akan mengungguli seluruh para hamba-NYA yang lain yang soleh, tetapi tidak sabar.

Begitulah persaingan dan perlumbaan menuju Allah. Ia berakhir dengan ujian dan musibah daripada-NYA. Kemudian keunggulan dan ketinggian itu akan menjadi milik mereka yang dianugerahi sifat sabar di dalam menghadapinya.

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

"Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah kepada perkara yang makruf (baik) dan tegahlah daripada perkara yang munkar dan SABAR-lah di atas MUSIBAH yang menimpa-mu. Sesungguhnya itu adalah daripada perkara-perkara yang agung."

- Surah Luqman:17

Mahu menjadi muslim terbaik?

Janganlah berangan-angan jika kamu tidak bersedia berhadapan musibah di hadapan. Jika mahu, maka bersedialah dengan memohon sifat sabar daripada ALLAH.

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

"Tuhan kami, limpahilah kami dengan KESABARAN dan perteguhkanlah kaki kami dan tolonglah kami ke atas kaum yang kufur."

- Surah Al-Baqarah:250

Jika Kewangan Islam Boleh Disokong, Mengapa Tidak Undang-Undang Islam

– Syahir Sulaiman*

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” (Al-Baqarah: 208)

*Perkembangan Sistem Kewangan Islam*

Sistem kewangan Islam di Malaysia dalam bentuknya yang terkini telah bermula sejak 30 tahun yang lalu, walaupun prinsip-prinsip asasnya telah sedia ada sejak kedatangan Islam lagi (Akram Laldin, 2013). Keampuhannya semasa melalui tempoh krisis kewangan dunia pada 1986/87 dan 1997/98 telah membuktikan bahawa sistem ekonomi dan kewangan Islam berupaya menjadi alternatif kepada sistem kewangan konvesional.

Menurut Tan Sri Dr Zeti Akhtar, perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia telah melalui empat fasa pembangunan. Fasa pertama melibatkan penubuhan institusi kewangan Islam, dengan tertubuhnya Lembaga Tabung Haji pada tahun 1969 sebagai institusi kewangan Islam pertama di Malaysia. Atas kesedaran yang semakin meningkat, bank Islam pertama iaitu Bank Islam Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1983 dan dikawalselia di bawah Akta Bank Islam. Seterusnya, pengendali takaful pertama telah ditubuhkan pada tahun 1984 di bawah Akta Takaful, bagi menyediakan skim perlindungan insuran mengikut prinsip Islam.

Dalam fasa kedua, bank konvensional dibenarkan untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan Islam melalui operasi jendela (Islamic Window). Fasa ketiga menyaksikan operasi jendela yang telah mencapai saiz kritikal diberi pilihan untuk mentransformasi struktur jendela kepada subsidiari Islam (Islamic Subsidiary). Akhir sekali, apabila kapasiti dipertingkatkan, sektor perbankan Islam telah diliberalisasikan bagi membolehkan sistem perbankan Islam domestik berintegrasi dengan sistem perbankan di peringkat antarabangsa (Pelan Induk Industri Kewangan Islam, 2005).

*PAS dan Perkembangan Sistem Kewangan Islam*

Peranan PAS dalam mengemukakan cadangan dan desakan ke arah pelaksanaan sistem ekonomi dan kewangan Islam telah bermula sejak negara mencapai kemerdekaan, sehingga kini diyakini oleh pengguna Islam dan bukan-Islam, yang telah menyaksikan keindahan dan keadilannya.

Menurut Ismail Said (2011), Muktamar Agung PAS yang pertama pada 4 Januari 1953 telah meluluskan tujuh resolusi penting, termasuklah saranan terhadap sistem ekonomi dan percukaian dalam negara. Manakala dalam Manifesto PAS bagi menghadapi Pilihanraya Umum pertama 1959, PAS mengemukakan lima dasar penting negara yang diperjuangkan PAS, iaitu Siasah (Politik), Iktisad (Ekonomi), Keselamatan, Pendidikan, dan Kebajikan. Sejarah turut merekodkan penglibatan PAS dalam Majlis Perundingan Ekonomi Negara pada tahun 1989 dalam menggubal Dasar Pembangunan Nasional yang telah dilaksanakan di bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua.

Selain itu, sesiapa yang mengikuti perkembangan sistem kewangan Islam di Malaysia akan mengiktiraf jasa besar Menteri Besar Negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS.

Sejarah menyaksikan bagaimana Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengarahkan agar dipindahkan semua akaun kewangan Kerajaan Negeri Kelantan daripada bank konvensional (ribawi) kepada Bank Islam, walaupun mendapat kritikan pelbagai pihak (Surtahman, 2004). Tindakan tegas beliau pada tahun 1990 ini telah menyuburkan usaha mengembangkan institusi kewangan Islam yang baru memasuki fasa kedua pembangunannya (1990–1999), sehingga Malaysia kini digelar sebagai hub kewangan Islam utama di dunia.

Malah sudah menjadi suatu kemestian di dalam Ucapan Dasar Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang pasti akan memperuntukkan satu bab khusus untuk membicarakan tentang dasar ekonomi Islam, sebagai penyelesaian terhadap kegagalan ekonomi negara dan dunia.

*Sistem Kewangan Islam dan Undang-Undang Islam*

Berbalik kepada agenda pelaksanaan sistem kewangan Islam, usaha yang diambil telah mengambil masa yang amat panjang. Bermula dengan membangkitkan kesedaran awam (public awareness) seterusnya ke arah penggubalan akta-akta yang berkaitan (legislation), ia terus berkembang dengan disokong oleh infrastruktur yang kondusif (infrastructure), pembangunan modal insan yang kompeten (human capital), dan inovasi produk yang berterusan (innovation), untuk bersaing dengan perkembangan sistem kewangan konvensional yang berjalan serentak di dalam negara (dual-system).

Perlu difahami bahawa usaha ke arah pelaksanaan undang-undang Islam juga akan mengambil masa yang amat panjang, dan akan melalui fasa pelaksanaan yang sama sebagaimana agenda pelaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia. Perjuangan yang panjang ini telah dan akan melalui fasa kesedaran awam, konsultasi pakar, penggubalan undang-undang, pembangunan infrastruktur dan modal insan, serta inovasi ijtihad kontemporari.

Justeru sebagaimana kita boleh bersetuju dalam agenda pelaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia, mengapa tidak dapat kita bersetuju dalam agenda pelaksanaan undang-undang Islam dalam negara.  Kedua-duanya adalah sebahagian daripada Islam yang sempurna.

- Syahir Sulaiman, Pengarah Strategi DPPM
- 30 Mei 2016

AKTA 355 MEMARTABATKAN KANUN JENAYAH SYARIAH KELANTAN

Pindaan Akta 355 martabat Kanun Jenayah Syariah (II)

Sejak 23 tahun yang lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah berusaha melaksanakan undang-undang jenayah syariah dengan meluluskan suatu enakmen yang dinamakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 pada bulan November tahun 1993.

Usaha ini dilakukan secara berterusan walaupun tidak dibenarkan oleh Kerajaan Pusat ketika itu sehingga Kerajaan Negeri membuat sambutan Hari Hududullah setiap tahun bagi memberi penerangan kepada rakyat tentang keindahan hukum Allah.

Kerajaan Negeri kemudiannya sekali lagi membuat pindaan kepada enekmen tersebut dan diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac 2015 bagi beberapa pindaan dan bertujuan mempermudahkan laluan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah setelah usul persendirian dibawa ke Parlimen.

Maka dengan kelulusan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Pindaan Akta 355; Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016) oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semalam di Dewan Rakyat akan lebih memberi laluan selepas ini untuk Kanun Jenayah Syariah di Kelantan dapat dilaksanakan.
Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan tahniah dan terima kasih kepada Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang di atas usahanya membawa usul ini ke Parlimen.

Alhamdulillah, dengan izin Allah jua, RUU Persendirian Pindaan Akta 355 yang dibawa pada kali ini berjaya dibentangkan setelah dua kali tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat pada tahun lalu.

Saya berharap agar perbahasan untuk RUU Persendirian Pindaan Akta 355 pada sesi Dewan Rakyat akan datang dapat dipermudahkan dan disokong oleh seluruh Ahli Parlimen beragama Islam.

Insya Allah Negeri Kelantan akan menjadi negeri pertama yang akan melaksanakan undang-undang jenayah Islam hanya kepada pesalah daripada kalangan orang Islam sahaja.

Masyarakat bukan Islam tidak perlu takut dan memandang sinis dengan agenda pelaksanaan ini kerana undang-undang ini sedikitpun tidak melibatkan non muslim.

Saya turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Pusat dan Speaker Dewan Rakyat yang memberi laluan mudah untuk RUU Persendirian tersebut dibentangkan.

Semoga usaha semua pihak tanpa mengira parti untuk menegakkan hukum Allah ini diganjari dengan sebesar-besar ganjaran. Wallahu Waliyyul Taufiq.

USTAZ DATUK AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan merangkap Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN

Daripada Anas Bin Malik radiallahu anhu mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam bersabda: ‘Dajjal akan diikuti 70 ribu Yahudi dari Isfahan memakai Al-Tayalisah (selendang Persia)” (Sahih Muslim, hadist ke 7034)

Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". (Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibnu Hajar berkata : "Sahih'')

Juga terdapat keterangan melalui Abu Waa’il radiallhu anhu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam Kitabnya “Al Mushonnaf” no: 38682, bahawa terbanyak pengikut Dajjal adalah Yahudi dan anak-anak para Wanita penzina terang-terangan, sebagaimana berikut ini:
.
أَكْثَرُ أَتْبَاعِ الدَّجَّالِ الْيَهُودُ وَأَوْلاَدُ الْمُومِسَاتِ
.
“Kebanyakan pengikut Dajjal adalah Yahudi dan anak-anak dari para wanita pezina terang-terangan”.
.
Di sini kita dapat lihat yang dimaksudkan para wanita pezina terang-terangan adalah para wanita yang melakukan nikah mut’ah (kawin kontrak Syi’ah). Kerana nikah mut’ah itu telah diharamkan oleh Nabi sallalahu alaihi wa sallam.

ISFAHAN adalah salah satu Daerah / Kota YAHUDI di IRAN

Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim].

ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di IRAN dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini. Marilah kita hayati hadis-hadis nabi diatas dan percaya sungguh-sungguh bahawa apa yang dikatakan Rasulullah itu benar-benar akan berlaku! 70 ribu pengikut dajjal akan muncul di Iran dari kalangan penduduk Isfahan. Mereka memakai Al-Tayalisah. Mengikut pandangan beberapa ulama ,Al-Tayalisah ialah sejenis pakaian atau jubah kebesaran pendeta yahudi dan dipakai oleh para pendeta Syiah

ISFAHAN terletak di tengah-tengah IRAN dikelilingi oleh kota-kota Syiah, ini seakan dengan jelas orang-orang Syiah melindungi mereka. Padahal orang-orang Sunni di Iran diburu seperti tikus, dan ulama-ulamanya ditangkap dan ada yang dibunuh, Bahkan orang-orang Sunni tidak mempunyai masjid di kota IRAN untuk solat Jumaat berbanding dengan Yahudi yang bertebaran di bumi IRAN

Benarkah pakaian sunnah merupakan adat orang Arab

Benarkah pakaian sunnah seperti jubah, serban, janggut, rida', capal Nabi saw merupakan adat orang Arab (sunnah jibilliyyah), dan bukanlah Sunnah Maqsuudah yang wajib dipelihara, dan kita boleh meninggalkannya bila perlu?.

Alasannya ialah kerana disana masih banyak sunnah yang penting serta besar melebihi sunah pakaian, kerana bagi mereka berakhlak mulia adalah lebih penting dari berpenampilan ala sunnah tapi pengotor dan tidak berakhlak.

Pencerahan:

Disini saya ingin menjelaskan bahawa isu pakaian merupakan isu fundamental dalam Islam yang mana selaku umat yang selalu mengikuti qudwah hasanah baginda saw pastinya takkan pernah terlintas di fikiran kita untuk meninggalkan walau satu sunah biar betapa kecil ia sekalipun, kerana sesungguhnya Allah menjanjikan hidayah dalam sunnah.

Sebagaimana firman Allah swt:

وان تُطِيعُوه تهتدوا

Disamping itu pakaian sunnah merupakan persalinan istimewa yang dipilih oleh Allah swt buat kekasihnya bahkan hingga ketika baginda saw naik ke Arasy Rahman juga baginda saw tidak meninggalkannya.

Bagi umat pula pakaian sunah berperanan membentuk jati diri serta penghambaan yang tinggi kepada Allah swt.

Di samping itu busana sunnah juga boleh menimbulkan rasa malu kepada pemakainya untuk melakukan maksiat, kerana pengamalnya merasakan bahawa aku sedang memperagakan imej Nabi Muhammad saw ke mata dunia. Secara tidak langsung mengawal sikap dan akhlak mereka.

Dalil tentang pakaian Sunnah disisi syarak:

1) Dalil Quran.

Firman Allah swt dalam Al Quran:

يا بني آدم قد أنزلنا عليكم لباسا يواري سؤاتكم وريشا ولباس التقوي ذلك خير.

Dalam ayat ini Allah swt menyebutkan 3 jenis pakaian yg Allah swt turunkan kepada anak Adam.

1) Pakaian yang menutup aurat.
2) Pakaian kemewahan.
3) Pakaian takwa.

Allah swt menyebut bahawa pakaian takwa adalah yg terbaik di antara ketiga jenis pakaian yang Dia turunkan.

Bagi saya, ayat ini adalah nas bagi kepentingan berpakaian mengikut Sunnah. Apa yang dijelaskan diatas bahawa berpakaian ikut sunnah adalah sunnah jibilliyyah hanyalah teori aqliyyah semata-mata yang sama sekali tidak dapat menyaingi ketinggian dalil qath'ie dalam hal ini.

2). Dalil hadis begitu banyak menyebutkan bahawa Nabi saw memakai jubah syaamiyyah (جبة شامية)، jubah yaman dll.

3). Qias: hakikatnya memakai jubah, serban, kain pelikat adalah sunnah maqsuudah yang dikehendaki oleh syarak kerana pakaian sunnahlah merupakan sunah yang akan membezakan antara pakaian orang beriman dengan orang yang tidak beriman.

Pernah suatu hari saya berdebat dengan seorang pelajar Afrika yang mengatakan bahawa takwa bukanlah pada baju tapi dihati sambil dia membacakan hadis: 

التقوي ههنا

Saya katakan kepadanya bahawa kadangkala takwa juga ada pada pakaian sebab itulah Allah swt berfirman:

ولباس التقوي ذلك خير

Saya bagi contoh kepadanya seandainya  tuan pergi ke luar negara bukan Islam, lalu berpakaian baju biasa selain jubah serban, macammana orang nak cam bahawa tuan orang Islam hingga dia kena salam pada tuan?. Orang takkan mampu membezakan antara seorang muslim dengan non-muslim melainkan dengan pakaian sunnah.

4) Dalil Urf:

Sesuatu perkara yg baik dalam budaya Arab akan tetap dikekalkan oleh Nabi saw dalam Islam kerana Islam tidak datang untuk menghapuskan segala adat istiadat manusia.

Kalaulah kita mengatakan bahawa jubah itu pakaian Arab sejak mula maka ianya berubah menjadi sunnah yg maqsuudah setelah ianya diterima oleh syarak sebagai salah satu perkara yg baik asalkan ianya mengikut ketentuan syarak.

Adapun pendapat yg mengatakan apa guna berjubah kalau akhlak tak elok, pengotor itu faktor luaran yang tak menjadikan pakaian sunnah tak penting kalau pemakainya tak baik.

Itu luar konteks... Konteks pembahasan kita ialah apakah pakaian sunnah itu satu kepentingan dalam agama atau tidak.

5) Lagi satu saya nak berkongsi dalil tajribiyyah (pengalaman peribadi saya dalam mengenakan pakaian sunnah) di negara bukan Islam.

Iaitu Allah swt akan mencampakkan dua perasaan dalam hati orang kafir bila melihat seorang Muslim berpakaian secara sunnah.

Kalaulah dia seorang pencinta Islam dia akan kagum bila lihat kita berpakaian sunnah.

Pengalaman pertama sewaktu saya di Jepun saya Ke hospital untuk menemani sahabat yg sakit.

Saya pakai jubah putih, tiba-tiba saya nampak seorang makcik tua datang mendekati saya sambil menundukkan kepalanya berkali-kali kemudiannya menghulurkan sebungkus coklat kepada saya sebagai tanda respect.

Keduanya ialah sewaktu Di Langkawi dua tahun lepas saya menemui seorang pelancong Itali yang memanggil saya sambil mengatakan: I like your turban, very-very beautiful.

Ketiganya ialah sewaktu saya Di Ghana kami dakwahkan seorang pemandu taxi yang beragama Kristian...akhirnya dia kata:

Sebenarnya orang-orang Islamlah merupakan pengikut Jesus yang sebenarnya sebab pakaian mereka sama macam Jesus, sedangkan pakaian orang Kristian sekarang adalah berbeza dengan pakaian Jesus.

Ini contoh orang yang kagum dengan pakaian sunnah.

Adapun contoh orang yang gerun dengan pakaian sunnah pula saya ada dua pengalaman sewaktu belajar di South Afrika dulu.

1) Sewaktu berjalan di Sandton City, Johannesburg tiba-tiba saya nampak seorang Yahudi yang memakai kepiah kecil dikepalanya. Bila dia nampak saya terus nampak seolah-olah dia amat takut, hingga dia lari tergopoh gapah.
Betapa takutnya dia kepada umat Islam bila berjubah.

2) Keduanya satu malam saya singgah makan Pizza di sebuah Restoren di South Afrika.

Di suatu sudut kelihatan seorang Yahudi yang kelihatan memeluk tubuhnya sekuatnya nampak macam takut sangat-sangat rupanya dia takutkan kami yang waktu itu sedang makan berdekatan dengannya.

Dari situ saya dapat buat kesimpulan bahawa pakaian sunah bukan sekadar menutup aurat lebih besar dari itu ianya merupakan imej dan jati diri umat Islam. Dengannya lah umat Islam dihormati dan digeruni.

*Yakinlah...dalam sunah ada kejayaan..!!

MASIHKAH MERASA DIRI ALIM

Habib Umar:
MASIHKAH MERASA DIRI ALIM?
(Al Alim Al Habib Ali Zainal Abidin bin Abdurrahman Al Jufri)

Jika kita merasa telah alim, dan sudah banyak ilmu yang kita peroleh, apa arti ilmu kita di hadapan ilmu Iblis. Ilmu apa yang tidak dia ketahui? Sayangnya, ia tidak mengamalkan ilmunya dan tidak tulus bersama Allah. Allah tidak menerimanya. Kalaupun ilmu kita diterima, apakah kita satu-satunya orang berilmu?

Apa arti ilmu kita di hadapan orang-orang sebelum kita? Imam Ahmad bin Hanbal hafal ribuan hadits, begitupula Imam al-Hakim. Bagaimana kita akan tertipu dengan beberapa hadits yang kita hafal, namun tidak kita amalkan?

Imam Syafi’i hafal al-Quran di usia 7 tahun. Ia juga hafal kitab hadits al-Muwaththa’, dengan seluruh sanadnya pada usia 10 tahun. Guru-gurunya, terutama Imam Malik, mendudukkannya di atas kursi tempat mereka berfatwa, ketika usianya belum genap 12 tahun. Sampai-sampai karena tubuhnya yang kurus, ia harus minum pada siang hari bulan Ramadhan, karena tidak kuat dan belum wajib berpuasa. Jadi, ia mengajar sambil minum di atas kursinya itu.

Bagaimana ilmu kita dibandingkan ilmu mereka? Dengan karunia Allah yang diberikan kepada mereka? Soal dedikasi? Kita juga tidak perlu tertipu (dengan amal kita).

Jika kita berjuang, kita berjuang dengan perut kenyang. Padahal orang-orang sebelum kita berjuang dengan perut lapar. Mereka tidak memiliki apa-apa selain sebiji kurma, atau bahkan separuhnya. Setelah itu mereka tidak mempunyai apa-apa lagi.

Apabila orang beriman mau menelaah kehidupan orang-orang saleh zaman dulu, ia pasti tidak akan tertipu dengan amalnya. Ia akan melihat hakikat penyembahan kepada Allah, sehingga ia terpacu untuk terus meningkatkan amalnya dengan tetap menyadari bahwa amalnya itu tidak lain adalah anugerah Allah Swt.

للَّهُــــــــمّ صَــــــلے و سَلّـــــم علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ وعلــــــــى الـــــــه وصـحبه و سَلّـــــم

TANDA MATA HATI YANG MASIH BUTA TERHADAP ALLAH

Bila ALLAH sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak ALLAH

Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Untuk melihat Maha Mencipta disebalik kejadian..

Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat ALLAH dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dari ALLAH hidup untuk ALLAH dan balik kepada ALLAH. Semoga roh para rasul, nabi, tabien, syuhada, para pejuang agama, ulama, saudara mara, sahabat handai kita yang telah pulang kepada ALLAH dicucuri rahmat.. Kita PASTI menyusul..

Semoga ada kebaikan dan manafaat untuk semua, In Shaa ALLAH

SILA SHARE DAN SEBARKAN

SEJARAH TERCIPTA; USUL PERSENDIRIAN MEMINDA AKTA 355 DIBENTANGKAN DI PARLIMEN OLEH PRESIDEN PAS


Oleh: Ahli Parlimen Kuala Nerus

1.    *ALHAMDULILLAH*. Pada hari ini, Khamis 26 Mei 2016, Usul Persendirian oleh YB Marang, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berjaya *dibentangkan* di Dewan Rakyat setelah beberapa kali disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul di Dewan Rakyat sebelum ini. *Perbahasan* bagi Usul Persendirian ini pula akan dijalankan pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat akan datang.

2.    Namun, pada peringkat awal usaha *“pembentangan usul”*, ia dibantah oleh beberapa ahli parlimen DAP dan PAN. Ada yang beralasan ianya sebagai perkara sensitif yang memerlukan rundingan dengan rakyat. PAS menegaskan bahawa nilaian sensitif atau tidak, perlu dilakukan dalam sesi *“Perbahasan Usul"* nanti dan bukan pada peringkat “Pembentangan Usul”.

3.    Apabila alasan mereka ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana tidak mengikut peraturan mesyuarat, mereka meminta pula untuk diadakan *"Undi Belah Bagi"* untuk menentukan sama ada Usul Persendirian itu boleh diusulkan atau tidak, sedangkan "Undi Belah Bagi" tiada dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi peringkat pembentangan usul.

4.    Cubaan beberapa ahli Parlimen DAP ini menimbulkan persoalan terhadap sikap mereka terhadap usaha-usaha untuk memperkasakan perundangan Islam di Malaysia khusus untuk kebaikan orang Islam selaras dengan peruntukan perlembagaan “Islam Agama Persekutuan”.

5.    Usul Persendirian ini adalah bagi meminda *Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355]* dengan menggantikan seksyen 2 dengan seksyen berikut:

*“Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah*

*2.       Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan".*

dan memasukkan selepas seksyen 2 seksyen yang berikut:

*"HUKUMAN*

*2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah yang berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas, selain dari hukuman mati."*

6.    Akta 355 merupakan Akta bagi menentukan had bidang kuasa berkaitan hukuman jenayah Syariah yang boleh dibuat oleh Badan Perundangan Negeri, dijatuhkan, dan seterusnya dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah seluruh negara ini.

7.    Usul Persendirian tersebut adalah bertujuan memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia agar lebih tinggi kedudukannya berbanding sekarang.

8.    Ia juga bertujuan *memperkasakan* peruntukan undang-undang jenayah Islam dengan meningkatkan kuasa menjatuhkan hukuman bagi Mahkamah Syariah. Jika sebelumnya hukuman terhadap pesalah Syariah terikat dengan had maksima 3 tahun penjara, denda rm5000 dan 6 kali sebatan, maka dengan Usul Persendirian ini had hukuman boleh dipertingkatkan untuk selaras dengan sebahagian undang-undang jenayah Islam.

9.    Pindaan undang-undang ini untuk perkara yang melibatkan orang Islam. Ia tidak wajar menimbulkan sebarang sensitiviti bagi orang bukan Islam. Ruang untuk perbahasan terbuka kepada ahli-ahli Parlimen bukan Islam nanti jika ada yang belum memahaminya.

10. PAS mengemukakan Usul ini di Dewan Rakyat sebagai *satu tanggungjawab dakwah* dan *kewajipan memperkasakan Islam* dengan *memanfaatkan kerangka demokrasi* negara. Ahli-ahli Parlimen di kalangan muslim dan bukan muslim boleh menentukan sikap mereka nanti sama ada menyokong atau membangkang.

Selamat berbahas!!!

Sekian.

Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Khamis 26 Mei 2016

RENUNGI KEHEBATAN 2 RAKAAT SOLAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail (as) dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu
Jibrail (as) memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud..

'Tidak'

Kemudian Jibrail (as) berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail (as) solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata:

'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.

'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail (as) mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail (as) selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.

'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

#DARUL_MUJTABAR

BAGAIMANA ENGKAU MEMANDANG GURUMU?

Al Imam Ali bin Hasan al Aththas mngatakan:

ﺍﻥ ﺍﻟﻤﺤﺼﻮﻝ ﻣﻦ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﻭﺍﻟﻔﺘﺢ ﻭﺍﻟﻨﻮﺭ ﺍﻋﻨﻲ ﺍﻟﻜﺸﻒ ﻟﻠﺤﺠﺐ، ﻋﻠﻰ ﻗﺪﺭ ﺍﻻﺩﺏ ﻣﻊ ﺍﻟﺸﻴﺦ ﻭﻋﻠﻰ ﻗﺪﺭ ﻣﺎ ﻳﻜﻮﻥ ﻛﺒﺮ ﻣﻘﺪﺍﺭﻩ ﻋﻨﺪﻙ ﻳﻜﻮﻥ ﻟﻚ ﺫﺍﻟﻚ ﺍﻟﻤﻘﺪﺍﺭ ﻋﻨﺪ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺷﻚ

“Memperoleh ilmu, futuh dan cahaya (maksudnya terbukanya hijab2 batinnya), adalah sesuai kadar adabmu bersama gurumu. Kadar besarnya gurumu di hatimu, maka demikian pula kadar besarnya dirimu disisi Allah tanpa ragu".
(al Manhaj as Sawiy: 217)

Imam Nawawi hendak belajar kepada gurunya, beliau selalu bersedekah di perjalanan dan berdoa, “Ya Allah, tutuplah dariku kekurangan guruku, hingga mataku tidak melihat kekurangannya dan tidak seorang pun yg menyampaikan kekurangan guruku kepadaku".
(Lawaqih al Anwaar al Qudsiyyah: 155)

Beliau pernah mengatakan dalam kitab At Tahdzibnya:

ﻋﻘﻮﻕ ﺍﻟﻮﺍﻟﺪﻳﻦ ﺗﻤﺤﻮﻩ ﺍﻟﺘﻮﺑﺔ ﻭﻋﻘﻮﻕ ﺍﻻﺳﺘﺎﺫﻳﻦ ﻻ ﻳﻤﺤﻮﻩ ﺷﻲﺀ ﺍﻟﺒﺘﺔ

“Durhaka kepada orang tua dosanya bisa hapus oleh taubat, tapi durhaka kepada ustazmu tidak ada satupun yg dapat menghapusnya".

Habib Abdullah al Haddad mengatakan, “Paling bahayanya bagi seorang murid, adalah berubahnya hati gurunya kepadanya. Seandainya seluruh wali dari timur dan barat ingin memperbaiki keadaan si murid itu nescaya tidak akan mampu kecuali gurunya telah redha kembali".
(Adaab Suluk al Murid: 54)

Seorang murid sedang menyapu madrasah gurunya, tiba2 Nabi Khidir mendatanginya. Murid itu tidak sedikitpun menoleh dan mengajak bicara Nabi Khudhir. Maka Nabi Khidhir berkata, “Tidakkah kau mengenalku?"
Murid itu menjawab, “Ya aku mengenalmu, engkau adalah Abul Abbas al Khidhir ".
Nabi Khidhir berkata, “Kenapa kamu tidak meminta sesuatu dariku?".
Murid itu menjawab, “Guruku sudah cukup bagiku, tidak tersisa satupun hajat kepadamu".
(Kalam al Habib Idrus al Habsyi: 78)

Al Habib Abdullah al Haddad berkata, “Tidak sepatutnya bagi penuntut ilmu mengatakan pada gurunya, “perintahkan aku ini, berikan aku ini!", kerana itu sama saja menuntut untuk dirinya. Tapi sebaiknya dia seperti mayat di hadapan orang yg memandikannya".
(Ghoyah al Qashd wa al Murad: 2/177)

Para ulama ahli hikmah mengatakan, “Barangsiapa yang mengatakan ‘kenapa?' kepada gurunya, maka dia tidak akan bahagia selamanya".
(Al Fataawa al Hadiitsiyyah: 56)

Para ulama hakikat mengatakan, "70% ilmu itu diperoleh sebab kuatnya hubungan antara murid dengan gurunya".

Semoga kita semua termasuk murid yang baik dan mendapat berkah dari guru kita.

Sumber: FB Ustaz Mohd Hazri al-Bindany

Smoga Allah ampunkan dosa tidak ada adabnya kami kpd guru kami.

#darulmujtaba

Solat Sunat Rasulullah

SYAMAIL MUHAMMADIYAH

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Solat Sunat Rasulullah صل الله عليه وسلم Di Rumah.

Abdullah ibn Sa'id r.a. berkata :

"Saya telah bertanya Rasulullah صل الله عليه وسلم tentang solat di rumah saya dan solat di Masjid. Baginda صل الله عليه وسلم bersabda, "Kamu telah lihat sendiri, betapa dekatnya rumah saya dengan masjid. Namun, saya lebih suka solat di rumah daripada solat di masjid, kecuali solat itu solat fadhu."

Untuk mendekatkan dengan ikhlas, menghasilkan keberkatan bagi rumah tersebut dan penghuninya, supaya malaikat turun ke dalam rumah tersebut dan menghalau syaitan.

~ Dipetik dari kitab Syamail Nabi Rasulullah صل الله عليه وسلم, Sofa Production Sdn Bhd.

# Kesempurnaan Rasulullah صل الله عليه وسلم.

KALAM_ULAMA

BERSEDIAKAH KAMU MEMANDANG RASULULLAH?

"Perbuatan kita pada hari ini, adakah kita bersedia untuk berjumpa dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم?

Dengan keadaan rumah kita pada hari ini, adakah rumah kita dipenuhi dengan perkara yang mengingatkan kita kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم ataupun melebihi perkara dunia? Dengan pekerjaan kita pada hari ini, adakah ianya mengingatkan kita pada Rasulullah صلى الله عليه وسلم?

Bayangkan andai Rasulullah صلى الله عليه وسلم hadir menjadi tetamu di rumah kita pada hari ini, adakah kita bersedia menyambut Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam keadaan rumah kita yang penuh dengan keduniaan?

Seorang murid bertanya kepada gurunya, "Wahai guru, mengapa aku sukar untuk bermimpi Rasulullah صلى الله عليه وسلم?"

Jawab gurunya, "Adakah kamu bersedia untuk memandang kepada wajah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan peribadimu yamg sebegini?"

Muridnya menjawab, "Sungguh aku akan malu untuk memandang wajah Rasulullah صلى الله عليه وسلم kerana aku masih melebihi maksiat daripada mengingatinya."

Jawab gurunya, "Persiapkan dirimu untuk Tuhanmu (الله) dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, maka kamu akan dapat berjumpa dengan Rasulullah dalam keadaan kamu menggembirakan hatinya Rasulullah صلى الله عليه وسلم."

[Syeikh Abdullah Al-Jahaf]

KALAM_ULAMA

NASIHAT KELEMBUTAN SAYYIDIL AL-HABIB UMAR BIN HAFIDZ UNTUK PARA WANITA MUSLIMAH

Sayyidil Al-Habib Umar bin Hafidz berkata :
"Sebaiknya muslimah saat ini banyak meneladani para wanita di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan wanita muslimah solehah lainnya, khususnya Sayyidah Fathimah Az-Zahra ra.

Kemudian didik anak-anak perempuanmu dan saudaramu (perempuan) untuk menjaga aurat dengan baik.

Di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم, Sayyidah Fathimah kalau keluar rumah seperti burung gagak serba hitam (busana hitam) semua. Berjalan selalu tertunduk, wajah tertutup hanya satu lubang mata kecil yang terlihat (burqa).

Saat berjalan nanti di YAUMIL AKHIR saat, Sayyidah melewati (jambatan) Shirathal Mustaqim, Allah سبحانه وتعالى akan memerintahkan semua (manusia) menundukkan pandangan.

Kemudian Sayyidah Fathimah berkata : "Dimana anak-anak perempuanku?"
Dan hanya wanita yang meneladaninya yang dapat ikut di belakang beliau.

Wahai muslimah, tidakkah kalian ingin berada di belakang yang dimuliakan Allah سبحانه وتعالى?
Dan tak ada yang boleh memandang beliau."

[Habib Umar bin Hafidz]

KALAM_ULAMA

NAFSU TERSEMBUNYI

Beberapa pakar sejarah Islam meriwayatkan sebuah kisah menarik, kisah Imam Ahmad bin Miskin, seorang ulama abad ke-3  dari kota Basrah, Iraq. Beliau bercerita:

Aku pernah diuji dengan kemiskinan pada tahun 219 Hijriyah.
Saat itu, aku sama sekali tidak memiliki apapun, sementara aku harus menafkahi seorang isteri dan seorang anak.
Lilitan hebat rasa lapar terbiasa mengiringi hari-hari kami.
Maka aku bertekad untuk menjual rumah dan pindah ke tempat lain. Akupun berjalan mencari orang yang bersedia membeli rumahku.

Bertemulah aku dengan sahabatku Abu Nashr dan kuceritakan keadaanku. Lantas, dia malah memberiku 2 lembar roti isi manisan dan berkata: “Berikan makanan ini kepada keluargamu.”

Di tengah perjalanan pulang,
aku berselisihan dengan seorang wanita faqir bersama anaknya. Tatapannya jatuh di kedua lembar rotiku.
Dengan nada yang sayu dia memohon:
“Wahai Tuan, anak yatim ini belum makan, tak terdaya terlalu lama menahan rasa lapar yang melilit diri.
Tolong beri dia sesuatu yang boleh dia makan.
Semoga Allah Ta'ala merahmati Tuan.”
Sementara itu, si anak menatapku tekun dengan tatapan yang takkan kulupakan sepanjang hayat.

Tatapan matanya menghanyutkan fikiranku dalam khayalan ukhrawi, seolah-olah syurga turun ke bumi, menawarkan dirinya kepada siapapun yang ingin meminangnya, dengan mahar mengenyangkan anak yatim miskin dan ibunya ini.
Tanpa ragu sedetikpun, kuserahkan semua yang ada ditanganku. “Ambillah, beri dia makan”, kataku pada si ibu.
Demi Allah, padahal waktu itu tak sesen pun dinar atau dirham kumiliki. Sementara di rumah, keluargaku sangat memerlukan makanan itu.

Spontan, si ibu tak dapat membendung air matanya(menangis) dan si kecilpun tersenyum indah bak purnama.
Kutinggalkan mereka berdua dan kulanjutkan langkah kakiku,
sementara beban hidup terus bergelutan dipikiranku.
Sejenak, kusandarkan tubuh ini di sebuah dinding, sambil terus memikirkan rencanaku menjual rumah.
Dalam posisi seperti itu, tiba-tiba Abu Nashr dengan kegirangan mendatangiku.
“Hei, Abu Muhammad...!
Kenapa kau duduk duduk di sini sementara limpahan harta sedang memenuhi rumahmu?”, tanyanya.

"Masyaallah....!”,
jawabku terkejut.
“Dari mana datangnya?”
“Tadi ada lelaki datang dari Khurasan.
Dia bertanya-tanya tentang ayahmu atau siapapun yang punya hubungan kerabat dengannya.
Dia membawa berduyun-duyun kenderaan barang penuh berisi harta,” ujarnya.
“Jadi?”, tanyaku kehairanan.
“Dia itu dahulu saudagar kaya di Basrah ini. Kawan ayahmu,dulu ayahmu pernah memberikan kepadanya harta yang telah
ia kumpulkan selama 30 tahun.
Lantas dia rugi besar dan bangkrap.
Semua hartanya musnah, termasuk harta ayahmu.Lalu dia lari meninggalkan kota ini menuju Khurasan.
Di sana, keadaan ekonominya beransur-ansur baik.

Bisnesnya meningkat jaya.
Kesulitan hidupnya perlahan-lahan pergi,
berganti dengan limpahan kekayaan.
Lantas dia kembali ke kota ini, ingin meminta maaf dan memohon keikhlasan ayahmu atau keluarganya atas kesalahannya yang lalu.
Maka sekarang, dia datang membawa seluruh harta hasil keuntungan niaganya yang telah dia kumpulkan selama 30 tahun berniaga dan ingin berikan semuanya kepadamu,
berharap ayahmu dan keluarganya berkenan memaafkannya.”

Ahmad bin Miskin melanjutkan ceritanya:
“Kalimah puji dan syukur kepada Allah Ta'ala  meluncur dari lisanku.
Sebagai bentuk syukur.
Segera kucari wanita faqir dan anaknya tadi.
Aku menyantuni dan menanggung hidup mereka seumur hidup.
Aku pun terjun di dunia perniagaan seraya menyibukkan diri dengan kegiatan sosial, sedekah, santunan dan berbagai bentuk amal solih.

Adapun hartaku, terus bertambah melimpah ruah tanpa berkurang.
Tanpa sedar, aku merasa TAKJUB dengan amal solihku.

Aku MERASA, telah MENGUKIR lembaran catatan malaikat dengan hiasan AMAL KEBAIKAN. Ada semacam HARAPAN PASTI dalam diri, bahawa namaku mungkin telah TERTULIS di sisi Allah Ta'ala dalam daftar orang orang SOLIH.

Suatu malam, aku tidur dan bermimpi.
Aku lihat, diriku tengah berhadapan dengan hari kiamat.
Aku juga lihat, manusia bagaikan berombak lautan.

Aku juga lihat, badan mereka
membesar.
Dosa-dosa pada hari itu berwujud dan berupa, dan setiap orang memikul dosa-dosa itu masing-masing di punggungnya.
Bahkan aku melihat, ada seorang pendosa yang memikul di punggungnya beban besar seukuran kota Basrah,
isinya hanyalah dosa-dosa dan hal-hal yang menghinakan.
Kemudian, timbangan amal pun ditegakkan, dan tiba giliranku untuk perhitungan amal.

Seluruh amal burukku diletakkan di salah satu sisi timbangan,
sedangkan amal baikku di sisi timbangan yang lain.

Ternyata, amal burukku jauh lebih berat daripada amal baikku..!
Tapi ternyata, perhitungan belum selesai.
Mereka mulai meletakkn satu persatu berbagai jenis amal baik yang pernah kulakukan.
Namun alangkah ruginya aku.
Ternyata dibalik semua amal itu terdapat "NAFSU TERSEMBUNYI".

Nafsu tersembunyi itu adalah riya', ingin dipuji, merasa bangga dengan amal solih.
Semua itu membuat amalku tak berharga. Lebih buruk lagi, ternyata tidak ada satupun amalku yang terlepas dari nafsu-nafsu itu.Aku putus asa.
Aku yakin aku akan binasa.
Aku tidak punya alasan lagi u  ntuk selamat dari seksa neraka.

Tiba-tiba, aku mendengar suara,
“Masihkah orang ini punya amal baik?”
“Masih...”,
jawab suara lain. “Masih berbaki ini.”
Aku pun menjadi tidak tentu, amal baik apakah gerangan yang masih berbaki?
Aku berusaha melihatnya.
Ternyata, itu HANYALAH dua LEMBAR ROTI isi manisan yang pernah kusedekahkan kepada wanita fakir dan anaknya.
Habis sudah harapanku...

Sekarang aku benar benar yakin akan binasa sebinasanya.
Bagaimana mungkin dua lembar roti ini menyelamatkanku,
sedangkan dulu aku pernah bersedekah 100 dinar sekali sedekah dan itu tidak berguna sedikit pun.
Aku merasa benar-benar tertipu habis-habisan.
Segera 2 lembar roti itu diletakkan di timbanganku.
Tak kusangka, ternyata timbangan kebaikanku bergerak
turun sedikit demi sedikit, dan terus bergerak turun sehingga lebih berat sedikit dibandingkan timbangan keburukkanku.
Tak sampai disitu, tenyata masih ada lagi amal baikku.

Iaitu berupa AIR MATA wanita faqir itu yang mengalir saat aku berikan sedekah.
Air mata tak terbendung yang mengalir kala tersentuh akan kebaikanku. Aku, yang kala itu lebih mementingkan dia dan anaknya dibanding keluargaku.
Sungguh tak terbayang, saat air mata itu diletakkan, ternyata timbangan baikku semakin turun dan terus memberat.
Hingga akhirnya aku mendengar suatu suara berkata,
“Orang ini selamat dari seksa neraka...!

Masih adakah terselit dalam hati kita nafsu ingin dilihat hebat oleh orang lain pada ibadah dan amal-amal kita..????!!!

Allahuakbar!!!aku bermohon kehadrat Allah Tuhan Pemilik Hari Pembalasan agar diriku,keturunanku juga sahabat²ku semua dijauhkan dari sifat dan juga amal dari Nafsu Yang Tersembunyi.

Sumber tazkirah telah kupetik dari kitab"KISAH TAULADAN"
"Ar-Rafi’i dalam  Qalam (2/153-160)".

semoga bersama kita beroleh manfaat.

Selamat beramal dan beristiqomah

Oleh Abu Musoddiq

SILA SHARE DAN SEBARKAN

BERMESYUARATLAH KERANA PADANYA ADA KEBERKATAN

Alhamdulillah. Malam ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat serentak AJK PAS Pusat dan Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). Oleh kerana saya ahli mesyuarat kepada kedua-dua mesyuarat maka perlu membahagikan masa antara keduanya pada malam ini. Khair in shaa Allah.

Mesyuarat atau Syura adalah satu tuntutan di dalam Islam.

Syura adalah proses perbincangan dan perundingan untuk mengeluarkan keputusan atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ia adalah merupakan sebuah medan untuk mewujudkan kesatuan pemikiran (wehdatul fikr) yang akan menjurus kepada kesatuan amal (wehdatul amal).

Pandangan-pandangan yang pelbagai ini perlu digarap dan diharmonikan untuk mengeluarkan satu keputusan yang benar-benar matang demi kepentingan bersama.

Islam telah memerintahkan agar umatnya melaksakan mesyuarat dalam memutuskan sesuatu perkara lebih-lebih lagi dalam urusan berjamaah dan urusan berkaitan dengan kemaslahatan Ummah.

Firman Allah SWT di dalam Surah Asy-Syura, ayat 38:

"Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka."

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud:

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu akan menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati). Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Surah Al-Anfaal, ayat 46).

Semoga pimpinan beroleh kekuatan taufiq dalam melaksanakan mesyuarat berkesan dan beroleh hidayah dalam menghasilkan keputusan yang terbaik buat jamaah tercinta.

Siiru 'ala barakatillah. Wallahu a'lam.

#BeristiqamahHinggaKemenangan.

JIBRIL A.S MENGAMBIL 10 MUTIARA HIDUP SEPENINGGALAN RASULULLAH S.A.W

Sewaktu baginda Rasulullah saw gering...terlontar satu soalan pada Jibril a.s
"Wahai Jibril as ...Adakah kau akan turun ke bumi setelah aku tiada?"
"Masih lagi Ya Rasulullah...daku turun ke bumi untuk mengambil 10 Mutiara  hidup peninggalan mu..
..
Lalu Baginda s.a.w. bertanya kembali; “Mutiara apakah yang kau akan ambil ?

Jibril a.s. menjawab:
(الأَوَّلُ) أَرْفَعُ البَرَكَةَ مِنَ الأَرْضِا”
Mutiara Pertama yang akan ku ambil dari muka bumi ini adalah barakah

Mutiara Kedua yang akan ku ambil dari bumi adalah rasa cinta dari hati manusia :
( وَالثََّانىِ) أَرْفَعُ المَحَبَّةَ مِنْ قُلُوْبِ الخَلْقِ

Mutiara Ketiga yang akan ku ambil dari bumi ini adalah rasa kasih sayang diantara keluarga :
(وَالثََّالِثُ) أَرْفَعُ الشُّفْقَةَ مِنْ قُلُوْبِ الأَقاَرِبِ
[ ya'ani rasa kasih sayang antara keluarga semakin menipis. ]

Mutiara ke Empat yang akan diambil oleh Jibril dari bumi ini adalah keadilan di hati pemimpin :
(وَالرَّابِعُ) أَرْفَعُ العَدْلَ مِنَ الأُمَراَءِ

Mutiara Kelima yang akan ku ambil dari bumi ini adalah :
(وَالخاَمِسُ) أَرْفَعُ الحَياَءَ مِنَ النِّساَءِ
rasa malu dari wanita-wanita

Mutiara Ke Enam yang akan ku ambil dari bumi adalah :
(وَالسَّادِسُ) أَرْفَعُ الصَّبْرَ مِنَ الفُقَراَءِ
rasa sabar orang-orang fakir

Mutiara Ketujuh yang akan ku ambil dari bumi adalah :
(وَالسَّابِعُ) أَرْفَعُ الوَرَعَ وَالزُهْدَ مِنَ اْلعُلَماَءِ
ya'ani wara' dan zuhud dari para ulama.
[ Wara' adalah cukup berhati-hati menjaga diri dari yang syuhbat dan yang haram, sedangkan zuhud itu tidak mementingkan harta-dunia, kedua-duanya merupakan ciri seorang ulama. Jika wara' dan zuhud telah hilang dari ulama maka nilai jati dirinya terjejas.

Mutiara Kelapan yang akan ku ambil dari bumi adalah;
(وَالثََّامِنُ) أَرْفَعُ السَّخاَءَ مِنَ الأَغْنِياَءِ
dermawannya orang kaya.

Mutiara Kesembilan yang akan ku ambil dari bumi adalah;
(وَالتَّاسِعُ) أَرْفَعُ القُرْآنَ
mengangkat al-Qur’an.
[ ya'ani menghilangkan ruh al-Qur’an itu sendiri sebagai panduan dalam kehidupan.]

Dan yang terakhir, mutiara yang akan ku ambil dari bumi adalah iman.
(العاَشِرُ) أَرْفَعُ الإِيْماَنَ
[ Ini adalah mutiara paling berharga diantara sembilan mutiara lainnya.]

Rujukan:
~Kitab Nur al-Abshar, karya asy-Syabalanji.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Tuan Guru Hj Salleh bin Musa

Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah : Tn Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu : Khatijah bt Md Saad Mehamad
Tempat lahir : Pekan Sik Kedah
Bil Adik beradik : 8 orang
Anak ke : 3

Pendidikan :
1. Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana)
2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah
3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy
4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .

Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi
Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah.
Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya.
Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang.
Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik .
Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang .
Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak beliau Syeikh Muslim sebagai Timbalan Mudir .
Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .
KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009,
Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Dato' Seri Di-Raja Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah , 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik
SEKARANG ULAMA ARAB TERUTAMANYA YAMAN , JORDAN, MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU INSYALLAH

Antara masyaikh hafizahumullah yang menziarahi beliau :
Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)
Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)
Habib Kazim ( Yaman )
Habib Abdullah ( Jeddah)
Syeikh Habib ( Jordan)
Saudara yang saya kasihi ,Tn Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau , diantaranya beliau merupakan Tn Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .

-ke 2 Beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang , seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia , Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tn Guru Hj Salleh

- Ke 3 Beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan. Kuliah minguan beliau setiap hari Jumaat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan , Allah beri taufiq pada beliau , walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .

-Ke 4 Ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan ,tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau . Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya "Kamu semua kena (perlu) pakai (ikut ) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik"

-ke 5 Beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah Parti Islam Se-Malaysia(PAS) kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru Mulia beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil)

-ke 6 Fikiran beliau sangat terbuka

-ke 7 Beliau merupaka tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti Parti Islam Se-Malaysia Peringkat Pusat & Negeri.
Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau, beliau berkata " Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas dan punya sahabat dan musuh semua tunduk padanya"

BERASA DOSA andai tidak perkenalkan Ulama yang dikenali kepada Umum .

Masyarakat sekarang selalunya kenal ulama setelah ulama itu meninggal , Alhamdulillah, sekarang mari kita mula berazam untuk memperkenalkan ulama tempatan seramai mungkin kepada masyarakat umum , mudahan dengan usaha ini ramai masyarakat dapat mengenali ulama kita yang masih wujud untuk kita sama-sama ambil menafaat dengan mereka .
ULAMA PEWARIS ANBIA , seharusnya kita mendekati mereka.

Jangan setelah mereka meninggal barulah kita menyesal .

BIARLAH IMAN YANG TERUS BERBICARA

.Tazkirah Hari Ini (22.05.2016)

Adakalanya apabila kesedihan memuncak, kita jadi buntu. Jalan ketenangan yang dicari semakin kabur. Di mana dan ke mana hendak dibawa hati? Pada siapa hendak diadukan segala yang menanah di dada. Semua kesayangan dan kepercayaan tidak dapat menolong lagi.

Hanya kita.. hanya kita yang tinggal keseorangan, terkontang-kanting untuk merawat luka sendiri. Hati bertanya, mengapa sekuat ini Allah menduga ku? Mengapa seganas ini ombak yang diutus untuk menghempas pantai jiwa ku?

Ingatlah, walau sekuat manapun ujian yang melanda, jangan sampai kehilangan pedoman. Kita ini hamba Allah. Dan ujian itu sesungguh ‘utusan’Nya. Ia adalah satu panggilan yang membisik ke dalam hati untuk kita kembali kepadaNya.

( Ust Pahrol Mohamad Juoi - BIARLAH IMAN YANG TERUS BERBICARA )

#darulmujtaba

KEUTAMAAN MALAM NISFU SYAABAN

Pandangan al Azhar dan Mazhab Fiqh....

Mantan Syeikh al Azhar/Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah berpendapat..
Malam nisfu Syaaban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis nabi S.A.W yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat hadis-hadis tersebut ke darjat Hadis Hasan dan Kuat dari segi hukumnya.

Mengambil berat terhadap malam Nisfu Syaaban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya.Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya dhoif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.Bagaimana tidak termasuk dalam hadis maudu'(Palsu)..

Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :

Pertama

عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .

Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan..(Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban).

Kedua..

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .

Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”..(Riwayat Ibnu Majah).

Beliau menambahkan tidak mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan berjemaah. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas.

Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak meyakini bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً" - متفق عليه .

Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”...Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya Fathul Bari :"Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan periwayatannya menunjukkan kepada hukum harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.”

Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya Lathoif Al-Ma’arif berkata :

“Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.

Pertamanya : Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.

Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.

Keduanya : Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh.

PANDANGAN JUMHUR MAZHAB FIQH & IHYA' MALAM NISFU SYAABAN

Jumhur Mazhab Fiqh mereka mengiktiraf dan memuliakan malam Nisfu Syaaban ini sebagaimana dijelaskan kemuliaan malam itu pada tafsir Imam Ibn Katsir, tafsir Imam Attabari, tafsir Imam Qurtubi, tafsir Imam Assuyuthiy, juga pada Fathul Baari Bisyarah SHahih Bukhari oleh Hujjatul Islam Al Imam Ibn Hajar Al Asqalaniy,juga Hujjatul Islam Al Imam Nawawi, juga pada Tuhfatul Ahwadziy Syarah sunan Tirmidziy, Faidhul Qadir, Syarah Sunan Ibn Majah, dan banyak lagi,

Kesemuanya mengakui kemuliaan malam Nisfu Syaaban dan sunnah memperbanyak doa di malam itu, dengan Alqur;an, dzikir, doa dll.

Para Tabi’in dari penduduk Syam mereka mengagungkan dan bersungguh-sungguh menunaikan ibadah pada malam nisfu syaaban tersebut. Khalid bin Ma’dan, Luqman bin Amir dan lain-lain dari kalangan tabi’in Syam mendirikan solat di dalam masjid pada malam Nishfu Sya’ban.

Perbuatan mereka disetujui oleh al-Imam Ishaq Ibnu Rahawaih. Ibnu Rahawaih berkata mengenai solat sunnah pada malam Nishfu Sya’ban di masjid masjid secara berjamaah.Hal tersebut tidak termasuk bidaah.

Keutamaan malam Nisfu Syaaban memiliki dasar hadis-hadis yang sohih. Menghidupkan malam tersebut dengan aneka ragam ibadah sunnah telah dianjurkan oleh banyak ulama salaf, untuk mengharapkan rahmat Allah yang turun pada malam utama tersebut. Lebih-lebih malam Nisfu Syaaban termasuk salah satu malam yang dipermudah terkabulnya doa.

Al-Imam al-Syafi’i berkata dalam kitab al-Umm sebagai berikut:Telah sampai kepada kami bahwasanya permohonan akan dikabulkan dalam lima malam, yaitu malam Jum’at, malam hari raya idul adha, malam hari raya idul fitri, awal malam di bulan Rajab dan malam Nisfu Syaaban.

Kaum Muslimin sejak dahulu lagi mereka menghidupkan malam Nishfu Syaaban dengan aneka ragam ibadah dan kebajikan seperti bersedekah, mengerjakan solat sunnah secara berjamaah, membaca surat Yasin dan diakhiri dengan doa kepada Allah SWT.

Imam Syafie sendiri adalah salah seorang yg mengajarkan membaca doa yaasin 3 kali di malam Nisfu sya’ban, dan diikuti oleh ratusan pakar hadis dan Ulama.Jika hal itu dikatakan bidaah maka hal itu adalah bidaah hasanah, sebagaimana banyak bidaah bidaah hasanah yg juga dilakukan oleh para sahabat ra..

Di negara Arab dan Nusantara, biasanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban setiap satu dengan niat tersendiri.Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya, memandangkan dilakukan oleh para Fuqaha' zaman berzaman dari dahulu lagi.

Perkara ini tidak dinisbahkan kepada Rasulullah tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadah tersebut tidak bertentangan dengan syara' samada dilakukan bersendirian mahupun berjemaah.

Kebanyakkan Para Ulamak di Mesir,beberapa tempat di Saudi, Yaman,Syria, Nusantara, dan lain-lain mereka tidak bersetuju dengan fatwa Dr Yusof Al Qardhawi yang menolak amalan membaca Yasin 3 kali dan mengatakan ia adalah bidaah yang diada-adakan.Kerana amalan ihya' malam Nisfu Sya'ban ini dilakukan oleh para ULAMA' zaman berzaman di merata tempat sejak zaman salaf lagi.

KESIMPULAN

1.Sebilangan besar dalil dalil mengenai kelebihan malam Nisfu Syaaban saling menguatkan antara satu sama lain yg mengangkat hadis hadis tersebut ke darjat Hasan dan kuat di segi hukumnya.

2.Menghidupkan malam nisfu Sya’ban samada secara berjamaah atau bersendirian sebagaimana yang masyhur dikalangan orang ramai adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bidaah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.

3.Sekiranya amalan tersebut diWAJIBkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi BIDAAH kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan Rasulnya.

4.Jumhur Mazhab mengiktiraf dan memuliakan malam Nisfu Syaaban ini bahkan mereka menganjurkan utk menghidupkan malam tersebut.

5.Harus mengkhususkan sebahagian hari hari tertentu untuk melakukan amalan amalan soleh serta melakukan secara berterusan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...